
Sekarang aku berada di Putrajaya. Budak-budak IPG (institut pendidikan guru) kena berkorban selama 10 hari sampai la 31 Ogos ni untuk sambutan hari kemerdekaan. kami kena buat persembahan koir dan human graphic. Tiap-tiap hari berlatih pagi dan malam. Pastu ulang alik dari putrajaya ke stadium Bukit Jalil.
Jadual kat sini nak kata padat tak la sangat cuma letih je la. Pagi pagi bangun pukul 4 untuk mandi, bersiap, sahur dan solat Subuh terus bertolak ke stadium pukul 5.30 pagi. Praktis sampai la pukul 1 petang. Pastu balik putrajaya letih semua tidur. Malam pun ada latihan. Dari pukul 8.30 malam sampai pukul 11 malam.
Bagi aku selesa siket human graphic yang kali ni sebab stadium ada air-cond. Kalau yang dulu kami buat kat stadium terbuka panas plak tu. Ketiak pon tak de la basah kepanasan sebab dah kesejukan kena air-cond. Nanti 31 ogos jangan lupa tengok aksi kami di kaca tv anda. :)
Ni human graphic yang senior kami dah buat tahun-tahun lepas. Lawa kan.