Friday, January 29, 2010

Style bila shoot gambar


Assalamualaikum..
Maafkan saya kerana ketiadaan idea untuk di sampaikan di sini. Sememangnya susah nak cari idea nak kongsi cerita. Buntu saya di buatnya.







Okey. Apakah style/gaya kamu semasa bergambar? Sila rujuk gambarajah. Itulah style saya. tangan seakan berkata HYE kepada kamu.



Okey lah. Let-che-Go to Hulahoop. Oh! Hulahoop belog english saya. Support me bai. Selamat hari jumaat buat anda sekalian.



~peace no war~



Wednesday, January 27, 2010

Jangan kau mengata peniaga tepi jalan



Pernah tak kamu minum atau makan kat gerai tepi jalan bernama Jambu 88? Hari tu saya pergi Kedah pastu nampak banyak gerai tepi jalan siap ngan banner Jambu 88. Perasaan ingin cuba membuatkan saya berhenti kat salah satu gerai dan cuba air Jambu 88. Perghhh...!! Sedap nyaaa.







Saya terbaca satu artikel kat sebuah majalah berkenaan pengusaha Jambu 88 ni. Kemudian saya google dan dapatlah berita ni. Saya sungguh kagum dengan kesungguhan En. atan dan isterinya yang mengusahakan Jambu 88 dengan gigih, tabah, sabar, berani dan tak putus asa sampai lah maju dan terkenal sekarang walaupon hanya di gerai tepi jalanan.




Kalau dulu saya sangat berperasaan nak sangat cuba bidang perniagaan berasaskan pertanian bila Pak Lah kata Pertanian Adalah Perniagaan. Ingatkan dapat realisasikan bila dapat masuk U kos Perniagaan Tani. Tak pe lah. Nanti jadi chekgu boleh je kan buat jualan langsung. Biasakan chekgu-chekgu buat jualan selendang, keronsang, HPA, kerepek dan macam-macam lagi. T__T





.

Sunday, January 24, 2010

Shazika Sahrim masuk Rumah Pengasih



Oh hye..! Lama kita tidak ketemu ye readers. Semalam jadual saya sangat ketat matap padat dan bermakna. Saya join 2 event dengan maktab. Pertama saya pergi ke Rumah Pengasih (pemulihan dadah). Homaigod! Kebanyakkan penagih dadah kelihatan hensem tapi sayangnya terjebak dengan najis dadah. Sigh T___T







Kelihatan sungguh berdisiplin. Kemas.







Para chekgu-to-be sekalian.





Okey sekarang acara malam minggu kita berangkat ke RTM untuk menonton siaran lagsung Bintang Irama Malaysia. Cuak seyh muka masuk tv. Abang kameramen duk depan saya. Dah ah muka belemuih sambil buat aksi bodoh jakun nampak muka dalam tv. Semangat 1 Malaysia diterapkan dalam pertandingan ini dengan pernyertaan pelbagai kaum. Ya! Itu yang kita mahukan.
















Satu hari yang penuh pengisian. Okey dah penat.






~~xoxo~~




Wednesday, January 20, 2010

Cis, cun gila body dia




Kali ni saya nak share ilmu baru ngan kalian semua. Ceceh, sem ni saya belajar Pendidikan jasmani dan kesihatan. Saya ada belajar cara elok untuk bangun dari baring/ tidur.
Badan kamu sekarang dalam keadaan baring. Tangan di letakkan di sisi untuk dada terasa lapang. Kaki dibukakan sedikit bukaannya. Jangan kangkang luas sangat. Tarik nafas tahan sat pastu hembus pelahan-lahan.





Untuk bangun dari baring jangan terus angkat badan seperti dalam gambarajah. Ketika badan kamu dalam keadaan relax tiba-tiba kamu bagi dia kejutan macam tu. Bahaya woooo untuk tulang belakang.
Cara yang elok saya baru belajar adalah kamu taruk tangan kanan menungkat kepala, kaki kanan straight je pastu kaki kiri silang kaki kanan. Taruk tangan kiri ke sisi sebelah kanan (rujuk gambarajah)



Gunakan seluruh kekuatan tangan kiri kamu untuk tolak badan kamu bangun dari sisi tu dan bangun. Okey.




