Sunday, January 29, 2012

Dahsyatnya cara cikgu ni mengajar

Sedang godek-godek blog telurdibasuh jumpalah entry tentang cara cikgu-cikgu kat china mengajar.  Punyerlah dahsyat. Dahsyat pe nyer? Bersungguh-sungguh benor mereka tu ngajor. 

Agak-agak kalau lagi 3 tahun aku nak jadi cikgu nanti patut guna cara yang sama ke tyme ngajor?


Tak dak pembaris panjang punyer pasal, penyodok sampah pon boleyyyy...

Bangku ni pon boleyyyy.. Zaman sekarang tak de dah kot pakai bangku macam tu. Masa aku belajor dulu cikgu aku ada bawak pembaris panjang sangat nak buat ukuran pada papan hitam. Kalau murid yang nakal tu tibai/balun/pukul je ngan pembaris panjang tu. Tak sakit sangat pon sebab dia tebal dan buat dari kayu.


Tuuu diaaa... nak tulis sampai ke bawah sampai tergeliat pinggang. Cukup 5 bulan ngajor bengkok terus tulang belakang.


Ni cikgu laki ke cikgu pompuan?. Nampak habes spender kaler putih. Tu la pasal cikgu kena pakai baju sopan-sopan semasa mengajar. Tak de lah terganggu konsentrasi murid-murid nak belajar. Nanti cikgu tunjuk mende lain budak-budak tu tengok tang lain.


Kalau cikgu yang tak cukup tinggi macam aku ni guna batang penyapu pon boleyyyy..

Ni sape denda sape sebenarnya ni??

Macam-macam lah cikgu kat sana. Gigih betol mengajar murid-murid mereka. Kalau kat Malaysia buat camni terus budak-budak wat report kat mak ayah pastu cikgu terus glamour dapat masuk surat khabar.

Iqra’: bacalah


Hai awak-awak semua. Apa khabar kamu ketika ini? Kalau yang sedang batuk-batuk depan skrin komputer/ lappy tu gi minum air suam segelas baru muncul balik ngadap blog aku ni.


Mula-mula aku nak tanya. Kamu suka membaca tak? Kalau suka angkat tangan kalau tak suka wat tatau jek. Eleh, jangan nak tipulah kata kamu tak suka membaca. Habes tu kamu ngadap depan komputer/ lappy ni tengah wat apa? Tengok movie? Ushar gambar aku? Dengar lagu sambil tatap belog aku? Ngaku jelah kamu sedang membaca kan.

Ada satu rancangan tv kat TV AL-HIJRAH yang paling aku suka tajuk dia Pemikiran Pemuda dan Seandainya Rasulullah masih ada. Cerita tu kut bahasa Arab tapi ada sarikata bahasa melayu. 


Aku tatau nak bahasakan diri orang yang bercerita tu sebagai apa jadi senang citer aku kata dia pengacara jelah eh. Pengacara tu kata, 


“Ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. adalah Iqra’.


Tapi banyak mana bilangan umat Iqra’ sekarang yang menjadikan budaya membaca tu sebahagian daripada proses mendapatkan ilmu? Kita perhatikan orang Barat kat mana jek mereka berada mereka akan membaca. Semasa tunggu bas, semasa menunggu sesorang, ketika berada di taman, dan di mana saja mereka gemar membaca. Tapi mereka bukan pengikut Rasulullah.

jangan baca buku hanya sebab esok nak exam (×_×;)


Masyarakat kita yang Islam sekarang kurang budaya membaca. Benda senang je nak ikut sunnah Rasulullah. Salah satunya dengan membaca. Jadi, jomlah kita sama-sama menjadikan membaca sebagai satu budaya ilmu. Tak kisahlah bahan bacaan apa yang kamu nak baca sekurang-kurangnya kamu dapat sesuatu ilmu daripada bahan bacaan kamu tu. Dari membaca blog aku ni kamu dapat ilmu ke tidok?

Membaca banyak bahan bacaan untuk mendapatkan ilmu tu tak salah. Tapi jangan lupa kitab bacaan kita umat Islam yang utama: AL-QURAN.

