Sunday, May 22, 2016

Tragedi 16 Mei

Tarikh 16 mei selaluya sekolah akan adakan sambutan hari guru tapi di LJ kami tangguh sambutan sebab murid murid sedang menduduki peperiksaan pada masa tu. Memandangkan senin ni baru nak sambut so kita bergambor sesaje jela ngan murid murid dan guru.




Pada malamnya pulak, semua staff ada meeting sampai lebih kurang pukul 10.45 malam. Habis meeting aku kaksa dan kakros pon balik la rumah. Salin pakaian lepak landing depan tv. Kakros pulak nak masak megi sebab meeting lama sangat lapor pulak. Dalam 10-15 minit dah kami kat dalam rumah.

Tetiba...

Kaksa dari dapur nak ke ruang tamu tunjuk kat tingkap rumah sambil jerit ular! Aku masa tu landing kat kerusi tengok tv. Ya rabbi!!! Ada ular kat tingkap umah kami weiiii..!



Berlari aku ke dapur. Kami 3 orang stuck kat dapur sebab ular tu kat tingkap ruang tamu. Menggeletar seluruh badan. Aku ngan kakros jerit panggil cikgu cikgu laki sebelah rumah.

Cikgu eddy! Harisson! Ada ular!

Bila dorang dahh kat luar rumah dah time tu. Tak dapat masuk rumah sebab lepas balik meeting tadi aku dah kunci pintu. Pulak dahhh... kalo tak bukak pintu camne dorang nak masuk. Ular dalam rumah bersama kami..

Nak tak nak kena jugak bukak pintu tu. So aku tawakal jela sambil terketaq ketaq jalan slow slow pi bukak pintu sambil kaksa dan kakros tengok pergerakan ular tu. Dah bukak kunci berlari la aku ke dapur.

Ketaq giler weiiii...

Cikgu laki dah ramai kat laur satu hal pulak aku nak cari tudung kepala. Bantai jer amek tuala dapur tutup kepala. Dorang suruh kami 3 keluar. Sekali kaksa dah berjaya keluar tinggal lah aku ngan kakros masih dalam rumah. Penakut betol kami 2 orang ni..

Cikgu harison pon masuk rumah. Ingatkan nak selamatkan kami tetiba dia bawak keluar fon ambil gambar ular. Ciss..kuang asam betol.. hahahahahaha...

Nampak macam ular tu tak bergerak kami pon pecut berlari keluar rumah ngan tak pakai selipar pergi umah kaksadie. Hal hal tangkap dan bunuh tu kami serah pada yang lelaki. Dah settle baru kami balik rumah.


Besaq nya ulaqq! Dah la itam. Berkilat pulak tu. Huaaaaa...

Balik je rumah nak tidoq pulak 1 hal. Asal nak tutup mata jer terbayang. Lama jugak lah sampai aku tertido sendiri. Aku kan biasa terjaga tengah malam. Walaupon rasa nak terkencing terpaksa aku tahan je tak berani nak limpas ruang tamu. Kaksa ngan kakros pon gitau dorang payah betol nak tido malam tu.

Keesokan paginya. Kaksa biasa akan keluar pergi kejut budak dalam pukul 5.30 5.45 macam tu. Pagi tu dia bukak pintu rumah macam biasa la. Pastu dah keluar nak tutup pintu semula, sekali tengok atas tingap atas pintu tudiaaaaaaaa... ada ulaq lagi. Aku tak dapat bayang kalo ular tu jatuh time tutup pintu tu. Huaaaaaaa... kaksa tutup cepat cepat jalan slow slow pi bagitau abang man kebetulan dorang terjumpa tengah jalan.

Macam ni dialog kaksa ngan bangman.

'Man, tau kau pasal ular masuk umah kami semalam?'
'Haa aa..ada dorang citer malam tadi'
'Ada lagi sekor kat umah tu pagi ni'
'Ha??!! Kat mana?!'



Ko faham tak dengan slumber jer kaksa gitau abangman pasal.ada ular kat umah. Tak jerit jerit macam aku ngan kakros. Hahahahaha.. kalau aku la dah jerit jerit menggelabah dah masa tu.

So pergilah dorang ke rumah pastu panggil cg eddy sebelah tu. Tanjat ckgu harison bukak pintu nampak ular. Pintu rumah kami sebelah menyebelah jer.

Time tu dah subuh aku dengar suara kaksa kat luar rumah. Bilik aku tepi sekali dekat ngan pintu. Sekali kaksa pesan dari luar rumah.

