Monday, June 27, 2011

Minum susu sedap ke?

Kali ni aku nak share 1 jenis susu yang pertama kali aku cuba terus aku suka susu ni. Nama susu ni adalah....jeng jeng jeng..susu marigold HL.! 

Macam mana aku tertarik hati nak minum susu ni???

Haritu aku tengok cerita Cun.
Alah yang remy ishak berlakon ngan Maya Karin tu.
Atan belikan Luna susu HL. Aku pon pikir sedap ke susu ni sebab ramai yang suka susu ni sebab rendah lemak kan. Masa aku lilau-lialu kat Tesco ternampak lah susu ni terus ambil yang besaq sekali harga dekat RM5 camtu. Balik hostel terus minum sebab takut nak simpan lama-lama takut basi. Hostel mana lah ada peti ais. 


Pertama kali meneguk susu HL....


terus terdetik dalam hati. Yummmyyyyy..!.
 Sukanya susu niiiiiiiiii. Tapi boleh tahan mahal.
Nak minum selalu kena tunggu duit masuk dulu lah. Setakat ni hanya mampu minum teh'o je harga seringgit. Rasa susu ni beza ngan susu dutch lady atau yang lain-lain. Tak meloyakan dan manis-manis gitu.
Oleh sebab sedap aku pon try beli yang kotak kecik plak harga RM1.80. Orang kata orang kaya-kaya je mampu minum susu mahal gini. Patut lah mahal sebab sedap. 

Aku kena minum susu sebab nak kasi berisi sket badan. Kuatkan tulang-tulang kalau member-member main tumbuk-tumbuk atau tampar bontot takdelah terasa sakit sangat. Erkkk..

Susu yang pernah aku try:

Susu Anlene- yang ni leceh sket nak kena bancuh. kalau rajin je aku buat.
Susu dutch lady- erkk..terasa loya. Minum macam paksa masuk mulut dan telan. Hanya mampu minum perisa strawberi..

Kamu pulak suka minum susu apa? Susu krimer manis cap teko?
 Bila dah meningkat usia macam aku ni bawak-bawaklah minum susu.
Terutama perempuan untuk mengelakkan osterioporosis..Eh, betol ke aku eja??
Ok lah. Jangan lupa minum susu ye baby.


Thursday, June 23, 2011

Tidur petang boleh menyebabkan gila


Setiap malam rabu kat asrama saya akan buat bacaan al-Mulk. Lepas bacaan al-Mulk akan ada sesi tazkirah mengikut giliran. Semalam dapat lah ilmu tentang tidur selepas Asar. Kami tengok video ceramah dari sorang ustaz. Aku kalau dengar orang bagi ceramah ikut loghat aku jadi semangat nak dengar. Yang biasa aku dengar ceramah loghat terengganu (ustaz azhar) dan loghat Kedah. Kadang-kadang bila ceramah pakai bahasa biasa jek hambar plak tu kita jadi mengantuk walaupun ilmu yang ustaz atau ustazah tu cerita bermakna. 


Okey. Berbalik pada ceramah tu ustaz tu cakap jangan tidur selepas Asar sebab otak kita boleh jadi gila. Kalau boleh buat lah aktiviti pape pada waktu petang. Gi la main kat padang tak pon sembang-sembang kat bilik kawan untuk elak tidur. Sebab tu kadang-kadang ada orang tidur petang bila bangun dia jadi mamai (tak betul). Tengok jam pukul 6 ingatkan 6 pagi rupanya 6 petang.


Kalau diamalkan selama 40 hari akan menyebabkan gila. Jadi aku nak pesan kat semua dan jugak diri aku jangan tidur petang. Try la buat aktiviti contohnya main lari-lari dalam blok asrama, mop lantai dari bilik ke bilik, main yoyo ngan kawan-kawan, berjalan pergi kedai makan atau kalau tak de idea sangat on laptop stalk blog aku. ^-^"  Ingat eh. Jangan tidur petang dah mulai esok.


