Friday, August 31, 2012
Review buku: Mr. Midnight
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 55 untuk semua...
Ni salah satu buku cerita horror (seram) English yang aku suka baca sebab senang nak faham, dia gunakan bahasa yang simple-simple jer. Aku mula suka baca buku ni dah lama. Pergi MPH bersila atas lantai tumpang baca. Nak beli tapi sayang duit lagi masa tu walaupon harga dia RM10.90 jerrrr...!! Sekarang aku dah tak sayang sangat dah duit kalau nak beli buku.
Tajuk buku: Mr Midnight
Pengarang: James Lee
Harga: RM10.90 - RM12 (harga bergantung pada jilid)
Buku Mr.Midnight ni ada banyaaaakkkk sangat jilid. Setiap buku ada 2 cerita yang best-best. Hari tu aku paksa Chah hadiahkan aku buku Mr.Midnight beli pakai baucer buku 1 Malaysia. Dia bagi aku jilid 21. Ada lagi beberapa buah tapi aku tatau lah siapa pinjam atau aku misplace tatau letak mana. Aku tak leh nak wat sinopsis buku ni sebab tatau nak citer jilid yang ke berapa. Buku ni sepatutnya sesuai di baca masa sekolah rendah atau semasa sekolah menengah. Tapi dah umur 21 baru terhegeh-hegeh nak beli Mr. Midnight. Masa aku baca buku bersila kat MPH ada budak Cina sekolah rendah sedang baca Mr. Midnight tepi aku. Erkk.... untonglah terdidik baca buku sejak kecik. Tak perlah, aku pon dalam proses belajar English ni ha.
Aku nama jer cikgu tuisyen subjek English tapi tergagap-gagap lagi speaking. Sebab tu aku pilih minor English kat maktab sebab aku nak belajar lagi. So, solusi nya baca buku cerita English banyak-banyak. Aku tak suka baca novel BM sebab jiwang ngat aihh. Baca novel english seperti novel-novel ini boleh tambah vocabulary, ada dialog kut english, kita boleh tau susunan ayat yang betul. Ha..! Dalam Mr.Midnight banyak dialog. Sesuailah untuk siapa nak praktis cakap omputeh ni..
Aku dah tak kedekut nak beli buku especially buku-buku agama, motivasi dan buku cerita English.
pi es:: Memandangkan dah beberapa kali aku buat entry mengenai review buku, jadi aku ase nak kekalkanlah segmen review buku ni. Banyak buku aku nak share ngan kamu semua cuma kita buat entry ikut turn lah yek.
Saturday, August 25, 2012
Eh, tersalah ciom tangan
Raya tahun lepas kami dua family banyak melepak kat rumah je. Mak aku sakit lelah, Su aku pulak kena chicken pox. Jadi tahun ni beriya benor mak ngan su aku ni nak beraya. Baju raya pon kemain lagi jadi double sebab yang tahun lepas punyer tak pakai lagi. Aku punyer pulak ada sepasang jer baju kurung raya kaler biru. Ingat nak taruk manik-manik kat baju. Dua bulan aku tunggu turn taruk manik last-last dapat satu baris manik jer.
Mak aku sibuk siapkan orang laen punyer tempahan, anak punyer last-last baru buat. -_-"
Nur cahaya Ramadhan dari pintu menerjah ke badan ku.
Amboi...Kemain manjer kau budak kepoh dengan TokMa. Dah lah time raya baru nak balik rumah. Raya pertama jer melekat dengan kami untuk pergi beraya. Ko tengok la nanti gambar seterusnya gambar dia tak de. Sape suruh tak ikut kami pergi beraya. Padan muka duit raya paling siket pastu mengamuk jeles.
Dah. setel raya pertama. Sambung raya kedua. Baju raya dah tak de aku rembat pakai baju kuliah jer. Nasib baik bawa balik baju kurung untuk PBS aritu.
Ni kat rumah TokLong pulak.
Satu hari dari pagi sampai ke malam beraya ke rumah famili belah mak aku. Kan dah cakap adik aku si kepoh tak de dalam gambar.
Lepas sembahyang raya, bersalam-salam semua aku pergi rumah Tokwan aku dulu. Dekat jer rumah Tokwan dengan rumah aku. Ohoi...Usia dah 22 tahun pon masih dapat duit raya. Seronok aku boleh masuk tabung Herbalife. Pastu Su aku satu family datang rumah ajak kami beraya ke rumah TokMa. TokMa demam dan dia beraya sorang-sorang je kat rumah. Jadi lepas zohor kami gerak 3 buah kereta ke Jerangau.
Aku plan nak drive Saga putih tapi adik-adik aku tak mau naik kalau aku yang drive. Apalaaaa..Ingat brutal sangat ke cara pemanduan aku. Takat 80km/j je tau aku bawak. Tak berani lebih.
Amboi...Kemain manjer kau budak kepoh dengan TokMa. Dah lah time raya baru nak balik rumah. Raya pertama jer melekat dengan kami untuk pergi beraya. Ko tengok la nanti gambar seterusnya gambar dia tak de. Sape suruh tak ikut kami pergi beraya. Padan muka duit raya paling siket pastu mengamuk jeles.
