Friday, March 30, 2012

Earth Hour 2012: Jom tutup lampu


Bila orang gitau kita, nanti Earth Hour jangan lupa tutup lampu. Okey. Kita pon tutup lampu. Tapi kita tau ke macam mana orang boleh buat kempen Earth Hour ni? Aku pon tatau. Main buat je apa yang buat. Bila aku google pasal Earth Hour ooooo baru aku tau kisah sebenarnya. So, aku share la kat sini. Terpulang kat kamu nak baca ke tak artikel ni. Aku tak paksa.




Bagaimana dan bila tercetusnya idea Earth Hour?

Sejarah penubuhan Earth Hour ini bermula pada awal tahun 2007 , WWF-Australia yang di ilhamkan di Sydney menunjukkan sokongan mereka untuk bertindak terhadap perubahan iklim dalam acara yang di panggil “Jam Bumi”.Ia menunjukkan bahawa semua orang dari peringkat kanak-kanak , CEO dan tidak ketinggalan ahli politik mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang mereka diami dengan cara tersendiri.


Dikatakan di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 permis perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam untuk memberi sokongan terhadap kempen Earth Hour ini dalam untuk mengurangkan kesan perubahan iklim yang ketara ini.

Pada tahun 2008 rancangan ini di perluas ke seluruh Australia pula. Oleh kerana kesan hebahan yang sangat hebat di Kota Toronto, Kanada dan 35 buah negara yang lain turun serta dalam program ini. Ia melibatkan hampir 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk ‘mematikan lampu’ diperluaskan kepada semua negara di seluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap hujung bulan Mac.

Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negara ‘matikan lampu’ selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru yang akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim.


Dan dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, kami berharap untuk menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mampan.

sumber: sini




Macam mana nak join kempen Earth Hour?

Tak perlu susah-susah pon join kempen ni. Duk kat umah pon boleh join. Di mana-mana sahaja.


Tarikh Langsung : 31 Mac 2012
Hari Langsung : Sabtu
Masa Lansung : 8.30 mlm – 9.30 mlm



Apa yang perlu anda lakukan?

Senang je. Cuma perlu tutup lampu selama 1 jam dari pukul 8.30malam hingga 9.30 malam. Kipas ngan aircond tu tutup la sekali. Alaaaaa.. kejap je 1 jam. Kalau ase panas ajak member-member, ahli keluarga lepak depan rumah, yang duk hostel macam aku ni ajak jiran tepi bilik sembang depan bilik. Mengumpat atau sembang la tentang topik Earth Hour selama 1 jam. Pastu on la balik lampu, kipsa, aircond semua tu. Senang je kan.

Aku pernah citer pengalaman aku pe tarjadi masa Earth Hour 2009. Masa ni aku kat Matrikulasi.



Aspek keselamatan

Dalam bergelap tak de lampu cahaya semua tu mesti akan terjadi kejadian yang tak diingini kan. Ni aku nak gitau la perkara yang perlu kamu berjaga-jaga berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain

1. Duduk dalam gelap dalam  rumah jangan melilau-lilau sangat takut terlanggar almari ke, dinding ke, tersepak kerusi atau terjatuh tangga sebab dah gelap kan. Kalau boleh duk diam je tak pon gi tido.

2. Nak gi toilet bawak lampu suluh . Kan senang kalau kat henfon ada lampu suluh.

3. Kalau lepak depan bilik/rumah jangan lupa tutup tingkap dan pintu belakang rumah. Takut masuk pencuri.


Tak dapat main bola jaring, duduk tepi padang je la


Hari ahad minggu lepas (dah lama baru nak citer) aku pergi tengok kawan-kawan aku lawan netball. Student PJ Piagos ada anjurkan pertandingan futsal ngan netball. Aku tak main tapi gi padang jadi penyokong jer lah.


Sempat lagi posing nak amek gambar. Member kat tepi sedang injured.


Budak laki lawan futsal. Aku tak gi lah tengok futsal ramai giler lelaki.


Jadi kita gi tengok pompuan main netball je la eh. Kawan-kawan dan junior aku main wakil kolej kediaman. Walaupon dapat no 3 tapi okey lah sebab no 1 ngan 2 dapat kat budak PJ. Kami tak de budak major PJ.


Ni kawan-kawan aku PJ Piagos yang anjurkan perlawanan ni. 


Ase rugi la pulok tak main. Tak pasal-pasal duk tepi padang je jadi pemerhati. Lama tak bersukan. Tak pe. Esok pagi ada senamrobik.


pi es: banyak giler benda nak update cuma tak sempat je nak nak bukak laptop bukak tenet lama-lama. 
pi es 2:  kena wat auto publish la nampaknyer
pi es 3: jangan lupa esok earth hour


Monday, March 26, 2012

Tips bila tak dapat fokus dalam siapkan kerja

Aktiviti : menyiapkan asignment
Tempat : dalam bilik di meja tulis
Masa: 1.30 am
Masalah yang dihadapi: tidak dapat fokus terlalu lama terhadap sesuatu kerja


Meja aku berserabut dengan kertas-kertas. Stress!