Friday, January 20, 2012

Patah hati

Wednesday, January 18, 2012

wordless wednesday # 11

Monday, January 16, 2012

Beriadah hujung minggu tanpa mengeluarkan kos yang banyak


Bagaimana nak lakukan aktiviti beriadah tanpa mengeluarkan banyak wang? Jawapannya.. Pergilah berkelah/ ber-bbq bersama classmate atau family anda..

Hujung minggu dimanfaatkan dengan sebaiknya bersama kawan-kawan menuju ke Sungai Congkak. Bukan untuk main congkak. Kau agak-agak sape yang tak mandi sebelum pergi? 


Dalam setengah jam dah sampai Sungai Congkak..


Golongan lelaki uruskan hal-hal bakar ayam. Nak harap pompuan tak hidup lah api tu sampai esok.

Tin..kau tak yah lah sebuk-sebuk nak hidupkan api jugak..jom gi mandi sungai..


Gambar ni lawa giler air jadi kaler putih. Moknik wat pe tu? Seronok sangat teruja main air sejuk.

Ju On kat belakang...(rujuk anak panah)


Masa lelaki gi main air pompuan plak jaga bakar ayam...sosej jadi hangus hitam

selepas ini...
Saksikan aksi melompat ke dalam air 
yang tak berapa menjadi


Aus paling style boleh pusing badan. Gulingan hadapan.

Ni bukan photoshop. Naim betol-betol terbalik macam ni. Gulingan sisi..

Tutup hidung trauma kelemasan. Yang kat tepi tu macam teruja giler tengok aku terjun..

hafiz terjun dari jambatan. Bajet ah tu siap boleh wat peace.

Tinton lompatan bintang....!


Nabill lompat layang!

Moknik tatau motif lompatan macam patik mohon ampun tuanku pon boleyyy..

Erkkkk...

Gambar ni memang style tapi sekali lagi aku tatau PokDin sedang wat apa. Serius aku tatau..Ulik mayang ke?


Jejaka terhangit hahahaha


Chaos...!!


Okeylah dah tiba masa untuk pulang...



Bergambar kenangan bersama classmate.. 

Dalam keadaan kewangan yang sedang sengkek ni tak payah nak wat aktiviti yang makan banyak duit. Its better u back to nature.


pi es: sumber gambar adalah sumbangan DSLR hafiz 
sebab tu aku tak taruk watermark

Sunday, January 15, 2012

Pencemaran bunyi yang menyebabkan aku menjadi separuh gila


Aku masih tinggal di hostel walaupon ramai kawan-kawan aku dah keluar tinggal di rumah sewa. Tahun lepas aku ada cerita aku kena pindah blok asrama dan asrama yang aku tinggal sekarang betul-betul tepi jalan raya. Nama je BLOK AMAN tapi kau takkan aman duk sini sebab setiap masa akan ada bunyi kenderaan yang lalu-lalang kat tepi blok.

Gambar diambil dari tingkap bilik aku. Jalan tak berapa nak sesak sebab hujung minggu.


Minggu pertama aku tinggal kat blok ni aku stress giler rasa nak hantuk kepala kat dinding ala-ala brutal gitu. Mana tak nya setiap masa ada je kenderaan lalu. Pastu maktab aku ni dekat ngan douwntown. Setiap malam hujung minggu pasti penuh kereta parking tepi jalan dan menjadikan jalan sesak giler.


Tambah pulak bunyi motorsikal ekzos bising macam 125 RXZ Kawasaki Ninja dan sama waktu dengannya. Memang kau sorang je la kan ada motor bingit macam tu. Kau belom dengar lagi bunyik ekzos moto Yamaha Sukan aku (Yamaha Sport). Satu kampung boleh dengar.


Dan maktab aku jugak berdekatan dengan Hospital UKM. Setiap hari ambulans akan lalu dengan bunyi siren yang kuat. Pernah jugak aku perhatikan siren je bunyi kuat kadang-kadang tak laju pon driver ambulans bawak. Mungkin tak kritikal sangat kot.


Dan sekarang HUKM sedang dalam proses tambah bangunan dan ada kerja pembinaan kat tepi hostel aku. Bunyi jentera wat keje mencabar kesabaran aku.


