Saturday, February 27, 2010

RM1 hujung bulan


Salam buat semua. Sekarang dah nak dekat akhir bulan. Macam biasa lah dah nak ending of the month nih bila chek dompet tinggal duit kertas RM1 je. Adalah dalam 3,4 keping. Mula la menggelabah cari duit nak makan. Nak telefon Encik ngan Puan Shahrim segan dan malu la pulak. Asyik mintak duit je. Tiap kali kol je mintak duit. Tapi tak de la selalu. Kadang-kadang bila darurat sangat sangat barulah mintak. Kalau nak harap elaun RM430 mana cukup duk kat Key Eyll nih.


So, perkara yang saya buat kalau akhir-akhir bulan nih adalah seperti berikut. Eh, ayat skema macam dalam kertas peperiksaan SPM je.


1. Tempat pertama yang saya target adalah poket seluar. Habis semua seluar saya selongkar. Jumpa la jugak 2,3 keping duit RM1. Kalau nasib baik jumpa lah sekeping duit seploh hengget. Itu kalau nasib baik la kan.



2. Next, saya chek pulak dalam laci, dalam beg, dalam loker untuk kumpul semua duit syiling. Berguna tau kalau simpan syiling sebab boleh tukar ngan member-member yang nak basuh baju pakai mesin basuh. Sekali tukar dapat lah 3 rinngit. Saya tau dorang semua malas basuh pakai tangan. Kepam dulu seminggu baru nak basuh penuh 1 mesin basuh. Sama macam saya la tu.



3. Pastu saya rewind balik sape sape yang ada hutang ngan saya. Bukan la saya ni kejam nak jadi ceti atau along bawak bonzer nak pungut hutang. Dah darurat nak makan terpaksa la mintak.



4. Okey, bab makanan pulak kalau dah sengkek mesti lah makan megi Ruski je. Pastu bila member-member ajak keluar makan cakap la ‘oh aku dah kenyang. Korang gi la dulu’. Ceh, alasan semata-mata.


Kalau dah akhir bulan macam ni semua pakat lepak kat hostel je hujung minggu. Nak keluar duit tak de. Kalau bab topup lagi satu hal. Tak de lah nak kol member kalau hal yang tak penting. Main SMS je t upon dengan member yang pakai Celcom je la saya SMS. Giler cheapsket saya kan.



Saturday, February 20, 2010

Isu hubungan sulit


Sejak akhir-akhir ni bila saya sign in facebook asyik tertengok yang kawan-kawan saya berstatus 'in a relationship with' lelaki atau pompuan mana ntah. Saya ada tanya siapakah gerangan orang itu tapi mereka tak komen balik pon nak cerita kat saya. Saya tahu la saya jarang bukak facebook tak tahu sangat isu semasa yang terjadi kat kawan-kawan saya. Mungkin jugak mereka ada nak kasitau saya tapi dalam keadaan saya sibuk. Sigh. T___T



Terjadi juga 1 insiden senior saya dah kawen dan bila publish gambar kawen dia kat facebook semua orang terkejut yang dia dah kawen. Sampai hati tak kasitau member kan. Semua orang terkejut ah termasuk saya, guru-guru dan sape-sape yang mengenalinya almaklong lah senior saya tu femes kat sekolah.


Alah. same la macam dunia artis. Bila dah femes semua orang nak tahu pasal kehidupan dia. Sampaikan dia nak kawen pon secara sorok-sorok tak nak heboh kat peminat dan media. pastu bila dia dah kasitau, semua orang nak marah kat dia cakap sampai hati tak bagitau nak kawen, tak jemput pon ke kenduri kawen, nak tahu sangat dia kawen dengan siapa. Ish Ish Ish....



Setiap orang ada privasi masing-masing. Saya harap nanti kalau kawan-kawan saya tu nak kawen jangan la plak sorok dari saya yek. Kalau tak nak jemput pon sekurang-kurangnya inform la kat saya kan.



Wednesday, February 10, 2010

Tarik tali tak semestinya untuk orang besar


Sekarang dalam sejarah hidup saya, saya dah pernah masuk pertandingan tarik tali. Teruja sangat nak main walaupon Rubiatul angkat saya tak bagi saya masuk takut kalah menyeksa diri jek badan kurus kering masuk pertandingan tarik tali. Bila orang tengok aku beratur tepi tali duk tanya " Kau masuk tarik tali ke Azie?" Ya. Saya masuk.




