Thursday, March 10, 2011

Muka ngadap matahari tak dapat cuti

Seperti yang aku janji semalam. Ni kisah untuk hari ini. Kejohanan olahraga tahunan IPIK. Macam-macam persembahan ada hari ni. Kami buat kat stadium bola sepak Kuala Lumpur.

Banner? Kejohanan Olahraga tahunan kali ke-51.. Maktab aku antara yang tertua. Orang kata sebelum merdeka dah wujud maktab ni. Tuaaaaaanyerrr..



Kat tepi aku tu cikwawa yang conduct senam tari aku. Waktu awal awal pagi semua muka indah jek.  Ko tengok la nanti dah sampai pukul 12.30 tengah hari semua muka belemuih berjemur tengah padang.


Acara pada awal pagi tu mula ngan kawad pasukan beruniform ngan kawad rumah sukan. Oh! Lupa nak gitau. Rumah sukan aku nama IKHLAS.  Ada 4 rumah sukan semuanya.

Maju-merah
Padu-biru
Ikhlas-hijau
Kamil-kuning






Lepas tu persembahan tarian. Aku terlibat ngan senam tari. Berpeluh jugak ah menari sambil bersenam pada awal pagi gitu. Penonton pon sama sama bersenam. Kami berjoget 3 buah lagu. Oh, ada member yang rakam video tapi tak sempat nak amek ngan dia. Nanti la aku upload. Sekarang kamu layan je gambar dulu eh.








Ada tarian dari pra-sekolah jugak. Comey giler. Ada yang hyperaktif ada yang macam nak buat tak mau buat jek. Siap ngan pom pom pakai spek lagi. Dorang joget lagu ala ala disko gitu. the time kot. Its the time of my life n i know nananananana.. haha tatau lirik




Lepas semua persembahan tu barulah sambung acara barlapan. Rindu giler nak lari lari terutama relay. tsk T_______T"  Pasrah je di tempat penonton sambil jerit bagi sokongan.


Acara semua habes dalam pukul 1.00 lebey pastu semua kena turun bawah dah la panas giler matahari betul betul atas kepala tanpa sebarang payung atau kain tutup muka tadah je muka mengadap mentari. Perghh! Panas giler.



Dan...Rumah IKHLAS dinobatkan juara KOT tahun ni. Yeah! Rumah aku tu weh.



Ketua rumah aku abang Watson saket kaki. 


Lepas semua dah bagi hadiah, kami duk jerit ramai ramai CUTI CUTI CUTI CUTI CUTI! Hampeh, tak dapat cuti untuk esok. Biasanya kalau hari sukan esoknyer ada cuti. Saborrrrrjer lah. Dah la muka burn berjemur tengah padang tu semata mata nak tunggu pengumuman cuti.



Tu jek kisah untuk hari ni. Jumpa lagi tahun depan. esok ada kelas macam biasa. zzzzzzzzzzzz.....

Wednesday, March 9, 2011

Senam tari


Seperti tahun lepas lepas jugak aku tak terlibat ngan acara sukan dah. Jadi kena la terlibat ngan acara lain. Tahun lepas aku jadi photoG bantu JPP. Tahun ni aku terlibat ngan senam tari. Joget la aku kat atas trek tu. Tadi dah wat rehesel kat pukul 12 kot. Panas yang amat. Muka mengadap matahari. Berpeluh-peluh aku.





Papehal esok balik dari stadium aku citer lain kalau tak letey la kan. Datang semula ke blog aku esok. Insyaallah....


Tuesday, March 8, 2011

Sempoi giler budak batch aku


Hari jumaat lepas semasa aku on da way nak gi perjumpaan HELWI (Hal Ehwal Wanita Islam) aku terserempak ngan Samantha. Dia bawak gambar batch. Aku ushar jap gambar aku okey ke tak mana ah tau kot kot tudung terherot muka poyo giler ke. Oleh sebab tengok semua gambar lawa giler aku pon terus melilau cari orang nak pinjam duit jap pastu berlari gi dewan nak beli semua gambar tu ngan harga 22 hengget.


