Wednesday, November 28, 2012
Wednesday, November 21, 2012
Kawan-kawan dah turun berat badan
Kali ni nak tunjuk kawan-kawan aku yang dah lose weight lepas consume Herbalife.
Cuma tukar sarapan dan makan malam dengan mutrisi yang sihat alhamdulillah, masalah kesihatan dorang improve dan bonus dapat turunkan berat badan.. Wow...!!
Kiri kanan aku dua dua dah lose weight.
Sebelah kiri kamu tu coursemate aku, habibah. Dia dah lose 6kg..!!! Dalam diam-diam ko yek turun 6kg..aku tanya baru nak gitau.
Yang belah kanan kamu pulak classmate aku, Ruby. dia ni ambil herbalife sebab nak improve masalah kesihatan jer pada mulanya. Sebab dia ada low blood pressure, muka pucat dan migrain sampai kena buat appoiment ngan doktor. Alhamdulillah lepas amalkan nutrisi yang sihat, kesihatan improve bonus dia dah lose 10 kilo..!
yang ni budak maktab aku jugak. Namanya iedah. Sebelum ni dia ada masalah buasir, baru lepas eksident dan ada parut jahitan kat muka dan kaki, di tambah pulak ngan terkena chicken pox (campak). Habis berparut muka dia.
Ni gambar dia sekarang. Kat mulut dia kena jahit tau. berapa jahitan ntah.
Bila aku ushar dekat-dekat parut tu tak nampak weiiii...
Pastu muka dia yang ada parut chicken pox(campak) tu kan dah hilang.
Kulit dia jadi flawless bonus pulak dia turun 5 kilo...!
Dorang turun berat badan tak perlu diet-diet tahan makan giler-giiler, tak joging pon.
Cuma tukar sarapan paagi dan malam ngan nutrisi yang sihat jer.
Tengah hari makan nasi melantak macam biasa.
Kalo kamu siries nak turun berat badan macam kawan-kawan aku ni pastu nak improve kesihatan sila contact aku 013-9454928.
Kalo kamu series, aku laaagiii serius utuk jadi coach ko. WOkey... kalo ada kawan-kawan yang nak lose weight pi bagitau kat dia, sila contact azie 013-9454928. jangan diet teruk-teruk sampai tak makan langsung. Kesian kat badan tu. Kita nak pakai badan kita lama lagi tauuuu...
Tuesday, November 20, 2012
Cuti ke Gambang
Assalamualaikum semua...
Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti. Yang tak dapat cuti tu jangan jeles. Hehehe.. Syukur aku study kat maktab sebab cuti maktab sama ngan cuti sekolah. Hehehehe... Dapat cuti lama sket. Padahal cuti budak u laaagiiii lama. Nanti budak U cuti 4 bulan kan? Untong la.
Untuk memanfaatkan cuti aku pada tahun ni, aku dah set siap-siap planning untuk pergi Herbalife event iaitu Zero To Hero kat Gambang, Pahang. Lepas exam aritu kawan-kawan dah pakat balik ke kampung halaman masing-masing. Aku dan beberapa orang kawan lagi masih stay di KL selama seminggu. Hujung minggu lepas kami pon akhirnya berangkat ke Gambang.
Apa yang best kat sana??
kat sana ada 3500 orang distributor Herbalife yang mahu tahu mengenai Herbalife dan dengar sharing dari orang-orang yang dah berjaya dalam Herbalife.
Setiap orang dalam dewan tu masing-masing ada cerita sedih dorang sendiri.
Terutamanya dari aspek kesihatan.
Ada yang dulunya berbadan besar alhamdulillah lepas tukar pemakanan yang sihat badan dah kurus.
Ada yang berpenyakit seperti kencing manis, gout, tiroid, sakit jantung, strok alhamdulillah lepas tukar pemakanan yang sihat dah kembali sihat. Yang strok pon dah boleh berjalan.
Ada yang bermasalah seperti migrain, gastrik, berjerawat, selalu pitam pon alhamdulillah dah semakin improve kesihatan dorang.
sedih sangat :(
Aku nangis dalam diam-diam sambil tu gelak-gelak. Giler ego tak mau tunjuk muka sedih kat orang kiri kanan.
Satu potong ayat dari Al-Quran yang aku nak share kat sini:
” Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di muka bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu.”
Jadi, kita kena pastikan dulu makanan yang kita makan tu HALAL dan BAIK.
Pepatah Inggeris pon ada kata 'we are what we eat'
Betapa pentingnya makanan yang Halal dan Baik itu.
Jagalah pemakanan kita sendiri.
:)
Thursday, November 15, 2012
3 kunci perlu ada sebelum kahwin
Selalu aku ingatkan kepada seseorang suatu masa dahulu sehingga sekarang aku ingatkan dia.
Tak adil rasanya kalau aku tahu benda ni tapi tak share ngan orang lain kan.
