Sunday, January 3, 2010

Ber-galop dalam bas



Wao..! First impression dan first entry untuk tahun 2010. Saya baru saja sampai di tempat belajor saya. Saya tak cukup tidur dan badan saya sengal-sengal. Semalam bertolak dari stesen bas Kuala Terengganu pada pukul 10.30 malam. Saya perasan bas senget sebelah kiri pastu saya pon fikir, barang berat sangat kot, sorang-sorang bawak beg besar gedabak. Start je jalan tak sampai pon setengah jam, bas berenti kat Petronas pam angin tayar punyer lah lama.



Lepas pam, bas tu gerak sambil lompat-lompat gi masuk kat 1 kawasan bengkel, bas problem sebab senget tadi. Pukul 12 bas masih dalam kawasan Marang. Lepas baiki bas masih ber-galop-ing macam naik kuda. Saket kepala saya dah la tak boleh tidur. Banyak kali lah bas berhenti dan last skali berenti untuk baiki kesengetan kat Petronas Kijal. Bayangkan pukul 4 pagi bas masih dalam kawasan Terengganu.



Yang paling teruk galop nya kat highway dan masa tu aku berserah diri kepada Allah kerana banyak hentakan yang kuat berlaku di kepala dan badan. Saya rasa kesal kerana tiada pon penumpang dalam bas yang bersuara menyatakan ketidak selesaan termasuklah saya. Nasib baik seat saya kat baris ke-4 dari depan. Yang kat belakang sekali tak tahu lah apa perasaan mereka. Bas meneruskan perjalanan sambil ber-galop-ing sehingga sampai ke stesen Putra pada pukul 9 pagi.



Wohaaa..Hampir 11 jam saya ber-galop-ing di dalam bas. Siapa-siapa tolong hantarkan kerusi Ogawa kat hostel saya sekarang. Saya paksa!



7 comments:

Azuan said...

asal diorang tak tukar bas je huhu

shazika said...

ntah..
sje nak bagi aku mlantun dlm bas kot

[z@ck] said...

sbb tu akk x suka klau nk travel belah pantai timur..
huhuuhuu

kr0nc0ngmalaya said...

hahahaha.. hg naek bas apa??

shazika said...

zack:
ehem..akak, sy ni pantai timor :P


muz:
bas mara liner

Suraya I. said...

bergalop tu ape?
mcm lompat lompat ke?

myza said...

biasala..kalau dah nk smpai ke tmpt nya semua pon berdiam diri wlau cmna teruk pon bas ituh