Monday, June 20, 2011

Benda menarik kat bilik baru: gambar x-ray tulang dada kat dinding bilik.


Assalamualaikum semua...

Hari ni aku dah start kelas bagi semester kedua PISMP. Beberapa hari sebelum ni aku sibuk ngan perpindahan blok antara blok lelaki ngan blok perempuan. Sebab kemasukkan pelajar baru ke maktab ni ramai sangat perempuan pastu sebab blok lelaki lebih besar dari blok asrama perempuan so kami kena tukar. Lelaki gi blok perempuan, perempuan gi blok lelaki.




Gambar creadit to kak khalilah


Sebelum cuti kami memang dah kosongkan bilik masing-masing. Barang-barang semua simpan dalam stor. Bila sampai je maktab awal-awal pagi sabtu tu terus angkut barang bawak pegi blok asrama baru. Penat giler angkut barang sorang diri. Dah la aku dapat tingkat 3. Kena panjat tangga tinggi oh. Barang banyak, kotak buku yang berat, beg pakaian yang besar giler, beg balik kampung, kasut-kasut dll... Semua aku angkut sorang, Nasib baik mak aku suh bawak mai troli sebab dia tau anak dia kecik tak de kudrat nak angkut barang. Tarik je pakai troli. Tapi naik tangga kena angkut jugak -_-"


Penat angkut barang berdiri depan pintu bilik baru berharap dapat bilik lawa sekali bukak pintu. Ya Rabbi.... Aku ase nak nangis tang tu jugak. Aku berlari gi bilik penyelia asrama nak mintak tukar bilik yang better sket tapi tak dapat. yang dapat hanya tikar getah baru ngan tilam nipis bila tidur terasa kayu yang kat bawah tilam tu. Roomate aku tak mai lagi masa tu. Malam baru dia sampai. Aku kemas bilik tu mop segala benda ngan dinding sekali aku sental kasi wangi. Bilik tu bau lelaki aku sembur ngan febreez walaupon febreez mahal dekat RM10 harga tapi aku sanggup sebab aku yang nak tidoq kat bilik tu.


Keesokkan harinya bangun pagi dapat berita roomate aku plak kena pindah bilik. So aku kena duk sorang-sorang. -_-" Esok (hari ni) baru junior baru masuk. Sebak jugak ah aku baru plan nak kemas bilik sama-sama sebab badan aku sakit dan cramp dah angkut barang mop satu bilik. Nampaknya aku kena lah kemas sorang-sorang.

Benda menarik kat bilik baru: Gambar x-ray tulang dada kat dinding bilik


So, harini aku dah dapat roomate baru orang kedah. Tikar getah semua dah tukar, bilik dah ok cuma dinding je lah macam penjara pudu. Takpe, nanti aku hias bilik lelaki ni transform jadi bilik perempuan macam kat blok asrama aku yang lama. Aku kena kuat. Orang ganu kata KATANG.


Pi es: sory tuan bilik yang lama aku bercerita tentang bilik ni. Aku tatau sape tuan bilik yang lama. Better aku tatau daripada tau.

Thursday, June 16, 2011

Lesen besar


23 Jun ni genaplah 2 tahun aku lulus ujian lesen kereta dan motor. Problem aku sekarang dah nak habes lesen P tapi aku masih terkial-kial nak bawak kereta. Jarak paling jauh aku penah bawak setelah aku dapat lesen P adalah ronda-ronda dalam kampung aku jek. -_-"


jalan kampung aku agak sempitlah muat-muat untuk satu lori lalu. Pernah semasa aku bawak kereta, kereta aku eh bukan kereta aku, kereta mak aku punyer aku bawak bertembung dengan kereta lain. Aku tatau nak bagi ruang camne terus aku pusing stereng ke tepi masuk dalam semak. Waduh waduh waduh... Bukan salah aku, salah jalan tu lah kecik sangat.


