Sunday, August 8, 2010

Novel yang mesti dimiliki


Setelah lama giler saya cari novel bertajuk Rosie Dunne yang dikarang oleh Cecilia Ahern, akhirnya saya dapat tahu yang novel tu dah bertukar tajuk rupanya. Cover depan novel tu pon dah berubah. Oooo pandai eh bertukar wajah macam sesumpah pastu buat saya tercari-cari awak. Dah la awak novel english pertama yang saya khatam. Biasa kamu eh.





Ni cover lama cerita tentang Rosie dan Alex. Tajuk novel ni Rosie Dunne. Jalan cerita menarik dan bahasa yang digunakan senang nak faham. Saya mula kenal dan jatuh hati nak baca novel english ni masa form 5. Pinjam dari Fatin Inani.






Sekarang novel ni dah berubah wajah. Tajuk dah tukar jadi Where Rainbows End. Tapi jalan cerita semua masih sama.




Buat pertama kali dalam hidup, saya dah memiliki sebuah novel. Bukan novel bahasa melayu yang jiwang-jiwang Alaf 21 tu. Dah lama nak aim nak beli novel ni. Hari tu alang-alang ada duit saya terus masuk MPH just grab and pay. Nanti kalau berkira-kira lagi nak beli ke tak nak beli ke tak sampai bila-bila tak beli.






See. Dah dapat P.S. I LOVE YOU. Harga RM31.90. Lepas khatam yang ni nak beli Where rainbows end. Hey, cukup-cukup la tuh baca novel BM. Jom baca buku-buku english pulak. Memperkasakan Bahasa Inggeris Memartabatkan Bahasa Melyu.


Saturday, August 7, 2010

1 tahun yang lepas

Di mana saya 1 tahun yang lepas?



Oh, saya berada di UUM dalam kos Agribussiness. Walaupun masuk situ 1 bulan lebih je tapi rasa bertuah sangat dapat jugak menjejakkan kaki ke menara gading. Hoyehh... terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang belajar di universiti.



Lets recalled what happened last year.




Muka busuk masih berusia 19 tahun. Its me, Azie.





Kawan-kawan yang rapat ngan saya. Oh, teringat nasi kandar zainab. Ni masa kami pergi lab kat UiTM Perlis.





Bersama kawan-kawan Agribussiness. Kalau tak silap kami semua dalam 30 orang je. Tak macam budak-budak kos lain yang ramai sangat.



Gambar-gambar perlu publish dalam hitam putih sebab zaman lampau. Itu semua kenangan . Sekarang saya tak lagi student of Agribus. Perlu terima kenyataan. Bai ^__^


Thursday, August 5, 2010

Saya anak tukang jahit


Sekarang semangat nak beraya dah muncul. Nak beli baju raya, kasut raya, kuih raya, perabot raya, tudung raya dan macam-macam lagi lah. Semua tu nak kena pakai duit. Mana nak cekau duit banyak-banyak kalau tanpa usaha kan.



Tempahan untuk baju melayu semakin meningkat. Macam biasa ayah akan jadi busy potong kain sampai ke malam. Tahun ni ayah start buat baju melayu awal. Tak mahu jadi macam tahun lepas. Kesian pelanggan tak dapat pakai baju raya sebab tak sempat siap. Pekerja mogok pe ntah tak siapkan tempahan. Ayah saya buat baju melayu je bukan baju kurung.



Emak pulak dengan agendanya menjahit manik. Siang kerja malam pulak duk menjahit manik. Sekarang ramai orang buat baju dan tudung ada manik.





Pada mulanya mak saje je jahit manik kat tudung bawal dia. Pastu ramai pulak member-member dia berkenan nak taruk manik kat tudung jugak. Dari situlah mak saya semakin dapat tempahan jahit manik. Saya punyer tudung sampai sekarang tak siap-siap sebab duk buat customer punyer.





Dulu ada trend sulaman kat bahagian leher dan lengan baju kurung. Sekarang trend manik manik pulak.



