Saturday, September 8, 2018

Mengenali buah buahan di borneo




Assalamualaikum..

Semenjak berada di bumi sarawak ni, pelbagai jenis makanan dan buah buahan tempatan aku dapat merasa. Bagi aku semua tu unik sebab sarawak ada pelbagai kaum dan budaya malah rakan rakan di LJ pon pelbagai bangsa dan budaya. Di LJ majoriti kaum kenyah pastu staf dan guru disini dalam kalangan kaum iban, bidayuh, kedayan, brunei, kelabit dan bisaya.


Oh ya! Takdi nok citer pasal buah buahan kan. Kita sambung pada tajuk. Panjang pulok buat pengenalan tadi.


Meh nak perkenalkan buah yang aku 1st time jumpa di borneo sebab tak pernah jumpa sebelum ni di semenanjung. Tapi dok tau lah kalau ada sebenarnya buah ni di semenanjung.


1. Buah dabai

Buah ni paling femes di Sibu. Sokmo tengok Tinton ngan Moknik up gambar dan bercerita pasal buah dabai tapi tak pernah jumpa lagi pada masa tu. Nampak macam buah anggur tapi bukan, tiada rasa pon macam anggur.



Sampailah satu hari Kaksa, housemate di LJ buat nasi goreng dabai. Dia goreng nasi dan buh isi buah dabai ni. Sedap wey. Buah dabai ni ada biji keras kat dalam dia.

Pernah jugak kaksa rebus buah dabai pastu makan. Dia rasa tawar berlemak. Kalau makan saje camtu je rasa muak la. Aritu barulah aku tahu selepas GB aku gitau orang makan dabai rebus ni ngan kicap.



2. Buah bambangan

Semasa menyambut hari raya haji di Sabah pada tahun 2015, kami stay di kampung sahabat sama maktab nama Awin. Buah ni 1st time aku kenal kat sana. Bau dia macam buah kuini cuma rupa je lain. Kalau di LJ kaum kenyah panggil buah ni dengan nama buah alim.




Sedap wey buah ni. Siapa pernah makam kuini memang rasa dia sama macam bambangan ni.



3. Buah terap

Aku tak sure buah tarap ni macam mana isi dia. Ni pon aku 1st time jumpa di pasar Bekenu semasa singgah otw masuk LJ. Orang gitau buah dalam dia macam buah nangka.



Aku belum makan lagi la buah ni..





Ni jer sempat aku share. Nanti papehal aku update lagi pengalamam di sini. Insha allah.

Thursday, September 6, 2018

Laluan ke LJ




Assalamualaikum..

 Setiap kali berjumpa ngan orang dan bercerita mengenai sekolah di pedalaman dan perjalanan yang ditempuhi mesti orang akan respon seperti WOW! UNBELIVEABLE (emoticon muka terkejut).


Camne tak terkejut bila aku gitaw perjalanan nak ke sekolah dari myy jer dah memakan masa dalam 7 jam melalui jalan balak. Kalau dari ganu nak ke KL pon makan masa 5 jam je.



Ini antara laluan yang kami lalui. Kalau hujan memang sliding jela turun ke bawah. Licin nau.. kalau kering pulak akan bergegar gegar seumpama duduk atas kerusi ogawa. Pening kepala dan mual mual tu biasa dah.


 Ini kami berenti sekejap di tepi jalan maklumlah dekat lakuan camni mana nak ada RnR macam kat lebuhraya. Berenti pebetul urat jap ataupon ada orang nak termuntah ke.



Jeep kuning oren ni adalah kenderaan pekerja kem. Power tau jeep ni. Aritu hilux cikgu Harison termasuk dalam longkang tepi bukit sekolah semasa jalan licin giler baru lepas hujan. Pastu jeep kem ni datang tarik. Bukan biasher biasher dia ni.

Nanti ada masa aku citer pulak pasal lori balak. Kussss semangat setiap kali terserempak ngan lori balak. Pengaruh movie final destination la ni.. Huhuhuhu...

Tapi pape pon..

