Thursday, April 24, 2014

Gotong-royong bersihkan kelas


Assalamualaikum..

Selalunya sekolah akan adakan pertandingan kelas tercantik. Satu hari aku relief kelas Tahun 4. Semua sibuk duk menghias kelas. Semangat sungguh aku tengok. Majoriti perempuan lah yang semangat. Yang lelaki adalah beberapa orang yang sudi menolong. Riuh siket kelas masa tu tapi aku kasi can jerlah dorang menghias.


Notice board yang kemas. Murid yang hias sendiri dan mungkin dengan tunjuk ajar dari cikgu kelas. Sejuk je arah pandangan guru nak mengajar.


Murid perempuan tak cukup tinggi. Aku panggil beberapa murid lelaki tolong gantung bendera walaupon sibuk nak bermain.


Geng lelaki berkumpul duk main bola kertas. Aku tak faham dorang main bola macam mana. Siap tulis nama pemain bola dekat kertas tu pastu tepuk pastu bola kertas melantun. Kamu pernah main ke? Boyss?



Tahniah semua bertungkus lumus ceriakan kelas. Semoga menang kelas tercantik dan terbersih :)

Bila kelas bersih, barulah semangat nak belajar. Kadang-kadang aku masuk kelas, ada ahli kelas yang tak titik beratkan keceriaan. Guru kelas pon kenalah bersemangat bersama-sama hias kelas ngan murid. Nak harapkan murid sediakan bahan dan buat sendiri, memang payah lah.

Haa...kalo kelas bersih, cikgu jugak yang seronok kan nak mengajar. 

Wednesday, April 23, 2014

Tips praktikum: Stationary


Assalamualaikum semuaaa… 
Apa khabar arini? Kalau kamu sihat senyumlah siket. Yang kurang sihat pon aku paksa kamu senyum jugak. Haa…say cheeseeee… ok. Good =)


Minggu ni last aku praktikum kat sekolah ni. Sebelum habes praktikum aku nak ler jugak kasi satu tips untuk rakan-rakan yang nak masuk mengajar atau praktikum kat sekolah. Antara benda penting cikgu kena ada adalah ALAT TULIS. Mesti kena mau lengkap..




Ha…tadaaa…! Nilah antara alat tulis aku. Pencil case besar gedabak boleh sumbat macam-macam dan bekas untuk isi marker pen.


Dalam pencil case tu aku isi:

-Gunting, pisau cutter, stapler, penebuk lubang, salotep, pen, pensel, gam, blue tack, klip kertas dan lain-lain lagi..Kenkadang gula-gula pon aku letak dalam tu. Kalo ada murid behave dalam kelas aku kasi lah gula-gula.


Kenapa cikgu kena ada semua ni??

Sebab nanti nak mengajar kena buat bahan bantu mengajar nanti senang ler. Nak potong kertas ke, nak menulis, nak melukis, nak tanda kertas murid semuaaaa dah ada dalam satu bekas. Selalunya pencil case cikgu besar-besar.

Pen marker pulak ada dua jenis. Permanent ngan white board. Pastu ada pulak macam-macam kaler. Fuh..~ Semata-mata nak kasi menarik dan muird-murid rasa best belajar. Cikgu kena ada alat tulis macam-macam..

Selalu aku perhati classmate lelaki kelas aku kadang-kadang datang kelas bawak pen sebatang jer.  Tapi..bila gi sekolah tak sangka pulok pencil case dorang pon besor. Tulaa.. Aku ase tyme praktikum aku banyak habes duit beli bahan mengajar. (T____T)~ Takperlah..Boleh simpan pakai balik untuk semester depan.. tak rugi pon sebenanrya.. ceceh ayaatttt..



Tuesday, April 22, 2014

Comel-comel buat persembahan.


Assalamualaikum....

Rabu minggu lepas sekolah jadi tuan rumah untuk program english...
Hari rabu jugak aku ada kelas 4 masa. Phewww..~
Tak sempat nak gi melilau ushar semua pertandingan.
Aku sempat tengok action song jer. Menarik jugak..

Ada 5 group jer yang bertanding wakil zon masing-masing..


Oleh sebab aku duk seat belakang sket, jadi gambar tak clear sangat..

Sekolah ni aku suka dia nyer costume.. Colourful dan ceria jer tengok...
Semua muka tersenyum hepy tyme atas pentas..


Yang sekolah ni best jugak..kuat ngat suara masing-masing..
Yang ni aku suka dorang nyer skirt rambu-rambu tu..
Ala-ala disko ah gitu..


Haaa.....yang ni style...Ko tengok girl yang kecik tengah-tengah tu..
sangat menjadi dia punyer gedikk...Suka sangat tengok..
Nyanyi lagu sway yang diubah lirik..sambil dorang kipas-kipas kain.
Yang lelaki pulok buh misai...hehehehe


Yang ni tema haiwan..pakai costume haiwan..
 Bagi aku kalau pakai topeng tak nampak ekspresi wajah murid..
better tak pakai..