Jadi sekarang tidur aku seakan terganggu. Dah tak dapat tidur petang sangat dah seperti dulu-dulu. walaupon sekarang dab terasa lali dengan bunyi-bunyi tu semua tapi bila tiba datang bulan aku rasa stress giler sebab aku perlukan rehat. Orang tak senggugut tak kan faham tekanan yang dihadapi oleh seorang yang sedang senggugut.

TOLONG DIAM BOLEH TAK!


Friday, January 13, 2012

Hulahoop?

Assalamualaikum semua. Sebelum-sebelum ni aku dah banyak kali memperkenalkan belog english aku. Jangan terkejutlah kalau aku ada lagi 1 belog. Dan jangan terkejutlah sebenarnya belog aku bukan 2 sebenarnya emmmmm lebih dari 2. Cari sendiri belog-blog aku yang lain. Apa? Malas nak cari. Okey. Oleh sebab aku baik aku kasi kamu link. Jangan malas nak view page tu plak.

Oleh sebab dah berkurun aku deactivatekan (private sementara) belog Hulahoop jadi dah tiba masanya aku aktifkan balik. Sekarang aku dah ambil minor bagi subjek English jadi aku kena improve kan balik english aku yang terkontang kanting, grammar bersepah-sepah buat essey english pon jenuh perah otak cari maksud perkataan pastu main hentam je buh perkataan apa menyebabkan orang yang baca jadi blurrr... (T_T")

Header blog aku. Black and white je. Tak mampu beli ink. 

Kenapa kasi nama hulahoop? Aku penah cerita kenapa nama dia macam tu tapi tatau la entry yang mana untuk kasi link. Tak pe, meh aku gtau. Aku kasi nama ni sebab english aku teruk giler dan grammar aku broken. Dan kadang-kadang aku update kadang-kadang aku tak Macam terhuyung hayang so, aku kasi nama Hulahoop. Kamu faham tak? Faham tak hulahoop tu apa? ((right click-open in new tab yang ni)) 

U got it? tak stabil kan. So, cakap banyak tak guna, jom kita terjah Hulahoop. 
Gimme ur supprot babeh..

pi es: dah penah cerita tentang Hulahoop kat sini dan sini

Say #TakNak to black lungs! So put out that cigarette & win urself prizes worth RM2K!

Say #TakNak to black lungs! So put out that cigarette & win urself prizes worth RM2K!

Wednesday, January 11, 2012

wordless wednesday # 12


Sunday, January 8, 2012

SOS: Derma darah di Pusat Darah Negara

Buat pertama kalinya bagi tahun 2012 aku membeli The Star newspaper. Terbaca satu tajuk SOS to donors as blood supply runs low. bekalan darah terutama darah jenis A telah berkurangan dan bekalan darah di pusat darah negara dah semakin berkurangan. mana tak berkurangnya kalau jumlah kemalangan jalan raya meningkat pastu jumlah orang yang menderma darah sikit je. Jadi, kempen menderma darah telah dilancarkan pada hari ini dan aku baru tahu terus inform kat kamu semua untuk datang beramai-ramai ke Pusat Darah Negara. Kalau rasa sempat lagi lah. Bagi yang rasa darah di banyak dan sihat walafiat sila-silalah mendermakan darah di hospital-hospital yang berdekatan dengan kamu.
Bermula pada hari ini 8/1/2012 Pusat Darah Negara akan dibuka setiap hari ahad bermula pukul 8 pagi hingga 4 petang hanya untuk menderma darah. kehadiran kamu untuk menderma darah sangat diharapkan.


Kriteria penderma darah adalah seperti berikut:

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.

2. Berumur di antara 18-60 tahun.
· Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
· Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.

3. Berat badan melebihi 45 kg.

4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan
~Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan
~ Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)

8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
~ Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
~ Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
~Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
~ Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
~Mengambil dadah secara suntikan
~ Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.

9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2
minggu untuk penderma aferesis.

10.Untuk penderma wanita:
~ Tidak mengandung.
~ Tidak datang haid.
~Tidak menyusukan anak.

11.Jangan menderma darah jika anda:
~Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
~Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.


Sebarang maklumat yang kamu nak tahu lagi sila layari laman web rasmi Pusat Darah Negara: http://www.pdn.gov.my

pi es: Aku memang layak menderma kalaulah berat badan aku 45kg ke atas tapi berat aku tak sampai pon 40kg. sigh. Aku teringin nak derma darah.

