Tuesday, March 31, 2009

Cara baru untuk mengorat.. Did you dare to try it


Beberapa hari lepas aku terima panggilan telefon daripada kawan kepada kawan aku. Entah macam mana no telefon aku boleh dapat sama itu budak. Dah la telefon aku tak bagi salam ke menyapa dengan lemah lembut ke. Cakap-cakap terus mintak no telefon perempuan dari aku. Lepas tu dia punya angin pulak nak perempuan asal kuantan je. Perempuan yang asal dari area lain dia tak nak. Amboi-amboi kalau dah rasa diri tu dah hensem sangat pergi la cari sendiri. Bersepah perempuan kat luar.


Aku dah bagitahu dia aku bukan jenis senang-senang nak passing no fon kat orang aku tak kenal. Tiba-tiba aku terkeluar ayat “desperate giler kau ni”!!


Blurrrr....~~~


Rupa-rupanya dia tak tahu apa itu desperate. Satu kerja lagi nak kena explain perkataan itu kepada manusia tersebut. So, aku dapat satu idea setelah dapat satu information dari si yasmin (nak jugak beliau suruh aku paparkan nama beliau di sini) bahawasanya terdapat satu cara mengorat terbaru untuk lelaki-lelaki semua try untuk memikat gadis-gadis. Gadis-gadis semua jangan terkejut pula setelah melihat lelaki desperate mengorat kalian yang cantik dan comel persis shazika dengan cara ini. Okey


cara ini aku tahu setelah aku sekodeng Footed Boobies semasa beliau sedang mengorat awek. Caranya senang sahaja. Footed Boobies akan mengangkat sebelah kakinya dan dipertotonkan kepada awek-awek semua. Semakin tinggi Footed Boobies mengangkat kaki beliau akan semakin ramai la awek yang akan terpikat dan jatuh hati kepadanya. Dan itu juga melambangkan semakin menyerlah kemachoan beliau. Stailo betul la Footed Boobies ni kan. Angkat kaki je terus dapat awek. ha! sekarang cara Footed Boobies sudah terbongkar.


Sila rujuk kepada gambar rajah ini:

anda juga di sarankan mengangkat kepala setinggi termampu

Perempuan dahulu kala mengorat lelaki dengan cara meengangkat kain menonjolkan kaki mereka. Tapi sekarang cara baru khas buat lelaki adalah mengangkat kaki anda setinggi yang mampu. Ingat, semakin tinggi kaki di angkat semakin ramai awek yang akan terpikat.




~~SELAMAT MENCUBA~~

\(T__T)/


Rujukan:

Footed Boobies adalah seekor burung yang kakinya bewarna biru(rujuk gambar rajah)
Di olah daripada: muka surat 490 buku Campbell 8th edition,Universiti of California (budak hayat matirk guna buku ni)


Sunday, March 29, 2009

EARTH HOUR....!!!

elow kepada semua...

Haaa..kempen Earth Hour dah pon habis..semua dah boleh bukak lampu dan elektrik masing-masing. Atau ada lagi yang off letrik tak buka-buka sampai sekarang. Amboi-amboi, terlebih semangat pulak kawan kita ni yek. Amacam??? apa perasaan kalian semua kena stay dalam gelap bercampur dengan panas?? best?? Ni pula cerita aku kena terpaksa stay dalam gelap dan panas. aku punyer la geram. bukan pasal kena padam lampu. bukan jugak geram sebab kena berpeluh-peluh membasahkan ketiak selama 1 jam. tapi ni rasa geram sebab ada orang pergi tutup main suis aras blok aku. pada hal aras lain relex jer sambil diorang boleh lari2 lagi, boleh mamam megi kat bilik diorang.

masa tu aku baru lepas solat isyak. (solat dulu beb, tak mau solat dalam gelap). habis jer solat aku buka telekung...tup tup..lampu tepadam. alamak,,aku mula gelabah. terus jerit

PIKA..!!!
nama roommate aku yang tengah solat..


pastu dengar pulak seorang lagi jiran tetangga aku yang bilik depan menjerit. histeria ke apa pulak budak ni.

AZIE..!!!.

adoaiii..aku terus buka pergi serbu bilik depan. takut sehhh dalam gelap. nak pergi kat pika dia tengah solat. aku tanya Hajar budak histeria bilik depan.

aku: kenapa jerit2 nama aku. rindu aku ke?erk..ayat rindu ni tak de yek saja ngada2 letak
hajar: siapa tutup lampu? aku tak sempat pakai baju
aku: ingatkan apa tadi. dushhh..

