Thursday, November 18, 2010

Dia dah setuju


Tadi petang ronda-ronda kampung ngan motor. Tiba-tiba aku nampak boo boo ngan geng-geng dia duk lepak tepi padang. Aku pon stop motor.



Aku: Weh, tahun depan giliran kau pulak eh. Setuju tak?
Boo boo: boo boo.....



Ha! maknanya dia dah setuju. Deal! Tahun depan giliran dia.



Nasib kau la jadi lembu. tahun depan kau la pulak yang kena sembelih.


Tuesday, November 16, 2010

Tamat sudah foundation PISMP


Hye semua. Dengan berakhirnya kertas terakhir peperiksaan untuk pra-pismp Institut Pendidikan Guru Malaysia pagi tadi, tamat sudah program pra-pismp dan tamat juga tiga semester belajar di IPIK. Tahun depan aku akan memasuki alam PISMP pula. Amende PISMP ni? Oh! PISMP ni Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Dan masih ada baki lagi 4 tahun untuk menuntut ilmu di maktab ini sebelum betul-betul menjadi guru. =__="



Jom tengok aksi panas kawan-kawan satu kelas ngan saya.




Setiap hari mesti ada pembentangan. Ini mengajar kami untuk lebih konfiden bila berada di depan. Tapi sampai sekarang pon aku agak kekok untuk berada di hadapan. T___T harap tahun depan akan lebih berani.








Ni suasana dalam kelas . Macam-macam ekspresi dan mimik muka dapat diperhatikan.






Buat origami untuk hiasan dalam kelas. Eh! alamak. Tak de pulak gambar kelas kami nak tayang kat sini. Oleh sebab awal tahun mentor kami tegur kelas kami buruk sangat, terus kami hias habes habesan. Sampaikan dapat pujian dari Pengarah. Cayaaalah babes and guys!






Ni pulak kalo time lecturer tak de semua pakat duk mengadap leptop tengok facebook, main game plants vs zombies, game tangkap ikan, counter strike dan menonton movie.




Kalo bab bercakap memang masing-masing kencang je. Sangat bersemangat untuk menerangkan kepada semua pendapat masing-masing. Kalo tak caya, meh tengok ni.






Hahahaha. Kan aku dah kata. :))




Jom, tengok pula aksi semasa kelas pendidikan jasmani asas (PJA).









Permainan masa kelas pj yang paling kami suka adalah main dodgeball.








Alhamdulillah, selesai jugak 3 semester persediaan untuk ijazah. Bak kata status kat facebook budak ni....




Habis exam! Habis foundation! (Fatinmyra, 2010)



Bye2 foudation, welcome degree!



Sunday, November 14, 2010

Paksa kawan update blog


Salam buat semua. Aku sedang tolong sorang kawan aku yang belajar kat Jepun buat belog. Aku mahu dia cerita lah tentang kehidupan dia kat Jepun tu. Sayanglah kan kalau duk merantau tempat orang tapi tak ada catatan peribadi pon untuk kenang-kenangan di hari tua. Kalau nak harapkan tulis dalam diari ntah tulis ke tidak. Aku suka tengok blog senior mrsm aku, sis zafirah atau nama femes dia insan tinggi. Walaupon aku tak pergi sana sekurang-kurangnya tau lah tentang negara orang kan.




Sebab tu aku menggalakkan kawan-kawan aku update belog kalau ada masa terluang. Ramai kawan-kawan aku dapat sambung belajar di luar negara. Aku paksa jugak dorang update lah siket keadaan dorang kat sana. Kalau setakat update kat facebook apa la sangat kan.




Kat sini aku nak kasi cerita sikit la untuk tatapan kamu semua beberapa kawan aku yang dah merantau.





Yang ni dah lama pergi. Dan lama juga tak update blog. Fatin Inani. Dulu dia selalu cakap kat aku dan kawan-kawan lain dia nak jadi little. Sebab tu aku panggil dia little dengan harapan dia akan bertambah little di sana. Sekarang berada di Madison.






Yang ni pula Fatin Nadhirah. Baru je create blog. Dulu nak SPM aku selalu study ngan dia. Tengok-tengok dia terlepas ke Jepun aku cuma di Malaysia. Hahaha. Tak pelah, rezeki masing-masing kan. Kalau chat ngan dia kat facebook selalu berbicara tentang Fatin Liyana.





Dan ini pula Nakiah. Pergi UK masa raya hari tu. Dia ni ambil TESL IPG. Selalu jugak dia update. Lama giler tak jumpa dia masa reunion raya haritu baru dapat jumpa. Sebelum ni asyik hai hai kat shoutbox je. =____="




Ramai lagi lah kawan-kawan dah fly dan akan fly. Tapi aku tatau la dorang ada belog ke tak. Papehal check it out kat sini tentang kawan-kawan aku.


Friday, November 12, 2010

Berapa banyak belog Shazika?

Berapa banyak belog Shazika?



Sebenarnya saya ada 6 belog kesemuanya.






1. Blog yang terutama opkos lah belog Shazika Shahrim ni. Semua benda yang terlintas di benak dan otak aku, aku catat di sini. Kalau ada yang tak puas hati sampai cari gaduh ngan aku di alam nyata pon aku tak kesah oh. Sape suruh kau baca blog ni kan. Nasib lah.



2. Yang ni pulak Hulahoop. Oleh sebab aku nak praktis la konon-kononnyer nak menulis dalam english kan. Aku pon create la belog ni. Susah kot nak menulis dalam english sebab aku ni bukan pandai pon BI. Tapi aku try jugak siket-siket.






Dan beberapa blog perkongsian ngan kawan-kawan.




3. Chekgu Chekgi ni blog kelas. Bakal guru Pengajian Sosial IPG Ilmu Khas.




4. Blog bekas pelajar MRSM PDRM, Kulim SPM 2007. Dah jarang update dah sekarang. Semua ni untuk kenang-kenangan bersama kawan-kawan. Nanti dah tua boleh la bukak balik tengok cerita zaman dulu-dulu.



5. Dan aku ada buat satu blog untuk senarai blog kesukaan dan blog rakan-rakan blogger. Senang lah nak view kalau ada bloglist ni. Kalau bukak internet je mesti tengok update terbaru dorang.



6. Yang last sekali blog private aku. Macam diari la la konon-konon nyer. Aku ada 1 peristiwa kenapa aku tak mahu tulis diari dalam buku dah. Hahahaha.


Thursday, November 11, 2010

Eeee makan tak basuh tangan



Kamu ni kalau tak ingatkan mesti akan lupa. Saya nak ingatkan amalkan cara basuh tangan yang betul. Jangan hanya basahkan tangn dengan air. Guna sabun. Kalau bajet makan nasi ayam tak terpelanting makan lah pakai sudu garfu. Tapi ingat! Sunnah makan nasi pakai tangan.






Pastu jangan lupa yek. pakai hand sanitizer. ^____^!