Thursday, July 29, 2010

Tips cepat mendapat jodoh



Kali ni saya nak share satu tips untuk mendapat jodoh terutama bagi perempuan yang mengejar kerjaya. Tau saja lah zaman sekarang ramai andartu, pastu memilih sangat last-last dah umur 40 tahun masih single. Semoga pengamalan doa ini akan membantu akak-akak dan abang-abang kita yang mesih tercari-cari dan ternanti jodoh mereka.


Doa ini kita mendoakan bagi orang yang belum mendapatkan jodoh. Caranya,
  1. Surah Al-fatihah
  2. Doa mendapatkan jodoh




Bagi yang mengalami kekecewaan putus cinta, putus tunang, bercerai dan sebagainya bolehlah cuba cara untuk melupakan kekasih ni . Caranya, letakkan tapak tangan pada dada kemudian baca ayat berikut:





Semoga ikhtiar yang kita lakukan ini akan dapat membantu kita melupakan si dia untuk kita bersama dengan pasangan yang baru. Insyallah.....


Tuesday, July 27, 2010

Homesick

Walaupon saya dah hidup sebagai budak hostel sejak tingkatan 1 lagi, sampai sekarang perasaan homesick masih wujud dalam diri saya. Jangan ingat dah lama duk asrama dah lama berjauhan dari mak ayah dah lama berjauhan dari adik-adik sejak dari mereka kecik sampai dah besar dari saya, saya dah tak homesick. Masih lagi rindu rumah nangis-nangis nak balik.



Mungkin kawan-kawan tengok saya happy-go-lucky je siap boleh melawak lagi. Kalau melawak gelak-gelak tu masa lepak ngan kawan-kawan je. Tapi bila masuk bilik duduk sorang sorang tiba-tiba teringat kat Shahrim, teringat kat si kepoh teringat kat tok wan teringat kat adik-adik. Pastu air mata meleleh. Eh jap.... chek dulu pintu bilik dah kunci blom.



Bila line clear baru lah start berendam air mata. Salah satu terapi yang baik untuk merawat emosi adalah menangis. Saya baru belajar teori pengawalan emosi ngan Encik Shubki tadi. So, bila dah duk sorang-sorang lepaskan saja. Nangis sampai teresak-esak.



Pastu tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ahhh..kacau daun btoiiii... Lap lap ayaq mata buat rambut serabai sikit pergi bukak pintu. Pastu buat-buat tido. Ambil selimut tutup muka. Sambung berair mata tanpa suara. Karang kalau bunyik kantoi ngan rumate dah besar pon nak nangis. Ego lah konon.



Oh. Awal bulan 8 harap-harap hujung minggu tak ada pape program atau aktiviti. Saya nak balik. Homesick weiiii... Kamu rindu tak mak ayah kamu?


Friday, July 23, 2010

Misi 40 kilogram

Sekarang saya perlu menempuh dugaan berkaitan dengan berat badan sendiri. Dulu berat around 39 and 40 kg. Tapi sekarang lagi teruk bila jarum penimbang berhenti di angka 37. Salah mata yang memandang atau penimbang tu yang rosak. Penat saya hentak-hentak melompat-lompat atas penimbang dengan harapan jarum penimbang bergerak ke angka 50.



Kalau dulu semasa di MRSM PDRM mak cik DS sangat rajin menyiapkan juadah kasi saya makan kasi gemuk kasi saya bertenaga walaupun hakikatnya bila balik hostel akan lapar balik sebab perjalanan yang jauh antara DS dan hostel. Worth it la bila dijamu makan 6 kali satu hari tanpa perlu risau soal duit.



Bila masuk matrik lagiiii bahagia sebab turun je blok hostel terus nampak cafe. Bila lapar je pergi cafe. Bila ada cerita best kat astro seperti Raja lawak lu pikirlah sendiri nabil assalamualaikum mesti turun pergi cafe tengok tv sambil makan Kuey Teaw Ladna.






Gambar semasa bahagia di matrikulasi Pahang. Tidak kelihatan cheekbones dan bukit bukau kawah permukaan bulan di wajah indah saya. Riduuuuu... Latar belakang asrama budak metrik.



