Monday, January 10, 2011

Hodoh punyer header

Kamu tengok ah header aku. Hanya tulis nama belog pastu buh 2 kaler. Kalau sape-sape masuk belog aku tengok header hodoh macam ni kompem terus close page aku kan.

Malu ase nak tayang header buruk kat semua. T_______T tsk

Sunday, January 9, 2011

Facebook will be closed

Apa perasaan kamu kalau baca tajuk macam tu? Aku dapat tahu ni dari kawan aku, zaty. Memang tersentap ah jugak kan.


Dengar citer Mark nak tutup bulan March. Eh, sempat lagi ni bagi sape-sape yang tak ada facebook nk wat facebook. Sekurang-kurangnya dapat la jugak rasa mempunyai akaun facebook. Cepat, sebelom facebook di tutup.


Kamu semua jangan menggelabah. Sign up je akaun twitter. Kita boleh twit twit.




Add my twitter, Shazika. Mungkin lepas ni twitter dapat menggantikan facebook.


Saturday, January 8, 2011

Cara potong kuku


Ramai orang suka menyimpan kuku panjang terutama remaja perempuan sebab akan buat jari nampak lawa dan runcing. Untuk mencantikkan lagi kuku siap pergi manicure dan warnakan kuku dan tambahkan glitter pada kuku. Tapi pergi manicure pon kuku still masih panjang.


Ibu bapa perlu ajar anak-anak potong kuku sejak mereka kecil dan bagitau kenapa kena potong kuku sampai pendek. Di sekolah pulak, guru-guru sentiasa kena pantau kebersihan kuku murid-murid. Dulu semasa saya sekolah kalau kuku panjang cikgu akan ketuk hujung kuku dengan pembaris. Sakit oh.


Sekarang, saya nak ajar kamu macam mana nak potong kuku.

  1. Ambil pengepit kuku, sebelum potong kuku kena baca bismillah.
  2. Kita start potong kuku bermula dengan jari tangan kanan dahulu diikuti dengan jari tangan kiri. Sila rujuk gambarajah di bawah.



Ha! cuba chek jari tangan kamu sekarang. Kalau terasa kuku panjang tu cepat gi potong sekarang. Aku paksa. Tak tahu cara? Tengok cara-cara memotong kuku yang aku tempek kat sini. Dah, jangan malas nak potong lagi lepas ni. Sunat potong kuku hari jumaat dan isnin.


Thursday, January 6, 2011

Kamu jangan UJUB!


Kawan aku, Pok Din dan Ayoub menunjukkan satu artikel tentang UJUB. Aku tak tau pe maksud ujub. Bila baca artikel ni baru aku tahu maksud ujub. Jom share sama-sama.

Amaran! Kalau ase malas baca aku paksa jugak baca. Mana lah tau kot-kot kamu ter-sentap jugak. 



Ujub Zaman Moden


Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri).


Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.


Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".


Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.




1. Blog dan "Followers"

Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?



2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.



3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.



4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.



6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!



7. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.



Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!



Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.

- Artikel iluvislam.com



**************


Rasa sentap sikit lah kan sebab follower aku dah cecah ribu. Tapi aku tak maulah rasa ujub ni. Aku cuma takut tak leh bagi info yang berguna jek untuk followers aku. Maaf ye. Yang pasal facebook memang tak ada kaitan ngan aku sebab aku tak suka sangat facebook.




.

Wednesday, January 5, 2011

Untuk semua yang disayangi

Hai semua blogger, followers dan stalkers. Dah masuk tahun baru. Untuk warming-up kan arena blogging ni, aku nak kasi penghargaan la kepada kamu semua. Mungkin ada yang dah amek pengharaan ni tapi tak pe kan kalau amek untuk kali ke dua atau ke tiga.


Here u are! 




Terima kasih kepada followers dan kamu-kamu semua yang sudi menjengah blog Shazika Shahrim dan tak lupa juga kepada followers Hulahoop. 

Muah! Love u ols ^____^