Sunday, May 19, 2019

Tahun ke 5


Assalamualaikum...


Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 5 tahun zazi di LJ. Sejak tahun pertama lagi dah kena ajar subjek UPSR sampai sekarang.

Tahun pertama
2015

Yang ni agak tragis dan struggle giler bagi aku apabila masuk je LJ terus diberi tugas mengajar subjek Sains upsr. Aku ni kat maktab mana ada belajar sains. Yang ada masa kelas PJPK je belajar subjek anatomi. Berbekalkan ilmu sains yang dibelajar masa sekolah dan hasil ulangkaji sendiri syukur alhamdulillah mampu jugak ajar sampai anak-anak dapat result tanpa ada yang gagal.


6 orang murid. Ni batch pertama yang aku ajar UPSR. 3 orang cikgu lagi memang dah legend di Lj. Banyak aku belajar dari mereka bertiga.


Tahun kedua
2016


Aku masih meneruskan ajar subjek tu untuk murid tahun 6. Yang ni lepas dah gi kursus rasa konfiden lebih la sket. Sebab tahun sebelum ni dah pulun study kan. Bayangkan aku ajar subjek upsr dia merangkumi semua topik dari tahun 3 sampai tahun 6. Uihhh.. kemain banyak tu nak cover. Cuma tahun 2017 ni dah start guna format baru.



Masih lagi team guru UPSR yang sama untuk tahun 2016. kali ni 7 orang murid. Alhamdulillah semua lulus subjek Sains. Paling tinggi pon dapat B jer. Subjek ni senang lulus tapi susah nak score A. Itulah yang dirisaukan oleh cikgu cikgu sains.


Tahun ketiga
2017


Untuk tahun ketiga ni, cikgu Harisson dah berpindah dari LJ jadi team upsr diganti dengan cikgu yam. Aku masih lagi dengan subjek yang sama.. Tahun 2017 aku jadi guru kelas dorang. Mencabar jugak jadi guru kelas murid yang paling dewasa kat sekolah ni. Biasalah, budak baru nak memasuki alam remaja banyak sket drama nya.



Ni gambar masa gi lawatan ke Kuching. 7 orang je murid tahun 6. Alhamdulilah semua lulus subjek sains dan masih lagi belom ada yang dapat A.. Huhuhuhu... mungkin aku yang tak pandai ajar ke camne ni?

Selesai UPSR


Tahun keempat
2018


Kalini kaksadie ngan cikgu edy dah tak ajar tahun 6 diganti ngan cikgu syam dan awin. Aku pon dah tak ajar subjek sains sebab awin guru major jadi serah pada dia pulak ajar. Aku ajar apa pulak? Aku ajar english oiii.... nak menangis rasa bila diberi tanggungjawab untuk ajar english.. Hahahhahaa...
Dah la anak paling ramai tahun tu. Mencabar boleh tahan jugak la. Mix abilities in one class. Nak kena study balik macam awal awal aku ambil subjek sains dulu. Berguru dengan mentor, tanya kawan kawan lain, bukak balik memori belajar zaman sekolah dulu dan aku sendiri kena banyak buat latihan terutama bab grammar.

Alhamdulillah ada 3 orang anak murid berjaya dapat A penulisan dan sorang untuk pemahaman. Namun begitu, ramai jugak yang gagal. Apa boleh buat nak oiii.... Kita dah try the best.


Tahun kelima
2019


Rentetan dari pengalaman tahun sebelom ni masih kena ajar english. Murid muird untuk tahun ni aku pernah ajar doranh masa tahun 2 dan 3. Macam wow jugak la dulu aku tengok dorang kecik kecik je rasa nak cepuk pon senang rendah dari aku kan. Hahahha.... sekarang kemain semua tinggi dari ticer..


(Belom ada gambar sesama)


Setakat ni dah habis cover untuk kertas pemahaman tapi tak tau la dorang master dah ke belom. Semester depan baru nak fokus untuk penulisan pulak. Macam kelaut sungguh karangan masing masing.



