Sunday, January 8, 2012

SOS: Derma darah di Pusat Darah Negara

Buat pertama kalinya bagi tahun 2012 aku membeli The Star newspaper. Terbaca satu tajuk SOS to donors as blood supply runs low. bekalan darah terutama darah jenis A telah berkurangan dan bekalan darah di pusat darah negara dah semakin berkurangan. mana tak berkurangnya kalau jumlah kemalangan jalan raya meningkat pastu jumlah orang yang menderma darah sikit je. Jadi, kempen menderma darah telah dilancarkan pada hari ini dan aku baru tahu terus inform kat kamu semua untuk datang beramai-ramai ke Pusat Darah Negara. Kalau rasa sempat lagi lah. Bagi yang rasa darah di banyak dan sihat walafiat sila-silalah mendermakan darah di hospital-hospital yang berdekatan dengan kamu.
Bermula pada hari ini 8/1/2012 Pusat Darah Negara akan dibuka setiap hari ahad bermula pukul 8 pagi hingga 4 petang hanya untuk menderma darah. kehadiran kamu untuk menderma darah sangat diharapkan.


Kriteria penderma darah adalah seperti berikut:

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.

2. Berumur di antara 18-60 tahun.
· Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
· Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.

3. Berat badan melebihi 45 kg.

4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan
~Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan
~ Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)

8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
~ Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
~ Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
~Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
~ Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
~Mengambil dadah secara suntikan
~ Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.

9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2
minggu untuk penderma aferesis.

10.Untuk penderma wanita:
~ Tidak mengandung.
~ Tidak datang haid.
~Tidak menyusukan anak.

11.Jangan menderma darah jika anda:
~Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
~Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.


Sebarang maklumat yang kamu nak tahu lagi sila layari laman web rasmi Pusat Darah Negara: http://www.pdn.gov.my

pi es: Aku memang layak menderma kalaulah berat badan aku 45kg ke atas tapi berat aku tak sampai pon 40kg. sigh. Aku teringin nak derma darah.

5 comments:

Unknown said...

Amek berat saya kak zee ! Ahaa

shazika said...

nisa: meh transfer cikit..zee avi

sarah mohamad said...

Kalau ada dekat situ dah derma dahh. Selalunya saya derma masa program derma darah tuu. HEHEHE

cikorked said...

da bnyk kali try nak derma...tp selalu kena reject huhu........ sedey2

[z@ck] said...

akak darah O. dia tak cari O eh? selamat.hahahaha