Kawan aku, Pok Din dan Ayoub menunjukkan satu artikel tentang UJUB. Aku tak tau pe maksud ujub. Bila baca artikel ni baru aku tahu maksud ujub. Jom share sama-sama.
Amaran! Kalau ase malas baca aku paksa jugak baca. Mana lah tau kot-kot kamu ter-sentap jugak.
Ujub Zaman Moden
Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri).
Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.
Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".
Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.
1. Blog dan "Followers"
2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!7. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!
Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.
- Artikel iluvislam.com
**************
Rasa sentap sikit lah kan sebab follower aku dah cecah ribu. Tapi aku tak maulah rasa ujub ni. Aku cuma takut tak leh bagi info yang berguna jek untuk followers aku. Maaf ye. Yang pasal facebook memang tak ada kaitan ngan aku sebab aku tak suka sangat facebook.
.
10 comments:
Jum kita sama2 hilangkan rasa ujub ...
yg penting niat kena betul..
harap harap aku tak tergolong dalam orang cm nih, minta minta lah d jauh kan. yee haaa. hehehe
betol! setuju!
nice entry wei.
alhamdulillah.. ingatan utk hari ini... hopefully kita semua dijauhkan dr perasaan ujub ni. pasal facebook tu.. aritu baru je delete a few friends yg tak pernah bertegur sapa. hihihi. tak kesah pun jumlah kwn yg dah jd sikit. :)
aduh.. terasa walopun sikit terkena batang idong sendri..
+__________+
nice article!
aku pon mntak2 la dijauhkan dari golongon tu.. nauzubillah..
myaa likes this :)
like tuh macam dah jadik satu sindrom suke2 jer HUAHUA
like tuh macam dah jadik satu sindrom suke2 jer HUAHUA
Post a Comment