Sory la saya tak de model nak taruk gambar orang sebab tu saya lukis sendiri. Orang lidi je saya tau lukis (T___T) Nak lukis shin chan tak reti. bagi pompuan yang nak postur badan cun amalkan bangun mengiring macam saya ajar tadi. Oh, laki pon sama. Badan kena kasi cun jugak kan. Jagalah tubuh badan anda. Pesanan dari cikgu Shazika.







.


Sunday, January 17, 2010

Hati-hati ketika di jalanan




Oh hye..
Saya baru je join geng blogger semalam. Saya pon tak tahu apa yang best sangat geng blogger tu tapi yang menarik hati saya bila saya boleh chat dengan blogger-blogger yang lain. Kepada yang dah lama join tu bagi lah tunjuk ajar pada saya yek. Macam best je benda ni. Boleh berkenalan dengan blogger yang tak pernah kenal sebelom ni.


saya mau luangkan masa kat chat geng blogger. Jom join



Ha.. Lagi 1 nak pesan kat kamu semua. Hati-hati di jalan raya. Ingatlah saya yek. Jujur pada diri sendiri. Kalau kamu betul-betul klik nuff baru taruk kat shoutbox ' Saya dah kelik nuff kamu'. Wokey. Challo beteh....



Awas! Saya dah kenal pasti yang menembak nuff secara rawak. Kantoi beb kena tangkap kering. Lagi sekali pesanan cikgu.
HATI-HATI KETIKA MENG-KELIK



.
ps: Saya mohon tunjuk ajar




Thursday, January 14, 2010

Saya cemuih la dengan makanan mak cik


Dulu saya pernah belajar di Kedah dan dapat ramai kawan-kawan dari utara. Seronok dapat duduk kat negeri orang. Macam-macam dialek saya belajar. Suka dengar orang cakap utara. Tapi ada 1 perkataan kalau orang sebut saya akan teringat sampai sekarang.



Flashback siket eh. Peristiwa ni berlaku beberapa tahun yang lalu. pada 1 malam, sedang sembang-sembang dengan classmate. Izlin sebut 1 perkataan yang tak pernah saya dengar sebelum ni. Maklum lah saya sedang belajar budaya dan bahasa utara.



Izlin: Weh, aku cemuih ah asyik benda sama je
Azie: (menyampuk masa orang tengah cakap). Pebenda tu cemuih????
Pai: Lor, tatau ka pe tu cemuih?
Azie: Apa dia? (Blurr...)
Nani: Kesiannya hang tak tau. Mak cik DS (Dewan selera) selalu buat. Hang tak pernah makan ka?
Azie: Makanan apa?
Nani: Esok hang pi DS hang cakap kat mak cik, Mak cik saya naik cemuih la ngan makanan mak cik. Sambil senyum tau.
Azie: Biar betul. Kuih apa tu?



OKey. Kelas jadi bising dengan gelak ketawa dari kalangan mereka berasal dari utara.



Najla: Kuih tu bulat macam donat.
Izlin: Pastu buat dari tepung campur ubi tabur gula kat atas.
Azie: Woi! Tu aku tau la kuih COK KERIA. Oooo..Pekena aku.


Semua gelak kat saya.


Gila ah kalau saya terus lurus bendul pergi cakap kat Mak Cik DS ayat si Nani tu kompem senduk naik atas kepala paling tidak pon tak diberi makan selama sebulan. Jadi Arieza, jangan duk pekena saya cakap lesbo tu sejenis kuih tau. Saya sudah tahu taktik mempekenakan orang dengan nama kuih. Sight. (T_____T)


Monday, January 11, 2010

Peminat zaiton sameon kat chatbox?


Kalau kamu semua perhatikan kat chatbox blog kamu semua, ada perasan tak nama 'peminat zaiton sameon' ? Ada kan. Ha! Saya lah tu. Pastu ramai yang reply kat chatbox saya balik, minat zaiton sameon eh, saya pon minat jugak, eh awak minat lagu dia yang mana. Wohaaa..


