Friday, January 29, 2010

Style bila shoot gambar


Assalamualaikum..
Maafkan saya kerana ketiadaan idea untuk di sampaikan di sini. Sememangnya susah nak cari idea nak kongsi cerita. Buntu saya di buatnya.







Okey. Apakah style/gaya kamu semasa bergambar? Sila rujuk gambarajah. Itulah style saya. tangan seakan berkata HYE kepada kamu.



Okey lah. Let-che-Go to Hulahoop. Oh! Hulahoop belog english saya. Support me bai. Selamat hari jumaat buat anda sekalian.



~peace no war~



Wednesday, January 27, 2010

Jangan kau mengata peniaga tepi jalan



Pernah tak kamu minum atau makan kat gerai tepi jalan bernama Jambu 88? Hari tu saya pergi Kedah pastu nampak banyak gerai tepi jalan siap ngan banner Jambu 88. Perasaan ingin cuba membuatkan saya berhenti kat salah satu gerai dan cuba air Jambu 88. Perghhh...!! Sedap nyaaa.







Saya terbaca satu artikel kat sebuah majalah berkenaan pengusaha Jambu 88 ni. Kemudian saya google dan dapatlah berita ni. Saya sungguh kagum dengan kesungguhan En. atan dan isterinya yang mengusahakan Jambu 88 dengan gigih, tabah, sabar, berani dan tak putus asa sampai lah maju dan terkenal sekarang walaupon hanya di gerai tepi jalanan.




Kalau dulu saya sangat berperasaan nak sangat cuba bidang perniagaan berasaskan pertanian bila Pak Lah kata Pertanian Adalah Perniagaan. Ingatkan dapat realisasikan bila dapat masuk U kos Perniagaan Tani. Tak pe lah. Nanti jadi chekgu boleh je kan buat jualan langsung. Biasakan chekgu-chekgu buat jualan selendang, keronsang, HPA, kerepek dan macam-macam lagi. T__T





.

Sunday, January 24, 2010

Shazika Sahrim masuk Rumah Pengasih



Oh hye..! Lama kita tidak ketemu ye readers. Semalam jadual saya sangat ketat matap padat dan bermakna. Saya join 2 event dengan maktab. Pertama saya pergi ke Rumah Pengasih (pemulihan dadah). Homaigod! Kebanyakkan penagih dadah kelihatan hensem tapi sayangnya terjebak dengan najis dadah. Sigh T___T







Kelihatan sungguh berdisiplin. Kemas.







Para chekgu-to-be sekalian.





Okey sekarang acara malam minggu kita berangkat ke RTM untuk menonton siaran lagsung Bintang Irama Malaysia. Cuak seyh muka masuk tv. Abang kameramen duk depan saya. Dah ah muka belemuih sambil buat aksi bodoh jakun nampak muka dalam tv. Semangat 1 Malaysia diterapkan dalam pertandingan ini dengan pernyertaan pelbagai kaum. Ya! Itu yang kita mahukan.
















Satu hari yang penuh pengisian. Okey dah penat.






~~xoxo~~




Wednesday, January 20, 2010

Cis, cun gila body dia




Kali ni saya nak share ilmu baru ngan kalian semua. Ceceh, sem ni saya belajar Pendidikan jasmani dan kesihatan. Saya ada belajar cara elok untuk bangun dari baring/ tidur.
Badan kamu sekarang dalam keadaan baring. Tangan di letakkan di sisi untuk dada terasa lapang. Kaki dibukakan sedikit bukaannya. Jangan kangkang luas sangat. Tarik nafas tahan sat pastu hembus pelahan-lahan.





Untuk bangun dari baring jangan terus angkat badan seperti dalam gambarajah. Ketika badan kamu dalam keadaan relax tiba-tiba kamu bagi dia kejutan macam tu. Bahaya woooo untuk tulang belakang.
Cara yang elok saya baru belajar adalah kamu taruk tangan kanan menungkat kepala, kaki kanan straight je pastu kaki kiri silang kaki kanan. Taruk tangan kiri ke sisi sebelah kanan (rujuk gambarajah)



Gunakan seluruh kekuatan tangan kiri kamu untuk tolak badan kamu bangun dari sisi tu dan bangun. Okey.




Sory la saya tak de model nak taruk gambar orang sebab tu saya lukis sendiri. Orang lidi je saya tau lukis (T___T) Nak lukis shin chan tak reti. bagi pompuan yang nak postur badan cun amalkan bangun mengiring macam saya ajar tadi. Oh, laki pon sama. Badan kena kasi cun jugak kan. Jagalah tubuh badan anda. Pesanan dari cikgu Shazika.







.


Sunday, January 17, 2010

Hati-hati ketika di jalanan




Oh hye..
Saya baru je join geng blogger semalam. Saya pon tak tahu apa yang best sangat geng blogger tu tapi yang menarik hati saya bila saya boleh chat dengan blogger-blogger yang lain. Kepada yang dah lama join tu bagi lah tunjuk ajar pada saya yek. Macam best je benda ni. Boleh berkenalan dengan blogger yang tak pernah kenal sebelom ni.


saya mau luangkan masa kat chat geng blogger. Jom join



Ha.. Lagi 1 nak pesan kat kamu semua. Hati-hati di jalan raya. Ingatlah saya yek. Jujur pada diri sendiri. Kalau kamu betul-betul klik nuff baru taruk kat shoutbox ' Saya dah kelik nuff kamu'. Wokey. Challo beteh....



Awas! Saya dah kenal pasti yang menembak nuff secara rawak. Kantoi beb kena tangkap kering. Lagi sekali pesanan cikgu.
HATI-HATI KETIKA MENG-KELIK



.
ps: Saya mohon tunjuk ajar