Thursday, January 30, 2014

Ustazah?


Assalamualaikum...

Minggu ni saya dah start ke sekolah di SKTC. Alhamdulillah sekolah ni okey dan belum masuk kelas mengajar lagi. Minggu depan baru start ambil alih kelas daripada cikgu-cikgu. Kali ni kena mengajar subjek kajian tempatan, sivik dan english. Nervous jugak ni nak kena ngajor english. Cakap omputih pon tergagap gagap lagi acaner nak ngajor ni. Alhamdulillah dapat darjah 3 kelas yang ke dua. Masuk kelas tu pon seminggu sekali jer. 

Hari pertama kat sekolah ni, kena relief (ganti cikgu tak hadir) untuk subjek bahasa arab. Masuk masuk kelas murid panggil ustazah. Nak mengajar arab bukan aku tahu sangat. So aku pon suruh dorang keluarkan buku latihan. Bila cek buku sorang-sorang ada jer yang tak buat langsung lagi latihan yang ustaz dorang bagi sebelum sebelum ni. bertuah punyer budak. Aku arahkan siapkan semua latihan sampai muka surat yang kawan yang dah siap. 

Tetiba ada murid tanya ' ustazah, ni nak buat macam mana?

krik krik krikkk... pemadam papan tulis dalam bahasa arab apa woi? aku mana nak ingat dah. Belajar arab masa tingkatan 1 dan 2 je ngan ustaz faiz. Ana haza hazihi muassalamah wailallikoq tu je aku taw siket. Dah la buku latihan dorang tu fully in bahasa arab. 

Aku ushar sekeliling mencari jawapan dan ternampak ada murid rujuk buku teks untuk jawab soalan dalam buku latihan. Aku pon gitau "awak buka buku teks muka surat bla bla bla.. Rujuk buku teks tu". Fuhh..terselamat..



Ustazah (T____T)~ tsk tsk tsk...

Semasa kat sekolah sebelum ni pon minggu pertama jugak kena jaga exam pendidikan islam. Murid panggil ustazah. tanya arahan soalan yang ditulis dalam bahasa jawi. Alhamdulillah ustaz ustazah masa kecik-kecik dulu ajar untuk baca dan tulis dalam jawi. Kalo cikgu tak tahu nak baca jawi acaner nak tolong murid translate soalan yang diberi. 

Bila duk sorang-sorang aku pikir. Penting sangat untuk cikgu tahu bab agama dan sekurang-kurangnya ada asas dalam subjek subjek lain selain daripada subjek yang dia ajar. Sebab kenkadang bila cikgu tiada di sekolah, cikgu lain akan ambil alih ganti kelas tak kisah subjek apa. Kepada bakal-bakal cikgu sekalian, timba ilmu lagi untuk belajar jangan nak pulun untuk subjek yang khusus tu jer. Wokey. :) 


pi es: aku akan berada di sekolah ni selama 3 bulan. Nanti kehidupan akan jadi sangat hectic dan huru hara. Maaf kalo ada yang contact tak dapat. (^__^)~

Wednesday, January 22, 2014

Lawatan tiba-tiba ke Menara Kuala Lumpur


Assalamualaikum...

Semalam lepas kelas ada perhimpunan bulanan dan majlis penyampaian anugerah pengarah bagi yang mendapat pointer 3.75 dan ke atas. Separuh daripada budak kelas aku akan naik pentas so yang separuh lagi melilau ke tempat lain lepas kelas. Aku, mummy, kaklong dan moknik pon plan lah untuk lunch kat Kampung Baru. Lepas makan tatau nak gi mana tetiba ternampak sign board KL Tower. Mami tanya nak gi ke tak? Tanpa banyak soal dah mami terus melencong ke arah KL Tower. Kali terakhir aku gi situ masa lawatan lepas UPSR. Bila dah tahun akhir kat sini baru berpeluang nak gi situ. Nasib baik mami bawak kami gi jenjalan kalo tak sampai ke habes tak pergi-pergi. 