Dah. setel raya pertama. Sambung raya kedua. Baju raya dah tak de aku rembat pakai baju kuliah jer. Nasib baik bawa balik baju kurung untuk PBS aritu.
Ni kat rumah TokLong pulak.
Satu hari dari pagi sampai ke malam beraya ke rumah famili belah mak aku. Kan dah cakap adik aku si kepoh tak de dalam gambar.
Aku kira bagus la lagi ada baju kuliah untuk beraya. Yang kezen aku ni baju raya tak siap. Pastu rembat pakai baju raya mak dia (Su). Nasib baik baju raya Su banyak sebab tahun lepas punyer baju raya tak pakai.
Alhamdulillah, semasa pergi beraya pon sempat bercerita kat family pasal Herbalife. Dan raya ni muka aku dah makin okey. Terima kasih Ya Allah. Kalau tak mesti aku segan nak pergi beraya rumah sanak-saudara. Kepada kamu yang mengalami masalah jerawat atau resdung dan masih mencari solusi bagi masalah-masalah tu meh contact aku 013-9454928 (azie). *lupa pulak ni entry raya*
Ada satu insiden ni. Kami pergi umah Tok Long (toklong yang lain pulak). Anak dia ada sama baya ngan aku. Dah jadi kebiasaan kalau yang nampak tua siket aku salam ciom tangan. Tetiba aku salam ciom tangan anak dia yang sama baya ngan aku. Pastu dia bisik kat mak dia. "Dia sama umur ngan kiter kan?" Adoyai. Aku pon buat muka blurrr tahan malu. Apala kau ni azie duk perasan muda.
Ye. Aku dah semakin tua. Nak kawen awal calon pulak tak der. Menciewww ahkak tau orang bertanya bila mau kahwen.
Okeylah.
Aku tak larat la nak cerita apa aku buat setiap hari dari raya pertama sampai raya ke 7. Citer pasal dua hari cukuplah yek. Konklusinya malam ni aku dah kena balik KL asignment satu habuk tak buat! Raya punyer pasal. Eh, salahkan raya pulak.
Design kad kahwin chomel-chomel
Kepada kamu-kamu yang sudah mempunyai pasangan kapel atau dah merisik atau dah bertunang, mesti terpikir untuk melangsungkan perkahwinan kan. Biasanya musim cuti persekolahan paling banyak orang kawen.
So, rancangan perkahwinan dah di buat. Macam mana pula dengan kad undangan perkahwinan? Dah ready ke belom??
Kawan aku ada membuat tempahan design perkahwinan. Nak tengok contoh-contoh design?
Yang ni sesuai la untuk bakal pengantin yang berkenalan di muka buku. Bak kata Najwa Latif dalam lagu cinta muka buku. Kad kahwin pon muka buku la. Baru sesuai ngan tema.. hehehehe...
Yang ni cam old school sket. But still nice.
Yang ni paling aku suka. Nampak sweet. Kalau letak kaler pink lagi shantek lagi ai suka uolssss..
Jika korang berminat mahu menempah design kad kahwen yang chumel, atau dengan idea kreatif korang sendiri, korang gitau kat designer Shamel Izwan kad kahwen jenis macam mana yang korang mahukan.
Ni link dia SHAMEL IZWAN. for any inquiry atau nak nego boleh bincang sendiri dengan dia.
Wednesday, August 22, 2012
Thursday, August 16, 2012
Kembali ke sekolah lama
Assalamualaikum semua...Selama seminggu ni aku tak update pape sebab aku pergi sekolah untuk PBS. Sekolah kali ni aku pilih sekolah rendah lama aku. Selepas 10 tahun akhirnya aku datang balik ke sekolah ni. Aku bersekolah kat situ sejak 1997-2002. Persekitaran sekolah pon dah banyak berubah. Makin lawa makin ceria makin besar. Meh ushar suasana sekolah aku..
Dulu masa aku jadi pengawas kami punyer unifrom kaler pink dari atas sampai bawah. Tudung, baju dan kain kaler pink cuma kasut jer hitam. Auwww.. sweet nyer kaler pink. My fav. (^___^)v
Pelajar lelaki sedang ambil wuduk. Kalau tak silap aku waktu ni dalam pukul 11 macam tu lah. Ada amali solat kot.
Suasana dari atas. Dahulu ni lah tempat perhimpunan setiap hari Ahad. Sekarang dah tak buat kat sini dah sebab bilangan murid pon dah makin ramai.
Surau pon dah baru. Siap ada gazebo lagi.
Ha...ni lah kelas semasa aku darjah 1. Aku duk kelas 1 Melati. Tapi sekarang nama-nama kelas dah tukar. Dah tak de dah nama bunga.
Kantin sekolah baru. Zaman aku tak de kantin ni. Dulu ni tapak padang aku main bola jaring. Ingat lagi team sekolah aku lawan ngan team sekolah Lele. Member aku geram macam mana ntah ngan salah seorang team Lele. Dihempuknya bola jaring yang keras tu ke muka. Berdarah hidung. Wohaaa...