Wednesday, July 21, 2010

Geram ngan budak bontot besar


Lama tak pegang bayi. Suka bila pegang bayi yang bontot besar. Pastu pakai pampers jalan pelahan-pelahan dengan bontot yang berat. Pastu puk bontot bayi sebab geram. Adik-adik semua dah membesar. Shahrim tak mahu bagi aku adik lagi. Sekarang berharap kawan-kawan cepat kahwin dan beranak. Tak sabar nak tengok kawan-kawan memboyot bawak perut. Wohaaa, sweet giler.



Aku dah ada beberapa orang anak buah. Tapi itu sepupu aku punyer anak. Yang dewasa dari aku semua dah kawen dan ada anak. Sekarang sampai giliran aku. Oppss.. Lambat lagi kot kalo nak tunggu aku sebab aku terikat ngan perjanjian. Nak kawen boleh tapi tak leh beranak. Ah, merana la laki aku nak tunggu aku habes belajar.




Ni anak salah seorang sedara mara aku.




Ada iras tak ngan Hagemaru?




Hahahaha..



Sunday, July 18, 2010

Saya rela berhimpit dengan perempuan

Sekarang KTM memperkenalkan koc wanita. Tapi kanak-kanak lelaki bawah 12 tahun boleh juga masuk koc ni. Tujuan disediakan koc wanita ni sebab kebanyakkan pengguna KTM adalah kaum pompuan. Jadi, kaum pompuan semua jangan risau lagi akan diraba dan berhimpit dengan kaum lelaki. Tambah-tambah golongan pendatang mat indon mat bangla mat nepal dan sama waktu dengannya. Tak sanggup aii.


Macam mana nak naik KTM koc wanita ni?


Koc wanita ni berada di gerabak bahagian tengah. Nanti kamu pergi stesen KTM di ruangan menunggu ada tiang berwana pink. Ha, kamu tunggu kat situ. Bila train dah sampai, kamu masuk pintu yang ada pelekat khas koc wanita yang berwarna PINK.



Wohaaa. Pompuan dan pink. Sweet gitu. Ha! Yang laki-laki jangan gatai nak masuk gerabak tu plak. WANITA sahaja. Pondan, mak nyah, bapuk tu macam mana plak heh? hmmmm...


Eh, lelaki yang guna KTM ni tahu tak wujudnya koc wanita nih?


Tadi saya ke Bangi naik KTM. Masuk koc wanita. Aik, nampak lelaki dalam gerabak tu. Pastu ada la sorang aunty ni tegur lelaki-lelaki tu. Ni khas untuk wanita je. Pastu aunty tunjuk la pelekat pink yang bertempek kat tingkap gerabak tu. Ishk! Takkan tak perasan kot pompuan ramai kat dalam tuh. Dorang pon terus blah masuk gerabak sebelah.


Pastu masuk plak sepasang kekasih. Yang si boipren tu boleh selamba plak masuk. Nak protect gepren dia la tu kot. Alahaiii.. Tak tahu rupanya. Mungkin masih baru diperkenalkan koc ni. Tapi, ada je banner kat ruang menunggu takkan tak tengok.


Okey, semua diminta hebah-hebahkan pasal kewujudan koc wanita ni. Rasa selamatlah siket daripada berhimpit kepam satu gerabak dengan lelaki.


Saturday, July 17, 2010

Pelajar berusia 6 tahun terima ijazah


Semasa saya berusia 6 tahun Shahrim hantar saya ke TABIKA Kemas. Rasa seronok sangat pergi tabika sebab dapat kenal ramai kawan. Ada la beberapa orang kawan saya yang masih melekat dan kamceng sejak tadika sampai sekarang. Walaupon jarang jumpa sebab masing-masing belajar jauh. Ada di Maktab Kedah, Uitm Dungun, UPM dan lain-lain.



Dulu masa kecik saya ramai kawan laki pastu Shahrim plak suka potong rambut saya ala-ala lelaki. Sebab tu personaliti saya agak keganasan siket. Alhamdulillah saya dapat belajar asrama penuh bergaul ngan kawan-kawan pompuan.