**aku translate balik sebab kami communicate dalam loghat terengganu

lepas tu tak tahu nak buat apa. nak study tak boleh. ceceh azie, tiba-tiba rajin pulak nak study time2 gawat cenggini. so, aku buka cerita raja lawak nabil final 2. lapas tu aku ronda2 kat bilik yang relex jer sambil diorang boleh lari2 lagi, boleh mamam megi kat bilik diorang tu. amboi, lepak bilik Lele jap, ada kipas. pastu rasa nak balik bilik. budak2 lain duk ngata pasal aras aku yang semangat 1 aras tutup lampu. kagum? kembang kempis? perli ke oitt?


ahhh..aku tak peduli. semangat-semangat jugak nak buat kempen earth hour. tapi bagi la warning dulu nak tutup lampu. kussss semangat ooooo..



ok la..apa pun kisah kalian selama 1 jam tu. aku dah ada kisah aku, kalian pula bagaimana???


Sunday, March 22, 2009

AKU insan jahiL


kali ni aku nak mengajak kalian semua berfikir sejenak tentang kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. aku bukan seorang yang alim untuk berdakwah. tapi apa yang aku tahu aku akan share. moga dapat manfaat darinya.
kita belajar dan tahu:::
1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)

>60th
<70th
60th - 7th
(65th)

Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th

"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam
Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam

Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan...
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan.
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi...!
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???

1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan:

waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat
(
ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:

Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian..
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..

Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat

TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''


so...aku harap kalian sedar dan perbanyakkan amalan sebagai bekalan ke akhirat



Saturday, March 21, 2009

KETIKA MASA MENCEMBURUI AKU

Salam buat semua..

Alhamdulillah kerana aku masih ada kesempatan untuk posting walaupun agak sibuk dengan preparation untuk final exam tak lama lagi. Aku harap doa daripada kalian semua moga aku dapat buat yang terbaik dan dapat further study dalam jurusan yang bersesuaian dengan aku.

Subjek kokurikulum aku dah tamat hari khamis lepas. Lepas ni tak payah turun court lagi and tangan tak sakit dah. At least aku tahu jugak nak main volley ball. Thanks to all my volley ball friends. Walaupun tak kenal sangat tapi enjoy dengan kalian.


Tinggal lagi 2 minggu nak final exam. Cuak dowh..!! tak tahu la ape nasib aku lepas ni.
Semua terpulang pada daya usaha aku sendiri sekarang. I need to be more discipline untuk urus masa aku. Sumpah aku takut gila nak tempuhi last exam ni. Its ok. Lepas posting ni aku nak gi study. Oh yeah..!! (T___T)~~

Have a nice day everybody..


Saturday, March 14, 2009

BAHAYA LAGU AGNES


saya ada terbaca satu berita di metro yang tajuk nya ’BAHAYA LAGU AGNES’ oleh kerana perasaan ingin tahu akan perihal tajuk berita tersebut saya pun google lirik lagu Allah Peduli ..apa yang bahayanya lagu tu. telah membunuh kucing peliharaan jiran agnes ke?Ah. Pedulikan andaian aku tu


Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku
mengerti


Yang menjadi kemusykilan terhadap lirik tersebut adalah::

  1. agnes monica adalah beragama kristian.
  2. tajuk lagu yang mengandungi perkataan “ALLAH” dinyanyikan dengan senang hati oleh seseorang yang beragama kristian
  3. pada lirik tersebut di gabungkan nama ALLAH dengan yesus jesus tuhan sembahan orang kristian.


Aku petik sedikit artikel dari Bernama...dia tiada nama untuk dipaparkan


Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, walaupun belum lagi mendengar lagu itu, (saya pon sama dengan dato kerana belum mendengar lagu itu) berpendapat liriknya menyentuh sensitiviti agama.


"Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam," katanya.


"Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah."


Benar apa yang di perkatakan oleh dato’ kerana ada dari kalangan kita (termasuk saya) yang suka romance-kuingin kamu mendengar lagu dari Negara seberang yang alunan muzik nya enak di dengar. Tapi kadang kala kita tidak memahami maksud sebenar kata-kata yang kita lafazkan.


Cuba kamu semua berfikir walaupun ia hanya sekadar lirik lagu sahaja. So sesiapa yang beragama Islam, berhati-hati nya, jangan di sebabkan fanatik dengan artis sehingga terlupa penyampaian artis itu kita leka akan hukum agama Islam. Aku harap perkara ini jelas dan dapat di sampaikan kepada pembaca terutama yang beragama islam.


Sekarang stesen televisyen banyak menayangkan cerita indon. Aku rasa rindu pada cerita zaman p-ramlee yang jarang tidak ditayangkan lagi. ada 1 cerita indon kalau tak silap suami untuk isteriku (sungguh panjang jalan ceritanya dan banyak kali di ulangtayang). Emak saya sangat suka menonton cerita itu. Bukan kerana emak aku nak mencari 1 lagi bini untuk ayah aku. Oh tidak sama sekali.


***saya salah seorang peminat agnes monica. Suka tengok cerita Jelita dan ramai kawan-kawan saya telah memotong rambut persis agnes.