Sunday, October 31, 2010

P/s untuk semua


saya exam 1, 2, 10 dan 15 november. Dalam mod study ni. Warming up. Tata semua. Rindu saya yek.



Tuesday, October 26, 2010

Awak ajar apa nanti?

Sebelum ni bila orang tanya aku..



Member: Azie, belajar kat mana sekarang?
Azie: Sekarang belajar kat maktab perguruan.
Member: Oh, cikgu la kamu nanti. Ambil kos apa?
Azie: Pengajian sosial.
Member: Emm.. Pengajian sosial. Pastu nanti ajar apa?
Azie: Macam-macam. Tapi sekarang belajar sejarah, geografi, ekonomi, kenegaraan.
Member: pastu nanti ajar apa? =___="
Azie: Errr.. kajian tempatan ngan sivik la kalau sekolah rendah.



Sebenarnya kawan-kawan aku cakap kami kalau ke sekolah nanti akan dapat je subjek apa yang kekosongan. Walaupon aku belajar sivik mungkin nanti kalau kat sekolah tu tak ada cikgu matematik aku kena mengajar matematik. Buntu aku nak bagi jawapan kepada pertanyaan di atas. Bukan setakat kawan-kawan, sedara mara pon tanya soalan macam tu.



Tapi sekarang tak lagi. Bila semalam keluar berita tentang mata pelajaran sejarah di sekolah rendah




24/10/2010 2:26pm

MELAKA 24 Okt. – Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian Tempatan yang diajar pada murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.

Menurutnya, tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.

''Kita akan laksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.

''Kita mahu jadikan ia sebagai matapelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah,'' katanya kepada pemberita selepas menutup persidangan perwakilan dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini. – Utusan

Utusan Malaysia Online: 24 Oktober 2010






Terus petang tadi dapat panggilan telefon dari kawan kat maktab bainun yang sama kos dengan aku. Dia pon menghadapi masalah yang sama ngan aku bila orang tanya persoalan di atas. Nanti kalau orang tanya, kami boleh jawab, kami ajar subjek sejarah.

Saturday, October 23, 2010

Ya, itu saya





=______="


Kisah saya 2: hulahoop ini dicipta untuk meningkatkan penulisan dalam english.

Sunday, October 17, 2010

Who was Adolf Hitler?

Saturday, October 16, 2010

Mula-mula memang rasa janggal



Oh! Bertemu lagi kita yek. Dulu masa kamu mula-mula masuk sekolah apa perasaan kamu? Mesti mak ayah kamu tolong temankan, nangis-nangis peluk mak ajak masuk kelas sama-sama, rindu bantal busuk tertinggal botol susu. Tapi sekarang bila masuk sekolah masuk U masuk kolej kita dah biasa kan. Tambah lagi yang belajar jauh-jauh dari mak ayah. Semua jadi biasa jek.



Mak cik aku pernah tanya, kamu bila nak matang azie? Eh, tak matang lagi ke sekarang. Mungkin kot sebab aku selalu ushar orang sekeliling aku yang berusia 20-an. Kebanyakkan mereka dah pandai bermekap tebal, dah pandai melawa dah pandai berfesyen dah matang dari segi pemikiran dan pandai dalam segala bagai.



Aku?



Mungkin nak nilai aku dari luaran. Hmmmmm...



Badan kecik kurus macam budak tak matang eh? Mungkin la jugak. Aku selalu idam nak body macam Rozita Chek Wan. Perghhhh... dah berusia pon masih mantop.



Buang rasa malu nak berfesionista. Mungkin pada mula-mula orang tengok kita dorang rasa janggal. Aku ushar fesbuk member-member tadi. Dorang yang sekarang belajar kat U semua bergaya. Yang dulu tak suka pakai high heel dah pakai high heel. Dorang berani mencuba. Oh! Mungkin duit ptptn berlambak-lambak dorang boleh beli baju lawa-lawa, alat mekap yang pelbagai. Tapi aku sangat adore mereka yang pandai melawa. Especially yang bertudung.


Buang rasa malu untuk mencuba



Alah bisa tegal biasa. Kan.