Kita kena sentiasa berdoa semoga perjalanan tu selamat dan tak muntah sepanjang perjalanan.


Tuesday, September 4, 2018

Ahli mesyuarat tingkap

Assalamualaikum...

Tahun ni ada pengubahsuaian secara besar-besaran dalam bilik guru. Kedudukan meja guru dan bilik-bilik guru penolong kanan lagi tersusun dan teratur. Cuma masalah yang dihadapi adalah susah nak berbual jela.


Kedudukan meja aku berhadapan ngan cikgu ariez. Kedudukan ni di tentukan melalui proses undian. Dan aku telah mendapat kedudukan meja di sebelah tingkap.


Bersepah buku atas meja aku. Malu la siket ngan cikgu ariz buku-buku dia semua tersusun. HAHAHAHA.. Kadang-kadang je ada mood rajin nak kemas buku.

Masalah yang aku hadapi bila meja sebelah tingkap ni adalah anak murid suka mai cari aku tanya kut tingkap jer. Apa dorang ingat ni ahli mesyuarat tingkap ke? Hadoiyaiii..



See.

Ni datang nak pinjam stepler nak tanya homework semua kut celah ni.


Kenkadang bila aku ralit duk buat kerja kaksyam suka mai jenguk tepi tingkap dan buat terkejut. Aku ni tak leh tau terkejut-kejut camtu. Dahlah lemah jantung. Kusss semangat....


Sunday, September 2, 2018

Guru kelas mereka

Assalamualaikum...

Pada tahun pertama posting ke LJ (2015) aku diberikan tugas menjadi guru kelas tahun 1 yang pada masa tu ada tiga orang murid sahaja, Hana, Eron dan Atet. Tahun seterusnya 2016 masih continue menjadi guru kelas mereka dengan pertambahan seorang lagi murid yang baru berpindah masuk LJ iaitu Jeaky. Namun tahun ketiga (2017) aku tak nak jadi guru kelas mereka lagi sebab takut mereka cemuih (bosan) pulak asyik aku jer kan. Jadi aku bagi mereka peluang bersama dengan guru-guru lain. Tapi apakan daya pada tahun ni (2018) sekali lagi aku kena jadi guru kelas mereka dengan pertambahan seorang lagi murid baharu iaitu Rusel.


5 orang anak aku tahun ni dah tahun 4 bermaksud dah empat tahun aku di LJ. Dari kiri Jeaky, Rusel, Hana, Atet dan Eron. Dari darjah 1 sampai darjah 4 hanya Hana seorang sahaja perempuan. Pernah jugaklah dia merungut kat aku kenapa dia sorang je perempuan? HAHAHAHAHA... Semoga tahun akan datang Hana mendapat classmate perempuan.


Walaupon sorang sorang je perempuan tapi alhamdulillah dia kental kuat dan sama je ngan murid lelaki yang lain. Kadang-kadang yang boys lagi kuat merajuk daripada girl. Hana sendiri pon hairan apatah lagi aku. Selalu lah dia ni mengalah ngan boys.






Semasa dalam kelas.

Bila mereka dah besar ni, aku libatkan mereka dalam menghias kelas. Dah pandai dah jaga kebersihan dan keceriaan kelas sebab dari tahun 1 lagi aku dah didik setiap hari kelas mesti bersih dan pakaian ke sekolah mesti lengkap dan bersih. Alhamdulillah mereka praktikkan sampai sekarang.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungmya.


Sebelum balik sekolah mereka akan kerjasama kemas kelas tapi yang selalu mengelat balik awal tak sesama kemas adalah girl yang sorang tu. Hahahaha.. memang rajin sungguh boys.




Pelbagai ragam semasa menjawab ujian.




