Di dalam rukun iman ada 6 perkara. Salah satunya adalah percaya kepada qada dan qadar yang bermaksud kita percaya dan beriman dengan ketentuan dan takdir yang telah allah aturkan dalam hidup kita ini.
Rujuk al-furqan:2
Memanglah kita dah merancang dan berusaha dengan sempurna tetapi sebaik baik perancangan adalah dari Allah dan sekiranya kita dapat bukan seperti yang kita mahukan, kita kena redha lah dan berlapang dada dengan ketentuannya itu.
Rujuk Ali imran:54
Dalam hidup aku ni dah macam macam dugaan yang berlaku dan aku tempuhi. Jika sebelum sebelum ini kalau perkara yang aku terima tu tak seperti yang aku inginkan, aku menggelabah dan meroyan pastu sedih sedih tak dapat terima kenyataan. Tapi selepas aku dah makin matang (ceceh) dan memahami ayat ayat dari Allah, aku belajar terima dengan tabah dan tenang.
Baru baru ini, aku dapat dua peristiwa yang mengejutkan dan menyebabkan adrenalin rush dalam waktu dan hari yang sama. Jika pada ketika itu aku tidak berfikiran waras dah lama dah rasanya aku mengamuk dan berpelakuan tidak diingini mungkin.
Perkara pertama adalah aku telah kehilangan duit simpanan sebanyak 40 keping rm20 yanga ku simpan dalam sampul duit raya. Aku berjinak jinak lah nak menabung cara kumpul duit kaler oren (rm20) dan aku telah berjaya mengumpul sebanyak 99 keping. Selepas dua hari aku balik rumah di ganu aku cek aku cuma ada 59 keping dan kehilangan 40 keping. Tak de siapa pon yang tahu aku ni menyimpan dan aku khabarkan pada ayoh dan adik adik aku selepas aku hilang 40 keping tu. Ayoh kabor, kawasan kampung aku ni memang ada berlaku kejadian kehilangan duit dan syak angkara toyol.
Ya Allah.. dugaan yang kedua yang aku terima adalah mendapat jemputan kawen dari seseorang yang aku tak sangka sangka yang aku minati dalam hari yang sama aku diduga dengan kehilangan. Dah la tadi jiwa aku resah ngan kehilangan duit ni tambah lagi satu peristiwa. Ayoh bawak aku jalan jalan dan aku cuba sedaya upaya tak memikirkan semua kejadian tu (walaupon masa tu jiwa aku memang tak tenang langsung). Bila balik rumah adik lelaki aku pesan "Redho jelah long" dah benda memang dah tak de dah nak buat macam mana kan.
Ianya umpama melempar seketul batu terkena pada dua ekor burung. Ada betol jugak apa dikatakan tu. Setiap masa aku berdoa agar diberikan ketenangan hati dan redho. Tu jer. Aku pastikan tak setitis pon air mata kecewa aku jatuh disebabkan peristiwa dan kejadian pada haritu. Aku kena kuat sendiri dengan pertolongan Allah. Aku kan manusia lemah selemah lemah iman.
Tentang apa yang berlaku, bukan tugas aku untuk menghukum. Semuanya aku serahkan kepada allah apa balasan yang akan mereka terima. Yang penting aku dah terima qada dan qadar dan kena percaya pada ketentuannya ini. Orang sekeliling aku pon hairan kenapa aku tak ternampak kesedihan dan perasaan kecewa tu tak diluahkan sepenuhnya tapi dalam hati, tuhan jer yang tahu macam mana aku berusaha untuk simpan sendiri dan pulih sendiri mencari kekuatan.
Caranya yang aku lakukan:
1. Solat jangan tinggal dan kalau boleh awal waktu.
2. Solat taubat sentiasa.
3. Dalam sujud selitkan doa dan harapan agar diberikan ketenangan hati dan redho ngan ketentuan.
4. Setiap kali doa mohon pada allah semoga diberikan ketenangan hati setiap kali mendapat musibah.
5. Bangun solat tahajud (sumber kekuatan)
6. Jangan duk sensorang. Pergi bergaul ngan manusia sekeliling.
7. Baca buku motivasi.
Jika ada masa nanti aku ceritakan pulak tentang the power of tahajud. Memang sangat amazing. Oh ya! Banyak buku motivasi yang aku baca tapi yang paling bagus adalah motivasi dari terjemahan al quran. Ianya umpama Allah sedang memberikan nasihat pada kita melalui ayat ayatnya itu. (Rujuk entry aku yang ini. Dah aku share dulu).
Semoga ada manfaat disebalik perkongsian aku ni untuk orang lain jugak dan beri pengajaran.
P/s 1: Lepasni kalau nak kumpul duit make sure ikat ngan getah ketat ketat dan jangan susun elok sangat.
P/s 2: masih ingat ke keenam enam rukun iman?
No comments:
Post a Comment