Friday, December 31, 2010

Azam 2011



Jangan berlagak nak cipta azam baru kalau azam tahun lepas pon kamu tak setle kan! Peringatan untuk diri sendiri. (Shazika Shahrim, 2010)



 

Thursday, December 30, 2010

Kalau khairul Fahmi Che Mat buat blog mesti MELETOP




Aku ucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia menang dalam Piala Suzuki. Tak pernah seumur hidup aku tengok bola Malaysia lawan sebelum-sebelum ni. Tapi semalam berkobar-kobar semangat aku weh. Menjerit-jerit aku ngan adik-adik.


Dan tahniah kepada awek Khairul Fahmi, Elie si jejari runcing sebab follower dan trafik blog dia naik mencanak-canak. Kelmarin aku tengok follower blog dia cuma 500+ tapi hari ni 2000+. Gila ah. Kalau aku pon sasau jadi dia. Hahahaha..

Khairul Fahmi Che Mat patut buat blog jugak ni. Blog Khairul Fahmi Che Mat. Jeng jeng jeng..


Wednesday, December 29, 2010

Jangan biarkan cendol mu meleleh

Haritu semasa musim tengkujuh (musim hujan) saya dan adik-adik tak dapat keuar rumah. Jadi kami main la webcam. Banyak sangat gambar kami ambil so aku pon ajar adik-adik aku edit gambar.Kami hanya menggunakan photoscape. Tapi gambar yang aku edit pakai paint untuk buang latar belakang (memang dah ada dalam komputer) dengan photoscape.

Ini gambar first yang aku edit dan tunjuk ajar sket kat liya dan wawa cara meng-edit.

Lepas mereka dah faham cara-caranya. Jom kita tengok hasil tangan mereka dalam meng-spoilkan wajah indah aku. Ni kira kes balas dendam ah sebab aku rosakkan gambar dorang. Malu aku kalau Hanis Zalikha tengok.

Hasil kerja wawa. Mentang-mentanglah aku minat lagu evergreen di taruknya aku rambut ala-ala Saloma.

Tersembul bijik mata aku!

 Ni pulak hasil kerja liya.

Aku tak faham apa pasal ada air menitis atas dahi Nabilah. Nak tunjuk dia sedang berpeluh ke semasa edit gambar ni? Mmmmmmm...


So, aku ambil idea dia air peluh tu taruk di hidung. Mengamuk dia bila tengok gambar yang aku edit ni.

Cendol meleleh!

Monday, December 27, 2010

Tips malas angkat kain kalau dah jemur tiba-tiba hujan

Mesti leceh kan kalau kamu dah siap sidai kain pastu tiba-tiba hujan turun. Dah penat keluarkan keringat bertungkus lumus jemur tak kan nak angkat balik semua pakaian tu dalam keadaan basah kan. Jadi, aku nak share sesuatu alat yang ada kat rumah aku. Mungkin kat rumah kamu pon ada kot alat ni. Tak pe, aku nak share jugak untuk tolong kamu-kamu yang bukan malas tapi letih nak angkat kain di jemuran, hujan dah turun.


Kat rumah aku ada penyidai dan ada tayar yang ala-ala troli supermarket kat bawah. Penyidai ni ayah aku tempah suruh orang buatkan cuma bagi design je. Ia agak besar sebab family aku ramai dan memerlukan ruang yang besar untuk jemur pakaian. Ni dia design penyidai yang aku maksudkan tadi.


Harap kamu faham la lukisan aku ni. Kat bawah tu ada tayar atau orang panggil roller. Jangan la kamu gi taruk tayar motor plak kat situ. 


Penyidai ni kami letak kat tepi garaj kereta. Kalau dah siap jemur pakaian pastu cuaca tengah panas terik kamu tarik pengidai ni keluar dari garaj. Pastu kalau tiba-tiba hujan kamu tolak dia masuk garaj. Penyidai ni besar dan berat sebab di buat dari besi. Nak tolak tu aku guna dua tangan baru bergerak. Guna sebelah tangan tak tergerak penyidai tu. 


Bagi kamu yang tinggal kat hostel pastu mengalami masalah pakaian selalu basah. Bukan sebab hujan tapi disebabkan oleh air pakaian orang di tingkat atas menitik nitik ke atas pakaian kamu sebab kamu berada di tingkat bawah. Saya cadangkan kamu beli alas plastik yang ala-ala pembalut buku tu. Tapi besar la kan. Cover kamu punya pakaian. So, bila hujan tak perlu angkat dan tak de lah kamu nak salahkan orang tingkat atas lagi. Cara ni aku tahu masa berada di DPP Muamalat UUM. Memang geram ah bila baju dah kering basah balik. Pastu bila tengok senior buat cara ni barulah oooooohhh tak perlu nak geram lagi. 

Thursday, December 23, 2010

Goyang badan goyang kepala

Jom layan...



Walaupon aku lahir pada tahun 1990 tapi lagu-lagu evergereen tetap menjadi pilhan. Tahun lepas aku layan lagu Zaiton Sameon ngan Gadis Ayu-Black dog Bone. Tahun ni Jeffry Din pulak eh. Aku tahu ramai generasi muda masih suka lagu-lagu evergreen ni. Kalau tak caya try kamu pergi pusat karaoke, mesti banyak lagu tahun 90-an kan.


Sape sape yang ase nak turunkan berat badan tanpa pergi jogging tu boleh la ikut tarian macam akak-akak dan abang-abang dalam video klip tadi. Goyang-goyang badan sket. Kepala pon jangan lupa kasi goyang jugak. Kamu tengok dorang tu joget smart seh. Nanti jangan lupa praktis joget tu sambil-sambil kamu online. Aktiviti regangan badan.


Oh, lagi satu lagu best Kenangan mengusik jiwa nyanyian A.Ramli. Mak member aku siap jadikan lagu ni ringtone enfon dia lagi. Aku pon join sekaki guna ringtone lagu ni. Aku ingat nak taruk video lagu A.Ramli tapi video klip kat youtube tak okey sangat. Nanti kamu tengok kat youtube eh. Sorry T____T"


Lagu evergreen yang kamu suka apa? Yang made in Malaysia eh.