Kamu masih simpan lagi tak gambar pakai jubah, pakai topi bergambar bajet macam ala-ala graduasi. Padahal tamat belajar kat TABIKA je pon. Tapi bagus la sebagai perangsang untuk dapat ijazah yang sebetul-betulnya lagi 4 tahun. Insyaallah.



Wednesday, July 14, 2010

Majlis Pembukaan 2nd ASEAN School Games 2010


Kelmarin saya terlibat dengan persembahan 2nd ASEAN School Games 2010 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Pelajar IPG kena buat human graphic. Alah yang kalau masa merdeka ada perkataan orang angkat selamat datang, terima kasih tu.




Acara bermula pukul 8.30 pagi tapi kami semua kena berkumpul pukul 7 pagi kena ada kat stadium. Mengantok tok sah duk kata la. Awal giler bangun. Pastu duduk dalam dewan bersesak-sesak. Berhimpit ngan budak IPG lain. Pakai baju hitam tudung hitam seluar hitam. Panas yang amat. Tambah hangin bila duk berhimpit sesak macam tu ada plak kentut bau teloq.






Kalau rujuk gambar kat atas kamu boleh tengok antara seat depan dan belakang ada orang kat celah-celah tu. Lenguh kaki ku. Orang sebelah saya saiz agak besar sedikit tindih atas kaki saya. Nasib baik ada bantuan Ruby sama-sama berlawan sape tahan kaki lagi kuat.




Bagi saya kurang sesuai la buat Majlis Pembukaan tu kat stadium terbuka sebab ada je pelajar yang buat persembahan kat tengah padang tumbang sebab berdiri tengah panas tunggu untuk dengar ucapan. Elok buat kat stadium tertutup. Lagipon ramai pelajar yang datang tengok kena duduk bawah panas matahari.




Monday, July 12, 2010

Its cool

I got some tips and some interesting activities like gila-gila if you wanna try. Have fun ya.


  1. Tips shopping kasut
  2. Cara buat watermark
  3. Cara hilang stress ketika belajar
  4. Tips ketika penat jalan-jalan semasa shopping
  5. Cara melipat baju
  6. Makanan wajib budak hostel
  7. Tips pose semasa bergambar
  8. Tips mendapatkan duit ketika hujung bulan
  9. Tips menambahkan berat badan (rujuk komen)


.

Saturday, July 10, 2010

Gambar bertanda hak milik sendiri


Kali ni saya nak tunjukkan cara saya membuat watermark untuk gambar-gambar di blog Shazika Shahrim ni. Terlintas nak letak watermark bila lihat ramai yang gambar-gambar kena cilok, entry pon kena cilok jugak. So, i asked Kutin Yaya how to make watermark. Dia suh saya buat pakai photoscape je.



Siapa yang tak ada photoscape sila download sekarang.





Lepas tu open photoscape dan pilih gambar yang kamu nak watermark. Tengok box kat bawah gambar, klik kat object dan klik pada T. (Rujuk gambarajah)



Selepas itu, text box akan pop-up.





Taip perkataan apa yang kamu mahu. Seperti contoh: ShazikaShahrim. Pilih warna font yang kamu nak, dan adjust dia punyer opacity.




Inilah hasilnya. Saya tahu kamu ada cara yang lain untuk buat watermark. Saya tahu buat pakai photoscape je. Okey, selamat mencuba.



Thursday, July 8, 2010

Intai mak ngah berak


Terkejut aku bila tengok keywords kat nuffnang. Dah lama aku tak ushar. Memang hal ni anoyying gilerr dowh..







Manusia mana la yang sangap sangat nak intai mak ngah berak tu. Tup tup termasuk kat blog aku. Hadoiii. Kesian mak ngah. Taik mak ngah pon ko nak ushar ke.



Pasal seluar dalam dan baju dalam tu aku pernah cerita kat blog. Tapi pasal mak ngah berak tu sapo nak jawab ni hah?



Wednesday, July 7, 2010

Kota Keriangan


Tercapai juga hasrat ke Genting Highland bersama kawan-kawan. Sabtu lepas kami ber-enam ke sana melalui pakej yang saya ceritakan sebelum ini. Siapa kata Genting dah tak sejuk? Sejuk la bagi orang yang tak banyak lemak macam saya ni. Siap pakai 4 lapis baju lagi.





