Sunday, March 14, 2010

Dummy account di facebook



Pada suatu hari saya log in facebook dan tiba-tiba sorang kawan yang tak diketahui sape yang empunya badan berkata hye, ceceh ajak chating ah tu. Nama dia Rey (nama je tapi tak kenal sape). Saya tanya sape Rey ni. Dia kata member 1 kelas masa darjah 6 Mawar. Saya pon apa lagi terus ushar Rey punyer profile. Tak de pape pon yang nak katakan dia sama kelas ngan saya. Tapi sebelum ni kelas 6 Mawar ada buat reuinion dan Rey ada sekali. Selepas reunion semua tertanya-tanya sape budak Rey yang bengong gedik nak rahsiakan identiti macam femes sangat tu.



Masa chating tu saya luahkan apa yang member-member saya punyer pertanyaan yang semua orang nak tahu sape yang bengong gedik nak rahsiakan identiti macam femes sangat tu. Rey pon jawab dia saje cipta dummy account tapi dia ada lagi 1 real account facebook. Facebook Rey ni dia cipta untuk berkenalan ngan orang yang tak kenali dan saje suka-suka taruk nama Rey. Perlu ke?? Ada jugak kawan-kawan saya yang taruk nama femes sampaikan kalau tengok muka baru nak cam sape empunya facebook tu. Ada jugak tengok nama pon tak kenal tengok muka pon tak kenal almaklumlah semua dah dewasa punyer style tersendiri.



Saya pernah masa zaman jahiliah nak involve dalam facebook ni saya pakai nama Shazika Shahrim tiba-tiba chekgu saya tegur kenapa pakai nama lain yang orang tak kenal guna je nama real senang kawan-kawan, chekgu-chekgu, ex-boipren-gepren nak cari balik nak joint balik relationship. Okey fine, saya pon tukar pakai nama real saya. So, what's your oppinion about dummy account and pakai nama glemer?


Wednesday, March 10, 2010

Ronda-ronda dalam hutan main dengan anak orang asli


Sebagai chekgu-to-be yang kos sosial study kami kena la bersoooosial tak kira agama, bangsa, dan negara. Baru-baru ni chekgu sosial ni masuk perkampungan orang asli lagi sekali untuk buat kajian berkenaan ekonomi orang asli. Haritu kaji pasal orang asli yang dah moden duk dalam rumah banglo tapi yang ni rumah buluh je.




Pastu tempat tu berbukit. Memang mencabar giler ditambah lagi dengan anjing-anjing yang berkeliaran. Tapi anjing kat sini jinak dari anjing yang dah moden tu. Penat jugak la melilau cari responden untuk kajian kali ni. tengah lilau lilau terjumpa ngan anak orang asli. Ramah betul dorang tu. Siyes. Kat sini ada dalam lebih kurang 18 suku bangsa orang asli. Ada yang agama islam, kristian dan ramai juga yang tiada agama.









Dah jumpa ngan dorang ni semua apalagi, kami main la permainan ala-ala sukaneka bersukaria di malam raya dengan dorang. Ha, yang chekgu sosial ni tumpang main sekali ngan anak-anak orang asli. Boleh tahan jugak ye chekgu.







Chekgu vs anak orang asli.



And again, i need to complete my asignment. Fuh! Banyaknya asignment nak kena setel. Nasib baik semua kena hantar lepas cuti. Nampaknya tak ber-holiday sangat la cuti ni. Hadoy.






Monday, March 8, 2010

Zaiton Sameon The movie

Pernah dengar tak lagu Menaruh Harapan yang Zaiton Sameon nyanyi? Alah starting dia macam nih, sepanjang perjalanan ini, lembah dan lurah kulewati....... Menurut The Malay Mail, nanti akan ada 1 movie pasal kisah hidup Kak Eton ni. Sekarang ni tengah cari pelakon untuk pegang watak Kak Eton.







Kak Eton ni mula-mula terkejut jugak ada orang ingat lagi kat dia, sampai nak buat movie pasal dia. Ye la, dah lama dia menyepi lepas eksiden. Kak Eton tak kisah kalau kisah hidup dia di movie-kan sebab dia nak orang tahu dan remaja sekarang terutama artis yang muda-muda ni pelajari sesuatu daripada apa yang jadi kat dia.



Pelakon yang akan menjadi Zaiton Sameon mungkin Nurul. Yang ni saya tak pasti sangat sebab Nurul kena re-audition lagi sekali untuk pegang watak Zaiton. I think Nurul can play her role as Zaiton.





Kamu berminat nak jadi Zaiton? Bruang Filem Sdn Bhd akan buat audition untuk watak Zaiton pada
Tarikh: 12 dan 13 Mac
Masa: 3pm-10pm
Tempat: Bruang Filem's office, 2-1F, Jalan Boling Padang G 13G, Section 13, Shah Alam.



Pi la try bakat nak jadi pelakon kat sana. Oh, saya cuma minat lagu Zaiton Sameon je. Bukan minat Zaiton. Tapi gedik guna nick name PEMINAT ZAITON SAMEON.




Saturday, March 6, 2010

Gambar wallpaper saya yang HOT



1) Adakah anda rasa anda hot?