Dari segi pemikiran pulak. Aku masih dalam proses pembelajaran. Belajar macam mana nak jadi lagi matang. Ye la, aku ni bakal cikgu satu hari nanti. Insyaallah. Budak-budak sekarang makin mencabar pemikiran mereka. Bayangkan budak darjah dua dah pandai bercinta hantar surat cinta siap cakap saya minat awak. Aku dulu masih keanak-anakkan. tak kesah pon kawan laki pompuan.



No feeling.



Sekarang aku cuba untuk jadi orang yang berusia 20 tahun. Luaran dan dalaman. I'll try. Motif???? Sebab aku mahu kawen. T___T"


Tuesday, October 12, 2010

Nak cepat tidur bacalah buku teks sejarah


Memandangkan budak-budak SPM dah nak exam, jadi aku ambil kesempatan ni nak berkongsi cara aku belajar subjek sejarah. Kalau aku tanya orang (member-member aku lah) mesti dorang akan cakap subjek sejarah boring dan mengantuk. Kalau nak cepat tidur bacalah buku sejarah. Betul, aku pon pernah buat. Satu malam tu masa aku kat asrama aku tak boleh tidur, terus ambil buku sejarah baca je, tup tup tertidur.



Masa PMR aku tak dapat A untuk subjek sejarah. Rasa malu la sangat sebab dalam kelas aku semua dapat 8A. 4 orang je dapat 7A1B. Nak tahu B tu apa? Sejarah la. Aku antara golongan yang tak dapat A tu. So, aku nekad SPM aku nak jugak dapat A untuk sejarah. Cara aku diajar untuk belajar sejarah:



1. Ceraikan buku teks sejarah mengikut bab


Oleh sebab aku budak MRSM kena beli sendiri buku teks, jadi aku tak rasa keberatan pon nak koyak buku teks. Kamu cerai jek ikut bab pastu jangan lupa stapler balik bab-bab tu. Dengan cara ni kamu tak rasa macam banyak benda nak kena baca nak kena hafal segala bagai. Kalau ada masa senggang, free time kau amek satu bab pastu baca. Daripada kau baca novel Alaf 21 baik baca buku kan.



2. Highlightkan kata kunci



Kamu WAJIB ada sekurang-kurangnya 1 highlighter. Paling okey kaler hijau. Lagi bagus kalau kamu ada pen warna warni kasi meriah sket buku tu. Highlightkan kata kunci yang penting. jangan pergi warnakan semua satu perenggan. Member-member aku especially budak laki suka kaler semua perkataan. Pemalas ke atau terlebih rajin ni? Hmmmmm..



3. Sediakan folio kata kunci


Cara ni sangat berkesan. Aku ingat lagi Cikgu Mat Nor kalau tak silap aku la nama dia gini. Dia suruh dalam bahasa kasarnya paksa kami buat folio sejarah. Setiap helai muka surat dalam buku teks sejarah tingkatan 4 dan tingkatan 5 dia kata, cari kata kunci. Caranya gini, buat kotak ada 2 kolum. Satu kotak untuk kata kunci dan kotak sbeelah lagi catatan. Contohnya kamu tulis kata kunci UMNO. Pada bahagian catatan kamu ambil ayat yang ada perkataan UMNO tu.



4. Bergantung 100% pada buku teks



Cikgu aku cakap penggubal soalan nak cipta soalan sejarah dorang akan rujuk buku teks sejarah tu jek. Jadi, kamu tak payah membazir duit mak ayah suruh dorang belikan buku rujukan sejarah. Kadang-kadang buku rujukan ni terlebih informasi pon ada. Nanti buat kepala jadi lagi bingung nak kena hafal benda yang tak perlu pon kita tahu. Kamu baca je sampai khatam sampai lunyai buku teks tingkatan 4 dan tingkatan 5 tu. Lagipon, buku teks sejarah selaras semua negeri kat Malaysia.



