Monday, January 31, 2011

Abadikan kenangan dalam sekeping gambar


Kenapa nak simpan je gambar-gambar kamu dalam folder laptop? atau simpan dalam folder enfon? Lagi elok kamu cuci semua gambar tu masukkan dalam album. Tak de lah masalah gambar kenangan hiang kalau laptop rosak, pendrive hilang, atau terdelete gambar dalam enfon. Nanti bila dah tua boleh la tunjuk gambar-gambar tu semua kat anak cucu cicit kan. Jadi, apalagi. Cepat pilih gambar kenangan dan pergi kedai gambar sekarang. Kalau agak-agak ink printer tu banyak lagi print je pakai foto paper. Buat pe la kamu nak semak dalam latop gambar ribu riban kalau last-last semua gambar tu hilang. T_______T"


Tuesday, January 25, 2011

Pen spinning


Kamu tau tak nak buat pen spinning atau biasa orang panggil pusing-pusing pen guna jari tangan bukan jari kaki? Kebanyakkan budak laki tau buat pen spinning dan mereka lagi kreatif. Macam-macam style boleh buat.


Aku mula kenal pen spinning ni semasa di mrsm. Budak-budak lelaki ligat je duk putar-putar pen buat aku jadi tertarik nak tau dan belajar camne nak pusing pen tu. Aku pon tanya lah budak laki kelas aku. Dorang ajar yang basic je. Putar pen guna jari telunjuk ngan jari tengah. Sejak hari tu aku selalu praktis buat pen spinning. Ada jugak yang lagi terer pusing pen ikut celah celah jari dari celah jari ibu sampai jari kelinking dan ada jugak yang sampai boleh lambung lambung pen pastu tangkap pastu putar pen tu balik. Wohaaaaa...


Semasa dalam dewan exam, aku tengok ramai yang duk pusing-pusing pensel 2B. Pastu mula ah ada yang pensel jatuh kesian pengawas peperiksaan nak kena kutip. Ha! aku ingat lagi ada ketua pengawas peperiksaan semasa peperiksaan SPM dia duduk kat atas pentas dewan memerhatikan kami pastu masa tu aku ushar ramai ah yang sedang jawab exam sambil pusing-pusing pen. Tiba-tiba dia pon duk pusing-pusing pen jugak. Dia pon terpengaruh nak buat pen spinning. Hebat jugak penangan pen spinning ni. Kamu tau buat pen spinning tak?


Sape-sape yang berminat nak belajar buat pen spinning? Jom tengok video ni.



Laju giler dorang pusing pen. Tapi sangat menarik. Nak tau cara buat pen spinning google la atau kamu mintak tolong sape-sape yang dah reti buat tu ajarkan. Good luck :)


Sunday, January 23, 2011

Jom gegar blog

Haritu kawan aku muzakir ngan k-own ajak aku join segmen abang ben ashaari. Aku tak sempat nak join. Kali ni sebab aku tak de topik nak nak citer jadi aku join la segmen menggegar blog. Kasi gegar blog aku sama yek abang ben :)




Motif: Abang Ben Ashaari nak buat suspen plak tak mahu gitau.


Kamu rasa apa sebab dia buat segmen ni eh? Jeng jeng jeng..kita tunggu. Ha! Apa tunggu lagi jom join. meh meh ramai-ramai.


Saturday, January 22, 2011

Tak dapat konek!


Antara blog lelaki dengan blog perempuan yang mana kamu lagi suka? Okey, aku suka dua-dua. Blog perempuan aku suka tengok gambar dan baca tips-tips atau perkongsian kisah-kisah kehidupan seorang perempuan. Erkkk. Kalau blog perempuan yang asyik duk citer tentang kisah cinta dia ngan boipren aku bo layan (malas nak layan). Blog lelaki aku suka baca entry sebab bahasa dorang guna sempoi je. Best ah. Oit. Bukak racis eh.


Tadi aku stalk 2 blog lelaki, terbangtinggitinggi.com dengan fahmiehyperlink. Blog yang separa lucah ni best jugak. Cerita tentang kehidupan orang lelaki yang sememangnya terserlah dorang mempunyai satu nafsu yang menggila. Berani dorang nak buat entry entry separa lucah macam tu. Tadi aku baca entry dalam blog terbangtinggitinggi. Dari satu entry ke satu entry aku baca asyik tekan older post tiba tiba…


“Kenapa tak boleh konek ni!”


Tengok tengok roommate aku pon sibuk nak online. Dah la wireless lembab nak kena berebut line. Dia dah curik masuk line aku. Hampeh betol. Tak dapat nak baca blog terbangtinggitinggi sampai habes. Nak guna maxis broadband pulak dah sampai limit. Aku ingat best la guna maxis broadband sehingga mengetepikan celcom campak masuk dalam tong sampah. Maxis cuma tahan 1 minggu je yang 1.5 Gb. Padan muka kamu azie nak pakai plan paling murah 48 hengget.


Arghh. Tak dapat nak blogging ngan aman sejak akhir akhir ni. Tsk. Pasrah. pi/es: belajar bahasa lucah dari blog lelaki.

Thursday, January 20, 2011

Kamu mahu jadi seperti mata lalat atau mata lebah?


Satu hari ada la sorang kawan aku ni, Ruby cerita kat aku apa yang dia dengar dari sorang ustaz dalam radio IKIM.fm. Ustaz tu kata, manusia ni ada 2 jenis mata. Mata lalat dan mata lebah. Tapi majoriti manusia ni bermata lalat. Cuba kamu chek, kamu mata lalat ke mata lebah? Oit, bukan disebabkan kamu pakai spek itam bulat-bulat besar macam lalat tu nak kata mata kamu mata lalat. Bukan macam tu. Meh sini aku nak terangkan.


Mata lebah: Lebah ni kat mana pon dia berada dia mesti nak cari bunga. Walaupon dia berada di kawasan pembuangan sampah dia tetap akan cari bunga untuk dapatkan madu. Di umpamakan macam seseorang yang tengok orang jahat tapi dia akan tengok orang jahat tu benda yang baik je. 


Mata lalat: Kamu tahu kan lalat suka tahik. Lalat ni walaupon dia berada di taman bunga dia mesti nak cari tahi jugak kan. Diumpamakan mata manusia ni kebanyakkan macam mata lalat. Sebab walaupon kita tengok sesorang tu alim giler pakai tudung labuh atau berkopiah dan baik sangat-sangat pon kita mesti nak cari jugak keburukan dia.


Oleh itu, marilah kita jadi seperti mata lebah walau seburuk mana pon seseorang tu kita mesti tengok juga kebaikan yang ada pada dia. Jangan jadi seperti mata lalat yang asyik nak cari keburukan orang. 


.