Baik lah. Sudah sampai masanya saya nak bagitahu kamu semua cerita sebenar. Masa mula-mula saya guna nick name ' peminat zaiton sameon' tu kan saya tak tahu pon sape zaiton sameon. Saya cuma tahu 1 lagu je memang minat giler ah lagu ni, MENARUH HARAPAN. Satu lagu je. :(^__+) Pastu bila dah ramai tanya pasal zaiton sameon saya pon buat la kajian siket pasal penyanyi ni. Rupa-rupanya dia ni memang femes masa zaman 80-an sebab lagu yang saya minat giler tu menang Juara Lagu 1987.


Ni zaiton sameon dulu dan sekarang


Sedang google cari maklumat pasal zaiton sameon, saya dapat lah berita ni. Patut lah sekarang sepi je tak tahu apa dah jadi pada zaiton sameon. Weh, jom lah download lagu menaruh harapan lagu dia memang best. Nak saya nyanyi siket? Ehem..


Sepanjang perjalanan ini,
lembah dan lurah ku lewati,
Ketenangan yang ku cari,
belum kutemui.


suka-suka je saya pakai nick name tu tapi tak tahu sape orangnya. Sekarang saya pon dah tau, kamu semua pon dah tau kan. Okey, rahsia terbongkar.


budak ni yang minat lagu zaiton sameon



.

Friday, January 8, 2010

Mempersembahkan Hulahoop


Wahai rakan-rakan blogger sekalian. Di sini saya nak buat 1 pemberitahuan bahawasanya saya, Shazika Sharim telah create 1 lagi belog. Nama blog baharu saya HULAHOOP. Bukan saya nak pinggirkan blog Shazika Shahrim tapi demi masa depan, saya kena belajar Enlglish demi bergelar seorang chekgu. Terkial-kial jugak ah nak pikir ayat kut omputih ni. :P





Tengok. Kalau blog dalam Bm boleh terus taip tapi blog english ni saya kena buat draft dulu, pastu mintak tolong kawan baiki kesalahan ejaan, grammar. Saya betul-betul nak bagus dalam english walaupon saya bukan budak TESL. Kamu semua support saya yek. Oh, dun wory saya takkan pinggirkan kamu semua sebab permanent blog saya adalah Shazika Shahrim. Sayang kamu lebih la wa cakap lu.


Apalagi, jom lah terjah blog baharu saya. Tolong betulkan grammar eh. Tengkiuuu. Oppsss, ha! jangan lupa klik-klik nuffnang. Klik tetap klik wokey.



.

Wednesday, January 6, 2010

Gerhana cinta luka



Salam. Saya sekarang kusut bila memikirkan pasal duit. Semalam saya pergi makan kat kedai makan yang biasa saya pergi. Tahun lepas kalau saya makan bajet saya RM7.00 untuk sekali makan. Menu yang saya makan adalah sama je macam dah tak de menu lain sebab tu nak pergi makan bawak Rm7.00 jela. Pastu kemarin saya pergi kedai makan tu dan makan menu yang sama je macam dah tak de menu lain tu dengan harga RM8.50. Wohaaa..


Ehem, macam chekgu tak?



Mula-mula saya tak leh terima kenyataan walaupon akak kedai makan dah explain kenapa harga naik. Sekarang saya fikir betul juga kenapa naik. yang saya tak puas hati KENAPA NAIKKAN HARGA GULA!!! Saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia pon rasa geram dan terseksa. Memang tak patut naikkan harga benda yang semua orang nak makan pakai tu.



Nak minum air teh pon pakai gula, air fresh oren pon pakai gula, roti pon pakai gula, air sirap pon pakai gula, nak masak lauk pon pakai gula, nak buat kuih pon pakai gula.



Memang tak patut terhadap seseorang seperti aku. Dah lah aku seorang pelajar yang memerlukan duit hanya bergantung pada duit elaun, kerana aku kurus kering nak kena makan banyak naikkan berat badan, duit elaun belum masuk, ayah saya pulak di ishtiharkan bankrup oleh kerajaan. Duit tengah sesak ni. Saya harap kerajaan pikir balik wajar ke tindakkan drastik nih. Saya setuju harga rokok di naikkan tapi langsung tak setuju harga gula di naikkan.!!