Sekolah ni aku suke dress tuu..sebab kaler pink..sweet oooo..
Comel-comel ayu ah dorang nyer persembahan..


Bakat-bakat murid ni boleh dikembangkan lagi...insha allah...
Last sekali aku tatau sekolah mana yang menang.. Sebab kena masuk kelas dah lepas tu..
Walaupun bizi ada kelas, sempat jugak menyelit tengok persembahan..



Monday, April 21, 2014

Berhias untuk murid


 Assalamualaikum…

Kadang-kadang semasa bersiap di awal pagi untuk ke sekolah aku bertanya kat diri sendiri. “Aku duk beriya bersiap cantik-cantik, gosok baju, sapu bedak dan calit lipstick ni untuk siapa sebenarnya?” Padahal kalau pergi kelas (kat maktab)  kadang-kadang pakai baju yang tak perlu di-iron, bedak pon tak pakai sekadar sapu skin booster Herbalife jer dan calit lip ice. Bukan malas Cuma nak mudah. Ceceh...ayaattt.

Bila aku pikir balik, aku melawa gi sekolah adalah sebab anak murid. Bila pakai berhias pada hari tu, aku akan rasa satu aura semangat untuk masuk kelas dan mengajar. Bukan harapkan pujian cuma diri sendiri yang rasa macam tu pon dah kira okey. Bila cikgu rasa confident nak mengajar, ilmu tu rasa mencurah-curah nak share ngan murid. Murid pon akan happy kalau mood cikgu happy. Kannn…




Banyak benda aku belajar dari pemerhatian aku sepanjang aku berada kat sekolah. Aku suka tengok cikgu-cikgu bergaya. Macam-macam fesyen dan aku pernah berangan “nanti dah jadi cikgu nak pakai cantik-cantik macam cikgu tu lah”. Bukan sekadar penampilan cantik yang penting sekali KEMAS.

Bila balik rumah semasa cuti sekolah, mak dan adik-adik aku (mereka satu sekolah yang sama) selalu bercerita tentang seorang cikgu ni. Murid-murid panggil cikgu tu cikgu pramugari. Cikgu muda yang pandai bergaya ngan pakai heels dan handbag dan lilit shawl. Teringin aku nak terjumpa ngan cikgu tu yang juga senior kat maktab aku ni kalo aku pergi sekolah dorang nanti.

Aku selalu call ngadu kat mak aku yang aku suka ngat tengok cikgu bergaya. Mak aku pon kata, nanti dah jadi cikgu ada duit sendiri bolehlah nak bergaya gitu. Sekarang harapkan duit elaun pakai lah dulu mana yang mampu.

Betol jugak kata mak aku tu. Tapi lama lagilah nak tunggu saat itu.Hurmmm..



Dan aku happy sekarang mak kasi aku bawak handbag yang aku tinggal kat rumah untuk ke sekolah. Sampaikan satu hari aku masuk kelas bawak handbag, bila habes mengajar aku keluar kelas tetiba ada murid pompuan kejar sambil panggil-panggil aku “cikgu, handbag cikgu tertinggal!”
Laaaa… aku bawak handbag rupanyaa…


Saturday, April 19, 2014

Persembahan yang bermakna


Assalamualaikum...


Setiap minggu hari isnin, sekolah akan ada perhimpunan. Senin ritu murid PPKI buat persembahan nasyid nyanyi lagu Erti Al-Fatihah. Semua murid seronok dengar lagu tu..

Sejak haritu, aku duk terdengar-dengar murid-murid humming dan nyanyi lagu tu bila masa lapang. Ada kebaikkan daripada persembahan tu. Melalui lagu, kanak-kanak dapat hafal maksud surah Al-Fatihah. Alhamdulillah....

Jom kita hafal sama-sama....


Thursday, April 17, 2014

Murid Tahun 1 buat aku gembira



Setiap kali praktikum, kami akan di-observe oleh lecturer. Tahun lepas dua kali ke sekolah yang berbeza dan lecturer yang berbeza selalunya bila lecturer nak datang mereka akan memberitahu terlebih dahulu bila mereka akan datang. Tapi kali ni lecturer aku takkan bagitahu bila dia akan datang. Jadi aku kena prepare lah.

Pada suatu hari, kelas aku akan start pukul 8.30 pagi. Aku ngan Cikwe berkira-kira, lecturer nak datang ke tak hari ni ye? Bila dah dekat pukul 8 macam tak de tanda-tanda dia nak datang kami pon pergi makan di kantin. Sudah makan aku ke pejabat tetiba rakan aku gitau lecturer aku datang.