Sampai sana kami disambut ngan tarian tradisional. Padahal bukan nak sambut kami pon. Maybe ada rombongan kot atau event pape sebab nampak polis jaga kawasan tu. 


Kat dalam hall ni ada tayangan video macam mana KL tower dibina. Masuk free jer dan tak de orang pon kat dalam ni. Kami pon menontonlah sampai habes. Bagos jugak dapat tengok tayangan free camtu instead of kena bayar kan. 



Kalo nak naik ke atas menara ni, kena bayar tau. Disebabkan kami tak mampu lagi nak membayarnya so kami melilau jer kat sekitar kawasan bahagian bawah. Kalo bahagian atas ada restoran berputar dan menara peninjau.  



Kat bahagian bawah ada satu kawasan diorang bina rumah-rumah tradisional mengikut negeri. ushar-ushar rumah setiap negeri tetiba tengok rumah terengganu tak de tangga. Dah cemana pulok nak naik. Lupa bina tangga ke?? Adoyai...



Inilah mami vogue yang membawa anak-anak gi lawatan lepas kelas. Memang kami panggil dia mummy pon dalam kelas. Selain mami sekarang dah ada umi ngan walid lah pulok... hermm...macam-macam lah classmates aku ni..


 oh ya..! kat tepi menara ni ada sebatang pokok jelutong yang sangat besar dan tinggi berusia 100 tahun. Kalo tak datang sini tak de nyer aku nak tahu ada pokok jelutong ni. Masa pembinaan menara ni, dorang tak tebang pokok ni dan untuk dijaga dan disimpan untuk tatapan generasi akan datang. 



Selesai sudah lawatan kami pada hari itu. Sebelum bawak anak-anak murid mai lawatan, cikgu-cikgu nya kenalah datang buat lawatan dulu kannn... Karang senang ler nak citer ke murid-murid. Terima kasih banyok ler kepada mami sebab sudi bawak anak-anak datang lawatan. Ok bai~


Monday, January 20, 2014

Waktu tidur yang harus dijauhi


Assalamualaikum...
Salam sejahtera ke atas kamu wahai semua readers..


Sedang aku asyik ushar timeline dekat home facebook tetiba aku ternampak satu post ni kat facebook seorang kawan. Meh aku share...


5 waktu tidur yang harus dijauhi:

 Tidur selepas makan
 Tidur sepanjang hari
 Tidur selepas solat subuh dan awal pagi
 Tidur pada waktu Asar
 Tidur sebelum solat Isyak

Haa.... mesti kamu pon pernah tertidur paling kurang pon salah satu daripada waktu yang aku tunjuk di atas. To be honest, aku pernah tertidur dalam kelima-lima waktu tu. Pasal tidur pada waktu asar, aku  dah pernah cerita kat blog sebelum ni.


Tidur petang boleh menyebabkan gila 


Kebiasaannya ramai yang tertidur selepas solat subuh kan. Alhamdulillah bangun jugak untuk Subuh daripada yang tak terbangun langsung. Tapi lagi elok alang-alang lepas solat tu tak payah sambung tidur balik. Sekarang aku sedang berjuang untuk tidak tidur pada waktu-waktu tersebut walaupon kenkadang tertewas jugak dan lepas tu aku akan rasa menyesal. Untuk tak bagi tertewas kenkadang aku akan sibukkan diri kemas bilik, basuh baju ke, baca buku atau online. 


Jomlah kita sama-sama berjuang untuk jauhi daripada tertidur pada masa tu. Kalau dalam satu hari tu kamu berjaya tak tidur, ucap SYABAS BETEH pada diri sendiri. Kalau tertewas jugak tu its okey. Cuba lagi pada esok hari. No problem sementara masih bernyawa kita mesti cuba. Hoyeah!

Saturday, January 18, 2014

Terima kesengsaraan baru kenal nikmat hidup


Assalamualaikum....