5. Buat latihan


Kejayaan salah seorang kawan aku yang setiap semester dapat 4 flet masa sekolah dulu adalah banyak buat latihan. Pernah aku masuk bilik dia penuh ngan buku latihan. Tu aku nampak yang atas meja, yang kat dalam loker tu laaagiiii banyak. Cara dia buat latihan pulak memang stailo. Dia salin semua jawapan yang kat belakang buku tu pastu dia cuma baca soalan dan jawapan yang betul jek. Kalau kamu nak tahu, soalan sejarah banyak yang sama dalam kebanyakkan buku. Cuma ayat je yang lain. Jadi, lepas ni nak jimat masa ikut cara ni. Jangan lupa banyak buat latihan latihan latihan.




Dan last sekali sebagai umat Islam, kena banyak berdoa dan jangan lupa Allah. Cikgu aku pernah cakap, nak ambil SPM ni macam kau duk dalam kubur. Ye la, nanti kat dalam dewan peperiksaan kau duk jauh dari kawan-kawan. Cikgu pulak ada kat luar dewan. Sape nak tolong kau kalau bukan Allah. Nak harapkan pengawas peperiksaan, dia boleh tolong kau asah pensel je laaaa..


Dan alhamdulillah berkat usaha guru-guru sejarah dan calon-calon SPM maktab aku berjaya dapat top 3 subjek sejarah MRSM seluruh Malaysia bagi SPM 2007. Dan aku salah seorang daripadanya.



Selamat mencuba T_____T


Muka jangan kasi bulat


Oleh sebab terasa inner syiria sangat comel dan berwarna-warni, saya pon beli lah satu. Pakai yang cotton lagi senang nak bentuk daripada pakai yang licin. Melekat woh. So, pakai yang cotton tak ler nampak bulat sangat muka. Thanks Allah sebab muka aku bukan jenis bulat. =___="



Amacam? Okey tak?

Sunday, October 10, 2010

Pesona Wanita

Hye semua. Semalam, 8/9/2010 HELWI IPIK mengadakan malam pesona wanita. Acara yang dipertandingkan Makeover dan nasyid. Saya dan kawan-kawan masuk pertandingan nasyid. Malam ni khas untuk wanita je. Men are not allowed.







Ada 6 kumpulan nasyid yang bertanding malam tu. Semua persembahan memang menarik. Tak de masalah la nak nyanyi dalam dewan yang tak de lelaki. Kalau ada lelaki aku pon malu nak nyanyi. Setakat nyanyi dalam toilet boleh ler.









Ni Ida. Thanks Ida jadi pemain gendang kumpulan Konfem Menang!



MC malam tu memang best. Hahahaha. Mus dan Ida.



Walaupon kami nyanyi lagu nasyid berunsurkan kanak-kanak, alhamdulillah kami dapat naib johan. Memang tak dapat kalahkan kumpulan juara sebab dorang memang mantap. Sedap sangat suara Ina, Tasha, Ariza dan Effa kalau nak dibandingkan ngan suara kami.



Kami nyanyi lagu medley menggabungkan 3 buah lagu iaitu lagu 25 rasul, anak-anak nabi dan 10 malaikat. Memang kelakar sampai penonton gelak guling-guling. Mungkin kami punya kelainan nasyid kanak-kanak yang ustazah kita ajar dulu-dulu. Tak pon dorang gelak sebab baju dan penampilan kami yang vogue tu.


Juara (baju putih) dan naib juara (jubah hitam) bergambar bersama.


Kamilah kumpulan KONFEM MENANG! dan si Fatin.


Ni salah satu lagu yang kami nyanyi. Kamu semua mesti dah tahu lagu ni kan. Ustazah dah ajar masa tadika.


Anak-anak nabi ada 7 orang,
3 laki-laki 4 perempuan,
Kasim Abdullah Ibrahim Fatimah,
Zainab Umi Kalsum Siti Rokiah.




Ni antara model make over. Member saya si fatin dapat naib johan. Yang pakai baju kuning tu.




Opppsss... Kami pon nak posing ala-ala model jugak.




Last. Gambor aku ler. Bajet nak posing tayang jubah aku yang tersangkut kaki kena ekzos tu. Tahniah kepada semua pemenang. Bagi aku, Pertandingan dalam kalangan wanita je memang happening sebab pompuan tak perlu malu-malu nak beraksi di depan penonton perempuan.