APA..!! LECTURER DATANG..!!

macam tulah reaksi aku yang terkejut gilerr sebab dia datang mengejut tanpa memberitahu pape. Dah la tinggal lagi 5 minit sebelum kelas aku bermula.

Pada saat tu, nerves bukan sekadar rasa nak terkencing, rasa nak terberak pon ada wooiii.. Bukan sebab aku tak prepare cuma terkejut. Memang menggelabah giler ah time tu sampai kalut kelaut. Get ready barang nak ngajar pastu masuk kelas dan mengajar. Aku try nak cool kan diri aku mengajar macam  biasa. Tapi, aku tak mampu. Siyes tak mampu. Aku kuatkan hati sebab aku pikir, aku ngajar untuk murid aku, bukan untuk lecturer.

Habes kelas, macam-macam perasaan wujud dalam diri. Terkejut, takut, sedih, geram semua ada. Ase nak teriak je dalam bilik guru. Tapi pikir balik. Be professional Zazi..

Kebetulan pulak, aku ada relief kelas tahun 1, aku terus gi masuk jaga murid tahun 1 tanpa layan perasaan tadi. Lagipon, aku takut kalo aku masuk lambat ke kelas tu nanti kalo pape jadi, aku jugak yang susah. Dah lah murid tahun 1. Sebelum gerak gi kelas, sempat lagi aku capai kertas lukisan satu plastik atas meja.

Disebabkan cikgu yang tak datang tak tinggalkan pape kerja, jadi aku gitau murid.. 

okey class, harini kita akan melukis”.

Kelas diam sekejap. Tiba-tiba..

Yeay…!!! Nak lukis…bestnyerrr..nak lukis apa cikgu.

Respond dorang buatkan aku nak tergelak. Terubat siket perasaan aku yang negetif masa kena observe tadi.. Aku pon tak faham, apalah yang best sangat ngan melukis bagi budak-budak. Aku pon bagi tajuk ‘Rumah Idaman Saya’ sambil bagi satu contoh lukisan kat white board. Lukisan aku buruk jer tapi aku suruh murid aku lukis cantik-cantik.

Aku pon tanya..
“Kelas kamu ada berapa orang semua?”
“40 orang cikgu tapi ada yang dah pindah..”
“Ha…!! 40..!”

Aku kira-kira kertas luksan yang aku bawak. Ada 20 lebih jer. Pulak dahh..! Pastu aku pon potong kertas kepada 2. Cukuplah untuk dorang semua dapat melukis.

Tetiba ada murid tak de gigi cakap..”Keciknya kertas”.

Hahahaha.. lucu ler layan kan murid-murid tahun 1. Syabas aku nak ucapkan pada guru-guru yang ajar Tahun 1 sebab mampu bersabar layan karenah dorang..Aku mampu masuk setengah jam jer kelas Tahun 1. Kalo dapat relief satu jam, nanti keluar kelas aku jadi biol pening-pening..

Paksa murid buat peace.. (^___^)V


Serius ngat awak melukis...Hehehehe..


Terima kasih murid-murid tahun 1. Sebab layankan kamu…mood cikgu dah kembali okey lepas tu. :) 

Sunday, April 13, 2014

Hari yang tak okey akan jadi okey


Assalamualaikumm.. (wa'alaikumussalam)

Alhamdulillah masih punyer kesempatan untuk berada di blog ini. Aku baru habes baca satu buku karya Dr. Tuah. Daripada aku baca, pastu aku dapat ilmu sorang-sorang baik aku share ngan kamu semua. Satu benda yang menarik perhatian aku ada satu tajuk cara untuk membuang rasa tak bermaya, rasa malas dari diri kita. Aku pon dah start tiru cara-cara yang di ajar ni.


Ada 3 tips yang Dr. Tuah share:


1. Mandi

Setiap kali mandi, mulakan dari membasahkan kaki dulu sebelum bawa air perlahan-lahan hingga ke kepala. Kiranya kamu kena jirus air ke kaki dulu pastu naik ke badan dan last sekali ke kepala.


2. Pakai pewangi

Semburlah wangian yang sweet sweet gitu. Jangan pulok pakai minyak wangi yang kuat sangat bau dia sampai terbersin orang sekeliling. Yang penting sekali, ketiak kena kasi wangi beb..


3. Buat pernafasan 3E

Macam mana tu?? meh praktis sekarang. Kamu tarik nafas dalam-dalam selama kira-kira 7 saat, simpan di dada kira-kira 7 saat dan lepaskan kira-kira 7 saat jugak. Boleh? ce try buat sekali lagi..


Dr. Tuah kata buat 3 perkara ni. Selalunya hari yang tak okey akan menjadi okey. Buat saja dulu dan tengoklah hasilnya. Selamat beramal.... xoxo~ bye!