Sunday, September 26, 2010

Let's check it out boys


Saya ada sesuatu nak share dengan kamu.



ha! Apa lagi, check la jari kamu. Saya sangat suka tengok orang jari panjang.


Friday, September 24, 2010

Calit taik idung


Post title aku sound freaky kan. Kamu pernah tak, kalau naik atau turun tangga letak tangan pada pemegang tepi tangga atau sapu sambil gelongsorkan tapak tangan pada pemegang tepi tangga tu? Dulu masa aku sekolah rendah emmm sekolah menengah pon sama, kawan-kawan aku pernah terkena tahik idung orang yang suka calit kat pemegang tangga tu. Euwwww.. lepas pada peristiwa tu aku rasa teragak-agak la nak pegang tangga. Bagi pelajar sekolah dan cikgu-cikgu, kalau boleh jangan calit taik idung kat pemegang tangga sekolah eh.


Sekarang keadaan sekeliling kita banyak sangat kuman. Pergi mana-mana mesti kita akan bersentuhan dengan objek-objek yang ramai orang pegang terutamanya kalau pergi tempat awam. Contohnya telefon awam, ATM, tandas, LRT, bas awam, pemegang pintu atau tmbol dan lain-lain lagi. Ha, tak dilupakan jugak pemegang tangga.


Jadi, untuk kurangkan kuman terdedah pada tangan kita, aku sarankan kamu pakai sanitizer. Beli yang kecik contohnya sanitizer Dettol pastu taruk dalam handbag. Kalau yang lelaki tu simpan la dalam poket seluar. Takkan nak bawak handbag kot (^______^)V




Untuk keselamatan diri dan mencegah kuman, pakai lah hand sanitizer. Sekurang-kurangnya dapat kurangkan kuman yang melekat pada tangan. Cikgu aku cakap, tangan la yang paling banyak melekat kuman berbanding anggota badan yang lain. Jom! sama-sama kita jaga kebersihan.




Monday, September 20, 2010

Jubah hitam


Bila usia dah 20 tahun baru saya berpeluang memakai jubah. Hasil pertolongan Kak Long dan Ruby akhirnya saya mendapat jubah warna hitam yang simple but nice di beli kat First Lady jalan TAR. Ni pon last yang tinggal sebab susah giler nak cari saiz saya, XXS. Tanpa buang masa terus grab and paid sebab harga murah.



Semasa raya saya bawak motor dengan memakai jubah. Biasa lah kan jubah potongan dia straight dan agak sempit sedikit di bahagian bawah. Masa nak turun dari motor, kaki saya tersepit dengan jubah tu. Tak pasal-pasal kaki kena ekzos motor.


Sape suruh rempit pakai jubah. Hembek kau stiker di kaki tanda jakun bawak motor pakai jubah. Mak dah pesan selak je jubah tu sampai paha sebab dan pakai seluar. Tapi sebab tak biasa kena plak ekzos.


Pape pon saya seronok dan sangaaaaatttt teruja sebab dah dapat jubah. Tercapai hasrat untuk memakai jubah di hari raya.


Saturday, September 18, 2010

Tudung ekspress

Hye semua...Raya dah pon berakhir. Malam saya akan pulang ke maktab. Cuak giler ni asignment semua tak siap. Bodoh sape suruh giler main game counter strike ngan plant vs zombie. Ni semua salah adik-adik ngan sepupu aku duk taruk game kat pc rumah. Ahhh...nyesal giler.



Raya kali ni saya try pakai tudung ekspress. Memang la senang tudung ni just sarung je kat kepala. Tapi kena ikut kesesuaian muka jugak. Saya jugak try pakai pshmina di atas tudung ekspress.


Dulu saya rasa tudung ekspress ni tak sesuai untuk muka yang panjang tapi bila try ase semua jenis muka boleh jer try tudung jenis ni.



Wednesday, September 8, 2010

Sepintas lalu

Hai semua... Ini entry sepantas kilat saya post. Okey. tanpa berlengah masa, saya nak mintak ampun pada semuaaaaaaa readers, bloggers, stalkers dan sape-sape yang baca entry ni. Maaf zahir je eh, batin tu tak de. yelek.

Kepada yang hendak pulang kekampung, hati-hati di jalan raya. Saya dah berada di kampung sekarang. Ingatlah orang tersayang.


SELAMAT HARI RAYA!




Oh! masih sempat lagi hantar kad raya.