Pada entry sebelum ni ada aku ceritakan tentang kemalangan yang aku dan kawan aku alami. Lepas daripada kejadian itu, mulalah detik yang sangat mencabar bagi aku. Accident tu menyebabkan aku cedera pada kaki, tangan, lengan dan bahu sebelah kiri. Aku rasa macam separuh badan aku tak berfungsi. Alhamdulillah Allah masih bagi sebelah lagi bahagian badan aku tak cedera so that aku boleh teruskan kehidupan seperti biasa walaupon agak terbatas.


Selalunya bila aku sakit aku tak kan gitau family aku. Kalau demam pon aku tak gitau dan tak suka pergi klinik atau hospital. Sejak dari zaman sekolah memang macam tu. Tapi oleh sebab aku dah guna semua duit aku untuk rawatan so nak tak nak kena jugaklah gitau parents. Aku duk pikir, kalo aku gitau mak aku mesti kena ceramah dulu. So, untuk langkah bijak baik aku call ayah aku. Aku citer kat ayah pastu biar ayah yang gitau mak. Dekat maghrib baru mak aku call sekali ngan adik-adik aku duk melawak. Fuh... Langkah bijak aku menjadi.. =)

Pada malamnya pulak aku dah mula rasa sengal-sengal lenguh badan. Aku call ayah aku lagi mengadu. ceceh.. mengadu kat ayah je kerja nya. Ayah aku pesan suruh urut-urut sket kaki ngan lengan. Nak tidur pulak satu hal laaaaa.. Susah nak cari posisi tidur yang sesuai. pusing sini tak kena pusing sana tak kena. Last-last aku pon tatau camne aku terlena. Dah syok-syok tidur boleh pulak aku terjaga. Stressss betol 2 malam pertama tu.



Tu bab tidur. Bab mandi pulak satu hal. Aku mandi sebelah badan jer kena air. Yang sebelah lagi main lap-lap jer. Kaki  masukkan dalam plastik supaya tak kena air. Dah macam bergimnastik lah pulok kena angkat kaki gigih tak bagi kena air. Kalo luka tu terpercik air memang pedih. Kenkadang kaki aku akan cramp dan sengal-sengal kalo berdiri lama-lama. Luka tu betol-betol atas urat-urat darah. Aku syak ada problem kat urat tu sebab tu darah tak boleh salur ngan elok dan menyebabkan cramp otot. Yeke?

Luka-luka tu semua kena atas anggota-anggota wajib untuk wuduk. Luka tu tak boleh kena air jadi aku kenalah bertayamum. Alhamdulillah ada kawan-kawan yang bantu aja cara nak tayamum. Aku pon pernah tengok cikwe bertayamum. Solat pon aku kena solat cara orang sakit. Hampir seminggu aku solat atas kerusi. Sebab tak biasa solat gitu banyak kali jugak aku tersalah rukun sampai kena ulang beberapa kali solat tu. Rasa nak nangis pon ada jugak sebab tak dapat sujud pada sejadah nak ngadu kat Allah dengan lebih dekat. Walau kita sakit macam mana pon jangan lupa untuk solat sebab waktu sakit macam ni lah kita sangat-sangat perlukan Allah untuk bantu kita.



Dalam kejadian tu jugak, sandal aku putus. Sandal ni tahan lasak. Nilah sandal yang aku pakai selama setahun ke kelas dan gi jalan-jalan pon yang ni jugak. Aku guna sampai tahap maksimum tapi tak sangka ajal dia  nak putus pada waktu tu. Aku ni jenis kalo suka satu-satu benda tu nak guna yang tuuu jer. Susah nak cari pengganti.

Pada malam sebelum kejadian aku ada whatsapp Ika. Kami selalu whatsapp gambar ntah pape jer. Salah satu gambar aku antor tu gambar ni.


Mungkin dah takdir, ni gambar last gelang yang aku pakai. Masa kejadian gelang ni tercabut putus terburai atas jalan raya. Masa kat klinik baru aku perasan gelang aku tak de.