Dari segi sahsiah mereka okey cuma biasalah kenkadang ada nakal budak-budak jugak. Jarang mereka bergaduh sesama sendiri. Dari segi pembelajaran pulak jeaky ngan eron sentiasa di atas. Hana ngan Atet sederhana cuma Rusel je la lemah sket terutama kalau kena menulis. Kena banyak pemantauan lagi si Rusel ni. Harapnya nanti dia akan sama level ngan yang lain-lain.


feedback daripada guru-guru tentang mereka ni alhamdulillah bagus diharapnya berterusan sampai bila-bila. Oh ya! mereka seronok betul bila aku tunjuk balik gambar mereka masa tahun 1 dulu. Eksaited kemain. Tapi bila dah tahun 4 ni malu-malu pulak nak bergambar. Kata nak simpan kenangan tapi malu.

Tak pelah. Ticer simpan kenangan dalam blog ni jelah. manatau kot kot suatu hari nanti dorang jumpa blog ni kan.


Friday, August 31, 2018

Pengalaman menaiki perahu

Assalamualaikum...

Walaupun sekolah aku mempunyai jalan darat (melalui jalan balak) namun untu ke kampung-kampung yang berhamiran lagi singkat  dengan menggunakan jalan air (sungai). Murid-murid di sekolah ini merangkumi penduduk di tiga buah kampung. murid-murid daripada 2 daripada 3 kampung ini ke sekolah melalui jalan air yang mengambil masa dalam 10 hingga 15 minit. Untuk ke sekolah mereka menggunakan perahu namun sekolah ada membekalkan jaket keselamatan untuk mereka guna sepanjang berulang alik dari kampung ke sekolah setiap 2 minggu sekali. Semua murid tinggal di asrama.


Aku dan rakan-rakan staf LJ pernah menaiki perahu dibawa oleh orang kampung untuk ke kampung berdekatan. Paling lama pernah berperahu adalah selama 2 jam. Dalam keadaan panas dan kena duduk tegak je dalam perahu tu. Lenguh pinggang achik ni haaa...



Bukan anak murid je kena pakai life jacket, cikgu pon kena pakai. Maklumlah kita ni tak pandai berenang. hehehe.. Kenangan bersama Kakros housemate di LJ. Oh ya! beg yang kat tepi kakros tu nama dia orang panggil belanyat.



Dalam perjalanan ke kampung LM yang memakan masa selama 2 jam. Topi yang atas kepala tu dipanggil sa'ong dalamkalangan masyarakat kenyah. Fungsi dia macam payung la jugak. Over jer aku pakai rayban naik perahu tapi sangat penting untuk kita melindungi mata kita dalam keadaan panas lit lit camtu. Baju pulak kena pakai long sleeves sebagai perlindungan dari kena sunburn dan jangan lupakan sunscreen ye uols.



Salah sebuah kampung di tepi sungai yang kami limpasi tapi bukan kampung ini yang kami lawati. Boleh tahan besar jugaklah sungai ni dan memang ada buaya di sungai berdasarkan cerita anak murid dan orang kamung tapi alhamdulillah setakat ni aku tak pernah ternampak lagi lah selama beberapa kali menaiki perahu ni. Aku pernah tengok buaya pon semasa melawat taman buaya dan zoo je.



Duduk tegak jer sepanjang perjalanan. Ni baru dua jam. Macam mana lah kawan-kawan aku kat Kapit tu mengharungi lebih dari 2 jam berperahu di sungai Rajang. Subhanallah. Bersyukurnya aku bila dapat sekolah yang boleh terus naik kereta sampai depan tangga. Walaupon perjalanan jauh sampai 7 jam perjalanan melalui jalan balak tapi sekurang-kurangnya kami ada bumbung dan aircond. Siap boleh lentok lena dalam kereta sampai tak sedar diri. Ini naik perahu camne nak tidur.




Sesungguhnya Allah telah menetapkan tempat yang sesuai untuk kita dan sesuai dengan kemampuan kita. Jadinya kita kenalah bersyukur dengan apa yang ditetapkan dan berikhtiar untuk meneruskan kehidupan ini.

Pengalaman naik perahu ni bukan selalu dapat. Lagipon mahal jugak tambang perahu nak kena bayar pembawa perahu dengan minyak pon kita yang kena bayar. Kalau ada murid sakit perlu bawa murid ke kampung lain naik perahu tambang return dan RM50 sebab tulah sedaya upaya jaga diri dan keselamatan sebab jauh nak gi klinik dan perbelanjaan tambang.



tudiiaaaa model nak naik perahu.