So, 3 kunci yang WAJIB ada bagi seorang lelaki yang nak berkahwin iaitu:
1. Kunci rumah
Untuk bagi tempat tinggal yang selesa kepada isteri dan keluarga yang akan dibina nanti. Aku baru jer terbaca pasal ni dalam buku Cinta Highclass. Dia cakap seelok-eloknya lepas berkahwin suami dan isteri (pengantin baru) elok tinggal di rumah sendiri. Tidak mengharapkan menumpang di rumah mak ayah. Sebab masa tulah nak bina keluarga kita sendiri. Tak kisahlah rumah sewa ke, rumah kecil ke, sewa bilik ke, yang penting kena ada tempat berteduh sendiri.
2. Kunci kereta
maksudnya di sini adalah kunci kenderaan. Tak semestinya kereta. Motorsikal pon boley kalo tak mampu kereta. Bila dah ada kenderaan sendiri senang nak angkut isteri dan anak-anak ke mana-mana. Tapi make sure nak bawak kenderaan kena ada lesen dulu tau. hehehe..
3. Kunci pejabat
Yang ni saaaangaaatttt penting. Lelaki yang akan menjadi ketua keluarga mesti ada pekerjaan. Sebab suami yang kena bagi nafkah kat isteri dan anak-anak. Kepada lelaki- lelaki sekalian, silalah berjimat cermat dan menabung mulai sekarang. Jangan bazirkan duit beli rokok, beli barang motor ke. Membazir je semua tu. Cari pekerjaan yang stabil walaupon tak semestinya yang stabil tu bekerja dengan kerajaan. Kerja buka perniagaan sendiri pon okey seperti meniaga otak-otak asalkan ada pekerjaan.
Ramai lelaki sekarang merasakan dorang kena enjoy dulu. Tak perlu pikir pasal kahwin.
Padahal lelaki yang akan jadi imam kepada isteri dan anak-anaknya nanti. Kalau tak persiapkan diri dari sekarang jangan dah terhantuk baru terngadah,. iyer ke tidok??? Luangkan sedikit masa untuk belajar ilmu agama supaya senang nak didik keluarga nanti disamping persiapkan diri dengan 3 kunci yang aku bagitahu tau tadi. Wokey!
Cipta azam baru berpandukan 4 perkara
Bila duduk sendirian, aku selalu terfikir "Apa yang aku mahu dalam hidup ini sebenarnya?".
Kadang-kadang aku rasa seronok berbuat kebaikan
Kadang-kadang timbul perasaan untuk cuba perkara yang dilarang Tuhan.
Aku teringat satu hadis yang seorang ustaz gitau semasa aku ikut program usrah di kampungku,
“Maksud Hadis Nabi SAW: “Tidak akan bergeser kaki manusia di hari kiamat dari sisi Rabbnya sehingga ditanya tentang lima hal: tentang umurnya dalam apa ia gunakan, tentang masa mudanya dalam apa ia habiskan, tentang hartanya dari mana ia perolehi dan dalam hal apa ia dibelanjakan, dan tentang apa yang ia amalkan dari yang ia ketahui (ilmu).” (HR At-Tirmidzi dari Ibnu Mas’ud r.a. Lihat Ash-Shahihah, no. 946)
Hadis ni bertanyakan tentang 4 perkara. Iaitu:
1. tentang umurnya, ke mana ia dipergunakan?
2. Tentang masa mudanya, bagaimana ia mengahadapinya?
3. Tentang hartanya, dari mana ia diperolehi dan dalam hal apa ia dibelanjakan?
4. Tentang ilmunya, apakah ia beramal denganya?
Kat sini kita refleks balik diri kita sendiri.
Umur aku sekarang dah 22 tahun. Apa yang aku buat selama 22 tahun ni?
belajar, kerja, buang masa, online facebook, layan blogging, tengok movie, bersembang, ber-couple, masih leka ngan hiburan, MashaAllah.. Ibadah aku sikit jer pada Allah. Ini ke jawapan yang aku akan bagitau pada Pencipta aku nanti???
Aku berusaha mencari ilmu dunia dan akhirat. Pergi kelas, baca buku, dengar ceramah dan join usrah. Banyak ilmu aku dapat. Tapi... Adakah aku dah share semua ilmu yang aku dapat tu.???
Bila kita tahu sesuatu perkara dan perkara tu mendatangkan kebaikan kepada semua orang, kita mesti share. Sekarang aku dah tahu pasal Herbalife ni bagus. Aku rasa bersalah kalau tak gitau kat semua orang terutama yang sangat memerlukan bantuan untuk pulihkan masalah kesihatan dorang.
Itulah 4 perkara yang akan ditanya kepada semua manusia bila kita mati nanti.
Sekarang aku dah nampak apa yang aku nak dalam hidup ni supaya bila mati nanti kita boleh bagi jawapan yang BEST bila dihadapan Pencipta kita nanti. Insyallah...
Semua orang mesti berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Jom sama-sama kita jihad melakukan perubahan. Kan dah masuk tahun baru. RE-NEW balik azam kita yang lepas-lepas.
Subscribe to:
Posts (Atom)