Boooooooo. Tak dapat nak realisasikan impian nak naikkan berat badan sebab nak makan banyak pon pikir pasal duit. (T____T)








Monday, January 4, 2010

Complicatednya jadi perempuan

Saya seorang perempuan. Mungkin perempuan lain pon merasai pengalaman yang sama dengan saya start dari hujung rambut sampai hujung kepala.


Kita start dari kepala. Perempuan kelihatan cantik di mata lelaki kalau berambut panjang. Kalau ada rambut kena la pakai syampu. Eh, bukan stakat syampu je, mesti pakej lengkap sekali dengan conditioner, treatment dan moisterisor. Pastu nak lagi lembut kena pakai Johnson.


Part penting lagi bagi pompuan adalah bab bau badan. Saya menyeru kepada kaum wanita sekalian jangan ambil ringan dalam hal ini. Kena sentiasa pakai deodarant. Pakai yang 24-hours. Kalau pompuan yang jenis pakai baby-t dan tak de lengan lagi complicated kena cukur bulu ketiak. SANGAT PENTING!


Sekarang masuk bab muka. Complicated la sangat. Nak kena sental pencucui muka, toner, krim siang krim malam. Yang tu bab penjagaan. Eh, kalau yang berjearawat macam aku ni nak kena cari ubat jerawat segala macam nak kasi licin. Kalau nak keluar dating kena berhias mekap tebal-tebal macam momok. Lipstik, bedak, celak, maskara, pembayang mata, pemerah pipi. Tempek habes. Berapa dah kos barang mekap untuk muka sahaja?



Jom menjelajah bab pakaian. Orang lelaki kan perasan kalo pompuan tu pakai baju hari ni corak bintang-bintang. Pastu selang satu hari pakai baju bintang-bintang tu balik. Mula la hebos 1 kampus. Tapi, kalau lelaki pakai baju melayu yang sama selama seminggu tak de pon pompuan nak bising heboh 1 Malaya. Oleh itu, sebagai pompuan kena lah ada pakaian yang pelbagai. pastu penuh 1 almari tak tahu nak sumbat kat mana dah.



Part kasut pon sama jugak kena ikut kesesuaian. Takkan pakai baju kurung nak pakai sport shoes kot. Nak kasi ummpphh kena lah pakai high heel. Macam tu lah complicated nya perempuan. dari hujung rambut sampai hujung kaki. Semua nak kena perfect. Bagi aku pulak, biarlah sekadar sedap mata memandang. Kemas.




Sunday, January 3, 2010

Ber-galop dalam bas



Wao..! First impression dan first entry untuk tahun 2010. Saya baru saja sampai di tempat belajor saya. Saya tak cukup tidur dan badan saya sengal-sengal. Semalam bertolak dari stesen bas Kuala Terengganu pada pukul 10.30 malam. Saya perasan bas senget sebelah kiri pastu saya pon fikir, barang berat sangat kot, sorang-sorang bawak beg besar gedabak. Start je jalan tak sampai pon setengah jam, bas berenti kat Petronas pam angin tayar punyer lah lama.



Lepas pam, bas tu gerak sambil lompat-lompat gi masuk kat 1 kawasan bengkel, bas problem sebab senget tadi. Pukul 12 bas masih dalam kawasan Marang. Lepas baiki bas masih ber-galop-ing macam naik kuda. Saket kepala saya dah la tak boleh tidur. Banyak kali lah bas berhenti dan last skali berenti untuk baiki kesengetan kat Petronas Kijal. Bayangkan pukul 4 pagi bas masih dalam kawasan Terengganu.



Yang paling teruk galop nya kat highway dan masa tu aku berserah diri kepada Allah kerana banyak hentakan yang kuat berlaku di kepala dan badan. Saya rasa kesal kerana tiada pon penumpang dalam bas yang bersuara menyatakan ketidak selesaan termasuklah saya. Nasib baik seat saya kat baris ke-4 dari depan. Yang kat belakang sekali tak tahu lah apa perasaan mereka. Bas meneruskan perjalanan sambil ber-galop-ing sehingga sampai ke stesen Putra pada pukul 9 pagi.



Wohaaa..Hampir 11 jam saya ber-galop-ing di dalam bas. Siapa-siapa tolong hantarkan kerusi Ogawa kat hostel saya sekarang. Saya paksa!