Hasilnya: Bukak blogspot dan update entry ni. Baru sambung wat asignment.
Mood : mengantok dan sedih :(
Pesanan aku: jangan tangguh-tangguh kerja

Thursday, March 22, 2012

Lawatan ke Parlimen Malaysia


Hye semua. Lama aku dan kawan-kawan tak keluar buat pemerhatian luar kan. Hari selasa lepas kami pergi melawat ke Parlimen. Semester ni kami belajar tentang Politik dan Kerajaan jadi nak tahu lah keadaan dan situasi sebenar semasa debat dalam dewan rakyat macam mana kan. Kami ke sana sebagai pemerhati jek.

Ingat tak dulu aku ada cerita pasal kami pergi beli kain untuk buat baju kelas? Okey, nah link untuk kamu ushar. Sekarang dah siap. Memang beli untuk pakai gi Parlimen pon.


Sampai-sampai je kat Parlimen tu  dah ada yang wat demonstrasi pegang sepanduk. ce tengok pakcik pakai kot tu. Siap wat peace lagi orang amek gambar dia. Yang lagi 2 orang tu menyorok plak eh. Malu letteww.


Ketua rombongan Cik Kiah. 


 
Ni kami kena beratur sebelum boleh masuk ke Dewan bersidang. Kami kena tinggal kamera dan henfon pastu beg pon kena tinggal jugak. Masuk dalam ni kami bawak kertas, pen dan dompet jek. So, tak dapat nak tayang pe yang ada dalam tu dan keadaan dalam Dewan bersidang tu.


Kami masuk dalam dewan tu ahli-ahli dewan semua sedang berdebat pasal Lynas. Alah, projek nuklear yang didirikan kat Gebeng, Pahang tu. Lawak giler pihak kerajaan ngan pembangkang dorang gaduh-gaduh. Sampaikan kami ase nak bersuara jugak nak gitau pendapat. tapi kami sembang senyap-senyap sesama kami je la. Kami pemerhati jek, bukan nak gi berdebat.


Bila dah pukul 1 dewan berhenti rehat. Tadi punyerlah hebat dorang bergaduh pihak kerajaan ngan pembangkang ni tup tup lepas habis berdebat elok je dorang sembang balik. Siap ada yang gi makan semeja lagi sambil gelak-gelak. -_-"


Bergambar kenangan bersama-sama pelajar-pelajar dan pensyarah Pengajian Sosial.


 Ohvernyer budak laki kelas aku. Eh, sorang tak de dalam gambar. Mana bob?


 Yang ni lagi ohvernyerrrr kau. Kete datok mana kau rembat tu?


Bestnyer dapat pengalaman gi Parlimen pastu masuk tengok dewan bersidang. Selalu tengok dalam tv je kat berita. Ni LIVE punyer aku tengok.Masa tu ada Pak Lah, KJ (khairi jamaludin), Bung Mokhtar, Izzah, pastu sape lagi eh? Emmm.. jap aku ada tulis dalam buku. Ha! Idris Jusoh, Fuad Zarkashi, Kho su khun. yang lain-lain aku tatau nama.


Smartlah bergambar pemandangan gitu.


Sementara nak tunggu masuk dewan pukul 11, kami pergilah makan kat cafe. Dalam tu semua orang pangkat besar-besar, Dato'-datok, datin-datin. tan sri duk makan. Kami semua tertanya-tanya mahal tak eh makanan kat sini. Nampak mcam mahal dan sedap-sedap. Pekerje cafe bancuh air pon pakai coat okey!


Sekali beli nasi lemak. RM2 je!!! Dah lah isi nasi penuh pinggan. Standard harga biasa je. Kuih limapulohsen 1. Jadi, jangan riso kalau nak gi makan kat sana. Kalo kamu nak wat lawatan ke sana la kan.

pi es: gambar ehsan dari kamera besor hafiz

Monday, March 19, 2012

Macam ni ke rasanya bila patah hati? (Lirik lagu Patah Seribu)

Nak share lirik lagu orang patah hati. Patah seribu ke sejuta?

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

Tajuk Lirik Lagu: Patah Seribu
Artis: Shila Amzah


Sekarang aku sedang patah hati sebab tak dapat siapkan asignment Hubungan Etnik. Walaupon esok kena hantar aku tak mampu untuk hantar esok. Sebab aku patah hati. Oh! aku tak dapat nak upload video Patah Seribu by Shila Hamzah sebabtenet lembab giler aku tatau la maxis broadban ni limit dia macam mana. Konklusinya, lepas siap entry ni aku akan mengkritik 3 buah artikel untuk asignment Hubungan Etnik adoyai, nak kritik artikel ilmiah punyerlah susah. kalau asignment suruh kritik lagu Patah Seribu ni boley la aku nak buat. Emmmmm... Part best dalam lirik ni :

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

CHow! Gua kena gi wat asignment. Tak payah nak patah hati patah hati sangat la. Kalau layan nanti tak siap keje nanti.