Sunday, August 26, 2018

Tolong kurap senyap



Assalamualaikum.

Dalam kelas, sokmo pesan ke anak murid jangan bersembang dengan orang yang tak siap kerja sekolah lagi. Ini bagi mengelakkan murid yang dah siap mengganggu konsentrasi murid yang lambat menulis dan yang dalam proses menyiapkan tugasan yang diberi. Bial dari awal terapkan peraturan macam ni pon kenkadang murid-murid ni lupa jugak.

Ticer: if you done, please dont disturb your friends.

Tetiba ada beberapa orang murid bersembang. Ada 2 3 orang murid lagi yang belum siap menyalin soalan jugak. Hangin jugak la ticer ni bila mulut lebih banyak bercakap berbanding tangan yang menulis.


Ticer: hello..! Keep quite please. 
Murid: ticer, tengok dia ni kacau saya. Keep quite.!
Ticer: keeeeep (panjang sket harokat dia) quite class...

Dengan tiba-tiba murid-murid ketawa sesama sendiri geli hati.

Ticer: is that funny? What's wrong?

Murid: ticer, you said KEEP  (kip) tadi dalam bahasa kenyah maksud dia KURAP.

Murid: itulah yang kami ketawa. Hahahaha (masih ketawa). Please keep quite. Tolong KURAP senyap.


Duh. Tepuk dahi ticer. Kenkadang ada jugak beberapa perkataan yang sama sebutan tapi lain maksudnya. Itulah keunikan bahasa bila kita cuba belajar bahasa bahasa kaum kaum di malaysia ni. Contoh yang lain adalah Amin. Kalau dalam bahasa melayu ni nama orang atau lepas berdoa kita sebut amin. Tapi dalam bahasa kenyah amin bermaksud rumah.

Aku banyak belajar bahasa kenyah ni daripada murid murid. Cuma bila dah ajat english ni aku wajibkan mereka cakap english dan bahasa melayu jer. Jadi tahun ni limited sketlah aku nak belajar bahasa kenyah.

Meh aku ajar mengira dalam bahasa kenyah.
1-cha
2-dua
3-telu
4-pat
5-lema
6-nem
7-tujoh
8-aya
9-pe'en
10-puloh

Thursday, August 9, 2018

Spegeti


Semasa sesi pembelajaran bahasa inggeris tahun 4, ada belajar mengenai makanan. Kalau diberi contoh chicken rice, fried rice dan fried noodle tu faham lah murid-murid bila ditranslate ke bahasa melayu. Tapi kalau dah contoh pizza dan spegeti mereka tak pernah makan dan tak tahu macam mana rupa makanan tu.

'Makanan apa tu ticer?' Tanya salah seorang murid.


Murid-murid yang lain sabar menunggu jawapan aku. Majoriti mereka jarang turun ke bandar. Dan kalau turun ke bandar pon tak de mereka nak pi order spegeti.


'Dia macam mee goreng cuma dia kaler kuning dan direbus. Lepastu ada kuah dia jugak.' Cubaan seorang ticer memahamkan murid nampaknya gagal. HAHAHAHA..

Altenatif lain.
Tunjuk gambar (setelah berkali-kali reload page akhirnya gambar keluar)


'Haaa...inilah spegeti' kataku.
'Tak pernah kami makan ni ticer'. Kata murid-muridku.

'Ticer, nanti bawaklah kami makan spegeti ni. Please ticer'.

Aku rasa sedih lah jugak. Pertama, sebab permintaan dari anak murid. Kedua, sebab ticer tak pernah masak spegeti. HAHAHAHAHA... ticer tak tau nak masak spegeti ni lagu mana anak murid oiii...

'Tak pe. Nanti ticer turun ke bandar ticer beli bahan-bahan dia nanti ticer masak kita makan sama-sama ye'.