Sampai sekarang kalau duk bilik sorang-sorang aku akan teringat kejadian yang berlaku. Situasi dia macam dalam drama. Jelas kat mata aku masa tengah bawak motor tetiba ada kereta muncul sebelah kiri dan sekelip mata jer aku dah tertiarap atas jalan kena tindih ngan motor plak tu pastu menggelabah plak bila tengok kawan tak de kat belakang. Aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada yang membantu dan memahami. Sama-sama amek iktibar daripada insiden yang berlaku. Kalu tak pernah jatuh takkan merasa apa itu sakit. Kan? hehehhe.. xoxo~



Sunday, January 12, 2014

Kejadian accident pertama dalam hidup


Assalamualaikum..

Sekarang aku sedang berehat dalam bilik. Sambil menahan kesakitan dan lenguh badan aku try jugak menaip ni. Semalam aku accident ngan amna. Kami naik motor cikwe lepas lunch nak balik maktab tetiba dilanggar kereta.

Beberapa hari sebelum tu classmates aku plan nak gi riadah kat sungai chilin. Masa tu aku macam tak sedap hati nak gi ke tak sampai wanharith pon ajak gi jugak. Last-last malam tu aku gitau aku tak dapat nak join. Tambah pulak aku baru dapat order dari customer so aku plan kalau tak gi riadah aku nak setle kan customer puyer order. Pagi  sabtu tu masa iron baju nak keluar pergi HQ aku dah iron dress tapi last-last aku pakai jeans dan kemeja jer dan shawl hitam. Memang lama dah aku tak pakai shawl hitam tetiba rasa nak pakai.

Bila sampai kat HQ, frust sungguh aku bila HQ tutup. Silap aku jugak tak cek hari tu hq bukak ke tak. So, aku pon balik hostel ajak amna keluar lunch. Pastu amna ajak gi BSN cucuk duit. Aku pon bawak la motor cikwe. Lepas tu kami gi lunch dan masa nak balik tu trafik light pulok tak berfungsi. Bila aku tengok kereta sama line ngan aku gerak aku pon gerak lah dan u-turn nak balik maktab. Masa u turn tu aku nampak kereta hitam berhenti sebelum masuk laluan ke kiri. Eh eh tetibe ada kereta kaler gold mari dekat ngan aku dan aku pon jatuh tertiarap atas jalan dah.

Masa jatuh tu aku pikir 2 benda je; motor cikwe ngan amna. Aku pusing belakang tengok amna tak de kat belakang aku. Cuak dah aku time tu. Aku pusing kiri tengok amna dah bangun. Huaaa.. nasib baik amna masih ada.. Dia tercampak masa jatuh tu. Kereta yang langgar kami tu berhenti. Masa tu aku tak boleh bangun lagi sebab motor tindih aku. Pakcik yang langgar kami tu keluar pastu aku suruh dia angkat motor. Aku pon bangun gerak gi tepi jalan.

Aku tengok tangan ngan kaki aku berdarah. Tambah pulok terkejut lepas jatuh kan. Ase pening sejuk sejuk badan aku. Nasib baik pakcik tu ajak gi klinik. Pastu ada beberapa buah motosikal berhenti. Ada sorang abang motosikal tenangkan aku. Aku pon panik tatau nak setle macam mana dah kata pon first time kena. Macam mana nak setel motor pastu nak setel badan lagi. Last-last kami gi klinik. Dalam cedera berdarah tu aku bawak motor folow abang motorsikal tu dari belakang. Amna pulak naik kereta ngan pakcik yang langgar tu.

Sampai klinik abang motorsikal suruh kami minum air dulu selawat 3 kali untuk hilangkan terkejut tadi. aku tanya abang motosikal camne nak uruskan motor ni. Dia pon citer apa yang nak kena claim, suruh bincang ngan pakcik tu berapa dia boleh bayar. Aku mintak tolong abang tu tunggu kami sampai setel rawatan tapi dia nak kena gi ambil orang rumah dia balik kerja pulak. Tak pelah. Terima kasih banyak dah tu sebab tolong kami.

Kat klinik aku jumpa pakcik tu tanya pasal bayaran. Berapa dia boleh bayar. Dia kata kereta dia teruk jugak pastu kata sama-sama bayar lah. Eh eh..dia yang langgar kita nak claim sam-sama plak. Pastu aku ngan amna decide kami bayar sendiri rawatan pastu pakcik tu bayar untuk motor.