Cenggitu jerlah pengalaman aku. Batch pertama sekarang dah form 4 dan sedih jugak lah bila ada anak murid yang dah tak bersekolah. Luluh hati cikgu bila dah masuk sekolah menengah terikut ikut kawan yang negatif, dah tak mau belajar dan buat masalah. Padahal masa sekolah rendah elok jer budak nya.. Papepon, semoga berjaya menjadi manusia berguna wahai anak-anak murid sekalian....


-memori, ticer zazi-


Wednesday, May 15, 2019

Kisah anak murid: Make up


Kisah anak murid 1

Murid: Ticer, kenapa semalam saya tengok mulut ticer warna pink tapi hari ni warna merah pulak?
Ticer: Oh! Ini ticer pakai lipstick laa.
Murid: Patut lah warna lain dari hari tu.


Kisah anak murid 2

Murid: Ermmmm.. ticer bau make up la. (sambil menghidu)
Ticer: Bau make up?


Ticer pon berfikir. Lipstik aku berbau ke? Bedak aku berbau ke? Apa lagi make up aku ada bau ke? Ataupun ketiak aku yang berbau?
Beberapa hari kemudian…..


Murid: Ermmm..ticer bau make up la. (menghidu lagi)


Tapi kalini aku sure, ianya bukan sesuatu bau yang busuk melihat dari gaya dia menghidu tu.


Ticer: Bau make up macam mana?
Murid: Bau ini, make up. Mama saya pon ada bau make up jugak.


Dia ambil tangan aku, disuruhnya hidu pergelangan tangan.
Laaaa…BAU PERFUME RUPANYAAAA…


Ticer: Ini bukan bau make up. Ini nama dia PERFUME. Cuba sebut. Perfume.
Murid: Perfume. Ha…bau perfume.


Alhamdulillah.. akhirnya anak murid aku belajar benda baru arini. Bau perfume. Bukan bau make up. Huhuhuhuhu…..




Monday, May 13, 2019

Cabaran guru di pedalaman



Assalamualaikum...

(waalaikumusSalam) jawab para pembaca sekalian.


Semasa di maktab dulu, kami ada satu subjek atau matapelajaran Guru dan Cabaran Semasa. Seiingat aku masa belajar dulu ada ditekankan dengan asalah masalahbyang cikgu cikgu alami di sekolah berkaitan dengan murid-murid dan tugas sebagai guru. Namun tak ditekankan sangat dan tak diberi pendedahan tentang realiti sebenar keadaan cikgu di pedalaman ni. Apa yang berlaku dan pengalaman sebenar orang luar tak tahu dan sekarang biar kakak kasi tahu cabaran dugaan pahit getir yang kena tempuhi untuk menyedarkan rakan rakan yang tak berada di pedalaman.


Okey ni kira bab 1 la eh.


Kisah ni berlaku pada tahun 2017.
Waktu ni kami guru-guru dan staff LJ dalam perjalanan dari sekolah nak ke Miri kemudian balik bercuti ke kampung halaman masing-masing.


Kami tumpang hilux cikgu Edy dalam tu ada aku, kaksaddie, awin dan basil. Perjalanan keluar macam biasa lah bergegar gegar jalan berbatu. Sehinggalah lebih kurang sejam selepas tu dengan tiba tiba kereta tak dapat bergerak semasa naik bukit.


Wohaaaaa....!


Ditekan tekan minyak sampai maximum pon tak dapat jugak gerak. Kau bayangkan waktu tu kereta tengah kat kawasan bukit dan menggerlongsor ke belakang. Terus cikgu Eddy tarik handbrake dan cek clutch gear dah haus.


Cg eddy dan basil chek apa yang patut. Kami 3 orang perempuan berdoa je dalam kereta. Lepastu tak dapat nak buat apa kami tunggu sekiranya ada kereta lain lalu untuk mintak tolong.