Kejadian yang paling aku tak leh lupa yang ni lah. (baca sendiri malas nak ulang cerita)


Haritu aku balik Terengganu dari Kuala Lumpur dengan kereta. Solehah drive. bestlah pulak aku tengok bawak kereta kat highway jalan straight je. Besar pulak tu jalan tak payah nak bertenbung ngan kereta lain. Tengok orang bawak kereta kat highway macam main game lumba kereta kat dalam fon.


Aku bercita-cita nak drive kereta pusing satu semenanjung Malaysia. mmmmmm..


Tuesday, June 14, 2011

Hobi lama: mengumpul setem


Beberapa hari lepas dapat meseg dari my bro Ajim. Tiba-tiba dia bertanyakan hal album setem aku yang dah hilang aritu dah jumpa ke belum. Alhamdulillah aku jumpa balik album setem tu. Ajim ajak aku main kumpul setem balik. Dah lama giler aku tak amek tau pasal album tu. Album tu aku beli tahun 2005. Waktu tu aku sedang study di MRSM. 


Sejarah aku mula kumpul setem...

Zaman dulu aku mana bawak henfon ke asrama. Nak kol family dan kawan-kawan tak berduit sangat sebab makan ditanggung jadi mak ayah bagi duit poket cukup-cukup je lah. Sebab tu aku main balas-balas surat dan kad. Dah banyak sangat surat dapat ada la pulak setem comel comel terlekat kat surat tu. Mulalah muncul minat nak kumpul setem. Siap pesan lagi kat kawan-kawan kalau nak pos surat kat aku sila tempek setem yang lawa-lawa. 


Penggalak semangat aku semasa mengumpul setem tu adalah Kutin Yaya. Dia lagilah banyak album setem siap ada yang dari luar negara. Hampir semua setem luar negara yang aku ada tu diberi oleh Kutin Yaya. Ada setem dari Indon, Singapore, Cairo, Nicaraguay, Thailand, China dan lain lain. Sekarang Kutin Yaya pon dah ada kat oversea nak mintak lah kat dia setem negara tempat dia belajar. 


Tapi sekarang aku dah tak dapat surat dari sape sape jadi tak de lah setem nak kumpul. Kebanyakkan surat yang aku dapat dari kerajaan. Manalah pakai setem. Sebab tu aku mintak kat kawan-kawan kot-kot lah kat rumah dia ada orang pos surat. Koyaklah setem bagi kat aku. Ramai jugak kawan-kawan kat luar negara jadi aku mintaklah carikan setem tempat dorang belajar. 


Sunday, June 12, 2011

Terengganu makin maju


Assalamualaikum...


Kali ni aku sempat la nak update blog ni. Sekarang aku sedang online pakai wireless kat taman perumahan dekat ngan rumah aku. Maju giler ah taman ni sekarang sejak menang pertandingan kawasan perumahan terbersih negeri Terengganu. Dapat naib johan pastu terus menteri besar pasang wireless. Kat kampung aku taksampai wireless ni jadi aku kena pergi online kat taman permainan kat taman perumahan ni la.


Laju jugak lah wireless kat sini. Mungkin ramai budak-budak pergi sekolah tambah pulak waktu orang bekerja. Tak ramai la yang guna. Sekarang ni pon aku online pakai e-book yang kerajaan bagi kat adik aku. Alah, yang budak tahun 5 dan 6 sekolah rendah dapat tu. Kamu tengok tak semalam baju yang team Terengganu pakai. Ada tulis TOP IT. Penaja e-book ni lah.




Berbalik pasal cerita semalam. Terengganu menang 2-1 ke atas kelantan. Aku ingatkan hari ni cuti sebab semalam menang bola. Tapi tak cuti. Dengar citer nak tunggu keputusan SUKMA. Kalau SUKMA Terengganu menang, mungkin esok cuti. Ada harapan jugak lah SUKMA Terengganu akan menang sebab sekarang Terengganu ranking paling atas. Papehal kita tengok lah keputusan tu malam ni.