Pada game pertama kumpulan saya kalah. Jangan nak salahkan saya okey. Kumpulan lawan memang dahsyat ah. Tak bergerak lagsung tali yang kami tarik. Okey fine. Ketua mengarahkan saya keluar ganti ngan orang lain untuk game kedua. Kali kedua pon kalah. See, bukan salah saya kan. Memang pihak lawan 'katang' ah. Sekarang dah faham kenapa orang kecik tak leh masuk tarik tali. SILA SEDAR DIRI YE SHAZIKA.









Sekurang-kurangnya saya pernah masuk pertandingan tarik tali walaupon saiz macam ni.









Thursday, February 4, 2010

Dia keluarkan asap dari mulut


Sebagai budak hostel, saya selalu keluar makan kat luar. Lepas waktu kelas cafe maktab akan di tutup nak tak nak malam-malam memang kena keluar makan. Kalau makan kat luar tahu je la kena berhadapan dengan orang ramai. Meja warung pulak dekat-dekat dan sempit. Saya mahukan ketenangan dan khusyuk nak makan. Tabi tiba-tiba men...


Uhuk uhuk uhuk. Satu asap menusuk ke rongga hidung Saya. Cis, potong stim habes selera makan saya sebab mulut dah rasa pahit makan asap rokok. Ushar meja belakang ada sekumpulan jantan duk berbual sambil berkepul-kepul asap keluar dari mulut. Wohaaaa.. Hebat sangat ah tu boleh keluarkan asap dari mulut. Tak tengok lagi saya keluarkan api dari mulut.


Jantan tu pon satu. Yang gi keluarkan asap sebelah aku kenapa. Hembus lah depan. Habes lekat bau asap rokok kat tudung saya. Tiba-tiba sekali lagi asap dari kanan muncul. Uhuk uhuk uhuk.. Jantan duk kat meja sebelah kanan keluarkan asap ke arah aku. Cis, bini ada kat depan kenapa tak hembus kat bini kau.


Tak lama lagi jadi arwah ah saya. Mati awal dari jantan-jantan yang hebat leh kuarkan asap dari mulut tu. tak adil kan.




Tuesday, February 2, 2010

Sekarang sale pakaian dalam







Kat Jusco sekarang ada jualan bra ngan underwear. Saya terfikir sesuatu, kenapa sale barang-barang ni pada bulan februari. Pertama sebab nak tahun baru Cina semua benda kena baru. Yang kedua, sebab Valentine. Wohaaa.. Giler ah Valentine kali ni holiday seminggu. Masyuk ah nanti. *nakal



Ya allah. Mesti ramai lagi yang akan lahir anak luar nikah. Hari tu malam tahun baru berapa ramai yang kena tangkap secara terang-terangan. Yang berselindung lagi ramai. Nanti Valentine lagi ah ramai. Kenapa mesti taksub sangat dengan Valentine. Kalau berkasih-sayang tak perlu sampai teruja dengan tarikh 14 Februari setiap tahun.




Buat semua readers yang berkasih sayang kaji balik apa sebenarnya cerita tentang 14 februari. Setahu saya ada sesuatu di sebalik tarikh tu. Nanti saya research dan ceritakan di lain entry.


.

Monday, February 1, 2010

Penyebaran virus emel pada Hari Kekasih



Awas rakan-rakan yang suka online!

Penjenayah siber mengambil kesempatan sempena Hari Kekasih untuk menyebarkan Spam yang mengandungi Strom Worm, Trojan, Botnet dan kod Malicious lain yang bertujuan mencuri data peribadi mangsa.






Apabila menghampiri Hari Kekasih iaitu 14 Februari akan berlaku penyebaran besar-besaran meseg emel berniat jahat. Lepastu akan ada satu pautan yang akan menyebabkan kamu klik ke laman web tertentu untuk tengok kad elektronik (e-card) yang dikirimkan kepada kamu. Padahal kad tersebut dah dijangkiti dengan Malware dan akan terpasang secara otomatik sebaik saja kamu klik pada imej, pautan atau objek tertentu dalam web tersebut.




Terdapat juga kes di mana bila pengguna klik je pada pautan yang disediakan, pengguna tersebut di hujani dengan emel sampah yang tak terhenti sehingga sistem keselamatan PC sendiri tak mampu nak tanggung.




Kamu perlu mengelak emel yang mengandungi pautan .exe seperti Greeting Card.exe, Flash Postcard.exe atau Greeting Card.exe kerana ia dikhuatiri mengandungi kod program Malicious.Lagi satu, kalau kamu terima emel yang dikirim oleh orang yang kamu tak kenali, JANGAN BUKA. Okey.




p/s: kongsi pengetahuan tidak mahu kamu terkena virus pada hari kekasih. Papehal rujuk majalah PC bulan Februari