Thursday, April 18, 2019

Latihan rumah sukan

Assalamualaikum. .

Semalam LJ baru habis acara sukan tahunan. Seminggu sebelum acara sukan berlangsumg guru dan staf dah bertungkus lumus bawa murid berlatih. Memandangkan sekarang musim panas tak dapat nak training dekat padang. No problem. Kami bawak murid-murid turun ke kampung. Kenapa aku menggunakan perkataan turun? sebab LJ di atas bukit, kampung pulak di bawah dekat dengan sungai.

Cikgu Syam ketua rumah Akasia tengah briefing budak untuk latihan arini. Kita mulakan dengan warming up dulu neh.  Patu bawak berlatih larian 100m dan pass baton.


Selesai tu, kita praktis acara lompat jauh pulak di tepi sungai. Ada banyak pasir kat sana. Walaupon tak de trek kita belajar cara lompat jer lah.


Tudiaaaa.. . harapan Emas ni. hahahahhaa. 


Settle latihan murid-murid dibenarkan mandi di sungai. Kemain seronok dorang ni siap buat sandcastles. syiok tengok dorang pandai berenang. Lagi meriah bila ada team Bakawali sekali mandi manda. 


Cikgugcikgu pantau dari tepi jerlah


Ticer pon mampu berada di tepian.


Dah pukul 5.30 petang ajak balik semua. Waktu makan petang pulak kat dewan.

Setiap malam pulak kami ada latihan nyanyian dan tarian. Team Akasia diwakili oleh Layun untuk tahap 1. Memandangkan ticer dia ni suka lagu pop yeyeh jadi diberiklah lagu Siapa Gerangan sebab simple dan mudah di hafal untuk tahap 1  Boleh buat gaya joget joget sket.


Esoknya bawak murid tarining kat padang. Boleh tahan. jugak la tahap kepanasan dia ni. Budak budak relax je main tak pedulikan panas pon panas laaa. 


Bakal atlet masa hadapan. Insha allah.



Monday, April 15, 2019

Minta perhatian

Assalamualaikum..

Kisah yang akan diceritakan ini berlaku pada November 2017. Memandangkan aku tak aktif blogging pada masa tu, sekarang baru aku nak up semula kisah ni yang berlaku semasa bersama murid-m urid tahun 1. Kisah ni dalam bahasa Ganu. Harap korang faham la neh.  hehehe. 



Rutin bila masuk kelas tahun 1 sokmo ticer kabor "sit properly, hands on the table". 

Dok lama pahtu dia congek kusi. Syiok ngat congek sampai terbalik kusi ke belakang. Dia pon jatuh sambil sengih sengih. Ticer tolong la gi angkat sambil pesan buat kali kedua " sit properly boy". . .


Sedang ticer tengah ngajar, bung! Terbalik lagi kusi. Mungkin dia dok faham ticer kabor kut english. Kali ni ticer pesan lagi "duduk elok elok la kerusi ada 4 kaki kan." Kali ke 3 doh ning ticer pesan. .

.
Kali ni masuk aktiviti main game Bingo. Seronok ngat laaa murid tahun 1. Tibe-tibe lagi sekali kusi terbalik. Aish. Sengeleng (sengaja) sungguh budok ning. Ticer malas nok marah. Sebab yang lain sedang seronok. Takmau la spoil mood yang lain kan. .


Terus ticer ambik kusi dia heret wat tubik dari kelas. Beng duduk, berdiri je sampai habis kelas. Pahtu dia duduk atas lantai jela. Ok. Ticer ngan gumbiranya sambung main game Bingo. Tapi dia tak mbuh main. Ngamuk sorang diri bawah meja. Ticer malas nok layan. Dia kaco kawan. Ticer pesan ke kawan, beng layang ke dia. Kawan faham.


Sambung main game. . .


Tak dop sape layan ke dia ngamuk sorang bawah meja. Tapi bila muncul giliran dia ticer still bagi peluang untuk dia main sekali. Dia yang tak mau. Ok. Sambung giliran org lain. .


Masuk round ke 2. Mungkin dia tengok kawan-kawan happy semua main game, dia pon nok join semula. Mungkin dia rasa takdop orang nok layan dia berperangau sedemikian. Hahahaha.. sampaila tamat waktu kami main. .


Ticer memang malas nok layan kalo attention seekers gitu. Atau bahasa lain dia MENCAPUB. Nak perhatian biar bertempat. Ini tidak, tiada angin tiada ribut tetibe buat perangai. Bukan sorang anak murid nak kena jaga, yang lain pon perlukan perhatian yang sama.


Saturday, April 13, 2019

Izinkan saya




Semasa kelas pendidikan moral tahun 1, topik yang diajar adalah bercakap dengan sopan. Aku ajar lah sebelum. masuk kelas kena cakap dulu 'cikgu, izinkan saya masuk'. Praktislah bebudak ni semasa kelas. Elok jer semua pandai guna ayat tu. Nak dijadikan cerita, selepas kelas aku ada tayangan movie dekat library. Jadi aku bawak murid-murid ni ke sana dan cuba suruh mereka praktis.


"Macam mana cikgu ajar tadi, kalau nak masuk kena mintak izin dulu."

"okey cikgu."