Okeylah. Batery nak low dah. Aku mau pulang. Bye!

Berbasikal ke sekolah


Lama giler aku tak berbasikal. Kat rumah aku ada la beberapa buah basikal tapi tak naik pon sebab segan anak dara naik basikal pusing kampung. Sekarang budak-budak pon reti bawak motor walaupun kaki tak jejak tanah kena jinjat. Budak-budak kampung aku terutama adik-adik aku dorang mana pergi sekolah ngan basikal macam aku dulu-dulu. Nak jugak pagi-pagi suruh ayah hantar.


Masa aku darjah satu ayah aku tak belikan aku basikal lagi. Setiap pagi hantar aku ngan motor Yamaha sukan tapi bila time balik sekolah kadang-kadang ayah aku terlupa yang anak dia dah masuk sekolah rendah kena lah ambil aku balik sekolah kan. Sedih aku jalan kaki sorang-sorang tengah hari berpanas terik balik rumah. Sampailah aku mintak ayah aku belikan basikal. Bila dah ada basikal aku join kawan-kawan lelaki (kena join kawan-kawan lelaki sebab kawan-kawan perempuan semua mak ayah hantar dan ambil dari sekolah). Sebab tu dulu aku ala-ala kelakian siket.



Paling best bila balik sekolah kena turun bukit. Pastu bawak basikal sambil lepas tangan maknanya tangan tak pegang handle basikal. Pastu kawan-kawan lelaki baiki apa ntah kat basikal aku bagi basikal tu tak boleh pusing pedal ke belakang. Satu hari aku lepas tangan terbabas masuk longkang. Seronok bila ingat dulu aku ngan kawan-kawan lelaki masa kat kampung. Sekarang aku jadi ralat ngan lelaki sebab bila masuk sekolah berasrama aku banyak habiskan masa ngan kawan-kawan perempuan.


Thursday, June 9, 2011

Tiada internet tak dapatlah nak update blog


Pertama sekali aku nak mintak maaf kalau ada yang datang blog aku 2, 3 kali atau lebih tapi entry aku masih sama jek tak update. Sebenarnya dan sejujurnyalah aku nak gitau yang AKU TAK BAYAQ BODBEN 2 BULAN DAH sampai pihak maxis call tanya bila aku nak bayar. Bukan aku tak mau bayar dah duit elaun dah habes. Nak kena tunggu semester depan plak lah. Semester depan aku tatau bila elaun nak masuk. Mungkin sebelum raya. Mungkinlah kan...


Hidup aku sekarang hanya bergantung pada duit elaun maktab je. Pernahlah jugak aku mintak ngan mak ayah aku "Emmmm...mak, nak duit siket nak gi bayar bodeben. 2 bulan dah ni tak bayar". Mak aku wat dek jek. Woooo~~ Pastu aku usaha lagi "Mak ada nak keluar gi bandar tak?" Mak aku tanya nak wat pe gi bandar? "Nak mintak tolong bayarkan bodben" Boooo mak aku wat donnoe sekali lagi. Kesian aku.



Akibatnya aku terpaksalah kadang-kadang bukak tenet tengah-tengah malam semata-mata nak update blog. Tak kan aku nak bior lama je blog ngan entry yang sama jek. Oh! Lupa nak gitau. Sekarang aku update guna bodben adik aku. Tadi aku umpan dia bagi tengok citer korea. Habes tengok citer korea baru dia bagi bodben. Hahahahaha. 


Sunday, June 5, 2011

Baling tepung dan telur pada majlis hari jadi budak empat tahun



Setelah lama tak sambut besday kanak-kanak.......Besday orang dewasa asyik nak prank je baling telur baling tepung...Try buat kat kanak-kanak pe jadi. Trauma kot bila tiba tarikh besday.