1 gambar formal 3 keping gambar candid. Siap ada kalendar gituuu.. jelas plak tu muka sorang sorang.


Ce teka dorang semua sedang wat gaya apa? GAYA USOP WEH! Kan aku dah kata kuat penangan kak limah kat maktab aku



Cari anak panah merah. Tiada aksi. hahahahaha... Tin, kalau ko ushar kat gambar formal, ada hantu oh kat tepi kau. Siyes nih. Erkkkk.. Tatau ah hantu ko atau hantu kak Limah.


Kasi zoom sket gambar skema aku. :P


Aku suka gambar candid nih. Sempoi giler dorang nyer style. Sebenarnya banyak lagi yang sempoi. Tak kan nak taruk semua kot. First time tangkap gambar sama-sama ngan batch aku ramai-ramai camni.



Nak tengok hantu kak limah tepi fatin??

See. Rujuk anak panah


Monday, March 7, 2011

Kalau lewat ke kelas


Setiap hari kelas aku start pukul 8 pagi. Aku duduk hostel kena keluar dari blok kediaman sebelum pukul 8 pagi. Kalau tak akan terkurung dalam hostel tak dapat ke kelas. Kehadiran setiap hari adalah wajib 100% kalau ponteng banyak kali dan buat masalah disiplin akan dikenakan Akta 174. Wohaaaa..


Kalau aku bangun pagi selepas pukul 7 aku akan jadi sangat emo dan menggelabah sebab ase macam dah lewat giler. Dalam masa 1 jam tu nak solat, mandi, iron baju kurung, iron tudung, buat sarapan, nak bersolek lagi adoyai. So, kalau ase-ase bangun pukul 7 aku dah standby dah siap-siap baju tak yah iron, tudung main sarung jek. 




Aku ada beberapa helai baju kurung yang tak payah buang keringat nak iron tak nampak kedut pon walaupon basuh ngan mesin basuh. Perlu tau sediakan baju kurung jenis gini tak de lah lewat datang kelas. Pastu sarungkan tudung syria. Tak perlu risau senget ke dan tak perlu iron dan tak yah pon pakai kerongsang. Make it easy dear.


Pastu bab sarapan pulak macam biasa lah aku akan makan dalam kelas. Terpaksa oh. Aku jenis cepat lapar. Breakfast, lunch, dinner. Tu perlu. Masalahnya makan banyak tak besar-besar jugak -_-" Alhamdulillah.


Saturday, March 5, 2011

Berjimba ke Perpustakaan Negara


Hai semua, semalam saya ke Perpustakaan Negara lagi untuk cari bahan assignment sosiologi yang bertajuk masalah sosial dalam kalangan remaja. Dari maktab ke ke sana kami naik teksi 4 orang. Jimat duet dan tenaga.

Fatin, moknik, azie. Ika duk seat depan tak masuk dalam gambar


 

Punyerla bersepah meja cari bahan.




Pastu nak kena tunggu giliran nak fotostet. Ada 1 kumpulan perempuan sedang fotostet banyak giler bahan dorang nak. Lama jugak ah kami tunggu.  



Kebosanan menunggu giliran fotostet.



Selepas agak sejam kami tunggu, last-last bawak keluar buku dari level 7 pergi level 8. Baru boleh fotostet. Fuh! Kena beli kad fotostet RM19 untuk 200 helai.




Tin, tolong fotostet untuk aku sekali eh... Ada gaya nak ganti akak Mirami (kedai fotostet dalam maktab aku)



Bahan rujukan aku. Dah masuk degree rujukan sekurang-kurangnya 10 buah buku. Wohaaaa...


Dah dapat bahan, kena lah start buat assignment. Hari senin ni dah nak kena antor. Akan berusaha ngan gigih. Yeah!



Keluar je dari library amek teksi naik LRT gi ronda-ronda Jalan TAR. Nasib baik kedai dah tutup. Kalau tak habes duit aku borong beli kain atau tudung. Alhamdulillah selamat duet aku tapi melayang jugak 25 hengget beli syria. Ada 2 ,3 buah kedai tak tutup lagi. Hadoy.