Sunday, January 12, 2014

Kejadian accident pertama dalam hidup


Assalamualaikum..

Sekarang aku sedang berehat dalam bilik. Sambil menahan kesakitan dan lenguh badan aku try jugak menaip ni. Semalam aku accident ngan amna. Kami naik motor cikwe lepas lunch nak balik maktab tetiba dilanggar kereta.

Beberapa hari sebelum tu classmates aku plan nak gi riadah kat sungai chilin. Masa tu aku macam tak sedap hati nak gi ke tak sampai wanharith pon ajak gi jugak. Last-last malam tu aku gitau aku tak dapat nak join. Tambah pulak aku baru dapat order dari customer so aku plan kalau tak gi riadah aku nak setle kan customer puyer order. Pagi  sabtu tu masa iron baju nak keluar pergi HQ aku dah iron dress tapi last-last aku pakai jeans dan kemeja jer dan shawl hitam. Memang lama dah aku tak pakai shawl hitam tetiba rasa nak pakai.

Bila sampai kat HQ, frust sungguh aku bila HQ tutup. Silap aku jugak tak cek hari tu hq bukak ke tak. So, aku pon balik hostel ajak amna keluar lunch. Pastu amna ajak gi BSN cucuk duit. Aku pon bawak la motor cikwe. Lepas tu kami gi lunch dan masa nak balik tu trafik light pulok tak berfungsi. Bila aku tengok kereta sama line ngan aku gerak aku pon gerak lah dan u-turn nak balik maktab. Masa u turn tu aku nampak kereta hitam berhenti sebelum masuk laluan ke kiri. Eh eh tetibe ada kereta kaler gold mari dekat ngan aku dan aku pon jatuh tertiarap atas jalan dah.

Masa jatuh tu aku pikir 2 benda je; motor cikwe ngan amna. Aku pusing belakang tengok amna tak de kat belakang aku. Cuak dah aku time tu. Aku pusing kiri tengok amna dah bangun. Huaaa.. nasib baik amna masih ada.. Dia tercampak masa jatuh tu. Kereta yang langgar kami tu berhenti. Masa tu aku tak boleh bangun lagi sebab motor tindih aku. Pakcik yang langgar kami tu keluar pastu aku suruh dia angkat motor. Aku pon bangun gerak gi tepi jalan.

Aku tengok tangan ngan kaki aku berdarah. Tambah pulok terkejut lepas jatuh kan. Ase pening sejuk sejuk badan aku. Nasib baik pakcik tu ajak gi klinik. Pastu ada beberapa buah motosikal berhenti. Ada sorang abang motosikal tenangkan aku. Aku pon panik tatau nak setle macam mana dah kata pon first time kena. Macam mana nak setel motor pastu nak setel badan lagi. Last-last kami gi klinik. Dalam cedera berdarah tu aku bawak motor folow abang motorsikal tu dari belakang. Amna pulak naik kereta ngan pakcik yang langgar tu.

Sampai klinik abang motorsikal suruh kami minum air dulu selawat 3 kali untuk hilangkan terkejut tadi. aku tanya abang motosikal camne nak uruskan motor ni. Dia pon citer apa yang nak kena claim, suruh bincang ngan pakcik tu berapa dia boleh bayar. Aku mintak tolong abang tu tunggu kami sampai setel rawatan tapi dia nak kena gi ambil orang rumah dia balik kerja pulak. Tak pelah. Terima kasih banyak dah tu sebab tolong kami.

Kat klinik aku jumpa pakcik tu tanya pasal bayaran. Berapa dia boleh bayar. Dia kata kereta dia teruk jugak pastu kata sama-sama bayar lah. Eh eh..dia yang langgar kita nak claim sam-sama plak. Pastu aku ngan amna decide kami bayar sendiri rawatan pastu pakcik tu bayar untuk motor.

Ok.

Masa rawatan pulok cek semua luka. Amna luka kat lutut dalam jugak. Sebab dia pakai tracksuit memang koyak lah seluar dia. Aku pulak kena kat kaki, lutut siket je, tangan, lengan dan bahu. Semua belah kiri sebab kami jatuh belah kiri. Motor pon calar belah kiri jugak. Nasib baik aku pakai seluar jeans tak jadi pakai dress. Kalo amna pakai jeans mesti tak dalam sangat luka dia. Kat klinik pulak satu hal. Doktor apa ntah macam tu. Suruh pekerja dia rawat sapu iodin dan balut je. Pastu bagi ubat untuk makan antibiotik dan ubat tahan sakit. Ubat sapu luka dia tak bagi. Aku pulak yang mintak nak ubat sapu jugak. Yang sedeynya kami dua orang baru je dapat duit tak sampai 24 jam kena guna duit tu. Amna baru je cucuk kat BSN, aku pulok baru je dapat untung dari customer order. Total rawatan kami 2 orang adalah dalam 150.

oh ya! sambung pasal motor. Kan abang motorsikal dah balik. Pastu pakcik tu tolong gi bawak motor pergi kedai motor bersebelahan ngan klinik  semasa kami terima rawatan. Aku pon suruh amna call budak laki mai tolong setel kan pasal motor. Nak call classmates aku dorang semua gi sungai chilin. Setel rawatan tu tengok syahrin ngan sanchez dah ada. Kedai motor ngan klinik tu kat belakang maktab aku je. Kami harap kat dorang jerlah setelkan pasal motor. Kami pompuan bukan tahu mende pon. Terima kasih banyak-banyak kat dorang dan terima kasih jugak kat pakcik tu kerana tak langgar lari dan bertanggungjawab.

