Sementara nak tunggu poket penuh balik kan, benda yang aku makan tiap-tiap hari adalah nasi bujang. Aku mula kenal nasi bujang ni masa aku kat matrik. Budak-budak laki kelas aku selalu duk cerita dorang makan nasi murah je nama 'nasi bujang'. Masa dorang duk explain tentang nasi bujang tu aku cuma kenal nama je la. Rupa bentuk dan rasa aku tak tahu camne.
Bila aku ke kulim keluar makan ngan kawan-kawan dorang pesan nasi bujang atau di panggil nasi ekonomi. Aku pon join sekali. Masa tu la aku tahu rupa sebanar nasi bujang. Oh, patut la orang bujang je yang akan makan nasi bujang ni. Menu dia nasi putih, telur dadar, timun, sup kosong dan sambal belacan. Harga RM2 je tapi ada jugak yang charge RM3.
Kalau tiba hujung bulan bila poket sempit duit pon sempit, aku malantak lah nasi bujang ngan rakan seangkatan pelantak setia nasi bujang. Kami akan bungkus nasi bunjang bawak balik bilik sebab kalau makan kat kedai kena la beli air tambah pulak lagi RM1. Jadi, makan kat bilik buat air sendiri jer.
Nak tambah sedap makan nasi bujang ni kena ada budu. Peerrgghhhh!!! Memang masyuk. Budu cap ketereh di datangkan khas dari Kelantan. Member aku yang sponsor. Daripada kau melantak megi baik makan nasi. kenyang la jugak. Perut orang melayu, mana boleh tak makan nasi 1 hari kan. Cuma RM2 sahaja. Hehehehe