Tuesday, April 30, 2013

Fasilitator


Assalamualaikum..

Hye pep.. =) 

Hujung minggu yang lepas punyer cerita. Balik je dari sekolah petang jumaat, malam get ready bertolak ke cameron highland untuk 1 program di sebuah sekolah di sana. Selama 2 ari 1 malam aku kat sana fon aku sorang jer tak daapat coverage. huhuhu... dah otw balik KL baru dapat line. Chek mesej dari customer herbalife aku..itu yang penting. untuk full story nanti aku citer. tengah kumpul gambar dan pilih-pilih mana yang patut. Takkan nak buh semua 500 lebih gambar dalam blog ni kan. stay tune (^___^)~


Monday, April 29, 2013

Jangan ingat kerja cikgu tu senang


Assalamualaikum...

Hello there! alhamdulillah tamat sudah sebulan aku praktikum di SKTM. Macam-macam pengalaman aku dapat semasa kat sana. Yang paling penting aku nak terang kat sini adalah....BUKAN SENANG NAK JADI CIKGU..tu jer aku nak highlight bagi kamu tau dan faham. Dulu masa aku mula-mula masuk maktab ramai saudara mara, family, kawan-kawan dan strangers kata.."wohaaa!! best la jadi cikgu..senang la habis belajar terus jadi cikgu.." aku pon dalam hati kata ermmm betul ke jadi cikgu senang? dan kadang-kadang rasa bertuah jugak boleh masuk maktab training jadi cikgu selepas 2 kali aku mintak nak masuk maktab..


Betul ke jadi cikgu senang??


Realiti yang aku dapat setelah sebulan berada di sekolah...........


1) lepas habes belajar bukan terus dapat jadi cikgu
Dulu senior-senior aku lepas habes jer belajar kat maktab bulan 12 macam tu alhamdulillah dalam bulan 1 atau 2 dah dapat diserap masuk terus ke sekolah dan jadi cikgu. Pastu barulah gi temuduga apa ntah nama dia. Lupa pulok. tapi senior aku yang baru habes matkab tahun lepas sampai sekarang tak posting posting lagi. Kiranya senior aku sekarang menganggur sementara waktu. Dengar citer bulan 5 nanti baru posting. Harap-harap begitulah. sebab dorang dah nak masuk 5 bulan menganggur ni.


 2) mengajar memang senang, nak didik budak tu ermmmmm...
Aku pernah ada pengalaman jadi cikgu tuisyen. Nak mengajar budak memang senang. Ko bagi nota, terang-terang sket  kat dorang, buat latihan dan soalan. Agak senang lah. Tapiii!! Bila masuk sekolah mengajar Ya rabbi..Tak senang rupanya nak didik budak-budak ni. Yang kelas depan pon huru hara, yang kelas belakang laaagiiiii lah huru hara. Walaupon aku rasa aku agak gangster suara kuat kemain tapi bila masuk kelas suara kau tenggelam dalam suara 30 orang lebih murid dalam kelas tu. So, lepas ni kena belajar macam-macam skill lagi nak behave kan murid-murid.


Anak-anak didik ku tahun 4 yang kadang-kadang noty


3) Cikgu kat sekolah bukan duduk relaks jerr.
Dari pertama kali aku kena PBS (yang ni gi sekolah seminggu jer untuk pemantauan suasana sekolah) sampailah aku praktikum sebulan aku perhatikan cikgu-cikgu ni ada jer kerja dorang. masuk kelas mengajar, pahtu kalo dalam jadual tak de kelas kena plak masuk relief ganti cikgu tak datang sekolah sebab MC atau kena pergi kursus. Pahtu sekarang dah tukar dasar baru iaitu KSSR, lagilah banyak kerja cikgu kena buat. Ha! sekarang ada dasar 1 murid 1 sukan, kokurikulum, unit beruniform, kelab dan persatuan pada waktu petang. Hoi..Pergi sekolah pukul 6.30 pagi balik jangan harap boleh balik awal. Kadang-kadang pukul 4 atau 5 petang baru balik.


4) Masa kat maktab ambil kos lain, kat sekolah ngajar subjek lain.
 Memang macam ni bila dah masuk sekolah. Lecturer aku sendiri dah pesan. Masa aku gi sekolah sembang-sembang ngan cikgu ada yang citer dia dulu kat maktab kos BM tapi kat sekolah cikgu BM dah ramai so kena ngajar sains atau ada yang ajar BI. Kadang-kadang 1 cikgu ajar banyak subjek macam cikgu pembimbing aku masa praktikum aritu, Dia kos sains tapi bila masuk seklah dia lah yang ajar BM, dia lah yang ajar Sains, dia lah yang ajar Kajian tempatan dan dia lah cikgu pendidikan sivik. Fuh! banyak betol. So, mulai dari sekarang dah kena get ready kena ada pengetahuan untuk subjek subjek lain jugak. Sebab ada senior aku kos pendidikan khas masalah penglihatan tetibe masuk sekolah kena ajar budak-budak masalah pendengaran. kan jauh beza nyer...


masa minggu pertama praktikum ramai kawan-kawan aku update status kat FB gitau bukan senang nak nak jadi cikgu, ada yang kata sape kata jadi cikgu ni senang, ada yang kata dulu ingatkan jadi cikgu ni best, senang...hahahahhaa...bila kita sendiri tempuh baru kita tau macam mana....kepada adik-adik yang teringin nak masuk maktab nak jadi cikgu..ermmm kalo rasa minat dan ready ngan semua yang akak citer kat atas,,silakan join kami bakal guru..


