Sunday, April 15, 2012

7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

Tadi aku terbaca satu link ni kat facebook seorang senior. Terasa nak share ngan kamu semua. Cara berjalan kita ni sebagai seorang perempuan. Lelaki kan suka nak ushar cara perempuan jalan. Nanti semasa berjalan-jalan ngan kawan-kawan tanya lah kawan "wey, aku nyer style jalan macam mana?" pastu dah balik bilik terus on laptop bukak blog aku balik dan chek. Okey. 



Gambar sebagai penyeri entry



1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.



sumber: http://www.myberita.com/ketahui-7-sikap-wanita-dengan-melihat-cara-berjalan/
pi es: aku tak edit langsung artikel ni. -_-" pemalas betol aku kan. takpe ah. sharing is loving ryte?

Thursday, April 12, 2012

Iklaneka: Perniagaan burger dan otak-otak


Jenis perniagaan: Burger dan otak-otak
Lokasi: Satay House depan kolej MARA Kulim
Waktu niaga: 5.30 petang hingga 11.30 malam


Jalan-jalan cari makan...

Monday, April 9, 2012

Untuk apa aku menulis?

Gambar: dari fb


Ya! Manusia yang menulis akan meninggal. Hanya karya-lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang akan membahagiakan dirimu di akhirat. (Ali bin Abi Thalib).


Kepada para blogger sekalian, tulislah sesuatu yang bermanfaat kepada semua orang dan diri kita sendiri. kalau asyik tulis gosip artis jek mana nak dapat manfaat. Siket siket nak komen pasal artis. Diri kita sendiri pon bukanlah perfect sangat.Renung-renungkan ayat diatas, Jom! Kita buat perubahan.

Thursday, April 5, 2012

Zaman persekolahanku- video my generasi


My Generasi by 


Mesti dah ramai tengok dan share video ni kat facebook kan. So, bila aku tengok video ni aku teringat zaman sekolah rendah dulu, teringat kat kawan-kawan, cikgu-cikgu dan suasana sekolah. Bila aku pergi PBS kat sekolah pon kadang-kadang terpandang jugak murid-murid duk main tapi tak de lah macam permainan zaman aku dulu. Dah tak de sangat dah. tsk tsk tsk T___T


Buku biodata warna-warni, pensel warna tulis "TIDAK BOLEH PINJAM NANTI MAK SAYA MARAH", main zero-point, batu seremban, dan lain-lain lagi. Kan best kalau boleh balik ke masa lampau!


Sekarang aku rindu zaman sekolah dan sampai sekarang aku masih contact ngan kawan-kawan sekolah lama. Kalau ada cuti yang kami semua sama kami akan plan untuk wat gathering. Makan-makan, sembang-sembang...

Sebahagian kawan-kawan sekolah rendah aku (since 1997)


Insyallah untuk PBS (pengalaman berasaskan sekolah) semester hadapan aku akan buat kat sekolah lama aku. Baru isi borang tadi harap-harap dapat buat kat sekolah lama pastu recall balik memori semasa di zaman 1997-2002. 


Budak-budak zaman sekarang tak macam zaman kita dulu. Semasa waktu rehat mereka akan duduk dalam kelas nak bukak e-book. Main game dalam e-book tu. Macam tak fun sangat la kan main sendirian. Ntah la. Zaman dah berubah dan terima kasih Allah bagi aku pengalaman rasai pengalaman macam dalam video tadi. 

I have a pen,
my pen is blue,
I have a friend,
my friend is YOU.


pi es: tinggalkan komen tentang zaman persekolahan kamu pula. (◕‿◕✿)


Monday, April 2, 2012

Aku nak cover lagu Sesaat Kau Datang by Ramlah Ram


Pertama kali aku dengar lagu Ramlah Ram ni aku ase sukeeee gilerrrr sebab rancak. Pastu aku tengok Kak Melah menari. Tuuu diaaaa eh. Best dowh. Kau tak caya? Meh tengok video ni.



Part paling aku suka masa Kak Melah pakai baju kaler hijau menyanyi dan berjoget dalam kereta. Tak sangka aku dalam usia sebegitu Kak Melah masih vogue. Video ni pon pemakaian muslimah dan stylo. Biasalah baju sponsor dari Yasalma. Cantik!


Jalan cerita video ni pon sedih. Jangan sampai ada kaitan ngan aku dah ler. Geram aku kat lelaki tu bila part dia reject call pompuan tu. Eeeeee geram aku. Moral of the story: Kalau nak tinggal perempuan tu cakap la lek lok. Lebih baik tahu sekarang daripada sakit hati di kemudian hari. Memaafkan boleh tapi nak lupakan susah. Yela, siapa sanggup tengok kekasih kahwin ngan orang lain. Kan..... Kamu rasa betol tak pendapat aku.