Tak lama kemudian, lalulah sebuah kereta. Tengok tengok kereta tu geng cikgu dari LJtn. Kami sama subzon. Cek pape yang patut nampak gayanya kena towing la hilux kami ni. Kebetulan ada tali dapat dari mana aku tak ingat tariklah kereta seoanjang perjalanan menuju ke Miri.


Cikgu Eddy kawal stereng jela dan bila tali merentap darinkendur ke tegang yang Rabbi, tersentap jugak kami sekali. Memang tak dapat tidur la sepandang perjalanan tu. Pernah jugak tali tu terputus tetibe padahal dah tebal dah tu. Sambung balik tali dan teruskan perjalanan.


Dalam perjalanan pulak tayar kereta geng cikgu LJtn terkeluar dek kerana menarik beban yang overload dari biasa di jalan berbatu tu. Kerjasama la geng geng cikgu ni tukar tayar. Aku tahu dalam hati masing masing risau dengan perjalanan ni tapi senyuman masih terukir di bibir semua. Semua orang nak cepat sampai Miri dengan selamat.



Perjalanan membawa sampai ke malam. Hujan renyai renyai turun menyebabkan jalan menjadi licin dan menyukarkan towing namun kereta geng LJtn masih gigih berusaha membantu kami. Akibat percikan lumpur dari tayar depan, kereta kami diselaputi lumpur yang tebal dan cermin depan tak nampak apa dah time tu.


Cikgu eddy dan Basil tengok melalui tingkap tepi tepi je. Cikgu eddy tengok kanan, basil tengok kiri. Perjalanan yang sepatutnya sampai pukul 7 malam tapi waktu tu kami masih di jalan balak.  Huhuhuhu... Nasib tiada sesiapa yang flight malam tu balik kampung. Kalau tak melepas lah..


Dari tengah hari keluar dari sekolah, hampir tengah malam baru kami sampai Miri di rumah cikgu eddy. Kemudian dia tukar kereta lain dan hantar kami ke hotel. Di wajah masing masing tergambar keletihan dan belemuih tok sah cakap la. Hahhahaha...


Terima kasih banyak banyak pada geng cikgu LJtn atas pertolongan dan kegigihan membantu kami dan sama sama sampai lambat ke Miri. Bila di pedalaman ni, sesama kita jerlah mampu tolong dan faham situasi sebenar.




 Bergambar kenangan semasa berhenti rehat. Kenangan jugak bersama Basil dan cikgu eddy yang dah berpindah dari LJ.



Apa yang aku kongsikan ni hanya sedikit tahap kesusahan yang kami hadapi. Risiko perjalanan tu memang sangat tinggi dengan keadaan jalan dan perjalanan yang panjang. Hanya mampu berserah kepada Allah setiap kali keluar masuk sekolah. Laluan perjalanan balak sangat berisiko tak kira musim hujan atau kemarau. Banyak dah kes yang berlaku dan ini salah satu darinya.


Mohon doakan kami guru guru dan staff yang berkhidmat di pedalaman selamat untuk jihad menabur bakti dan ilmu buat anak-anak di pedalaman. Amin.


Friday, May 10, 2019

Jangan selalu marah

Assalamualaikum



Tahun ni sambutan Hari Guru di Lj ala kadar jer tapi alhamdulillah meriah dan penuh suka duka tangis tawa. Semasa majlis tu ada lah beberapa orang murid kasi kad kepada ticernya yang gojes ni. Memang tiap tiap tahun dapat kad cuma makin lama bilangan yang dapat makin berkurang. Mungkin populariti ticer dah tak se umph dulu kala. Hahahahaha...


  •  4 keping kad hasil usaha anak anak muridku. Walaupon tak berhias warna warni tapi effort tu ada la. Husnuzon ticer mungkin dorang takdak kaler pensel nak warna lukisan yang dibuat atau rushing nak siapkan kad.



