Tuesday, July 16, 2019

Persinggahan



Assalamualaikum.. Hye..

(Wa'alaikumussalam)


Suatu hari aku pergi ke rumah Abah dan kebetulan pada waktu tu abah dan ummi sedang marking kertas soalan PMR untuk subjek matematik dan sains. Ummi ngan abah stop jap marking dan bersembang. Aku bertanya satu soalan pada abah..

"kenapa kita kena belajar add math sampai rasa nak meletup otak untuk dapat markah sekurang-urangnya lulus. Tapi bila habis belajar tak de pon kita guna formula-formula dan semua langkah kerja tu in our real life?"

Satu keluhan daripada ku.

Abah gelak je dengar soalan aku. Yela, dia cikgu math faham dah situasi cenggitu.
Kata abah...

Yang kita belajar masa di sekolah, di universiti tu semua sekadar persinggahan jer untuk kita bersedia ke alam pekerjaan pulok. Ada orang masa universiti ambil kos lain tapi bila kerja tetiba dalam bidang lain. Apa yang aku faham daripada apa yang abah beritahu tu macam tu lah. Aku beri satu contoh, ada orang ambil diploma di universiti dalam bidang kejuruteraan awam. Habis belajar dapat je sijil diploma, dia isi nak masuk SPA untuk jawatan pegawai menggunakan sijil diploma dia tu. Itu lah yang dimaksudkan sebagai persinggahan. Kerja dia tu tak de kena mengena pon dengan kos yang dia ambil masa universiti.

Got it?

Jadi, berbalik pada add math tadi. Jagan menyesal belajar apa sahaja subjek masa sekolah dan berusahalah untuk skor, untuk kita masuk ke institusi pengajian yang boleh menjadi tempat pesinggahan untuk mendapatkan sijil dan untuk kita guna semasa nak dapatkan pekerjaan yang menjamin masa depan kita.
Kepada murid-murid yang ambil add math sekalian....berusahalah untuk lulus add math.
Hahahahaha.....

😊



Wednesday, June 19, 2019

Selamatkan bekalan makanan



Assalamualaikum..

(wa'alaikumussalam)



Setiap kali sebelum balik ke pedalaman, kami akan stop di supermarket terlebih dahulu untuk membeli barang dan stok barang makanan contohnya macam ikan, ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain.


Barang makanan yang basah kami akan letak dalam cool box (polisterina) dam letak ais agar tahan lama. Maklumlah, perjalanan nak balik ke sekolah memakan masa selama 6 ke 7 jam. Kalau tak packing betol-betol nanti rosak pulak bahan makanan. Nak makan apa nanti kan. Pernah beberapa kali perjalanan memakan masa yang sangat lama bila sampai rumah ayam aku dah bertukar biru. Huaaaaa... rasa nak nangis jer bila pikir nak makan apa laaa nanti..


Lepas kejadian tu memang aku berhati-hati lah bila packing barang makanan. Bila sampai je rumah di LJ, lepas dah angkut semua barang dari hilux, benda 1st sekali kena urus adalah bahan makanan tadi. Berlemuih tara mana pon, badan penat tara mana pon, pening pala tara mana pon.... kasi settle dulu ayam, ikan, daging tu. Sumber makanan sebulan tu kak oiiii...


Pertama sekali kena bersihkan ayam, dan ikan tu. Segala organ yang masih tersisa tu bersihkan untuk elak bau busuk. Kemudian potong kecik-kecik dan masukkan dalam plastik pembungkus. So setiap kali nak masak cuma keluarkan 1 plastik kecik je dan defrost. Bajet lah sesiap nak buat berapa plastik. Kalau nak senang aku pack 1 paha untuk 1 plastik  untuk 1 kali masak. Lagipon aku masak untuk seorang makan je untuk satu hari. Yang daging pulak kena cuci kalau masih ada darah, potong dan masukkan dalam plastik jugak.







Kemudian susun elok-elok dalam peti ais sebab peti ais aku ni kecik jer. Kalau main letak je tak muat pulak nanti.


Untuk sayur-sayuran dan buah-buahan pon kena pacing elok-elok jugak. Letak tisu untuk menyerap kelembapan.

Dah setlle semua bahan makanan barulah aku boleh bersihkan diri dan berehat. Fuhh...legaaaa....



Sunday, May 19, 2019

Tahun ke 5


Assalamualaikum...


Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 5 tahun zazi di LJ. Sejak tahun pertama lagi dah kena ajar subjek UPSR sampai sekarang.

Tahun pertama
2015

Yang ni agak tragis dan struggle giler bagi aku apabila masuk je LJ terus diberi tugas mengajar subjek Sains upsr. Aku ni kat maktab mana ada belajar sains. Yang ada masa kelas PJPK je belajar subjek anatomi. Berbekalkan ilmu sains yang dibelajar masa sekolah dan hasil ulangkaji sendiri syukur alhamdulillah mampu jugak ajar sampai anak-anak dapat result tanpa ada yang gagal.


6 orang murid. Ni batch pertama yang aku ajar UPSR. 3 orang cikgu lagi memang dah legend di Lj. Banyak aku belajar dari mereka bertiga.


