Tuesday, October 29, 2013

Julung-julung kalinya dinner Social Studies


Assalamualaikum... (wa'alaikumussalam)

Selama 4 tahun setengah bergelar student social studies, akhirnya ahad lepas kami berjaya adakan dinner jabatan. Kat maktab ni social studies ada 2 kelas je dan kami tak ada junior atau senior bak kata kawan-kawan aku kami ni kiranya macam anak tunggal. Setiap tahun course lain macam muzik, pendidikan khas dan TESL mesti ada annual dinner campur sekali ngan junior foundation sampailah senior semester 8. Kami hanya mampu tengok dan planning jerlah..

Tema dinner kami korang boleh guess sendirilah kot berdasarkan gambar. Aku pakai baju yang mana ada jer. Puas wechat tennad kat jepon tanya macam-macam last last pakai apa yang sempat jer. 


Ngan lecturer ekonomi..Ni je yang sempat bergambar. Banyak belajar ngan puan pasal ekonomi negara sekarang dan peluang-peluang bisnes. Kenkadang ilmu aku dapat tu aku share ngan naser sebab dia buat bisnes sendiri. harap-harap bermanfaatlah.
 

 Banyak gambar dari kamera pinky ku tak menjadi dan blurr..maybe camera cybershot dah tak cybershot lagi dah. maybe setting tak betol sebab kalo shoot luar okey jer cantik gambar pemandangan..Ntah lerr.


Yang ni plak Nabill ngan wanharith jaga PA system.. seronok ler nabill dapat cabutan bertuah henfon sebijik pastu cikwe dapat powerbank.. Yang ni lagi kelakor sebab fon cikwe fon lampu suluh jer.
 

Feeling habes bila pokdin menyanyi..dia ingat tu bilik karok ker..hahahaha papepon plan pokdin untuk persembahan kelas menjadi jugak walaupon suara masing-masing tak sesedap suara Jac tapi redah je asalkan kami enjoy atas pentas tu..


Fatin dapat anugerah Queen malam tu. Gambar King tak der lah pulak. Syok ler dapat jam tangan. Pastu dapat jugak cabutan bertuah. Tyme cabutan bertuah Ruby pesan siap-siap kat aku 'tak yah berharaplah zie, kita ni memang tak bertuah'. Memang pon..tak pernah nak dapat..


 Ni jer gambar ngan classmate yang okey. Yang masa ramai-ramai semua tak menjadi. Boleh pulak tyme nak ambil gambar kelas kamera Ikhwan habes bateri.

Gambar dinner banyak kat kamera ikhwan. Ni jer yang okey dari kamera aku. 

Maybe ni pertama dan terakhir kami dinner sesama jabatan. Tahun depan dah tahun akhir at least adalah jugak kenangan dinner sesama kan...
 



Monday, October 28, 2013

Musim exam


Assalamualaikum...

Sekarang aku sedang dalam mood study week. Semester ni ada 3 paper jer tapiiiii dia punyer gap jauh giler. Satu paper satu minggu.. Aku ingatkan dah 3 paper jer boleh ler balik awal. Sekali dapat jadua exam memang balik kampung lewat jugaklah aku ni..hampeh betol.


Ni jadual exam aku..

Dalam 3 paper ni aku paling cuak ngan paper english. Sebab salah ejaan pon kira salah jugak.. Ni baru nak pulun study bebetol.. Papehal nanti aku update blog curi-curi masa sket la...


Wednesday, October 23, 2013

Cabaran seterusnya



Assalamualaikumm...apa khabar uolsss..

Haritu aku dah citer pasal aktiviti berakit semasa ekspedisi..kalini kita sambung ngan aktiviti seterusnya iaitu cabaran berjalan atas tali..yang ni bagi aku sangat mencabar jugak sebab first time nak buat..kalo masuk kelab kembara memang aktiviti mesti kena adventure..


Dorang ni bukannya tengah tengok pada kamera..
Semua mesmerize duk tengok peserta yang nak seberang pokok berjalan atas tali..


Hafiz the lucky no 1 yang start..
Kena berjalan atas satu tali tu antara pokok ke pokok..
Dah lah sekali jalan bergoyang goyang tali..
Tyme giliran aku berjalan memang berzikir panjanglah aku nasib baik pakcik ni tolong mudahkan aku berjalan..
dia tolong pijak tali tu untuk bagi tegang so tak de lah tali tu bergoyang sangat..
 