Pastu kami balik hostel. Syahrin duk cerita lah apa patut kami buat kat luka, pastu dorang akan setelkan pasal motor. Kat hostel plak roomate aku tak de, roomate amna pon tak de. So, kami bergantung sesama sendiri jerlah. Kelakor pon ada jugak. Terima kasih kat amna sebab tolong rawat aku. huhuhu~

Kat bilik kami flasback balik pe yang berlaku. Berdasarkan luka dan kerosakan motor kami rasa dan orang lain pon rasa kami bawak slow. Dan pakcik tu kata trafik light blink-blik kaler hijau. Tapi aku memang kompem trafik light tak nyala langsung. Dan masa aku u-turn tu ada kereta kaler hitam sebelah kiri tengah tunggu nak masuk line kenapa pulok yang langgar kami kereta kaler gold. Nampak sangat dia laju dan potong kereta kaler hitam untuk masuk ke line kiri dan tak sempat nak break terus langgar kami.

Aku nak citer panjang lagi tapi nantilah aku sambung pasal kesengsaraan lepas eksident. Doakan kami cepat sembuh ye. Alhamdulillah masih lagi bernyawa sehingga saat in. :)

Dilanggar garuda

Assalamualaikum...

Bila mula hari isnin mesti ramai yang ternanti-nanti bila lah nak hujung minggu. Tahun ni aku masih tinggal di hostel. Macam biasa lah aktiviti hujung minggu budak hostel; sambung tidur lepas subuh, basuh baju, kemas bilik atau keluar outing. Sekarang awal bulan elaun pon tak masuk lagi so ramai yang lepak kat bilik je termasuklah aku. Hehehe...


Haritu kami ada roll-call ngan warden asrama. Warden gitau bila hujung minggu, pagi sabtu ngan ahad hostel ni macam kena langgar garuda. Senyaapppppp jer. Macam sekarang aku tengah taip entry ni memang senyap sangat sangat yang berbunyi kenderaan yang lalu lalang tepi blok aku ni jer. Kalo aku pon, bila hujung minggu adalah hari balas dendam nak tidur lebih siket lepas subuh memandangkan hari biasa kena bangun awal untuk ke kelas.


Tahun ni aku ada azam baru, pape pon fight sedaya upaya jangan tidur lepas subuh. Aku pon plan aktiviti apebenda nak buat untuk tak kasi tidur balik. Kadang-kadang aku baca buku, pi basuh baju ke, kemas bilik pastu buat sarapan. Ehem..sarapan aku bukan susah pon. Goncang shake Herbalife jer. Simple je sarapan aku..Kalo nak lebih buat milo cicah ngan roti.


Pastu bila weekend jugak ramai yang tak de kat hostel. Ada yang gi rumah sewa kawan, ada yang balik kampung bagi yang duk negeri dekat-dekat dan ada yang balik rumah sedara mara. Aku tak de sedara mara kat sini so kenkadang aku gi rumah sewa kawan aku je atau lepak di room sweet pinky room aku ni ha. Tahun ni aku plan bila cuti aku nak buat lawatan gi rumah kenkawan aku lah terutama Ery yang lama dah ajak aku lepak kat shah alam. Hehehe.. =P insha allah. Kalo tak de papehal aku sampai situ.


Esok dah Isnin..so, ku menanti weekend seterusnya... (T___T)~


Tuesday, January 7, 2014

Pending


Assalamualaikum...


Dah seminggu start kelas tapi wifi kat hostel masih tak berfungsi so nak upload gambar taip entry dengan bagus pon tak dapat. Nanti everything dah okey aku share ngan readers semua kat blog ni. Insha allah.


Salam sayang,
Xaxie~

pi es: check out my instagram : shahzikashahrim

Friday, January 3, 2014

Bukan azam, tapi perancangan


Assalamualaikum...

Tahun 2014 ni tahun terakhir aku berada kat maktab ni. Kira batch aku paling senior lah sekarang. Tadi hari pertama kuliah macam biasalah tak belajar mana pon. Bawak kertas untuk tulis nota pon balik dari kelas dengan kertas kosong jugak. Memandangkan ni tahun terakhir jadi aku ada beberapa perancangan nak dibuat sebab ada banyak benda lagi aku tak habes belajar dari orang sekeliling aku.

