Sunday, December 20, 2015

Hulk pink

Assalamualaikummm...

Hello peeps..

Selama ni aku sokmo gunakan istilah 'hulk pink' kalo nak mengamuk marah atau geram. Tak pernah pon terpikir nak google wujud ke idok hulk kaler pink. Berdasarkan pemikiran logik  aku power ranjers ada kaler ijau merah biru hitam pink. Opkoslah hulk kaler pink pon ada kannn...

Sampailah satu hari aku wasap ngan bro ajim dan tersebut pasal hulk pink. Dia tanya aku

"Ada ke hulk pink"

"Eh..ada laaa" jawab ngan konfiden berdasarkan pemahaman aku tentang power ranjers.

 Dapat 1 image from wasap.

"Haa aa.. ada la"

Ranjin nyer lahai gigih pi google hulk pink.

Pape pon tinkiu bro sebab dia google la aku pon dapat tau hulk pink ni wujud. Walaupon tak keluaq kat tv.

Tetiba.. aku curious..

Wujud tak hulk kaler biru? ??

Terus aku google taip HULK BLUE.

Laaaa... ada rupanya.. bukan takat biru je ada.. merah kuning pon ada. Betoi la pemahaman aku tentang power ranjers tadi.


Thursday, December 17, 2015

Persis kah?

Assalamualaikum..

Dulu masa zaman indie aku suka sangat Yuna. Dalam fon aku penuh dengan lagu lagu indie. Terpengaruh dengan cerita KAMI. masa tu aku di matrikulasi.. asyik dengar lagu indie jerlah sampaikan aku lupa masa kat meresem dulu aku layan lagu 90an.

Nak citer pasal Yuna ni. Sebab aku suka sangat kan Yuna sampaikan nak terikut ikut cara pemakaian dia. Dia pakai skinny jeans aku pon pakai walaupon ayah aku larang. Pastu dia lilit lilit shawl..aku pon lilit jugak. Dia pakai cardigan aku pon pakai jugak.


Tu citer dulu la kannnn...

Sekarang sedang mencari identiti diri. Takkan lah dah jadi cikgu nak berpenampilan cenggitu lagi. Lebih selesa pakai kemeja dan seluar slack kalau gi jenjalan. Kat sekolah opkoslah baju kurung jer.

Cam yuna tak??

Oh ya.. aku pakai nick name yuxi bukan sbab yuna okey..

Ayu + azi = yuxi

Dah kenapa ayu? Cita cita aku nak jadi perempuan ayu.. hahahahaha

Mohon jangan carut sis okey.. bye🙈



Wednesday, December 16, 2015

Review buku : Diagnosis

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak review 2 buah buku best untuk bacaan kamu semua.

 Kedua dua buku ni dalam bentuk cerita motivasi daripada beberapa orang penulis. Dan semua penulis buku ni adalah doktor. So secara tak langsung pembaca dapat jugak ilmu ilmu kedoktoran disamping motivation.


Mana nak dapat:

Kamu boleh dapatkan buku buku ni di MPH. Aku ada cari di Popular buku buku ni tapi tak de.. so sanggup suruh kezen aku di KL gi cari kat  mana mana MPH pastu pos kat aku ke sarawak.

Harga:

Aku lupalah berapa harga sebab tak de tulis kat buku. Yang diagnosis 2 harganya rm30.

Oh ya!

Baru baru ni viral kat fb ada citer pasal doktor dan nurse kena kutuk cakap cuai la tak bertanggungjawab lah. Sedih jugak aku baca komen komen manusia tu. Sebab aku kan dah baca kisah kisah doktor dalam diagnosis ni. Faham lah serba sedikit kerja dorang yang mencabar tu.


Nah..amekkaw.. cer tengok profesion yang paling rakyat malaysia percayai.. siapa yang paling atas? DOKTOR.. yang kedua CIKGU.. tapi yang paling selalu kena viral hentam.. 2 profesion ni lah..alahaiiiii..

Haa.. apa lagi. Gi lah MPH cari buku buku ni. Berbaloi kalo korang baca... insha allah..

With love
Zazi ❤





Jaga subuh

Assalamualaikum..

Aku berkawan rapat ngan ruby dan dia dah kawen 2 tahun dan dah ada anak sorang dah. Masa ruby mula mula kawen aku tanya ruby, camne eh nak cepat dapat jodoh n cepat kawen? Masih ku ingat ruby kata "dah ready ke awak nak kejutkan suami awak bangun subuh tiap tiap hari?".. hahahaha..

Pada masa tu aku memang liat sket bab solat subuh. Tu pon roomate yang kejutkan. Kadang kadang qada. Sedor diri ah masa tu terus rasa nak berubah. Berusaha set alarm banyak untuk bangun subuh. Alhamdulillah ada perubahan positif.

Dan allah campakkan aku ke pedalaman sarawak pon ada hikmahnya. Kan kat sana subuh awal. Automatik masa tidur dan masa bangun aku terus berubah. Sebelum sebelum ni mampu stay up sampai 2 atau 3 pagi kadang kadang tak tido langsung mengadap asignment  tapi lepas duk LJ pukul 11 dah masuk tido. Kalau sampai tahap 12 malam tu memang mengantok tahap gaban la.

Dan rutin ni melekat sampai la sekarang aku kat rumah adik adik aku tanya pehal aku tido awal  sangat. Kalo nampak aku tido lewat sampai pukul 1 tu sebabnya aki tido petang la tu. Hahahahaha...

Bangun pagi pulok dah terbiasa kan pukul 5 dah bangun masa duk LJ. Sana subuh awal. Alhamdulillah mungkin tu satu cara Allah nak bagi aku permudahkan solat subuh. Kalau terbangun lagi awal lagi bagus sebab boleh tahajud. Tapi kan sejak kes nightmare aritu aku jarang dah berani nak bangun awal. Selalu tunggu kaksa bangun dulu baru aku bangun.

Aku ada terbaca kat twitter ke kat fb eh....

Aku selalu terkena macam ni. Aku selalu lah Allah kejutkan aku sekitar jam 3 4 pagi. Sampaikan ada yang perasan aku baca wasap pukul 4 pagi. Aku tak set alarm pon nak bangun pukul 4. Jam aku sokmo start pukul 5. Syukur allah masih nak kejutkan aku.

Harap istiqamah jaga subuh sebab allah masih menyayagi kita. Betol lah tu ruby cakap. Ready dah ke nak kejut suami dan anak anak bangun subuh? Hehehehe..
Insha allah...ready :)


Monday, December 7, 2015

Lama sangat ke?


Assalamualaikumm...

Hello peepss...

Memandangkan cuti sekolah lama so aku pon pergilah holiday ke KL..  macam zaman maktab dulu, gi mana mana memang akan nail lrt.. kalau time kaya jer bajet naik teksi.. so aku pon pakailah kad rabbit untul memudahkan perjalanan disamping  tak payah nak beratur lama cari duit pulak nak beli token..


Selepas setahun x naik lrt, baru baru ni masa gi kl nak naik lrt. Bajet cool lah keluarkan kad rabbit nak touch and go jer. Sekali kad tak boleh guna..waduh waduh...g tanya kat kaunter katanya dah tak boleh guna sebab dah lama tak pakai.. yela.. dah setahun duk dalam hutan mana ada lrt nya..

Nasib baik ku teringat kad watson boleh touch n go jugak. Yahoo! Dapat guna..yang rabbit tu terus ku rejam masuk tong sampah. Benci ngat eh.. lama sangat ke aku dah tak mai kl?