Kali ni aku ke sekolah sebagai pemerhati jer. Nak tengok cara dan teknik yang cikgu English guna semasa mengajar. Banyak ilmu baru aku dapat. Antaranya semasa dalam kelas cikgu kena cakap fully English. Lantak pi lah kalau student tak faham sebab lama-lama budak akan fahamngan sendiri. Masa awal-awal tu biasalah dorang blur-blur lagi. Lagi satu, kalau murid tanya kut Malay pon cikgu kena jawab kut english. Kalau tak faham jugak baru translate. Bagos jugak teknik ni.So, cikgu start from now praktis cakap omputih okey. Salah ke rojak ke tak pe at least u try.
Budak ni tak pakai kasut dalam kelas -___-" Ni kelas last tahun 3. Masa pertukaran waktu belajar punyer lah bising kelas ni. sekali cikgu disiplin masuk semua diam. Takut benor ngan cikgu disiplin.
Ni kawan-kawan aku yang buat PBS sama-sama. Yang belakang tu nama Sakinah. schoolmate aku masa sekolah rendah. Yang depan tu Erna. Budak maktab aku. Erna ngan Sakinah satu sekolah menengah. see the realtionship. Kami memang plan buat sekali. Oh, ada sorang lagi akak KPLI nama Rosaida. Budak maktab aku jugak. Akak nilah yang banyak tolong kami sebab dia dah pernah ada pengalaman mengajar sebelum masuk maktab.
Yang ni hari last sekolah sebelum cuti raya. Semua murid dan guru berkumpul pastu bersalam-salaman. Lenguh jugak tangan nak bersalam ngan semua murid start dari pelajar pra-sekolah hingga darjah 6 dan guru-guru.
Aku berdiri tepi cikgu muzik aku sejak darjah 1.
Alhamdulillah, Tercapai jugak hasrat nak buat PBS kat sekolah sendiri. Seronok cikgu-cikgu aku bila anak-anak murid dorang datang sekolah. Kadang-kadang bekas pelajar segan nak datang sekolah jumpa balik ngan cikgu-cikgu. So, berakhirlah keempat-empat PBS aku selama 4 semester. Tahun depan dah start praktikum. Lecturer aku cakap praktikum kena buat kat sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur jer. Memang cabaran dia lagi besarlah bak kata senior-senior aku. Huaaaa... sabor sabor..
Friday, August 10, 2012
Senaman penat jari
Tadi masa kat kelas terasa sangat mengantuk. Tiba-tiba budak lelaki kelas aku bising depan laptop masing-masing. Aku pon ushar. Apalah yang dorang main sampai seronok sangat. Rupa-rupanya main benda ni haaa...
Korang main tak? Free je dekat google.com sempena Olimpik ni. Setiap hari ada games yang berbeza. Semalam aku main dayung sampan sampai cramp jari. Last-last give up. Hari ni game simple jer.
Ni aku punyer skor. Budak laki kelas aku punyer kusyuk main nak tengok siapa skor paling tinggi. Skor paling tinggi aku 15 jer. Dorang sampai 45 ke atas -___-"
Esok game apa pulak ye???
Sunday, August 5, 2012
Review buku: La Tahzan (jangan bersedih)
Assalamualaikum semua. Macam mana dengan puasa kamu? Kali ni aku nak share satu lagi buku yang aku dah baca. iaitu LA TAHZAN (JANGAN BERSEDIH). Ramai yang dah tahu kan tentang kandungan buku ini. Berseuaian dengan tajuknya.
Baiklah. Aku nak share pengalaman aku sendiri kesan dari aku baca buku ni. Aku dah beli buku ni dah lama dah. Tapi dah lama beli baru nak baca. Kenapa? Masa aku sangat-sangat bersedih kerana bermasalah dengan kekasih hati (ceceh...) aku terpandang buku ni dalam kotak buku-buku. Aku ambil baca sehelai demi sehelai muka surat. Kemudian aku menjadi lagi semangat untuk lupakan kesedihan tu. MasyaAllah! Rasa macam memperbodohkan diri selama ni bila kekasih dah tak cinta kita terus bersedih. Padahal ada yang masih cinta kita sayang kita iaitu Allah.
Tajuk-tajuk dalam buku ni pon best. Antaranya:
- Ramuan kebahagiaan
- Wirid pagi hari
- Bekerjalah kamu (yang ni aku paling suka)
- Jangan marah
- Cubalah untuk semtiasa berlapang dada
Buku ni kecik jer boleh muat masuk hand bag. Harga RM 9.80. Topup sepuloh hengget boleh beli, belanjalah sikit untuk dapat ilmu. Buku ni boleh beli kat mana-mana kedai buku.
Jom sama-sama menjadi muslim yang berilmu.....
"Wanita yang bijak adalah wanita yang sering mencari ilmu, bertanya jika tidak pasti seperti wanita Muslim awal terdahulu. Mereka berani bertanya supaya mereka faham mengenai agama dengan lebih lagi, bukan hanya ‘mengikut’ apa yang telah dilakukan orang lain."
Jom sama-sama menjadi muslim yang berilmu.....
Subscribe to:
Posts (Atom)