Apa kamu rasa kalau kalau kamu lahir kat dunia ni kamu tak boleh mendengar, tak dapat melihat pastu tak boleh bercakap? Ha, rasa apa sekarang? Kosong je kan. Gelap. Oleh sebab saya menuntut di maktab yang bernama Ilmu Khas saya nak kongsi sebuah cerita benar memang benar benar berlaku kepada seorang budak yang menjadi buta, tuli dan pekak sejak kecil lagi. Pernah dengar kisah Hellen Keller? Atau pernah tengok cerita yang Ambitabh Bachan berlakon dengan Rani Murkejee dalam cerita Black? Ha, tak pernah? Baiklah, meh nak cerita kat kamu semua.
Kisah ini tentang Hellen Adam Keller yang dilahirkan normal tapi semasa berusia 19 bulan dia diserang suatu penyakit misteri dan telah membuatkan Hellen menjadi buta dan pekak. hellen membesar dalam keadaan yang gelap dan sunyi. Dia tak dapat melihat dan dan tak dapat dengar pon apa-apa berlaku di sekelilingnya. Sebab tu Hellen menjadi agresif, ganas dan penuh dengan sifat marah. Hellen tak tahu apa-apa.
Pastu bila usia Hellen 6 tahun mak Hellen pon dapat inspirasi dari sebuah buku ' Catatan Amerika' dan bertemu dengan Alexander Graham Bell yang ketika tu sedang membuat kajian tentang kanak-kanak buta dan tuli. Bell menyarankan maknya pergi ke institut Perkins untuk membantu masalah Hellen. Institut Perkins rekemen Anne Sullivan untuk jadi guru Hellen. Sullivan ni dulu pon dia pernah buta tapi dah dapat melihat setelah 2 kali buat operation. Sullivan sangat berusaha mengajar Hellen untuk faham banyak perkara. Tapi tak tahu nak ajar macam mana sebab Hellen ni dah la buta, pastu tak boleh mendengar pulak tu. Benda pertama yang Hellen belajar dan tahu adalah AIR. Air yang mengalir atas sebelah tangan dia, dan Sullivan eja perkataan air atas tangan yang satu lagi. Itu lah cara Hellen belajar. selepas je tahu cara tu, banyak sangat benda yang Hellen nak tahu dan akan minta Sullivan eja kat atas tangan dia.
Selepas itu, Hellen mula belajar bercakap dengan menggunakan kaedah Tadoma, dan mula menguasai tulisan Braille dalam 5 bahasa: Inggeris, Perancis, Jerman, Yunani dan Latin. Wohaaa. Orang yang normal macam saya ni pon tak mampu nak kuasai bahasa lain. Semasa Hellen berumur 24 tahun dia menjadi orang buta pertama yang lulus dari universiti. Hellen menjadi penceramah dan penulis buku yang terkenal di dunia. Hellen mendirikan hellen Keller International untuk mencegah lebih banyak masalah buta dan tuli ni. Bayangkan seorang yang dunianya gelap dan sunyi boleh menjadi aktivis yang terkenal. Tabah sangat Hellen ni untuk berjaya dalam hidup dia.
Jadi kamu semua syukurlah sekarang ni kamu boleh lagi membaca kisah Hellen yang saya nak kongsikan kat belog ni, boleh mendengar dan masih boleh bercakap. Kalau lah Allah tarik nikmat yang kita ada sekarang ni mampukah kita nak jadi setabah Hellen Keller? apa-apa pon lu pikir lah sendiri. Chiaoo..
No comments:
Post a Comment