Jahitan manik pada lengan baju.



Gigih mak ayah cari duit. Saya pun sedang usaha cari pendapatan sendiri. Layan belog sambil buat duit. Alhamdulillah, lepas cash out earning nuffnang hari tu sekarang sedang tunggu untuk cash out kali kedua. Sekarang saya sedang berjinak-jinak dengan berniaga. Harap-harap dapat tampung duit bulan puasa ni.


Tuesday, August 3, 2010

Minah kilang buat kertas


Lepas SPM sementara nak tunggu keputusan SPM keluar, saya kerja kat sebuah kilang percetakan kertas. Saya belajar macam mana nak buat buku, buat kertas peperiksaan, buat bil, buat buku latihan pelajar, buat majalah sekolah dan macam-macam lagi.



Kilang ni ambil tempahan dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. So, tiap kali musim peperiksaan pekerja kena buat overtime dan akan ada pekerja baru muncul sebab perlukan tenaga kerja yang ramai. Nak riso kerta soalan untuk budak sekolah rendah sampai la STPM punyer kertas. Memang saya tahulah soalan pe yang keluar untuk exam. Tapi tak bawak lah kertas soalan balik umah tunjuk kat adik-adik.




Ni saya dan pekerja-pekerja sedang packing kertas untuk sekolah-sekolah seluruh Terengganu. banyak giler sekolah banyak giler kertas dan penat GILER (!)





Ni masa buat overtime. Bos belanja makan KFC sorang 2 ketul. Pastu sambung buat kerja. Pernah 1 hari tak tidur kena siapkan kertas soalan tu. Beberapa hari lepas tu saya dapat tawaran masuk Matrikulasi terus saya stop kerja. Penat seyhh.



Sekarang tak tahu apa jadi kat kilang tu. Dengar citer macam nak bankrup je. Tapi pengalaman bekerja lepas SPM memang seronok. Dapat bergaul ngan orang yang lebih matang dari saya. So, bekerjalah lepas SPM sementara tunggu result.


Sunday, August 1, 2010

Akhirnya saya pulang jua

Selepas rasa homesick aritu akhirnya saya dah berada atas kerusi mengadap komputer di rumah sambil layan line bodben celcom yang lembab macam fbsdswswye la kan. Rasa nak angkut je komputer ni gi tempat strategik saya kalo tiap kali online di rumah. Kat mana tu? Tepi tingkap. Oh! Saya balik ni pon kejap je. Malam ni nak bertolak balik IPIK dah. Sob3...


Semalam Joey BPR ( bumiputerarockers) mai maktab buat perfomance untuk batle of the band. huwaaa..... Melepas nak tengok BPR perform live punyer lagu-lagu kesukaan saya yang selalu kalau gi karoke akan nyanyi lagu BPR. Kawan kawan kol saya pasang loudspeaker kasi saya dengar Joey goreng gitar. Lagu apa semalam eh? Tak clear semua pakat duk menjerit. Hingaq..



Okey. Ni lagu yang saya pernah nyanyi masa karoke jamban. Dari sinar mata- BPR


*
Keunggulan cinta dari sinar mata
Yang bergelora
Hati ditaman berbunga
Satu impian satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya
Satu rahsia


Engkau di mataku adalah cahaya
Perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi
Lama kucari
Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu


Datang hampir senja sedang aku
Merangkak dan kehausan cinta itu
Kau hulur tangan mu
Membawa ku ke atas semula
Berdoalah aku kesyukuran
Tercantum cinta jadi satu
Biar ku tebus segalanya
Agar di teman cinta yang suci itu



Di rumah sedang dalam mood preparation untuk raya. Rumah dalam proses mengecat, langsir raya pon dalam proses dijahit, ayah terima banyak tempahan buat baju melayu, emak terima tempahan jahit manik sambil tolong mak long ambil tempahan kuih raya. Hey, baju raya saya dah siap. Yeay (!)