' azi, jangan keluar bilik'
'Kaksa..kenapa?'
'Ada lagi ular kat luar'
'Ha! Kaksaaaaaa..' (dah start menggelabah)

Dengan patuhnya aku duk dalam bilik sambil otak berpikir macam-macam. Orang kat luar rumah sedang usaha bunuh ular tu. Dorang cakap sama besar sama kaler macam semalam punya. Lagilah aku ketaq.

Tak habis habis aku panggil kaksa kat luar. Tanya perkembangan sampailah dorang gitau okey dah selamat dibunuh.

Sekali kaakros keluar dari bilik dia tengok kat atas pintu ekor ular terjuntai.. menjerit la dia.. aaaaaaaa!!

Sekali cg yahya gitau dari luar rumah ' sudah matai (mati dalam bahasa iban). Hahahaha..


Dengar suara kakros baru aku berani keluar bilik. Sekali tengok depan pintu. Tuudiaaaaa.. berciciran darah ular. Bangkai ular aku tak sempat tengok dah simpan masuk plastik. Kuat betol bau darah ular. So bermulalah sesi soal menyoal macam mana ada kat situ, bila dia masuk, dan sebagainya.

Pagi tu dah la kalut nak gi sekolah.. satu hal pulak solat subuh lewat sebab tak berani nak keluar bilik. Settlekan dulu bersihkan darah ular baru bersiap gi sekolah macam biasa.

Lepas kejadian tu asal balik rumah je mata kami akan melilau sekeliling pelusuk rumah. Dan aku tak berani nak balik rumah sensorang. Petang tu jugak kami buat operasi tutup segala lubang di rumah.

Dan masih trauma sampai la sekarang. Nasib baik aku gi kem motivasi so dapatlah kurangkan sikit trauma kat rumah tu. Bila duk rumah especially kat ruang tamu memang terbayang bayang ular dekat tinkap.

Dulu aku pernah trauma kena nightmare hantu tapi yang kes ular ni lahi seram berganda ganda. Dia jadi fobia trauma bila kejadian ni berlaku dalam selang 6 jam macam tu ada 2 ekor ular kat tingkap rumah. Memag tingkap rumah kami ada ruang udara yang agak luas la muat untuk badan ular sebesar tu. Dan kemungkinan yang malam tu yang dibunuh pasangan kepada yang datang pada pagi tu. Cikgu cikgu ni bercerita maybe dorang nak dating kat tingkap tu tapi tak kesampaian akhirnya terbunuh di tingkap. 

Alhamdulillah kami semua selamat. Walaupon masih fobia sampai tahap dengar cicak jalan pon terus meremang rasanya. Bila duk dalam hutan ni memang tak dapat lari dari kena macam ni. Tambah pulak rumah kami paling hujung tepi hutan. 

Sama sama berdoa jerla dan berjaga jaga agar semuanya selamat dan dilindungi Allah. Itulah prngalaman palings seram setakat aku di LJ pada tarikh hariguru. Kuang asam betol dorang cakap hadiah hari guru. Cissss... hahahahaha...


Tuesday, May 10, 2016

Tak guna datang sekolah



Suatu hari sedang aku sibuk siapkan soalan ujian pertengahan tahun di bilik guru, aku terdengar ada suara budak menangis. Terus aku pergi ke asrama lelaki dan alangkah tanjatnya tengok keadaan asrama berselerak. Tak jadi niat aku nak marah budak yang buat kawan dia menangis tadi. Bior jer dia senyap sendiri. Malas cikgu  ak pujuk.


Tujuan aku beraliih pada almari pakaian dorang. Mula mula aku tengok almari murid tahap 1.

Ohmeng!

Main gumpal jer baju baju tak tau dah bersih ke idok lagi. Kasut tuala semua dalam tu. Apalagi, aku panggil dorang kelurkan semua pakaian tu suruh lipat. Tak tahu lipat, aku ajar lah cara paling simple sebab aku pon lipat dengan cara mudah. Ada tutorial aku pernah buat kat dalam blog ni. Pandailah godek sendiri.


Semua almari macam tu termasuk yang darjah 6 jugak. Aku paksa kemas. Ada sorang budak ni memberontak bila aku suruh lipat pakaian dia. Dah la pakaian banyak pastu style lempor sumbat dalam almari. Aku keluarkan semua.. hahahaha..


Sekali dia membebel dalam bahasa kenyah. Dont worry walaupon aku tak faham akan ada murid yang tolong translate.