Tahun kedua
2016


Aku masih meneruskan ajar subjek tu untuk murid tahun 6. Yang ni lepas dah gi kursus rasa konfiden lebih la sket. Sebab tahun sebelum ni dah pulun study kan. Bayangkan aku ajar subjek upsr dia merangkumi semua topik dari tahun 3 sampai tahun 6. Uihhh.. kemain banyak tu nak cover. Cuma tahun 2017 ni dah start guna format baru.



Masih lagi team guru UPSR yang sama untuk tahun 2016. kali ni 7 orang murid. Alhamdulillah semua lulus subjek Sains. Paling tinggi pon dapat B jer. Subjek ni senang lulus tapi susah nak score A. Itulah yang dirisaukan oleh cikgu cikgu sains.


Tahun ketiga
2017


Untuk tahun ketiga ni, cikgu Harisson dah berpindah dari LJ jadi team upsr diganti dengan cikgu yam. Aku masih lagi dengan subjek yang sama.. Tahun 2017 aku jadi guru kelas dorang. Mencabar jugak jadi guru kelas murid yang paling dewasa kat sekolah ni. Biasalah, budak baru nak memasuki alam remaja banyak sket drama nya.



Ni gambar masa gi lawatan ke Kuching. 7 orang je murid tahun 6. Alhamdulilah semua lulus subjek sains dan masih lagi belom ada yang dapat A.. Huhuhuhu... mungkin aku yang tak pandai ajar ke camne ni?

Selesai UPSR


Tahun keempat
2018


Kalini kaksadie ngan cikgu edy dah tak ajar tahun 6 diganti ngan cikgu syam dan awin. Aku pon dah tak ajar subjek sains sebab awin guru major jadi serah pada dia pulak ajar. Aku ajar apa pulak? Aku ajar english oiii.... nak menangis rasa bila diberi tanggungjawab untuk ajar english.. Hahahhahaa...
Dah la anak paling ramai tahun tu. Mencabar boleh tahan jugak la. Mix abilities in one class. Nak kena study balik macam awal awal aku ambil subjek sains dulu. Berguru dengan mentor, tanya kawan kawan lain, bukak balik memori belajar zaman sekolah dulu dan aku sendiri kena banyak buat latihan terutama bab grammar.

Alhamdulillah ada 3 orang anak murid berjaya dapat A penulisan dan sorang untuk pemahaman. Namun begitu, ramai jugak yang gagal. Apa boleh buat nak oiii.... Kita dah try the best.


Tahun kelima
2019


Rentetan dari pengalaman tahun sebelom ni masih kena ajar english. Murid muird untuk tahun ni aku pernah ajar doranh masa tahun 2 dan 3. Macam wow jugak la dulu aku tengok dorang kecik kecik je rasa nak cepuk pon senang rendah dari aku kan. Hahahha.... sekarang kemain semua tinggi dari ticer..


(Belom ada gambar sesama)


Setakat ni dah habis cover untuk kertas pemahaman tapi tak tau la dorang master dah ke belom. Semester depan baru nak fokus untuk penulisan pulak. Macam kelaut sungguh karangan masing masing.



Cenggitu jerlah pengalaman aku. Batch pertama sekarang dah form 4 dan sedih jugak lah bila ada anak murid yang dah tak bersekolah. Luluh hati cikgu bila dah masuk sekolah menengah terikut ikut kawan yang negatif, dah tak mau belajar dan buat masalah. Padahal masa sekolah rendah elok jer budak nya.. Papepon, semoga berjaya menjadi manusia berguna wahai anak-anak murid sekalian....


-memori, ticer zazi-


Wednesday, May 15, 2019

Kisah anak murid: Make up


Kisah anak murid 1

Murid: Ticer, kenapa semalam saya tengok mulut ticer warna pink tapi hari ni warna merah pulak?
Ticer: Oh! Ini ticer pakai lipstick laa.
Murid: Patut lah warna lain dari hari tu.


Kisah anak murid 2

Murid: Ermmmm.. ticer bau make up la. (sambil menghidu)
Ticer: Bau make up?


Ticer pon berfikir. Lipstik aku berbau ke? Bedak aku berbau ke? Apa lagi make up aku ada bau ke? Ataupun ketiak aku yang berbau?
Beberapa hari kemudian…..


Murid: Ermmm..ticer bau make up la. (menghidu lagi)


Tapi kalini aku sure, ianya bukan sesuatu bau yang busuk melihat dari gaya dia menghidu tu.


Ticer: Bau make up macam mana?
Murid: Bau ini, make up. Mama saya pon ada bau make up jugak.


Dia ambil tangan aku, disuruhnya hidu pergelangan tangan.
Laaaa…BAU PERFUME RUPANYAAAA…


Ticer: Ini bukan bau make up. Ini nama dia PERFUME. Cuba sebut. Perfume.
Murid: Perfume. Ha…bau perfume.


Alhamdulillah.. akhirnya anak murid aku belajar benda baru arini. Bau perfume. Bukan bau make up. Huhuhuhuhu…..