'Yeay!'
'Promise tau ticer'

Mak aku selalu pesan jangan berjanji ngan budak-budak. Dorang ni akan ingat janji kita ni sampai dituntut. Memang betol. Kerap dorang ni tanya bila nak bawak makan mi (spegeti)

'Sabaq la anak murid. Ticer tak turun ke bandar lagi ni'


Kebetulan tak lama lepas tu aku kena turun kursus kat Miri. Aku pon beli la bahan-bahan buat spegeti. Nak dijadikan cerita, batang lidi spegeti yang aku beli masuk air dalam perjalanan dari bandar nak balik sekolah. Dah la perjalanan 7 jam takkan aku nak turun balik semata-mata nak gi beli spegeti. Dalam otak aku duk pikir macam mana ni kalau budak- budak tanya lagi bila nak makan spegeti.


Takpela. Aku kirim kat orang lain mintak tolong beli lidi spegeti yang baru. Pastu gitau kat murid nanti setle minggu sukan kita makan. Dalam pada tu jugak aku pon mintak la resepi dan cara-cara memasak dari chef ariez. Hahahahaha.. dia ni selalu masak spegeti. Boleh tahan sedap la jugak. So, memasaklah ticer... berbekalkan resepi yang dipelajari dan jugak tengok kat botol sos prego. Menjadi jugak spegeti aku dengan dibantu oleh awin untuk masak batang spegeti.




Bila sampai waktu RBT TMK, aku ajak lah murid-murid makan kat rumah. Lagipon dalam RBT ada jugak belajar tentang masakan. Bertambah-tambah dorang makan. Boleh tahan menjadi dan sedap latu ticer masak. Eatable. Cecehhhh..


Akhirnya objektif untuk memberi pengalaman pada murid tahu dan rasa sendiri spegeti berjaya. Yahooo! Siap ajar cara-cara makan menggunakan garfu. Putar spegeti pada garfu dan masuk terus dalam mulut. Lepas ni jangan kata tak pernah makan spegeti lagi neh.


Wednesday, August 1, 2018

Biawak masak kicap



Kelas terakhir hari ni adalah kelas english bersama tahun 6. Selepas ucap terima kasih semua rush untuk ke dewan makan. Tetiba mereka kecoh dekat kawasan pagar prasekolah apabila ternampak seekor anak biawak. Aku teruskan jela perjalanan ke kuaters cepat cepat sebab lapar sangat dah ni. Nak balik bersilat di dapur lagi ni.

Kelas esoknya pula, semasa bersembang ngan murid tahun 4

M: ticer, semalam murid tahun 6 tangkap anak biawak.
T: laaa...kenapa mereka tangkap. Nanti kena gigit biawak baru tahu.
M: tak gigit ticer. Anak buaya je menggigit.
T: macam mana mereka tangkap biawak tu?
M: mereka pegang ekor dia, pastu tarik. Pastu mereka pegang leher dia.

Dahsyat betol keberanian anak- anak ni.

T: knp la mereka nak tangkap biawak tu?
M: mereka bagi uncle Tim untuk pelihara.
T: nak buat apa pelihara?
M: nanti besar mereka sembelih. Pastu masak la.
T: erkkk... selalunya buat masak apa?
M: masak kicap. Sedap! (Sambil tunjuk tumbs up)
M: ticer pernah makan biawak?

Dia tanya kiter pulok eh pernah makan biawak ke dok. Alahai anak murid..Hehehehe..

Menurut anak murid aku, bukan setakat biawak masak kicap je dorang pernah makan. Ular sawa masak kari pon dorang makan. Betapa eksaited nya mereka bercerita perihal makan haiwan-haiwan eksotik ni. Ticer kembang tekok. Tapi dah memang tabiat pemakanan di sini macam tu tak boleh nak kata apa la. Kena terima perbezaan budaya. Tapi dalam masa yang sama mereka tahu apa yang ticer boleh makan dan apa yang tak boleh. 

