Sunday, February 12, 2012

Tips blogging: Tanya kawan

Ramai member-member aku dah makin slow ber-blogging sekarang ni. Aku tanya, "kenapa lama tak update blog sekarang?" atau "mana belog kau ni? Dah tak ber-blogging ke?".

Mereka jawab " kalau aku update bukan ada orang nak baca pon. Sendiri update sendiri baca".

Pertama sekali kau kena chek, pasai apa kau blogging? Kena ada tujuan jugak. Kalau setakat nak suka-suka update lepaskan geram kat seseorang atau citer hal kau ngan kekasih ati atau entry syok sendiri tentang apa aktiviti kau setiap hari dari pagi sampai malam memanglah orang jarang nak tengok lainlah kalau kamu tu artis, blogger femes macam Hanis Zalikha, Fatin Liyana atau Irine Nadia.

Kalau ase nak ada orang baca blog kau, try tanya member yang kau rasa-rasa ada yang ushar blog tu. Tanyalaha "Eh, blog aku okey tak?"

Kalau kawan aku, aku tanya macam tu mesti dorang respon.

"Zie, buat satu perenggan tu ayat pendek-pendek dah la. Aku tak larat nak baca satu perenggan panjang-panjang"

"Wey, taruk lah gambar banyak siket kat blog kau tu, orang lebih suka tengok gambar dari baca"

"Eh Azie, nanti buh gambar aku dalam blog kau eh. Aku kan ensem" (mantan KK aku punya ayat).

See. Kalau tak tanya pendapat pembaca blog kita memanglah kita tak tahu kan pe pembaca nak, macam mana nak kasi menarik dan sebagainya. Aku pon ada gak buat entry syok sendiri dan kompem-kompemlah tak ada orang baca apatah lagi nak komen entry tu. Tapi sekali sekala boley lah nak syok sendiri.

Bagi aku, aku tak kesah pon ada orang baca ke tak, ada orang komen ke tak, ada orang mai ke tak kat http://shazika.blogspot.com ni. Sebab tujuan aku berblog untuk tulis catatan aktiviti yang aku wat jadi satgi kalau aku dah tua aku boleh ushar balik blog ni tayang kat laki aku ke, anak-anak ke, cucu-cucu pon boleyyyy. 
Macam dia ni. ceeramoon. 

Thursday, February 9, 2012

Tips bosan bercuti di rumah

Aku tahu member-member aku yang sedang belajar di unverisiti sekarang masih dalam mood bercuti. Aku pulok macam biasa lerrrr kalau tak de cuti sekolah tak cutilah aku. Cuti budak-budak maktab sama ngan cuti budak sekolah.

Dulu masa aku kat metrik ngan MRSM cuti kami tak sama ngan budak sekolah. Boleh bayangkan tak betapa boringnyer duk umah sorang-sorang mak bapak aku gi kerja adik beradik aku semua pakat gi sekolah. Duk la aku kat umah sorang-sorang masak pon tak reti motor dan kereta pon tak reti bawak masa tu tatau nak lepak mana. Jadi berkemungkinan anda juga mengalami masalah yang sama macam aku.

So, aku nak kongsilah salah satu aktiviti yang aku wat kat umah bersama adik-adik aku. Kalau kau rasa buat sorang-sorang pon boleyyyy. Tarahal laaaa... Yang penting kamu kena ada kamera dan software edit gambar. Kalau tak ada yang edit-edit gambar tu pakai paint pon boleyyyy..

Tajuk gambar: Cendol meleleh.


Kalau nak tahu aktiviti apa, klik SINI

Luangkan masa cuti anda dengan aktiviti berfaedah. kalau tak de aktiviti sangat tu gi lah cari kerja kalau masih sempat lagi lah dan masih ada orang yang nak tima kamu keje maklumlah cuti kan dah nak habes. Aku sekarang dalam proses nak menggalakkan orang ramai membaca. Bukan setakat baca belog je. Aku nak orang ramai baca buku dan bahan ilmiah berbentuk buku. Support lah penulis-penulis buku dengan membeli buku-buku karya mereka. Dah dapat vaucher buku kan? Tak payah lah nak jual pulak vaucher tu. pergilah beli buku. Jangan beli buku tapi tak baca pulok.