Dia cakap "tak guna datang sekolah"..


lucu giler pe kaitan lipat baju ngan tak guna datang sekolah..

dia ambil baju dan lipat. Aku suruh dia lipat semula sebab dia lipat baju tapi tak terbalikkan baju dengan betul. Aku paksa dia buat sampai betul. Eh eh dah lipat betul betul dia main lempor pulok dalam almari.. tak guna la ko lipat elok elok tadi. Aku ambil balik suruh lipat semula.. paksa dia kemas betol betol dalam almari..


Dan akhirnya lipat baju pon dah betol dan almari pon dah hurmmm.... boleh lah dikatakan kemas.


Pastu aku tanya dia balik..

 tak guna ke datang sekolah? Tau dah kan lipat baju elok elok? Haaaaa... Sebab tak pandai lah cikgu nak ajar kamu sampai pandai.


Dia pon senyum senyum tersengih sengih..


Itula budak budak. Nak memberontak rasa diri gengster lah sangat. Ko tak tau cikgu ko ni lagi gengster.

Settle hal di asrama aku balik semula ke bilik guru tutup laptop balik rumah  berehat..lelah bertarung ngan budak budak.. tak jadi siapkan soalan ujian. Cissss...


Wednesday, May 4, 2016

Road to Kapit (sambungan)

Assalamualaikum....

hye semua.. baiklah, kali ni kita sambung lagi perjalanan kita di kapit untuk hari-hari seterusnya. Malas nak buat banyak banyak part nanti sampai tahap malas nak update bila line tenet slow.


Hari berikutnya, pepagi lagi ecah ngan moknik bawak aku gi makan roti canai goreng yang dorang gembar gemburkan selama ini. Kan kemaren aku sampai kapit hari dah petang. lengang jer tempat tu. Sekali aku keluar pepagi nak gi makan..homang aihhhhh ramai betol manusia kapit ni. sesak oiii. Dah la hotel kami mengadap pasar. Kebetulan pulak pagi tu hujan. Gigih jugak redah nak gi makan roti canai goreng kat Gelanggang Kenyalang (dorang panggil GK).

Moknik ngan ecah nak oder roti canai dekat kedai dorang selalu makan. sekali roti canai dah habis. So oder kedai lain tapi roti canai goreng kosong jer. Okey, komen aku lepas makan roti canai ni hurmmmmmm rasa dia macam makan karipap kulit luaran dia tu cicah ngan kuah kari.


Ecah kata roti canai telur  lagi sedap. Esok lah makan lagi sekali tapi kena gi awal.

Lepas makan kami gi beli tiket bot ekspress sebab tak mau jadi kes macam kemaren. Hahahaha.. Kali ni pilih seat first class seat tepi tingkap senang nanti kakak nak tengok kawasan.


Lepastu Ecah bawak aku ngan moknik pergi melawat sekolah dia. Terigin jugak aku nak melawat sekolah kawan-kawan. Nampak sekolah Eri dalam perjalanan ke sana.


Pemandangan sekolah ecah. Sekolah tepi sungai atas bukit. Dah lah terpisah blok akademik dia. jenuh nak kabat bukit nak gi kelas.

Lepas zohor kami gerak gi mandi air terjun. Kebetulan arini 1 mei cuti hari pekerja boleh la jadikan ala-ala celebrate cuti labour day. Kemain lagi ecah siap pinjam life jacket lagi untuk kami. Hahahaha...

Lucu la trecking pakai life jacket.  Hahahahaha....






Dah petang, balik hotel rehat jap pastu keluar gi tengok sunset Kapit. Cantik betol pemandangan kat kapit. Memang sangat nature dan sesuai lah ngan Ecah duk sana. Dia memang suka nature nature ni. Itulah Allah kan maha mengetahui apa yang sesuai dengan hambanya.

Sunset in Kapit.



Lepas magrib kami dinner kat open air, tempat lepak geng geng kapit. Makan sana teringat lepak malam-malam makan kat downtown cheras. Sekarang downtown dah tak de dah. Sempatlah jugak kami budak budak ipik jalan kaki jer lepak sana.

Tengah duk makan situ tetibe naim mai. Tau je naim ni kami makan tang mana. Hahahaha.. Lepak ngan naim sembang-sembang sampai kat kedai tu tinggal kami jer. pastu balik hotel. Rehat.


Hari berikutnya pepagi lagi Ecah kerahkan aku bangun ikut dia balik rumah hantar kereta tukar ngan motor. Otai betol ecah suruh aku naik motor tak pakai helmet oiiii... Dia pakai, aku tak pakai. Lama aku tak naik motor. Lalu jalan Kapit yang berliku liku turun naik bukit. Ecah break mengejut pangggg kepala terhantuk kat helmet. Kuang asam betoii ecah... Pastu masuk bandar pon tak pakai helmet. Tapi tak de pulak aku nampak sorang pon polis kat Kapit tu. Fuhhhh selamat...


Sekali lagi kami breakfast kat GK. Kali ni ada rezki aku nak merasa roti canai telur Ecah tu. Tudiaaa aihhh.. Lain benor roti canai telur ni.

Kakak belakang photoboom gambor kami. Adeiiiii..

Taraaaaa.... Roti canai goreng telur. Rangup oiiii...Okey, komen aku hurmmmmm... Luaran dia macam kulit karipap pastu dalaman dia makan makan murtabak.


Lepas makan teman ecah gi beli Pezzo. Baru bukak pezzo kat Kapit. Ko jangan main main kata Kapit tak maju. Hahahahaha.. Ada pezzo okey kat sana.

 Kemainnn ecah heppy nak beli pezzo. Aku beli jugak satu slice untuk buat bekal makan atas bot.

Sempat jenjalan kat pekan singgah sebentar kat kapit town. Kat situ ada funfair, jualan dan ada jugak orang jual pakaian tradisional iban.



Kejap je kami gi sana. Pastu gi antor moknik nak balik sekolah dia dah. Sekolah moknik pedalaman p3. Kena naik bot ekspress dati kapit pastu berenti dekat waf dan naik perahu pulak untuk ke sekolah.


Kawan moknik balik semenanjung bawak cream puff. Sedap maiiii..

Sedang duk makan-makan tetibe bot moknik bergerak. Berlari moknik sambil makan cream puff kejor bot dia. Nanar sungguh laaa...



Moknik tengah kalut call member dia dalam bot.

Rupa-rupanya bot dia gerak gi isi minyak jap derrrr ..Cissss.. Hahahahahaha...


Pakcik ni duk panggil-panggil aku suh ambil gambor dia. Nah.. Achik. saya up gambor achik kat blog saya naaaaa...

Bye bye moknik. Jumpa lagi nanti.






Tinkiu ecah berjaya bawak aku datang kapit. Orang last hantar aku keluar dari Kapit. to ecah.. Duk kat sana leklok naaaa... Jangan lupa pasang side mirror motor.  =P


Peringatan untuk kenkawan yang nak gi Kapit lepas ni. JANGAN BAWAK BEG TROLI. Better bawak bagpack / sandang. Ya rabbi... Seram weii nak angkut beg ni nak bawak masuk dalam bot. Dah la kena turun tangga tinggi pastu antara tangga tu ngan tepi bot ada gap. Kena melangkah sambil pegang beg takut jatuh sungai. Nasib baiklah ada penumpang tolong pegang beg aku. Dannn nasib baik aku pakai sport shoes. Selalunya pakai wedges tinggi. Huaaaaa...

Patut la kawan-kawan aku kat Kapit kalau keluar bawak begpack kalis air cap hypergear jer.

Dah selamat masuk bot. Fuhhhhh Legaa... Ekon sejuk teramat. Beza ngan masa mula-mula datang berpeluh peluh.. Hahahhaha..

uncles pakat duk tido dalam bot. Ngantok oiii.. Ko ingat tak tadi aku ada tapau pezzo katanya nak makan dalam bot. Aku tak makan pon weii.. Sogan den nak makan dalam tu tambah tambah duk tepi laki.

Pemdangan luar bot. Nampak perkampungan tepi sungai. Besor sungguh sungai Rajang ni. Dulu belajar masa geografi jer ngan cikgu pauzi duk cerita pasal sungai di sarawak. Sekarang sungai rajang telah kurentasi.


Okey. Dalam 3 jam dah sampai Sibu. Dah lah baru bangun tido. Mamai-mamai turun bot angkut beg. Ada pakcik-pakcik kat luar duk laung-laung 'angkat beg angkat beg'. Ada perkhidmatan angkat beg kat jeti ni. Tapi beg iolsss beg troli so tak perlula nak mintak orang angkat. Tarik sajooo..



Sempat lagi sekali selfi dekat open bay epot sibu. Berakhir sudah perjalanan zazi ke kapit. Wishlist untuk tahun 2016 dah tercapai. Yahooo... Tahniah buat diri sendiri dan terima kasih buat kawan-kawan semuaaaa... Jumpa lagi nanti. Gracias... (T__________T)..

xoxo~




Tuesday, May 3, 2016

Road to Kapit

Assalamualaikum..

Memandangkan internet sedang laju (kat bandar laju ler) ayuhlah kiter update perjalanan holiday sempena cuti labour day untuk tahun ini..ermmm.. nak start dari mana eh..ok. dari sekolah lah..