Aku rasa banyak kali dah ajar macam mana nak buat kad kreatif. Cara lipatan macam ni jugak yang popular dalam kalangan murid murid.

Antara ucapan dari anak anak aku.
Nampak macam sama je kan ayat.
Yang terkesan sket untuk aku 'jangan selalu marah'.
Memang tak dinafikanlah ticer ni selalu marah. Yerlaa, mana tak marah kalo homework tak buat. Suh buat kerja pon umpama pahat dengan tukul. Istigfar banyak ticer dalam kelas gara gara murid. Mungkin ticer kena lebih manja manjakan murid lepas ni.. Hurmmmm.. naik kepala pulak nanti. Tak pe ticer garang sekarang supaya anak murid jadi orang suatu ari nanti. insha allah.


Memandangkan Hari Ibu dah makin dekat. Jadi aku ajak lah murid murid buat kad hari ibu berbentuk sket. Takdelah petak je kad dorang.

Tadaaaaaa...


Kad berbentuk hati. Kaler merah pulak tu.
Dapatlah mereka bagi kat mak balik hujung minggu ni.


Papepon aku ucap tinkiu pada murid murid yang mengajar aku erti kehidupan sebagai guru. Sebenarnya aku yang banyak belajar dari murid murid. Terima kasih anak murid.

Ticer love you too. 

Monday, May 6, 2019

Samak kelas lagi


Assalamualaikumm..

Awal pagi diberitahu oleh Chong yang kelas Tahun 3 ada anjing masuk kencing.. Cikgu A guru kelas tu. Dalam fiiran aku habis laaaaa... dah la tu kelas paling besar kat sekolah ni. Dulu aku samak kelas yang paling kecil pon lelah giler.


Disambung lagi oleh Chong.

"kelas tahun 6 pon murid gitaw anjing masuk kencing"

Apaaaaa??!

Kelas Tahun 6 adalah yang no 2 terbesar selepas kelas tahun 3. Dugaan di hari pertama Ramadhan. Sabar zazi sabar.. benda tak soheh lagi. Aku kena tanya dulu anak-anak aku sama ada betol atau tak.


"Betol ke ticer diberitahu ada anjing masuk kencing dalam kelas ni?"

"Haah ticer. Ada seorang girl masuk kelas tapi tak tutup pintu semalam. Pastu Igau nampak anjing masuk kencing"

"Siapa girl tu?"

"****"

"okey. Nanti ticer akan jumpa dia. Jadi, petang ni pukul 2 kita kena cuci samak kelas. Lepas makan mandi baru datang rumah ticer ambil barang."

"Tapi ticer, kami dah mop kelas tu guna omo (sabun) semalam. 1 cawan kami letak omo".

"Ha? dah mop 1 kelas?" Adoi.. habisah kena samak terus 1 kelas la macam ni. Kelas aku dah la habis lambat harini. Ingatkan nak samak bahagian yang terkena sahaja.

Jadi pukul 2, 3 daripada 6 orang anak aku bertungkus lumus la menyamak kelas tu berangkut air guna baldi. Aku ambil tanah daripada kawasan prasekolah sebab kawasan tu berpagar memang anjinh tak masuk. Buat  1 baldi air tanah.




Anak anak aku 3 orang ulang alik berangkut air nak kasi cukup 6 baldi air mutlak. Penat memang penat. Dari hari pertama persekolahan aku dah pesan sentiasa tutup pintu kelas. Kalau ikut penat memang penat. Tapi bila fikir ni fardhu kifayah, aku paksa diri untuk buat jugak sebab aku guru kelas ni.


Settle, aku gi jumpa murid yang diberitahu tadi. Kasi warning sket len kali lepas masuk kelas tolong tutup pintu.


Dah berapa kali kejadian anjing masuk kelas ni. Nak buat macam mana, dah anjing memang berkeliaran di kawasan sekolah.