Ok.

Masa rawatan pulok cek semua luka. Amna luka kat lutut dalam jugak. Sebab dia pakai tracksuit memang koyak lah seluar dia. Aku pulak kena kat kaki, lutut siket je, tangan, lengan dan bahu. Semua belah kiri sebab kami jatuh belah kiri. Motor pon calar belah kiri jugak. Nasib baik aku pakai seluar jeans tak jadi pakai dress. Kalo amna pakai jeans mesti tak dalam sangat luka dia. Kat klinik pulak satu hal. Doktor apa ntah macam tu. Suruh pekerja dia rawat sapu iodin dan balut je. Pastu bagi ubat untuk makan antibiotik dan ubat tahan sakit. Ubat sapu luka dia tak bagi. Aku pulak yang mintak nak ubat sapu jugak. Yang sedeynya kami dua orang baru je dapat duit tak sampai 24 jam kena guna duit tu. Amna baru je cucuk kat BSN, aku pulok baru je dapat untung dari customer order. Total rawatan kami 2 orang adalah dalam 150.

oh ya! sambung pasal motor. Kan abang motorsikal dah balik. Pastu pakcik tu tolong gi bawak motor pergi kedai motor bersebelahan ngan klinik  semasa kami terima rawatan. Aku pon suruh amna call budak laki mai tolong setel kan pasal motor. Nak call classmates aku dorang semua gi sungai chilin. Setel rawatan tu tengok syahrin ngan sanchez dah ada. Kedai motor ngan klinik tu kat belakang maktab aku je. Kami harap kat dorang jerlah setelkan pasal motor. Kami pompuan bukan tahu mende pon. Terima kasih banyak-banyak kat dorang dan terima kasih jugak kat pakcik tu kerana tak langgar lari dan bertanggungjawab.

Pastu kami balik hostel. Syahrin duk cerita lah apa patut kami buat kat luka, pastu dorang akan setelkan pasal motor. Kat hostel plak roomate aku tak de, roomate amna pon tak de. So, kami bergantung sesama sendiri jerlah. Kelakor pon ada jugak. Terima kasih kat amna sebab tolong rawat aku. huhuhu~

Kat bilik kami flasback balik pe yang berlaku. Berdasarkan luka dan kerosakan motor kami rasa dan orang lain pon rasa kami bawak slow. Dan pakcik tu kata trafik light blink-blik kaler hijau. Tapi aku memang kompem trafik light tak nyala langsung. Dan masa aku u-turn tu ada kereta kaler hitam sebelah kiri tengah tunggu nak masuk line kenapa pulok yang langgar kami kereta kaler gold. Nampak sangat dia laju dan potong kereta kaler hitam untuk masuk ke line kiri dan tak sempat nak break terus langgar kami.

Aku nak citer panjang lagi tapi nantilah aku sambung pasal kesengsaraan lepas eksident. Doakan kami cepat sembuh ye. Alhamdulillah masih lagi bernyawa sehingga saat in. :)

Dilanggar garuda

Assalamualaikum...

Bila mula hari isnin mesti ramai yang ternanti-nanti bila lah nak hujung minggu. Tahun ni aku masih tinggal di hostel. Macam biasa lah aktiviti hujung minggu budak hostel; sambung tidur lepas subuh, basuh baju, kemas bilik atau keluar outing. Sekarang awal bulan elaun pon tak masuk lagi so ramai yang lepak kat bilik je termasuklah aku. Hehehe...


Haritu kami ada roll-call ngan warden asrama. Warden gitau bila hujung minggu, pagi sabtu ngan ahad hostel ni macam kena langgar garuda. Senyaapppppp jer. Macam sekarang aku tengah taip entry ni memang senyap sangat sangat yang berbunyi kenderaan yang lalu lalang tepi blok aku ni jer. Kalo aku pon, bila hujung minggu adalah hari balas dendam nak tidur lebih siket lepas subuh memandangkan hari biasa kena bangun awal untuk ke kelas.