Thursday, January 5, 2012

Cermin

Realiti seorang perempuan itu.


Bermula dari bangun tidur. Muka kusut masai bangun dari katil bergerak ke cermin dan memandang.
Bergerak ke toilet tempat yang di tuju, di hadapan cermin.
Sesudah mandi, kembali memandang ke cermin.
Bersiap memberikan penampilan terbaik di hadapan cermin.
Bergerak menuju ke kelas untuk memperoleh ilmu pengetahuan....


Dalam perjalanan, ternampak kereta pensyarah lalu memandang ke arah cermin.
Bergerak lagi sehingga ke bangunan tempat belajar.bangunan mempunyai tingkap kaca lalu mamandang ke arah refleksi diri, cermin.
Dalam kelas terdapat cermin. Menilik diri sebelum mulakan pelajaran.
Semasa sedang belajar, mencari compact powder miyami memerhati wajah  dalam cermin.
Usai pembelajaran pulang ke bilik dan memandang ke arah cermin.


Sebelum tidur, memandang ke dalam...cermin.
Dalam sehari, berapa banyak kali perempuan itu dah memandang ke arah..cermin.
Dan hari seterusnya bermula seperti permulaan di atas,
Memandang ke arah..CERMIN..

Perempuan..Bergambar dalam cermin menjadi kebiasaan. Walaupon di dalam kedai kasut


pi es: berangan nak wat sajak tentang cermin aku main hentam je walaupon tak puitis. Itulah realiti perempuan itu..

Tuesday, January 3, 2012

Dari gelap sampai ke cerah

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah bertemu lagi kita pada tahun 2012. Camne permulaan tahun 2012 ni?. Kalau anda happy sila senyum-hands up-waving-and say...HYE AZIE! Bagos semua (tepuk tangan ramai-ramai).

Permulaan tahun baru aku biasa jek. Malam tahun baru cuaca di terengganu hujan lebat jadi tak dapat menyaksikan percikan bunga api. Malah yang sadisnya pukul 10 malam pada 31 desember 2011 aku tertidur dan apabila aku bangun jam menunjukkan pukul 12.45pagi 1 januari 2012. Bangun je dari tidur terasa macam baru je melepasi terowong masa 'Oh! apakah?sekarang aku berada di tahun 2012'. pastu frust tak dapat countdown depan tv sama-sama manusia yang sambut secara live.

Kenyataannya sekarang aku dah selamat sampai di maktab ter'cinta' dan esok bakal memulakan kelas pertama. Perjalanan menuju ke Kuala Lumpur semalam sangat membuatkan aku panas. Bas aku pukul 10 malam. Semasa dalam perjalanan pada pukul 11 malam lebih airkon tiba-tiba hanya mengeluarkan angin. Okey. bas masih meneruskan perjalanan. Dan apabila aku terjaga dari tidur badan aku berpeluh-peluh muka berpeluh-peluh berlemuih hang tau dak. Memang aku tak kesah dah keadaan aku waktu tu sebab aku panas tak boleh bernafas. pastu tiba-tiba bas berenti dan lampu semua terpadam. Semua orang turun sebab kepanasan.

Lega aku boleh udara sejuk tengah-tengah lebuhraya. Dalam ati aku berkata janganlah kata ni lebuhraya karak. Dalam semua orang duk tunggu tepi highway tu boleh pulak lelaki-lelaki smoker ni isap rokok. Pastu bila naik bas lagi aku pening dorang bernafas bau rokok. Aku bukan anti giler sangat kat smoker tapi dalam keadaan macam tu agak-agak la siket aku pon nak udara bersih. So, bas berenti je terus kat R&R Temerloh sebab tak mampu teruskan perjalnan sebab dah berasap. dari pukul 4 pagi sampai pukul 7 baru bas baru sampai dan meneruskan perjalanan kami. Hasilnya aku sampai KL pukul 9 pagi. Chill~

Seterunya agenda aku adalah kemas bilik dan bersedia untuk kelas esok. Have a nice day everybody. Dont forget to read older post if u'r hesitate to noe more about me. Eheh!