Dorang tengah tunggu turn buat aktiviti ni..lelaki start dulu..


Ada 3 cabaran kami kena buat..
berjalan atas tali antara pokok macam si hafiz buat tadi..
flying fox..yang  ni pon first time aku try..
pastu lagi satu berjalan atas tali jugak menyeberang sungai..
 

Tunggu turn...
mula-mula eksaited campur berdebar nak buat..
dah lama sangat menunggu sampai naik cemuih..hahahaha..



Fatin tulis caption kat facebook kata kami macam pekerja kontraktor..
Kuang asam betol..dah la gambar macam susun ikut ketinggian jer..


Ho ho ho yeh..! Sempat stop kejap semata-mata nak ambil gambar..
Masa ni tak derlah rasa gayat atau takut..
cuma nak cepat sampai jer sebab lenguh tangan sampai cramp tangan aku bergayut atas tali ni.



Next aktiviti pulak kita kena memasak..dalam masa satu jam masak secara tradisional..
kena hidupkan kayu api tu paling susah..kena bawak bersabar yang amat tinggi..


Ko ingat pompuan je boleh memasak..lelaki pon terer jugak..
kemain lagi bersungguh sediakan bahan..kupas bawak potong sayur..


demontsrasi cara menhidupkan api..
khuysuk benor nengoknyer...hahahaha..


tadaaaa...ni hasil masakan kumpulan aku..kumpulan hamster..
gambar time memasak semua blurrr..tak dapat aku nak tunjuk skill kawan-kawan aku memasak..
tugas aku cuma sediakan bahan dan basuh peralatan jer..
sedap kawan-kwan aku masak..
tak sangka boleh masak 4 lauk dalam masa 1 jam..


keesokkan harinya awal-awal pagi dah bersenamrobik..
pastu get ready kemas barang nak balik..




Setle jugak aku share pengalaman ekspedisi aku ngan kamu semua..
Time study nilah kita nak kena aktif join macam-macam aktiviti..
nanti dah berkerja dan kahwin tak de dah pengalaman macam ni ngan kawan-kawan..

ok la..bye..~






Sunday, October 20, 2013

Kenapa masih blogging?




Assalamualaikum..


Ramai yang tanya aku kenapa aku masih lagi blogging..sebab ramai yang blogger yang sama-sama blogging ngan aku dulu yang slelau say hye kat chat box dan komen-komen dah tinggalkan dunia blogging ni...tambah pulak sekarang dunia makin canggih dah ada facebook, twitter, instagram...boleh jer terus update kisah hidup kat situ...

Aku dag blog since 2008 sampai sekarang..kalo kat archieve ko boleh tengok start tahun 2009 jer sebab yang entry tahun 2008 aku dah buang..masa tu baru cuba-cuba taip entry..memang bersepah dan macam budak-budak so aku dah lama buang..hehehehe.. aku paling suka entry-entry aku tahun 2010 hingga 2011 sebab masa tu memang dapat banyak hit..trafik blog pon tinggi, aku pulak banyak masa free nak gi blogwalking menyinggah kat blog-blog orang..memang best ah masa tu..ramai kawan blogger..tapi sekarang dah slow..member aku pon ada cakap blog aku dah tak best..huhuhu...aku admit lah kenyataan tu..

Sekarang ni pon aku masih blogging sebab:


1. Ada idea atau ilmu untuk aku share.

Aku dah share beberapa tips yang agak gila-gila kalo korang nak try boleh tengok kat sidebar blog aku nih yang tajuk Selamat Mencuba! . Ha...ko pilih lah nak tips yang mana..tu aku cipta sendiri..Pastu aku ada jugak share buku-buku yang aku baca. review buku. Ada banyak lagi buku yang aku baca yang tinggal dalam draft je tak publish. 


2. Kisah hidup

Dulu lagi aku dah gitaw aku buat blog sebab nak simpan memori macam diari. Kalo yang ushar blog aku since 2009 sampai sekarang aku banyak cerita pasal kehidupan seorang pelajar. Sejak zaman matrikulasi, masuk u sampai masuk maktab ni aku cerita macam-macam aktiviti yang aku buat. Ada lah jugak terselit siket siket citer pasal zaman emaresem. Hidup aku banyak bersama kawan-kawan. 

Cuma dalam blog ni aku tak citer pasal BOYFRIEND. Waktu awal-awal aku blogging pon Hanis Zalikha dah cakap jangan citer pasal boyfriend dalam blog..sebab kita tatau one day kita akan putus ngan dia..pastu ko nak tinggalkan memori ngan dia lagi kat dalam blog ni? Memang tak lah kan!..baik ko jangan citer dari awal. 


