Tuesday, May 3, 2016

Road to Kapit

Assalamualaikum..

Memandangkan internet sedang laju (kat bandar laju ler) ayuhlah kiter update perjalanan holiday sempena cuti labour day untuk tahun ini..ermmm.. nak start dari mana eh..ok. dari sekolah lah..

Seperti biasa kami akan keluar ke bandar hari jumaat lepas waktu mengajar. Habis jer kelas terakhir, cikgu berlumba lumba balik kemas barang nak keluar dari sekolah. Perjalanan nak ke bandar memakan masa selama 6 hingga 7 jam perjalanan dengan menaiki 4wheeldrive.



Dalam perjalanan, tetibe hilux yang kami naiki problem.. air bateri kering. Nasib baik hilux kami paling awal gerak. So hilux yang cikgu2 lain naik ada lagi 2 buah kat belakang. Nampak hilux kami berenti tepi jalan angkat bonet..semua pakat berenti dan tolong.




Sampai miri dah malam. Check in hotel bersihkan badan dan keluar jumpa kawan  dan tengok wayang. Sempat lagi tengok captain amerika ngan ainul. Hehehehe... 1st time tengok wayang 3d. Sendu sket la bagi orang rabun. Kena pakai spek double masa nonton..huhuhuhu..

Belakang spek ada spek.. :'(

Esoknya pepagi lepas subuh aku dah gerak gi epot. Awal betol aku sampai epot dah la ngantok giler. Melangut kat epot sesorang. Breakfast pon belom. Kedai makan belom bukak kat epot ni.

Muka stress sebab lapar campur ngantok. 



Pemandangan terhalang dek kipas gergasi..



Sempat ko selfie yekkk..


Pukul 7 lebih camtu masukkan lugage dan berlepas ke sibu. 1st time weh naik mas wing. Teruja ah jugak iols ni..hahahahaha.. kecik jer maswing ni macam naik bas terbang. Adooi iols salah pilih seat la pulok. Luar tingkap betol betol mengadap kipas pesawat. Scary weyhhh...lepas ni tau dah la aku nak pilih seat jangan pilih kat tengah2..




Sampai sibu tunggu kenkawan mai amek. Lama giler tak jumpa Nunu sejak datang sarawak. Ecah ngan moknik dah beberapa kali dah jumpa. Nunu bawak kami gi beli barang orang kapit pastu makan makan.

Breakfast kat Sibu. 

Lunch at Cabeijo




Sempat ecah ngorat kat belakang..


Petang tu dalam pukul 1.30 gerak gi jeti untuk naik bot ekspress ke kapit. Dibuatnya ecah n moknik tak beli tiket awal awal hambek kau tinggal 2 seat je tu pon belakanggggggg sekali.


Achik dah pesan dah beli tiket siap siap kalo keluar. Adoi adoi adoi...


Nasib baiklah ada 2 orang brader kasi seat dorang kat kami. Dapatlah kami duduk walaupon seat sebelah toilet, panas, dekat ngan enjin dan bila bersandar seluruh badan bergetar termasuk otak pon bergetar. Dalam keadaan macam tu pon mampu jugak kami tidoq. Dah perjalanan 3 jam wey.. bosan jugak. Dengar muzik pon sendu wey bila bunyi enjin lagi kuat dari lagu walaupon pasang high volume.

Dalam perjalanan sempatlah moknik tunjuk laluan ke sekolah dia. Waf tempat dia tunggu bot.



Budak laki tu asyik suruh kami naik atas ambil gambar.. memang tak lah nak panjat naik atas. hahahaha


Rumah panjang ditepi sungai 


Sampai kapit dah petang. Chek in hotel. Dannnnn jumpa kaklong..!! Lama giler wey tak jumpa kaklong. Huaaaa... last jumpa masa cikwe kawen.

Petang tu lepas bersihkan diri gerak gi umah ecah naik van dan ecah amek kereta kat rumah..


Tudiaaaa aihhh..jalan kat kapit berliku liku di lereng bukit. Teringat kat laluan bukit fraser dan cameron.


Umah ecah umah flat. Aku bayangkan pekan kapit macam pekan marudi.. tapi tak! Kapit pon maju wey... lepak kapit ngan kawan kawan buat aku teringat kat velo dan taman ten.


Malam tu kami dinner jumpa kawan kawan ipik yang duk kapit. Jumpa naim dan eri.. naim makin kurus sejak duk kapit. Lepak makan kedai ustazah sampai kedai tutup.. dah la riuh betol geng geng ni. Reddho jela achik tutup kedai lambat.


Lepas makan gi karoke sejam. Tanjat weiii bila kaklong dah tak miming bila menyanyi.. hahahahaha...

Lepastu balik tidoq dan sambung pagi esok punyer cerita pulok.

Sunday, April 3, 2016

Sains


Assalamualaikum


Ni tahun kedua aku ditugaskan mengajar kelas tahun 6 dan jadi cikgu upsr ajar sains. Sejujurnya diri sendiri ni takdelah pandai sangat mengajar sains. Sebelum masuk kelas kena belek belek buku dulu kang bagi salah fakta. Beberapa kali dah aku konfius masa mengajar sebab mruid murid tahun ni advance sket.

