Wednesday, June 20, 2012

Tips simpan barang


Pasti semua orang ada masalah untuk letak kat mana barang-barang untuk membuatkan bilik kita kemas dan comel. 

Anda memerlukan solusinya?

Letakkan semua barang mengikut fungsi keperluan dalam storage box yang comel-comel seperti di bawah. 



Boleh letak buku novel, alat-alat mekap, inwear, charger-charger laptop dan henfon dan lain-lain lagi. 

Kat mana aku beli? Aku beli kat hinode shop dengan harga RM5 setiap kotak. Cool dan comel kan. Kat tempat lain pon ada kot haritu aku nampak kat Jusco yang lagi berkualiti dan mahal siket. Kalau tak ada yang comel-comel seperti di atas, pakai kotak biasa jer asalkan barang kau tak bersepah-sepah dan senang dicari.


Dan ada lagi satu aku nak share beg simpan barang. 


Tadaaaaaa....! Besar punyer beg. Ni kalau peniaga-peniaga kain letak barang meniaga dorang dalam ni. Sumbat je semua tak memerlukan banyak beg. Aku beli ni pon sebab nak kena kosongkan bilik semasa cuti. Untuk memudahkan kerja mengangkut barang dari bilik ke stor aku sumbat semua barang dalam beg ni. Sampai koyak-koyak dah beg aku. Tak pe. Koyak rabak nanti kita beli lain. Murah jer dalam dua belas hengget. 

Itu jerlah perkongsian aku. Jumpa lagi di perkongsian yang lain. TaTa \(^___^)/

1 comment:

wr said...

cari organizer yg cute? DIY Box in Box ada di http://doubleyousmile.blogspot.com

be my followers and u will get special discount shopping here :)