Thursday, January 20, 2011

Kamu mahu jadi seperti mata lalat atau mata lebah?


Satu hari ada la sorang kawan aku ni, Ruby cerita kat aku apa yang dia dengar dari sorang ustaz dalam radio IKIM.fm. Ustaz tu kata, manusia ni ada 2 jenis mata. Mata lalat dan mata lebah. Tapi majoriti manusia ni bermata lalat. Cuba kamu chek, kamu mata lalat ke mata lebah? Oit, bukan disebabkan kamu pakai spek itam bulat-bulat besar macam lalat tu nak kata mata kamu mata lalat. Bukan macam tu. Meh sini aku nak terangkan.


Mata lebah: Lebah ni kat mana pon dia berada dia mesti nak cari bunga. Walaupon dia berada di kawasan pembuangan sampah dia tetap akan cari bunga untuk dapatkan madu. Di umpamakan macam seseorang yang tengok orang jahat tapi dia akan tengok orang jahat tu benda yang baik je. 


Mata lalat: Kamu tahu kan lalat suka tahik. Lalat ni walaupon dia berada di taman bunga dia mesti nak cari tahi jugak kan. Diumpamakan mata manusia ni kebanyakkan macam mata lalat. Sebab walaupon kita tengok sesorang tu alim giler pakai tudung labuh atau berkopiah dan baik sangat-sangat pon kita mesti nak cari jugak keburukan dia.


Oleh itu, marilah kita jadi seperti mata lebah walau seburuk mana pon seseorang tu kita mesti tengok juga kebaikan yang ada pada dia. Jangan jadi seperti mata lalat yang asyik nak cari keburukan orang. 


.

15 comments:

Anonymous said...

Hmm betul tuu ! Jgn cari keburukan orang lain je (:

Aina Rieqa said...

like..like..

IZZ HAZWANI. said...

lepas ni nak ambik mata lebah bwk masuk dlm mata wani ;P

ishiko said...

ahaha.. jum3x jadik lebah..

http://ishikosworld.blogspot.com/2011/01/116-saya-nak-ke-saya-suka.html

Kak Long said...

sila ambil perhatian..trdpt beberapa kesalahan ejaan dlm entry ini.CONTOHNYA:
keburukkan=salah
KEBURUKAN=BETUL
kebanyakkan=salah
KEBANYAKAN=BETUL
sila edit entry anda!
jgn menyalahgunakan bahasa melayu sewenang-wenangnya.martabatkan bahasa ibunda..

shazika said...

farhana: bagos! :)

cz aina: like..mcm kat fb je kan..haha

I.hazwani: eh eh..jgn gitu..nnt kena sengat plak

ishiko: jom..!

kak long: hahahaha...tengkiu k.long tlg chek..aku dah btolkan :P

Anonymous said...

azie dh menunjukkan keinsafan di situ. hehehehe

ijatnuar87 said...

hehehhe...wah,bagus entri nih..pasni nak g klinik la,tanya dgn doktor,camner nak ubah mata nih,hehehe..kalu mata2 plak mata per ek?hehehe...juz kidding....entri ni bagus,hehehe

niesz said...

mata panda...hikhikhik..comel gak..

sugar2 kapas strawberry said...

mata..mata..

Amir Syahir said...

keh2...mata bersenyum..lg stail

Qib said...

nak jadi mata lebahhhhhhh


|Khurafat, BEST ke TIDAK?|

Biela Sapine said...

Setuju, nak jadi mata lebah boleh ? Hee

AkU said...

taik mata....~

sarah mohamad said...

opkos nak jadi mata lebah . teeeheee :)