Pertama kali menjejakkan kaki di sini. Kami bertolak pukul 8 pagi sampai Genting lebih kurang pukul 9.20 pagi. Keadaan masih berkabus.






Game pertama yang kami main. Seronok jugak naik gajah. Kasi warming up dulu sebelum pergi ke game yang lagi mencabar giler.










Kat pintu gerbang Dinosaurland. Masuk sana tak ada apa sangat. Ada dinosaur je la. Sesuai untuk tangkap gambar. Dua orang omputih dalam gambar nak interprame sama.







Jadi orang pertama nak naik Corkscrew. Beratur jadi perkara biasa untuk main game. Kami sanggup tunggu 1 jam sebelum game ni bukak balik pukul 1.30 petang lepas rehat.






Sementara menunggu kami jamu makan roti sandwich buatan sendiri. Harga makanan kat sini mahal sebab tu bawak makanan siap-siap dari hostel.






Kau tengok muka sorang-sorang. Ruby sorang je beraksi macam dah tau jek kamera kat belah situ siap boleh senyum lagi. Aku kat tepi dari awal lagi duk tutup mata pegang kuat-kuat sambil mengucap.



Harga gambar Rm30. Kalau rasa tercuit hati nak belilah. Dah muka aku tak nampak aku tak belilah. Agak-agak kalo aku pandang kamera macam mana heh wajah indah aku? Heheh













Kan dah kata tadi kena tunggu lama nak main game. Amboi kak, menunggu sampai tertido ke?





Kutip duit nak masuk Snow World. Harga dewasa RM19, kanak-kanak RM17. Suhu semasa kami masuk mencecah -5. Sejuk sampai kebas tangan.







Dan last sekali aku taruk gambar isteri kedua Bung Mokhtar, Zizie Ezette. Putih giler, dalam tv nampak gemuk tapi sebenarnya kurus je. Wangi plak tu.


Okey. Selesai sudah plan ke Genting Highland. Next trip maybe ke Langkawi.






Sunday, July 4, 2010

Perempuan dan bola sepak



Tak ramai perempuan yang minat bola dan tak ramai lelaki yang tak minat bola. Saya sokong pasukan yang ada pemain comel dan hensem macam Kaka, Torres dan Cristiano Ronaldo. Tapi malangnya pasukan yang saya sokong dua-dua dah kalah. Lain kali jangan masukkan pemain hensem tak pasal-pasal kalah.



Pasukan yang jadi feveret semua pon kalah Argentina yang menjadi buah mulut semua dan dijangka akan masuk final pon dah kalah teruk semalam 4-0 dengan Jerman. Semakin buntu saya nak sokong yang mana. Kesian Maradona menangis semalam.



Okey. Yang tinggal harapan adalah Sepanyol. Tapi peluang yang tipis saya berikan pada Sepanyol sebab rasanya tak la hebat sangat.



Kita tunggu dan lihat, siapa bakal ke final dan menjadi juara. Hoyeh.


Friday, July 2, 2010

Go Genting


Tak sampai seminggu pulang ke maktab mulakan semester baru, saya dan kawan-kawan plan bercuti hujung minggu ke Genting Highland. Sebenarnya dari semester lepas lagi bercadang nak ke Genting tapi selalu je cancel. So, sementara masih free tanpa assignment dari lecturer kami pergi awal-awal.



Semalam ke KL Sentral untuk cari tiket bas sekali dengan pakej.






See. Rm41 je termasuk tiket pergi dan balik sekali dengan main-main. Kami pergi 6 orang. Bas pukul 8 pagi dan pulang pukul 8 malam.





Ceceh. Saja nak tayang tiket. Ini kali pertama saya akan ke Genting. Terasa sedikit eksited. Simpati ngan Cek We tak dapat pergi sekali sebab nak hantar adik dia masuk U.






Ehemmmm.. Apa tengok-tengok. Nak ikut kami ke Genting sabtu ni? Jom la. Bas akan naik sampai ke atas sebab bermula 30 Jun perkhidmatan cable car dihentikan sekejap. Merangkak la bas tu nak naik sampai atas.