Friday, January 13, 2012

Say #TakNak to black lungs! So put out that cigarette & win urself prizes worth RM2K!

Say #TakNak to black lungs! So put out that cigarette & win urself prizes worth RM2K!

Wednesday, January 11, 2012

wordless wednesday # 12


Sunday, January 8, 2012

SOS: Derma darah di Pusat Darah Negara

Buat pertama kalinya bagi tahun 2012 aku membeli The Star newspaper. Terbaca satu tajuk SOS to donors as blood supply runs low. bekalan darah terutama darah jenis A telah berkurangan dan bekalan darah di pusat darah negara dah semakin berkurangan. mana tak berkurangnya kalau jumlah kemalangan jalan raya meningkat pastu jumlah orang yang menderma darah sikit je. Jadi, kempen menderma darah telah dilancarkan pada hari ini dan aku baru tahu terus inform kat kamu semua untuk datang beramai-ramai ke Pusat Darah Negara. Kalau rasa sempat lagi lah. Bagi yang rasa darah di banyak dan sihat walafiat sila-silalah mendermakan darah di hospital-hospital yang berdekatan dengan kamu.
Bermula pada hari ini 8/1/2012 Pusat Darah Negara akan dibuka setiap hari ahad bermula pukul 8 pagi hingga 4 petang hanya untuk menderma darah. kehadiran kamu untuk menderma darah sangat diharapkan.


Kriteria penderma darah adalah seperti berikut:

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.

2. Berumur di antara 18-60 tahun.
· Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
· Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.

3. Berat badan melebihi 45 kg.

4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan
~Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan
~ Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)

8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
~ Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
~ Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
~Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
~ Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
~Mengambil dadah secara suntikan
~ Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.

9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2
minggu untuk penderma aferesis.

10.Untuk penderma wanita:
~ Tidak mengandung.
~ Tidak datang haid.
~Tidak menyusukan anak.

11.Jangan menderma darah jika anda:
~Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
~Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.


Sebarang maklumat yang kamu nak tahu lagi sila layari laman web rasmi Pusat Darah Negara: http://www.pdn.gov.my

pi es: Aku memang layak menderma kalaulah berat badan aku 45kg ke atas tapi berat aku tak sampai pon 40kg. sigh. Aku teringin nak derma darah.

Thursday, January 5, 2012

Cermin

Realiti seorang perempuan itu.


Bermula dari bangun tidur. Muka kusut masai bangun dari katil bergerak ke cermin dan memandang.
Bergerak ke toilet tempat yang di tuju, di hadapan cermin.
Sesudah mandi, kembali memandang ke cermin.
Bersiap memberikan penampilan terbaik di hadapan cermin.
Bergerak menuju ke kelas untuk memperoleh ilmu pengetahuan....


Dalam perjalanan, ternampak kereta pensyarah lalu memandang ke arah cermin.
Bergerak lagi sehingga ke bangunan tempat belajar.bangunan mempunyai tingkap kaca lalu mamandang ke arah refleksi diri, cermin.
Dalam kelas terdapat cermin. Menilik diri sebelum mulakan pelajaran.
Semasa sedang belajar, mencari compact powder miyami memerhati wajah  dalam cermin.
Usai pembelajaran pulang ke bilik dan memandang ke arah cermin.


Sebelum tidur, memandang ke dalam...cermin.
Dalam sehari, berapa banyak kali perempuan itu dah memandang ke arah..cermin.
Dan hari seterusnya bermula seperti permulaan di atas,
Memandang ke arah..CERMIN..

Perempuan..Bergambar dalam cermin menjadi kebiasaan. Walaupon di dalam kedai kasut


pi es: berangan nak wat sajak tentang cermin aku main hentam je walaupon tak puitis. Itulah realiti perempuan itu..

Tuesday, January 3, 2012

Dari gelap sampai ke cerah

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah bertemu lagi kita pada tahun 2012. Camne permulaan tahun 2012 ni?. Kalau anda happy sila senyum-hands up-waving-and say...HYE AZIE! Bagos semua (tepuk tangan ramai-ramai).

Permulaan tahun baru aku biasa jek. Malam tahun baru cuaca di terengganu hujan lebat jadi tak dapat menyaksikan percikan bunga api. Malah yang sadisnya pukul 10 malam pada 31 desember 2011 aku tertidur dan apabila aku bangun jam menunjukkan pukul 12.45pagi 1 januari 2012. Bangun je dari tidur terasa macam baru je melepasi terowong masa 'Oh! apakah?sekarang aku berada di tahun 2012'. pastu frust tak dapat countdown depan tv sama-sama manusia yang sambut secara live.

Kenyataannya sekarang aku dah selamat sampai di maktab ter'cinta' dan esok bakal memulakan kelas pertama. Perjalanan menuju ke Kuala Lumpur semalam sangat membuatkan aku panas. Bas aku pukul 10 malam. Semasa dalam perjalanan pada pukul 11 malam lebih airkon tiba-tiba hanya mengeluarkan angin. Okey. bas masih meneruskan perjalanan. Dan apabila aku terjaga dari tidur badan aku berpeluh-peluh muka berpeluh-peluh berlemuih hang tau dak. Memang aku tak kesah dah keadaan aku waktu tu sebab aku panas tak boleh bernafas. pastu tiba-tiba bas berenti dan lampu semua terpadam. Semua orang turun sebab kepanasan.

Lega aku boleh udara sejuk tengah-tengah lebuhraya. Dalam ati aku berkata janganlah kata ni lebuhraya karak. Dalam semua orang duk tunggu tepi highway tu boleh pulak lelaki-lelaki smoker ni isap rokok. Pastu bila naik bas lagi aku pening dorang bernafas bau rokok. Aku bukan anti giler sangat kat smoker tapi dalam keadaan macam tu agak-agak la siket aku pon nak udara bersih. So, bas berenti je terus kat R&R Temerloh sebab tak mampu teruskan perjalnan sebab dah berasap. dari pukul 4 pagi sampai pukul 7 baru bas baru sampai dan meneruskan perjalanan kami. Hasilnya aku sampai KL pukul 9 pagi. Chill~

Seterunya agenda aku adalah kemas bilik dan bersedia untuk kelas esok. Have a nice day everybody. Dont forget to read older post if u'r hesitate to noe more about me. Eheh!