"cuba cakap 'izinkan saya masuk"

"Kak izin, boleh saya masuk?"

kata salah seorang muridku. 😂 Siapa pulok la nama Kak Izin ni. Mungkin ni pertama kali mereka menggunakan dan dengar perkataan IZIN. Lepas ni kena semtiasa praktis supaya lebih familiar. 

Wednesday, April 10, 2019

Kembali 2019

Assalamualaikum..


Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan untuk menaip sesuatu di ruangan blog ni. Sebenarnya aku lupa password. Jenuh jugak la duk try log in akhirnya dapat. Yahoooo! Pahtu sebelum ni aku tak dapat nak bukak blig sebab line tenet wifi sekolah sangatlah lembab. Tak de feel nak update blog bila kena tunggu lama berejam nak bukak web blogger. Tapi sekarang rasanya dah boleh kembali aktif berblogging seperti dulu. Dah dapat capaian internet yang 'agak laju' berbanding sebelum ni. Kau sabajap nanti aku akan update berperingkat peringkat. dan semestinya perihal sekolah akan banyak di update sebagai kenangan aku di LJ untuk ditatap di hari tua bersama anak cucu. Insha allah. 


*macam pelik jugak bila dah makin tua ni berbahasakan aku. 😅

Thursday, February 14, 2019

Macam mana belajar agama di LJ?

Assalamualaikum...


Aku pernah menerima 1 soalan dari seorang teman yang curious barangkali. Dia tanya macam mana aku belajar agama di LJ tu?


Orang islam adalah minoriti di LJ boleh kira ngan jari je berapa orang ada situ. Majoriti penduduk dan staff LJ beragama kritian dan di Kampung hanya ada sebuah gereja. Tak dak surau atau masjid. Staf staf lelaki muslim LJ memang tak dapat nak tunaikan tanggungjawab mereka solat jumaat lah. Bukan sengaja kan.


Berbalik pada soalan kawan aku tadi. Ada beberapa cara macam mana aku jaga iman dan islam aku untuk tinggal di Lj.


1. Baca buku motivasi dan islamik

Kalau korang kenal Zazi memang ni lah hobinya. Duk LJ memang la agam bosan jadi kita luangkan lah masa ngan membaca. Ayat pertama Allah turunkan pada Nabi Muhammad adalah Iqra'... Ha, membacalah kita agar kita lebih tahu. Memang setiap bulan aku ada beli buku.


2. Program tv islamik

Hidup kita ni adala pilihan kan. Rumah aku di LJ ada Astro. Trademark astro apadia kalo korang tahu? Haaa....macam macam ada. Jadi pepandailah bilih program tv yang boleh menambahkan ilmu kita sebagai seorang muslim.  Aku suka giler tengok channel tvAlhijrah dengan Oasis. Hari khamis malam ada tazkirah malam jumaat, setiap hari pukul 7.30 malam ada slot keagamaan. Pastu kat tvAlhijrah setiap hari pukul 10 pagi memang wajiblah aku bukak program Dhuha. Macam baca almatsurat dan mengaji surah al-waqiah atau al-mulk. Insha allah aku dalam usaha nak hafal surah surah ni beserta maksud.


3. Media sosial

Apa guna ada media sosial tapi tak guna sebaiknya. Kat Facebook Instagram Twitter Blog  berlambak lambak orang share ilmu. Cuma bila di sosial media ni kena pandai pandaiah tapis. Kadang ada je tulis buat palatauuu dia jer. Rujuk balik la ngan orang yang lebih arif.


4. YouTube 

Ramai sangat golongan cendekiawan agamawan yang share ceramah mereka di YouTube. Aku save je video video dalam fon kalau ada line tenet laju, pastu nanti bosan bosan bukak lah tengok. Antara yang aku sokmo tengok dari prof muhaya, ustaz khazim, ustazah norafizah, ustaz don, ustaz ebit, dan lain. lain lagi lah. Banyak benda kita boleh belajar. Jangan jadikan alasan takdak ustaz ustazah depan mata kita tak boleh belajar agama. Dunia makin  moden, so gunalah sebaiknya wahai teman teman.   

5. Amalkan

Dah belajar, jangan lupa amalkan. Ayoh sokmo pesan jangan tinggal Al-Quran. Sebab dah terbiasa diajar dari zaman sekolah waktu maghrib dan isyak memang aku suka ngaji time tu kecuali malam tu aku ada kelas  malam. Nak istiqamah perbaiki diri ni memang agak sukar. Siapa lagi yang nak bagi semangat nak jaga iman dan islam ni kalau bukan diri sendiri.


Kadang kadang jiwa aku rasa kosong giler. So ambik wuduk dan solat taubat. Baca quran dan baca terjemahan. Jangan biar hati kosong. Bila kita keadaan macam tu, syaitan akan mudah hasut kita. Antara sumber kekuatan ustazah gitau adalah bangun solat tahajud. Allah kejut bangun malam, FIGHT untuk pergi bangun ambil wuduk dan solat. Menangis la kau sepuas puasnya time tu. Allah suka dengar kita merintih.


Bila duk sensorang ni, kita akan sedar, Allah sangat sangat dekat ngan kita. Kebergantungan kita pada tuhan sangat kuat. Allah dengar allah tahu allah ada. So jangan risau walau di mana pon kita dicampak kan insha allah kita akan usaha jaga ima  dan islam kita. insha allah