Ada beberapa orang murid suka tengok national geografi.. cikgu sendiri lack of knowlegde tapi its okey.. cikgu dapat jugak ilmu baru dari murid murid.

Sesi bertemu ibu bapa murid tahun 6

Contohnya, tahu tak macam mana nak tentukan siapa paling kuat dalam kalangan badak air? Murid aku jawab tengok mulut siapa paling luas bukaanya..

HAHAHAHAHA~

Tahun ni upsr pakai format baru..aku pon terkial kial lagi ni nak faham. Takpela, pelan pelan kayuh.. sama sama lah belajor ngan murid.


Semoga keputusan upsr tahun ni lebih baik dari tahun lepas.. amin. Insha allah..




Friday, April 1, 2016

Say bye bye


Assalamualaikum



Location: departure hall LTSM

Mak ayah masih setia menghantar dan mengambil aku yang selalu berjauhan ngan dorang walaupon antor sampai stesen bas or epot jer. Tak macam adik adik aku hantar sampai depan pintu asrama. Tapi aku sedih jugak la kalau ayoh jer dapat antor aku sebab mak keje. Nak 2 2 antor baru syiok.. hehehe....



Boyfriend



Assalamualaikum..


Memang sejak dari dulu lagi ada 2 benda yang aku seboleh bolehnya tak mau cerita dekat blog..pasal family dan boyfriend..ini untuk keselamatan ahli keluarga aku lah walaupon aku tak femes tapi mak aku penah pesan kalau kat laman sosial jangan expose sangat pasal diri kita ni. Sebab tu lah aku tak pakai nama betol di blog. Nanti tak pasal orang google nama kita and knows everything about us..


Pasal boyfriend plak kalau boleh aku tak mau cerita pon.. sebabnyaaaaa..

1. Nanti kalau serba serbi nak cerita pasal kisah sweet boipren korang setiap masa update tetibe ditakdirkan jodoh korang tak berpanjangan. So apa jadi kat blog tu??? Ko nak delete balik semuaaaaa entry cerita pasal kesuuwiiiitan korang dari awal sampai akhir?? Jenuh ler nak buat camtu. So, better tak yah cerita..SELAMAT..

2. Andai kata korang update pasal boipren pastu dah putus pastu boipren baru tertengok pasal entry masa ngan ex boipren..tak pepasal menimbulkan syak wasangka dan perbalahan.. padahal kita dah tak de pape pon ngan ex boipren cuma lupa nak delete jer la.. so lagi sekali.. better ko jangan update pasal boipren dari awal..SELAMAT..

3. Aku penah follow beberapa blog yang menceritakan kesuwitan dorang bercinta ngan boipren dorang.. ada yang alhamdulillah dah selamay bernikah dan beranak.. dan ada jugak yang puts di tengah jalan. Yang putus ni lah aku sadis sket.. punyer syiok aku baca blog dia tetibe satu ari aku perasan.. eh pehal dah lama dia ni dah tak update pasal boipren dia. Atau entry entry lama dah tak de..rupa rupanya dah clashhh..

Manusia sekeliling aku termasuk kawan kawan sedara mara dan even anak murid aku pon sibuk bertanya...
"Zi, bila nak kawen?"
"Ticer, siapa laki ticer?"


Aku habaq direct...tak dak boipren nak kawen camne.. pastu dorang tak percaya pulok..

Mak aku gitau aku.. "takperlah kalo tak dop boipren pon. Ayah kan boipren awak juga" yerlah mak.. a father is a daughter first boipren.. and he will never dissapointed me..

Pesanan pada semua blogger.. kalau nak update pape.. think about the future..okey..

Tuesday, March 22, 2016

Slang

Assalamualaikum


Kalini nak cerita pasal slang. Berada di banyak negeri dan bergaul ngan ramai kawan dari negeri negeri lain buat aku terpengaruh untuk terikut loghat dorang.

Ada 1 kisah masa aku gi kelantan masa cuti sekolah aritu. Aku gi kedai runcit kat stesen minyak.

Azi: ada topap ka sini? (Slang sarawak)
Pekedai: ada

Lepas bayor member aku mai tegur.

Kawan azi: doh bakpe mung cakap sarawak ngan dia.
Azie: eh..yeke?? Dok sedor pulok aku..

Dah la aku kat kelantan masa tu..koya lah kalo aku cakap luar. Adoiii...

Dah balik sarawak pulak. Lain pulak jadinya. Aku nak beli barang kat shopping mall tanya la kat pekerja situ..


Azie: sini ada ke jual polisterin putih?
Pekerja : aderrrr (orang sarawak dia ni) nak berapeee?
Azie: se je.
Pekerja : se?
Azie : eh..satu je
Pekerja : orang semenanjung kerr?
Azi : haa aaa..


Eh dia ning...


Itulaaa..lain tempat lain bahasanya.. tapi aku sokmo kena berhati hati masa bercakap bila balik ganu kena set mind.. jangan koya cakap luar ngan ahli keluarga dan kawan kawan ganu. Nanti tak pasal pasal kena bahan..