Saya tak rasa saya hot sebab saya ZUHUD



2) Upload wallpaper laptop yang anda gunakan sekarang.




3) Ceritakan pasal gambar di no 2.

Alien sedang memburu lembu. Terdapat beberapa ekor lembu dan beberapa buah alien. Alien hendak memakan lembu. Kesian lembu.



4) Bila kali terakhir anda makan pizza?

Pizza??? Apa itu pizza? Saya tahu lempeng je.



5) Lagu terakhir anda dengar.

Gadis ayu- Black Dog Bone. Tiba-tiba je ringtone fon saya berbunyik. No tak dikenali. Peminat kot.



6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Miskol balik no yang tak dikenali tu. Mana tau kot kot lelaki, ada peluang ngorat.



7) Selain nama sendiri, anda di panggil dengan nama apa?

Abang hensem. Dulu aku potong rambut stail laki pastu belah tengah. Pernah la member sendiri jatuh hati ngan kehenseman saya. Arieza, kau bukan lesboku yang pertama yek.



8) Tag lagi 8 orang.

Alah, kenapa ramai sangat. Saya rasa dah ramai kot yang dah buat tag ni. Jadi, saya singkatkan untuk 3 orang je. Maknanya, tag ni dah di edit oleh saya. Okey.

1. multi-name

2. intan izani

3. Arieza



9) Siapakah orang no 1 kepada anda?

Dia selalu tinggal jejak kat saya punyer kedai kopi. Banyak sangat nickname dia guna sampai kadang-kadang saya keliru. Rupa-rupanya laman web DAPAT WANG. Ceh.



10) No 3 ada hubungan dengan siapa?

Lesbo ku. Jangan jeles wahai lelaki. Hambek kau, aku tag kau balik.



11) Kata-kata cinta untuk orang no 2.

Tak boleh buat ayat cinta sebab dia dah berpunya. tapi, nak cakap jugak ILY.



12) Berikan 5 benda yang anda tau tentang orang yang tag anda?


- Ramai rakan lesbp dan nyah. Tak terhitung bilangannya.

- Kiut. Homaigod. Perlu ke saya kata dia kiut?

- Dah dimiliki oleh enchik Macha.

- Dia dah tag saya. Mungkin dai nak saya jawab soalan no 1. Adalah anda rasa anda HOT?

- Dan saya pon jawab tag ni. Sekian terima kasih.



13) Perbezaan antara kambing dan lembu?

Sekor gemuk dan sekor lagi kurus. Sekor berak taik banyak taik, sekor lagi berak taik kiut kecil je. Tak cair.



14) Perasaan anda buat tag ini.

Blurrr macam Mr. Bean.



15) Adakah anda tau si Rizman tu sengal?

Sengal macam Halimah Jongang. Tak pon macam Fatimah Juling.



16) Gay or Les?

Les. Oppsss..



Okey. Akhirnya siap jugak tag ni. Oh, saya dah edit soalan ni. For the original question, refer to this page. Sorry dear.



Tuesday, March 2, 2010

Orang Asli tinggal dalam banglo dan pangsapuri



Beberapa minggu ni saya sibuk dengan asignment dan aktiviti luar. Salah satu kajian luar yang saya kena buat tentang urbanisasi orang asli. Saya rasa ramai yang tak tahu pasal kemajuan orang asli sekarang. Saya pon terkejut giler ah. Duk kat rumah taman siap ada astro lagi. Rumah saya pon tak de astro nak tengok Raja Lawak. Saya dan bakal chekgu-chekgu yang major kajian sosial buat kajian kat Bukit Lanjang, Damansara. Kawasan kat situ memang membangun sangat sangat sangat.









Banglo dan pangsapuri yang kebanyakkannya didiami oleh Orang Asli suku kaum Temuan. Rumah saya rumah kampung berdindingkan kayu je tapi mereka rumah pangsapuri dan banglo. Wohaaaa... Siap ada Astro pulak tu.







Kami guru-guru pelatih kena temubual dengan borang soal selidik pasal kemajuan kat situ. Apa yang kami dapat tahu, peruntukkan untuk penempatan semula Orang Asli ni lebih kurang RM60 juta. Projek pembangunan kawasan ni adalah di bawah EMKAY dengan kerjasama kerajaan dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Rumah-rumah ni dorang DAPAT FREE tapi cukai dan bil-bil semua kena tanggung sendiri lah. Tapi best la kan dapat banglo sebijik.






Rumah tok batin siap ada sign board gituuu..








Penat giler pusing 1 taman dari rumah ke rumah nak cari responden. Keadaan panas pastu pakai baju kaler hitam lagi lah panas. Benda yang paling mencabar kami semua kena tempuh adalah..taik anjing dan anjing yang berkeliaran tanpa ada tali kat leher anjing tu. Fierce giler anjing-anjing tu. Like a bulldog.







Pastu kena conduct game untuk para pelajar yang kebanyakkanya anak-anak orang asli. Bestnya dorang panggil kami CHEKGU.








Okey. Kajian dah dibuat. Misi seterusnya adalah kena siapkan laporan dan asignment. 24/3 ni dah nak kena submit satu habuk pon saya tak taip lagi T___T. Here we go......







** My pic tak de pon dalam entry ni. tsk T____T.