Sehingga ketemu lagi di lain entry. Happy holiday


Tuesday, February 7, 2012

Tasha Manshahar di Youtube


Tadi terbaca berita di mynewshub.my bertajuk Tasha Manshahar: fenomena Gadis You tube terbaru. Terus pm Tasha kat facebook. Minta kebenaran wat cerita tentang dia. (pape citer tentang seseorang kena mintak kebenaran dulu yek)

Mula-mula aku terkejut jugaklah "Tasha Manshahar mencipta rekod apabila mendapat jumlah tontonan lebih dari 40,000 penonton dalam masa hanya empat hari bagi lagu 'Be Mine'" . Lagu tu memang best. Lirik campur BM-BI tu biasa latu nak nampak kelainan. Maybe sesetengah orang tak suka sesetengah orang suka.



Tasha ada bakat dalam nyanyi dan berlakon. Jadi pengacara majlis pon dia boleh. Dulu masa dia duk hostel pon kalau ada event pape untuk buat persembahan Tasha ngan kawan-kawan dia, Ina dan effa mesti akan join persembahan.

Tak caya try ushar entry aku yang lama-lama contohnya yang ni ha masa malam pesona wanita group dorang juara pertandingan nasyid. Group aku no 2 (memang patut pon no 2 sebab kami suara out of tune).


Jadi, jom tonton video lagu terbaru Tasha Manshahar dan Clorastudio: Be mine


Lirik : Tasha Manshahar - Be Mine

Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

c/o :
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever

Lagu : Tasha Manshahar
Lirik : Tasha Manshahar

Di harap semoga Tasha Manshahar terus success dalam nyanyian dan jangan lupa tujuan utama di IPG yek. Mana tau kot-kot nanti leh berjaya sampai naik pentas AJL macam Ana rafali dan Najwa Latiff.


Sambutan Maulidur Rasul 1433/2012

Alhamdulillah. Tahun ni sekali lagi aku berjaya menyertai perarakan Maulidur rasul. Agak rugi la kalau tak dapat sertainya sebab bukan selalu, hanya setahun sekali. Tema Maulidur rasul tahun ni adalah persefahaman asas perpaduan ummah.

Kami sedang bersiap-siap untuk pergi berarak. Siap ngan  bunga manggar dan sepanduk lagi. Masa ni dah lewat dah tapi kami tetap semangat nak berarak walaupon terpaksa berarak bersendirian sebab penduduk sekitar maktab yang lain dah lama berarak.


Jalan cepat-cepat sambil berselawat. Fuh! Letih tercungap-cungap.


Apabila sampai kat masjid semua orang pandang kami. Ye la masa kami sampai tu semua duk dengar ceramah. Makcik-makcik pakcik-pakcik nudak-budak abang-abang hensem duk pakat pandang. It's okey. Yang penting dapat jugak berarak. Sampai masjid dah tak de kerusi untuk duduk. Semua dah penuh. Aku pon ajak yang lain-lain masuk masjid. Duk dalam masjid sejuk dan tertidur. Letih kot jalan jauh-jauh.

Bergambar ngan muslimat yang menyertai perarakan. Banner kami muslimin yang buat sendiri. Banner pasukan lain ramai yang tempah kat kedai. 


Harap tahun depan dapat sertai lagi perarakan maulidur rasul. Kalau kamu terlepas untuk berarak pada tahun ni, jangan lupa untuk berarak untuk tahun depan dan akan datang. Bukan selalu kan kita nak sambut ulangtahun kelahiran nabi. 


Mafhum ayat al-Quran:
 “.. Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu benar2 mencintai Allah maka ikutlah aku (nabi Muhammad), nescaya Allah mencintaimu dan mengampunkan dosa2 kamu - (Ali ‘Imraan 3:31)

Saturday, February 4, 2012

Cara untuk tahu waktu solat melalui SMS


Hai..assalamualaikum bertemu saya lagi Shazika Shahrim. Kali ni aku nak berkongsi bagaimana nak tahu waktu solat melalui telefon bimbit kamu. Maklumlah kadang-kadang masjid atau surau jauh dari rumah jadi tak dengar sangat bunyi azan. Yang ni aku tak sure lah pengguna rangkaian telefon yang lain boleh wat ke tak. Aku pengguna Celcom jadi belum try kat maxis Digi dan lain-lain. Tak pe, kamu boleh try.


Step 1: Call no ni 01548406384

Step 2: Jangan letak fon walaupon call tu tak dapat disambungkan.

Step 3: Perhatikan pada skrin henfon kamu. Akan ada meseg menyatakan waktu solat bagi kawasan kamu.


Cara ni mudah dan tak menggunakan kredit pon. Jadi, apa tunggu lagi. Chek waktu solat kamu dan jangan lupa solat. 


Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan