Sunday, June 2, 2013

Imbas memori zaman sekolah


Assalamualaikum...

tadi tertengok kat fesbuk kengkawan duk like gambar-gambar kat mjsc's gags. Aku pon ushar lah sama. Tetibe teringat memori zaman sekolah dulu. Cliche sangat kebanyakkan budak-budak mrsm sama jer perangai. Tapi yang ni aku nak citer kenangan apa yang aku alami sendiri kat maktab aku. Oh ya! kami budak MRSM panggil sekolah kami maktab. Meh aku citer apa yang berlaku kat maktab aku dulu.



Kami panggil kantin sebagai DS, short form untuk Dewas Selera. So, bila time makan semua akan tanya "wey, makan apa kat DS?" Kalo makan nasi lemak ramai jer beratur nak ambil makanan. Kalau makanan yang tak femes, lengang giler DS. Aku makanan sedap ketak sedap ke ku pergi jugak DS tu. Setiap waktu makan mesti aku ada kat DS walaupon waktu prep petang makan biskut cicah tea O jer.


 

 selalunya macam nilah yang berlaku bila dah rasa diri tu senior. Situasi macam kat atas tu banyak kali berlaku masa kat DS. Time beratur nak ambil makanan, senior mesti nak potong barisan. Yang junior bagi jerlah. Pastu bila dorang dah naik jadi senior dorang pulak ikut perangai macam tu. Ish ish ish... Turun temurun lah jadik nyerr...



Biskut milo! paling rindu nak buat biskut milo ni. Selalunya aku buat biskut milo  sebelum nak gi prep pagi hari sabtu. Ya! dulu time kat mrsm aku rajin pergi study (padahal dah memang wajib pergi). Even hujung minggu pon gi kelas untuk study atau buat kerja sekolah. Tapi banyak masa dihabiskan dengan bersembang lah selalunya. Hehehe...







Dulu masa waktu prep (waktu study sendiri) aku ada geng untuk ke libry. Waktu prep malam nak cari aku sila carik aku kat libry.  Suka oh study kat libry sebab sejuk pastu tak derlah bising sangat. Kalo waktu prep duk kat kelas punyerlah bising kalau LDP, Lembaga Disiplin pelajar tak jaga kelas. Masa aku form 4 sampai form 5 paling banyak kali gi libry sebab aku pustakawan.Tapi bila dah lepas spm dah masuk matrik, u dan maktab paling tak suka gi libry. Tatau lah kenapa. Maybe sebab libry kat maktab tak sekondusif masa kat mrsm dulu.


Tu jer sempat nak citer. Nanti pape hal sambung lain. need to publish now.  Bye bye :)








1 comment:

ila said...

rindu jugak zaman sekolah walaupon baru setahun meninggalkannya.hehe

sis sekolah asrama lagi la terasa kan sebab 24 hour mase dengan kawan2