Tuesday, March 8, 2011

Sempoi giler budak batch aku


Hari jumaat lepas semasa aku on da way nak gi perjumpaan HELWI (Hal Ehwal Wanita Islam) aku terserempak ngan Samantha. Dia bawak gambar batch. Aku ushar jap gambar aku okey ke tak mana ah tau kot kot tudung terherot muka poyo giler ke. Oleh sebab tengok semua gambar lawa giler aku pon terus melilau cari orang nak pinjam duit jap pastu berlari gi dewan nak beli semua gambar tu ngan harga 22 hengget.


1 gambar formal 3 keping gambar candid. Siap ada kalendar gituuu.. jelas plak tu muka sorang sorang.


Ce teka dorang semua sedang wat gaya apa? GAYA USOP WEH! Kan aku dah kata kuat penangan kak limah kat maktab aku



Cari anak panah merah. Tiada aksi. hahahahaha... Tin, kalau ko ushar kat gambar formal, ada hantu oh kat tepi kau. Siyes nih. Erkkkk.. Tatau ah hantu ko atau hantu kak Limah.


Kasi zoom sket gambar skema aku. :P


Aku suka gambar candid nih. Sempoi giler dorang nyer style. Sebenarnya banyak lagi yang sempoi. Tak kan nak taruk semua kot. First time tangkap gambar sama-sama ngan batch aku ramai-ramai camni.



Nak tengok hantu kak limah tepi fatin??

See. Rujuk anak panah


Monday, March 7, 2011

Kalau lewat ke kelas


Setiap hari kelas aku start pukul 8 pagi. Aku duduk hostel kena keluar dari blok kediaman sebelum pukul 8 pagi. Kalau tak akan terkurung dalam hostel tak dapat ke kelas. Kehadiran setiap hari adalah wajib 100% kalau ponteng banyak kali dan buat masalah disiplin akan dikenakan Akta 174. Wohaaaa..


Kalau aku bangun pagi selepas pukul 7 aku akan jadi sangat emo dan menggelabah sebab ase macam dah lewat giler. Dalam masa 1 jam tu nak solat, mandi, iron baju kurung, iron tudung, buat sarapan, nak bersolek lagi adoyai. So, kalau ase-ase bangun pukul 7 aku dah standby dah siap-siap baju tak yah iron, tudung main sarung jek. 




Aku ada beberapa helai baju kurung yang tak payah buang keringat nak iron tak nampak kedut pon walaupon basuh ngan mesin basuh. Perlu tau sediakan baju kurung jenis gini tak de lah lewat datang kelas. Pastu sarungkan tudung syria. Tak perlu risau senget ke dan tak perlu iron dan tak yah pon pakai kerongsang. Make it easy dear.


Pastu bab sarapan pulak macam biasa lah aku akan makan dalam kelas. Terpaksa oh. Aku jenis cepat lapar. Breakfast, lunch, dinner. Tu perlu. Masalahnya makan banyak tak besar-besar jugak -_-" Alhamdulillah.


Saturday, March 5, 2011

Berjimba ke Perpustakaan Negara


Hai semua, semalam saya ke Perpustakaan Negara lagi untuk cari bahan assignment sosiologi yang bertajuk masalah sosial dalam kalangan remaja. Dari maktab ke ke sana kami naik teksi 4 orang. Jimat duet dan tenaga.

Fatin, moknik, azie. Ika duk seat depan tak masuk dalam gambar


 

Punyerla bersepah meja cari bahan.




Pastu nak kena tunggu giliran nak fotostet. Ada 1 kumpulan perempuan sedang fotostet banyak giler bahan dorang nak. Lama jugak ah kami tunggu.  



Kebosanan menunggu giliran fotostet.



Selepas agak sejam kami tunggu, last-last bawak keluar buku dari level 7 pergi level 8. Baru boleh fotostet. Fuh! Kena beli kad fotostet RM19 untuk 200 helai.




Tin, tolong fotostet untuk aku sekali eh... Ada gaya nak ganti akak Mirami (kedai fotostet dalam maktab aku)



Bahan rujukan aku. Dah masuk degree rujukan sekurang-kurangnya 10 buah buku. Wohaaaa...


Dah dapat bahan, kena lah start buat assignment. Hari senin ni dah nak kena antor. Akan berusaha ngan gigih. Yeah!



Keluar je dari library amek teksi naik LRT gi ronda-ronda Jalan TAR. Nasib baik kedai dah tutup. Kalau tak habes duit aku borong beli kain atau tudung. Alhamdulillah selamat duet aku tapi melayang jugak 25 hengget beli syria. Ada 2 ,3 buah kedai tak tutup lagi. Hadoy.


Wednesday, March 2, 2011

Kelas saya cantik


Awal semester haritu aku ada citer kan kami bersihkan kelas sebab ada tahi binatang dalam kelas pastu tak ada kamera nak tangkap gambar kelas yang dah cantik tu. So kali ni aku nak kasi tayang sket kecantikan kelas aku. Kelas aku ni macam kelas kat sekolah rendah kerusi meja semua macam kat sekolah rendah. Kerusi kaler merah tu je tak macam kerusi sekolah rendah.




Ni papan tulis kelas aku. Kat bawah tu kami hias pakai wall sticker beli kat downtown.




Meja kami dah balut siap ngan cover plastik lagi. Kat dinding belakang pon kami tampal wall sticker. Ada sudut nota yang tak di-update. Oh! lupa nak citer. Dinding kelas kami cat kaler hijau pakai duit kelas. Kami kumpul duit kelas RM10 sebulan. Wajib bayar oh sebab bendahari sangat ganas mengutip hutang umpama along dan ceti.




Kasi zoom sket. Kat belakang tu ada locker untuk setiap sorang. Yang ni pon beli pakai duit kelas. Baru je beli minggu lepas.


Kalau tak bayar duit kelas akan diugut macam ni. 


Eh tak lah. Kalau tak bayar nama akan ditayang kat depan kelas tulis besar-besar kat white board. Antara nama yang liat bayar aku ler.



Hias lah kelas kamu ngan cantik barulah selesa nak belajar. \(^__^)/


Tuesday, March 1, 2011

Penangan Kak Limah

Walaupon ending citer Kak Limah ntah pape jek, aku dah ulang tayang berapa kali ntah. Dalam kelas aku sket-sket nak sebut ayat power citer Kak Limah. Kawan-kawan aku pon kalau bergosip tiba tiba terkeluar dialog citer tu. Antaranya:

"ce citer ce citer"


"kalau setuju angkat tangan macam saya" (ayat Usop) 
Ayat ni kami guna semasa buat undian untuk pilih jersey kelas. Jangan lupa wat tangan macam usop


"perisa bluebery, my feveret" (ayat Usop lagi) 
Guna semasa makan kek besday Ruby walaupon kek tu perisa strawbery bukan bluebery.


"nampak sangat menipunyer" (ayat Usop lagi) 
Guna ayat ni kalau ada orang bercerita tapi ase macam citer dia tu auta semata mata.


Nampaknyer ayat Usop memang mantap. Eh, ada lagi. Pelakon yang comey-comey gemuk gemuk chuby chuby pakai kain pelikat. Ayat power dia:


"Saborjerlah"


Kami cuba selongkar moral value yang ada dalam citer nih. Oleh sebab kami belajar Sosiologi jadi moralnya, janganlah mengabaikan jiran tetangga terutamanya yang dah tua. Cian kak Limah.


Eh eh jap, dialog kak limah enjit enjit semut sape sakit naik atas je ke?