Seperti biasa kami akan keluar ke bandar hari jumaat lepas waktu mengajar. Habis jer kelas terakhir, cikgu berlumba lumba balik kemas barang nak keluar dari sekolah. Perjalanan nak ke bandar memakan masa selama 6 hingga 7 jam perjalanan dengan menaiki 4wheeldrive.



Dalam perjalanan, tetibe hilux yang kami naiki problem.. air bateri kering. Nasib baik hilux kami paling awal gerak. So hilux yang cikgu2 lain naik ada lagi 2 buah kat belakang. Nampak hilux kami berenti tepi jalan angkat bonet..semua pakat berenti dan tolong.




Sampai miri dah malam. Check in hotel bersihkan badan dan keluar jumpa kawan  dan tengok wayang. Sempat lagi tengok captain amerika ngan ainul. Hehehehe... 1st time tengok wayang 3d. Sendu sket la bagi orang rabun. Kena pakai spek double masa nonton..huhuhuhu..

Belakang spek ada spek.. :'(

Esoknya pepagi lepas subuh aku dah gerak gi epot. Awal betol aku sampai epot dah la ngantok giler. Melangut kat epot sesorang. Breakfast pon belom. Kedai makan belom bukak kat epot ni.

Muka stress sebab lapar campur ngantok. 



Pemandangan terhalang dek kipas gergasi..



Sempat ko selfie yekkk..


Pukul 7 lebih camtu masukkan lugage dan berlepas ke sibu. 1st time weh naik mas wing. Teruja ah jugak iols ni..hahahahaha.. kecik jer maswing ni macam naik bas terbang. Adooi iols salah pilih seat la pulok. Luar tingkap betol betol mengadap kipas pesawat. Scary weyhhh...lepas ni tau dah la aku nak pilih seat jangan pilih kat tengah2..




Sampai sibu tunggu kenkawan mai amek. Lama giler tak jumpa Nunu sejak datang sarawak. Ecah ngan moknik dah beberapa kali dah jumpa. Nunu bawak kami gi beli barang orang kapit pastu makan makan.

Breakfast kat Sibu. 

Lunch at Cabeijo




Sempat ecah ngorat kat belakang..


Petang tu dalam pukul 1.30 gerak gi jeti untuk naik bot ekspress ke kapit. Dibuatnya ecah n moknik tak beli tiket awal awal hambek kau tinggal 2 seat je tu pon belakanggggggg sekali.


Achik dah pesan dah beli tiket siap siap kalo keluar. Adoi adoi adoi...


Nasib baiklah ada 2 orang brader kasi seat dorang kat kami. Dapatlah kami duduk walaupon seat sebelah toilet, panas, dekat ngan enjin dan bila bersandar seluruh badan bergetar termasuk otak pon bergetar. Dalam keadaan macam tu pon mampu jugak kami tidoq. Dah perjalanan 3 jam wey.. bosan jugak. Dengar muzik pon sendu wey bila bunyi enjin lagi kuat dari lagu walaupon pasang high volume.

Dalam perjalanan sempatlah moknik tunjuk laluan ke sekolah dia. Waf tempat dia tunggu bot.



Budak laki tu asyik suruh kami naik atas ambil gambar.. memang tak lah nak panjat naik atas. hahahaha


Rumah panjang ditepi sungai 


Sampai kapit dah petang. Chek in hotel. Dannnnn jumpa kaklong..!! Lama giler wey tak jumpa kaklong. Huaaaa... last jumpa masa cikwe kawen.

Petang tu lepas bersihkan diri gerak gi umah ecah naik van dan ecah amek kereta kat rumah..


Tudiaaaa aihhh..jalan kat kapit berliku liku di lereng bukit. Teringat kat laluan bukit fraser dan cameron.


Umah ecah umah flat. Aku bayangkan pekan kapit macam pekan marudi.. tapi tak! Kapit pon maju wey... lepak kapit ngan kawan kawan buat aku teringat kat velo dan taman ten.


Malam tu kami dinner jumpa kawan kawan ipik yang duk kapit. Jumpa naim dan eri.. naim makin kurus sejak duk kapit. Lepak makan kedai ustazah sampai kedai tutup.. dah la riuh betol geng geng ni. Reddho jela achik tutup kedai lambat.


Lepas makan gi karoke sejam. Tanjat weiii bila kaklong dah tak miming bila menyanyi.. hahahahaha...

Lepastu balik tidoq dan sambung pagi esok punyer cerita pulok.