Antaranya:

1. Belajar bahasa isyarat.

Aku tahu sikit-sikit je bahasa isyarat. Junior aku ramai yang kos masalah pendengaran. Rugilah kan belajar kat sini keluar tanpa tahu satu pon bahasa isyarat. Masa kat sekolah dulu pon aku tau lah jugak siket siket bahasa isyarat masa buat projek SEM. Sekurang-kurangnya tahu lagu Negaraku guna bahasa isyarat.


2. Main alat muzik

Kat sini jugak ada course muzik. Aritu belajar main gitar ngan amna. Pastu belajar keyboard ngan Mimi, dapat tau satu lagu jer pastu stop. Hehehe.. Nak kena belajar balik ni ngan mimi lepas ni at least tahu lagu happy besday.


3. Belajar agama

Setiap minggu kat hostel ada buat usrah. Salah satu sebab aku duk hostel ni sebab usrah la. Dapat tahu tentang agama jugak tambah-tambah bakal cikgu nanti nak kena jadi role model pada anak murid. Masa usrah naqibah akan share banyak benda yang sebelum ni kenkadang kita tak tahu pon. Alhamdulillah kat sini islamik environment. Ramai yang dulu tak bertudung dah bertudung, makin ramai bertudung labuh dan alhamdulillah beberapa orang masuk Islam.


4. Pengurusan diri

Yang ni motivasi untuk diri sendiri jugak. Aku ada terbaca, kalo nak kawen kena tahu urus diri sendiri dulu sebelum urus pasangan nanti. Tudiaaaa... sentap okey.


Tahun ni yang rapat ngan aku ramai dah keluar hostel. Roomate aku si wafa tu dah keluar, Ruby pon dah keluar. Sekarang aku dapat roomate baru lah. Kiranya tahun ni banyak perubahan berlaku pada aku. Nak kena adapt ngan situasi ni.Insha allah semuanya akan berjalan ngan baik.


 

Thursday, December 19, 2013

Result PMR: Balas dendam

Assalamualaikum...

hye semuaa...lebih sebulan tanpa pape berita akhirnya berjaya ku muncul di blog ini..hoyeh!.. Apa khabar semua? Hari ni result PMR keluar kan. Macam mane keputusan peperiksaan PMR adik-adik dan anak-anak anda? Bagi yang mendapat keputusan cemerlang saya ucapkan tahniah dan yang tak mencapai target tu jangan putus asa.. Ni baru PMR dik oi so jangan risau sangat. Lepas ni tumpu lebih dan balas dendam balik masa SPM. Wohaa..!


Kenapa aku kata balas dendam??


Dulu aku pon gelisah jugak menanti keputusan PMR keluar. Macam adik adik kita yang dapat result harini. Mesti macam-macam perasaan bermain sekarang kan. Dulu aku kena call sekolah untuk tahu result sebab sekolah jauh . Lepas je call pejabat sekolah dan dapat tahu result PMR tu, aku rasa sedih yang amat. Yerlah dah target nak dapat straight A tak dapat. Bila masuk pulak sekolah, baru aku dapat tahu semuaaaaaa classmate aku dapat staright A kecuali 4 orang yang dapat 1B dan orang-orangnya termasuklah aku.


Subjek apa yang B tu?


Subjek sejarah. (T___T)~


Rasa down sangat-sangat tu ada jugak bila bandingkan prestasi result kita ngan kawan-kawan yang lain tapi kita jangan putus asa. So, kita balas dendam balik kat subjek sejarah yang buatkan kita dapat B tu. Aku dan sorang lagi kawan aku, Suria kami dua dua orang dapat B sejarah. Aku ngan dia berazam nak dapat A untuk subjek sejarah masa SPM nanti. Azam saja tak guna tanpa usaha kan..hehehehe..


Nak tahu camne cara yang akak guna untuk study subjek sejarah boleh klik kat link bawah ni

Tips study subjek sejarah


Masa exam SPM sejarah soalan memang agak susah. Sebab kita pulun dan berazam sangat-sangat so lepas habes je exam pengawas peperiksaan mai kutip kertas soalan rasa nak menitis air mata sebab takut tak dapat A..tapi  bila call pejabat sekolah untuk result SPM alhamdulillah dendam aku terbalas untuk dapatkan A itu.. dan kawan aku tu pon dapat A jugak  untuk sejarah.. Alahai..ada ke patut balas dendam kat subjek sejarah..tapi tak pe asalkan tu dendam yang positif.. :)


Kat sekolah dan sampai sekarang pon aku bukan pelajar top student in class. Biasa biasa je, belajar pon tak ase nak pulun giler giler sangat. Just a moderate student. Mana-mana yang bermanfaat untuk adik adik atau kawan-kawan nak ikut, ikutlah. Harap bermanfaat dan membantu masa depan anda. Insha allah..