Dan kadang-kadang cikgulah yang kena hias board dan menceriakan suasana sekolah




Friday, April 26, 2013

Tutorial lilit tudung Wardina


Assalamualaikum..

Kali ni aku nak tunjuk tutorial lilit tudung bawal. Tapi bukan aku buat self tutorial macam dalam youtube. Ni Ruby yang pakaikan kat aku. Kalau aku nak lilit sendiri memang idok lerr... Aku tau pakai style kupu kupu jer. Yang tu semua orang pon tau..


Tenyen jer muka Ruby nak pebetulkan tudung aku. Paksa aku tegakkan kepala la sengetkan la.. Tima kasih Ruby pakaikan saya tudung lilit-lilit. dapat ler aku melawa time tuh. (^___^)~ Tetiba aku nak ucapkan terima kasih kat Kuten Nad sebab belikan kamera pinky  yang aku pegang tu dari Jepun. Sampai sekarang masih berbakti pada aku. Hehehehe.. Hope u read this kuten nad.  



Tadaaa..... Jadilah tudung lilit lilit. Dulu zaman sekolah famous ngan panggilan tudung wardina. Wardina pon dah tak pakai tudung macam ni dah.

pi es: shawl kaler pinky blue yang Ruby pakai tu dia buat sendiri. Dia memang terer menjahit sampaikan tyme nak exam agak agak stress dia akan menjahit. oh ya! yang sebelah aku tudung pinky tu Qiyah. Romate si Ruby. Time ni kami nak pergi kenduri kahwen cik Ada kat Muar. 


pi es 2: Lilit tudung jangan sampai tercekik.
Bye!


Thursday, April 25, 2013

Denda cara orientasi


Assalamualaikum...

Pernah satu hari aku kena relief (ganti kelas) murid tahun 6. Sebelum ni pon aku dah pernah masuk kelas tu. boleh tahan jugaklah bising nyer. Ada jer benda nak menyembang. Aku masuk jer kelas tu aku tulis besar besar kat white board "SILENT HOUR" dengan harapan dalam masa 1 jam kelas tu duduk diam dan buat kerja masing masing. Aishhhh tak sampai 5 minit dia mula dah buat perangai. yang perempuan okey lagi boleh bertahan tapi yang lelaki bising tak buat kerja main baling bola buat daripada kertas.


Aku pon apa lagi tarik sorang datang depan berdiri dalam 5 minit. Tak lama kemudian eh eh ada lagi bising. Aku paksa dorang baca buku cerita. kelas tu ada banyak buku cerita. Pastu aku tarik lagi sorang datang depan bawak kerusi sendiri.

lepas snap gambor ni baru aku perasan ada cikgu lalu time aku denda pastu ambik gambar budak kena denda =(

Semester lepas kan aku jadi JPP kena handle orientasi junior baru. so aku guna idea denda tu aku apply kepada muri-murid nakal yang tak dengar arahan cikgu. Yang budak kat atas kena tu salah satu dendaan yang ada masa orientasi. caranya, duduk atas kerusi tapi kaki lurus kena angkat jangan cecah alntai. Perghhh aku tau memang lenguh so aku suh budak ni buat tak sampai 5 minit. kesian plak aku nengoknyer...

Dah habes kelas sebelum aku keluar murid-murid mai salam. Sempat lagi aku pesan "ko jangan nak buat bising lagi eh, kata nak dapat 5A, keje kenalah buat". Macam macam hal lah budak budak ni.


Wednesday, April 24, 2013

Main roket air.




Minggu ke 2 tu jugak ada pertandingan roket air. Ni melibatkan murid tahap 2. Minggu ni aku tak dapat mengajar pon sebab aku ngajar semua murid tahun 4 so dorang sume pakat gi main roket air. Punyer semangat tubuhkan kumpulan, sape nak bawak barang-barang nak wat roket. Pokoknyer, semua semangat la.. Cikgu jer yang pening pala cemanerr lah nak ngajar ni sebab nanti nak kena observe.



Murid tahun 4 yang aku ajar. Semangat ko yer Munif.




Cikgu Mie. Kawan praktikum. 




Cikgu Ekin. Nasib baik tak sama ketinggian ngan murid.




Aku bawak budak budak ni pergi tengok roket air sebab nak ngajar pon tinggal berapa orang je dalam kelas. Yang lain 10 menet jer aku masuk tetiba dengar pengumuman suruh turun padang. Sepantas kilat turun padang sambil bawak roket masing-masing.




Suka sekolah ni sebab banyak aktiviti untuk murid.