Tuesday, July 31, 2018

I love you ticer



Semasa praktikum dulu aku pernah dikecam oleh guru pembimbing dan pensyarah kerana english aku agak teruk. Mereka menasihati aku kalau diberi peluang elakkan lah mengajar subjek english. Namun, bila aku masuk mengajar di LJ, LJ kekurangan guru english. Memandangkan aku minor english nak tak nak terpaksa jugak ambil subjek tu. Dari awal aku dah cerita masalah ni kepada mentor aku di LJ. Mentor cakap "takpe, mungkin ni masanya untuk azi perbaiki dan sama sama belajar dengan murid". 


Jadi, untuk permulaan aku diberi kelas tahun 1 dan tahun 2 untuk ajar fonem. Masa kat maktab dah la belajar surface je english, nak kena ajar murid membaca fonem yang tak ada asas langsung ABC sebab tak pernah pergi prasekolah sebelum masuk darjah 1 memang agak mencabar. Tapi alhamdulillah anak murid tahun 1 aku 3 orang jer. Ticer sama sama belajar ngan murid yang zero kita try untuk jadi hero!. Hoyeh!


Sebelum nak mengajar memang aku kena gi mengadap mentor dulu untuk ditunjuk ajar. Pastu masuk kelas memang aku bantai je cakap broken english pon tak pe. Murid pon wajib cakap english jugak. Even di luar kelas pon aku paksa diri sendiri dan murid murid untuk cakap english. Sekurang kurangnya mereka ada vocab baru setiap hari. 2 tahun aku ajar kelas yang sama subjek english. Tapi tahun ke 3 aku lepaskan kelas tu sebab takut satgi depa cemuih pulok tengok muka ticer setiap tahun. So bagi peluang mereka bersama guru lain.


Memandangkan tahun ni aku tak ajar kelas mereka dah, aku jarang la berjumpa dorang. Tapi aku perhatikan mereka kalau dalam kelas bersembang sesama mereka dalam english. Amazingnya aku ngan mereka pada tahun ni. Even bergaduh mengata sesama sendiri pon dalam english. Hahahahaha.. 

Suatu hari, aku berjalan nak balik ke rumah. Tetiba si hannah datang dari belakang. 

"Ticer, where are you going?"
"I'm going home. Why?"
"Can i folow you?"
"Of course."


 ( kebetulan masa tu aku memang sendirian kat rumah. Boleh la bwak dia ni teman. Ticer penakut sket.)


"I miss you ticer. I love you ticer". ( sambil pegang tangan aku)
"Oh thank you. I love you too".

Dah pehal pulak si Hannah ni tetibe nak miss you lebiu. Hahahaha..


" hannah, ticer tengok kamu sekarang selalu cakap english. Bagus lah. Kat rumah selalu ajak mami speaking tak?"
"Ya. Saya bawak(ajak) mami saya cakap english"
" wah.. baguslah tu. Selalu praktis nanti pandai lah english"
" saya ingat lagi ticer ajar saya, aaron sama atet ,  english masa saya tahun 1 dulu. Itu lah saya pandai cakap english"


Wohaaaa...ingat lagi dorang rupanya. Huhuhuhu. Memang siyesly aku sebak time tu tapi aku tak tunjuk la depan dia. Sekurang kurangnya ilmu yang aku beri tu murid murid boleh amalkan dan guna untuk masa depan dorang. Kalaulah dulu aku give up lepas kena kecam masa praktikum, mungkin aku tak mampu untuk ajar Hannah dan kawan kawannya cakap english dah. Dan aku sangat berterima kasih pada mentor yang support untuk belajar sesama ngan murid dan beri tunjuk ajar kat aku step by step. 


Selepas batch hannah, tahun ni aku kembali ajar tahun 1 menggunakan pendekatan yang sama cuma ada sikit penambahbaikan. Takpe, tahun depan sambung lagi ajar mereka untuk tahun 2. Syukur jugak ditempatkan di pedalaman bukan di bandar besar seperti KL. Ada peluang untuk aku belajar dan perbaiki diri. Allah akan meletakkan seseorang iti pada tempat yang sesuai dan pada masa yang sesuai. Dia lebih maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 




(ditaip pada tahun 2017. 2018 baru nak post)