Tahun ni aku ada azam baru, pape pon fight sedaya upaya jangan tidur lepas subuh. Aku pon plan aktiviti apebenda nak buat untuk tak kasi tidur balik. Kadang-kadang aku baca buku, pi basuh baju ke, kemas bilik pastu buat sarapan. Ehem..sarapan aku bukan susah pon. Goncang shake Herbalife jer. Simple je sarapan aku..Kalo nak lebih buat milo cicah ngan roti.


Pastu bila weekend jugak ramai yang tak de kat hostel. Ada yang gi rumah sewa kawan, ada yang balik kampung bagi yang duk negeri dekat-dekat dan ada yang balik rumah sedara mara. Aku tak de sedara mara kat sini so kenkadang aku gi rumah sewa kawan aku je atau lepak di room sweet pinky room aku ni ha. Tahun ni aku plan bila cuti aku nak buat lawatan gi rumah kenkawan aku lah terutama Ery yang lama dah ajak aku lepak kat shah alam. Hehehe.. =P insha allah. Kalo tak de papehal aku sampai situ.


Esok dah Isnin..so, ku menanti weekend seterusnya... (T___T)~


Tuesday, January 7, 2014

Pending


Assalamualaikum...


Dah seminggu start kelas tapi wifi kat hostel masih tak berfungsi so nak upload gambar taip entry dengan bagus pon tak dapat. Nanti everything dah okey aku share ngan readers semua kat blog ni. Insha allah.


Salam sayang,
Xaxie~

pi es: check out my instagram : shahzikashahrim

Friday, January 3, 2014

Bukan azam, tapi perancangan


Assalamualaikum...

Tahun 2014 ni tahun terakhir aku berada kat maktab ni. Kira batch aku paling senior lah sekarang. Tadi hari pertama kuliah macam biasalah tak belajar mana pon. Bawak kertas untuk tulis nota pon balik dari kelas dengan kertas kosong jugak. Memandangkan ni tahun terakhir jadi aku ada beberapa perancangan nak dibuat sebab ada banyak benda lagi aku tak habes belajar dari orang sekeliling aku.

Antaranya:

1. Belajar bahasa isyarat.

Aku tahu sikit-sikit je bahasa isyarat. Junior aku ramai yang kos masalah pendengaran. Rugilah kan belajar kat sini keluar tanpa tahu satu pon bahasa isyarat. Masa kat sekolah dulu pon aku tau lah jugak siket siket bahasa isyarat masa buat projek SEM. Sekurang-kurangnya tahu lagu Negaraku guna bahasa isyarat.


2. Main alat muzik

Kat sini jugak ada course muzik. Aritu belajar main gitar ngan amna. Pastu belajar keyboard ngan Mimi, dapat tau satu lagu jer pastu stop. Hehehe.. Nak kena belajar balik ni ngan mimi lepas ni at least tahu lagu happy besday.


3. Belajar agama

Setiap minggu kat hostel ada buat usrah. Salah satu sebab aku duk hostel ni sebab usrah la. Dapat tahu tentang agama jugak tambah-tambah bakal cikgu nanti nak kena jadi role model pada anak murid. Masa usrah naqibah akan share banyak benda yang sebelum ni kenkadang kita tak tahu pon. Alhamdulillah kat sini islamik environment. Ramai yang dulu tak bertudung dah bertudung, makin ramai bertudung labuh dan alhamdulillah beberapa orang masuk Islam.


4. Pengurusan diri

Yang ni motivasi untuk diri sendiri jugak. Aku ada terbaca, kalo nak kawen kena tahu urus diri sendiri dulu sebelum urus pasangan nanti. Tudiaaaa... sentap okey.


Tahun ni yang rapat ngan aku ramai dah keluar hostel. Roomate aku si wafa tu dah keluar, Ruby pon dah keluar. Sekarang aku dapat roomate baru lah. Kiranya tahun ni banyak perubahan berlaku pada aku. Nak kena adapt ngan situasi ni.Insha allah semuanya akan berjalan ngan baik.