3. Aku ada misi

Misi membantu rakyat malaysia menjadi lebih sihat. Sejak kenal ngan herbalife aku jadi seorang yang menjaga kesihatan dan pemakanan. Aku tau ramai orang dah tak sihat sekarang dan ramai yang gemuk...sebab tu bersepah orang jual produk untuk kurus..oleh sebab aku tau nutrisi apa yang bagos untuk semua orang jadi aku share dan sedia membantu sesape yang nak improve masalah kesihatan..untuk maklumat lanjut boleh klik ruangan HERBALIFE kat tab bawah gambar aku tongkat dagu kat atas tu..hehehe..


Tu jerlah point aku..aku adore ngan blogger yang dah blog bertahun-tahun dan masih lagi blogging macam kak ceeramoon. Dia dah blog since sebelum kawen, dah kawen dan dah ada anak 2 dah masih lagi aktif blogging..Aku selagi mampu aku mau stay blogging even tak de orang view blog ni pon tak pe...nanti boleh aku tunjuk kat anak aku nanti blog ni..


Saturday, October 19, 2013

Aktiviti berakit buluh


Assalamualaikum,,, (kalo jawab salam nanti dapat pahala)

Ini aktiviti aku hujung minggu aritu..Seminggu aku tak on laptop.. kalo online pon kejap je pakai fon. Pertama sekali aku mintak maaf pada yang contact aku di facebook atau kat nombor fon selama seminggu ni tak dapat nak layan. Selama 3 hari kelab kembara pergi aktviti luar jauh ke pedalaman sampai line fon tak dapat langsung. 


Kami buat aktiviti berakit kat Raub, Pahang. 
Masuk jauh sangat ke dalam. Best tempat tu...kami gi sini semata-mata nak berakit. Tapi ada jugak aktiviti sampingan yang lain.. So, meh aku citer..


Kami tido dalam rumah atap nipah tu. Dorang panggil tu rumah orang asli. Lantai kayu berdinding buloh beratap nipah. Dalam tu tak de kipas tapi rasa sejuk je. Waktu pagi kat tempat ni rasa sejuk macam duk kat cameron highland oooo..Melingkor aku tido dalam sleeping bag.


Untuk aktiviti berakit aku tak bawak kamera. Nanti masuk air sayang ler kamera pinky pinky aku tu..So, gambar berakit aku ambil dari page facebook pihak pengurusan Kela Avdenture Camp. 


 Gambar ni kalo susun lek lok kedudukan mesti lagi style. Tambah tambah ambil dari view atas.


Sebelum masuk air kami kena pakai life jacket pastu kena buat water confident. 
Macam macam style buat. 
Syok terapung atas air pastu biar je arus air tu bawak kita.


Yang ni paling ku suka. Sebab group lain buat tak nampak bentuk.


Sebelum naik rakit kena dengar taklimat dulu. 
Air sungai cetek giler. Paras baha jer. 
Satu rakit naik dalam 3 atau 4 orang. 
Mula-mula aku group naik 4 orang sekali ngan fatin, nazmi dan amer.
Bila naik 4 orang tetiba rakit aku tenggelam. Pakcik tu pon suruh aku turun.
So, aku terpisah ngan fatin. Aku naik rakit ngan lecturer..

Untung jugak naik rakit ngan lecturer. Sebabnye aku tak yah kawal rakit. Duduk kat tengah tu jer,. hehehehe...


Group lain ada yang langgar tebing, langgar batu besar, pastu tak dapat kawal rakit semasa arus laju. 
Semua rakit naik campur lelaki perempuan. Time pompuan kawal rakit mesti jadi macam-macam. 
Pastu bila rakit tersangkut kat tebing lelaki pakat turun tolak rakit. Dah airnya paras kaki jer. 
Boleh kayuh rakit pakai kaki. Tyme kami gi ni musim air sungai tak tinggi kot. 


Penat berdiri, berakit sambil duduk pon boleh..


Tengok gambar ni terpikir..mampu jugak rakit ni bergerak walaupon air cetek giler. Papepon aku enjoy pertama kali berakit naik rakit buloh. 


Ada lagi aktiviti lain. tu sambung next entry. Takkan nak kepam semua cerita dalam ni kot. Stay tuned naaa..Ok bye~