Hai. Nama saya Daniel Afif. Tangoklah kek besday saya. Besday saya sama ngan besday Sultan Mizan.


Pada majlis hari jadi ni kami dapat berkumpul dalam keluarga yang besar. Dalam family aku antara yang dalam golongan tua a.k.a dewasa. Afif ni anak sepupu aku, kak ros.


Yang tudung biru tu sebuk nak interprem sama. Macam la ni besday kau.

Antara tetamu yang hadir. Ramai kot. Seronok ramai-ramai banyak budak-budak. Aku kalau berada dalam kalangan budak-budak ni personaliti terus berubah jadi macam dorang. Kira dorang ni geng aku lah walaupon dalam golongan tu aku paling tua.


Jangan salah faham kata aku pendek. Dalam gambar ni aku bengkokkan kaki sebab tu nampak nak sama tinggi je ngan budak-budak nih



Alang-alang berkumpul dalam majlis gini bolehlah bergambar bersama sanak saudara... Thanks kutin nad for the camera. Muah!


Adik-adik dan sepupu-sepupu dua pupu aku


Mak su aku tetap maintain muda oh.

Tulah antara gambar yang sempat aku ambil ngan family besar aku. Yang golongan mak-mak dan bapak-bapak segan nak bergambar. Sambut besday kanak-kanak happening riuh satu rumah ngan bunyik bising dorang main pastu dalam riuh-riuh tu dengar suara yang menangis. Pastu ada makan-makan banyak ada gula-gula, dadih, kek besday yang besar. 


Bila dah besar tak ada pon nak sambut besday aku -_-"



Besday boy dan ibunya. Amboi kau bukan main lagi yek tunjuk jari empat nak gitau saya dah berusia empat tahun.


Dan sebelum balik sempat tangkap gambar nih.
.
.
.
.
.
.
.




Sepupu aku sama usia beza beberapa hari je dari aku sebab aku lahir dulu dari dia. Kami pernah satu kelas masa darjah 1. Hahahahaha. Dulu bukan main belemuih sekarang tuuuu diaaaaa. Nasib baik ai dah berpunya. Aku harap besday aku nanti mak aku wat majlis besday macam ni. Coming sooooonnn...


Friday, June 3, 2011

Air bikarbonat vs air mineral


Kali ni aku nak kongsi cerita tentang air. Kalau kamu pergi makan kat KFC atau McD atau tempat-tempat yang sama waktu dengannya kamu pilih nak minum air apa? Pepsi ke coke? Aku nak share lah kan. Kalau aku gi makan kat tempat-tempat camtu aku suka tukar air. Gitau kat kaunter nak tukar air yang tak ber-karbonat contohnya air ribena, milo ais atau air mineral. 


sebabnya...


aku tak minum sangat air bikarbonat unless kalau terpaksa jugak ambil air tu sebab tak cukup duit nak bayar. Kalau nak tukar air dorang cas lebih. Nak tak nak terpaksa lah minum. Tak pon masa kat pizza hut kena jugak minum air bikarbonat. 


kenapa kalau boleh aku tak mau minum air ber-gas ni?


Aritu aku tangok satu video. Dia letakkan sebijik gula-gula mentos ke dalam satu botol air coke. Beberapa saat je air coke tu memancut-mancut macam air pancut yang dekat Taman Suria KLCC. Boleh bayang tak betapa kuatnya reaction dalam air coke tu. Pastu aku penah jugak baca emel atau meseg forward yang kata air coke digunakan untuk menghilangkan karat, boleh guna untuk cuci tandas atau cuci kereta. Tataulah betol ke tak.




So, kalau nak minum air ber-gas tu boleh tapi jangan lah selalu. kandungan gula dalam air tu sangaaaaatt banyak cuma kamu tak terasa sebab dia ada gas. Banyakkan minum air putih, air masak, air mineral dan sama waktu dengannya.