Monday, May 13, 2019

Cabaran guru di pedalaman



Assalamualaikum...

(waalaikumusSalam) jawab para pembaca sekalian.


Semasa di maktab dulu, kami ada satu subjek atau matapelajaran Guru dan Cabaran Semasa. Seiingat aku masa belajar dulu ada ditekankan dengan asalah masalahbyang cikgu cikgu alami di sekolah berkaitan dengan murid-murid dan tugas sebagai guru. Namun tak ditekankan sangat dan tak diberi pendedahan tentang realiti sebenar keadaan cikgu di pedalaman ni. Apa yang berlaku dan pengalaman sebenar orang luar tak tahu dan sekarang biar kakak kasi tahu cabaran dugaan pahit getir yang kena tempuhi untuk menyedarkan rakan rakan yang tak berada di pedalaman.


Okey ni kira bab 1 la eh.


Kisah ni berlaku pada tahun 2017.
Waktu ni kami guru-guru dan staff LJ dalam perjalanan dari sekolah nak ke Miri kemudian balik bercuti ke kampung halaman masing-masing.


Kami tumpang hilux cikgu Edy dalam tu ada aku, kaksaddie, awin dan basil. Perjalanan keluar macam biasa lah bergegar gegar jalan berbatu. Sehinggalah lebih kurang sejam selepas tu dengan tiba tiba kereta tak dapat bergerak semasa naik bukit.


Wohaaaaa....!


Ditekan tekan minyak sampai maximum pon tak dapat jugak gerak. Kau bayangkan waktu tu kereta tengah kat kawasan bukit dan menggerlongsor ke belakang. Terus cikgu Eddy tarik handbrake dan cek clutch gear dah haus.


Cg eddy dan basil chek apa yang patut. Kami 3 orang perempuan berdoa je dalam kereta. Lepastu tak dapat nak buat apa kami tunggu sekiranya ada kereta lain lalu untuk mintak tolong.


Tak lama kemudian, lalulah sebuah kereta. Tengok tengok kereta tu geng cikgu dari LJtn. Kami sama subzon. Cek pape yang patut nampak gayanya kena towing la hilux kami ni. Kebetulan ada tali dapat dari mana aku tak ingat tariklah kereta seoanjang perjalanan menuju ke Miri.


Cikgu Eddy kawal stereng jela dan bila tali merentap darinkendur ke tegang yang Rabbi, tersentap jugak kami sekali. Memang tak dapat tidur la sepandang perjalanan tu. Pernah jugak tali tu terputus tetibe padahal dah tebal dah tu. Sambung balik tali dan teruskan perjalanan.


Dalam perjalanan pulak tayar kereta geng cikgu LJtn terkeluar dek kerana menarik beban yang overload dari biasa di jalan berbatu tu. Kerjasama la geng geng cikgu ni tukar tayar. Aku tahu dalam hati masing masing risau dengan perjalanan ni tapi senyuman masih terukir di bibir semua. Semua orang nak cepat sampai Miri dengan selamat.



Perjalanan membawa sampai ke malam. Hujan renyai renyai turun menyebabkan jalan menjadi licin dan menyukarkan towing namun kereta geng LJtn masih gigih berusaha membantu kami. Akibat percikan lumpur dari tayar depan, kereta kami diselaputi lumpur yang tebal dan cermin depan tak nampak apa dah time tu.


Cikgu eddy dan Basil tengok melalui tingkap tepi tepi je. Cikgu eddy tengok kanan, basil tengok kiri. Perjalanan yang sepatutnya sampai pukul 7 malam tapi waktu tu kami masih di jalan balak.  Huhuhuhu... Nasib tiada sesiapa yang flight malam tu balik kampung. Kalau tak melepas lah..


Dari tengah hari keluar dari sekolah, hampir tengah malam baru kami sampai Miri di rumah cikgu eddy. Kemudian dia tukar kereta lain dan hantar kami ke hotel. Di wajah masing masing tergambar keletihan dan belemuih tok sah cakap la. Hahhahaha...


Terima kasih banyak banyak pada geng cikgu LJtn atas pertolongan dan kegigihan membantu kami dan sama sama sampai lambat ke Miri. Bila di pedalaman ni, sesama kita jerlah mampu tolong dan faham situasi sebenar.




 Bergambar kenangan semasa berhenti rehat. Kenangan jugak bersama Basil dan cikgu eddy yang dah berpindah dari LJ.



Apa yang aku kongsikan ni hanya sedikit tahap kesusahan yang kami hadapi. Risiko perjalanan tu memang sangat tinggi dengan keadaan jalan dan perjalanan yang panjang. Hanya mampu berserah kepada Allah setiap kali keluar masuk sekolah. Laluan perjalanan balak sangat berisiko tak kira musim hujan atau kemarau. Banyak dah kes yang berlaku dan ini salah satu darinya.


Mohon doakan kami guru guru dan staff yang berkhidmat di pedalaman selamat untuk jihad menabur bakti dan ilmu buat anak-anak di pedalaman. Amin.