Sunday, August 1, 2010

Akhirnya saya pulang jua

Selepas rasa homesick aritu akhirnya saya dah berada atas kerusi mengadap komputer di rumah sambil layan line bodben celcom yang lembab macam fbsdswswye la kan. Rasa nak angkut je komputer ni gi tempat strategik saya kalo tiap kali online di rumah. Kat mana tu? Tepi tingkap. Oh! Saya balik ni pon kejap je. Malam ni nak bertolak balik IPIK dah. Sob3...


Semalam Joey BPR ( bumiputerarockers) mai maktab buat perfomance untuk batle of the band. huwaaa..... Melepas nak tengok BPR perform live punyer lagu-lagu kesukaan saya yang selalu kalau gi karoke akan nyanyi lagu BPR. Kawan kawan kol saya pasang loudspeaker kasi saya dengar Joey goreng gitar. Lagu apa semalam eh? Tak clear semua pakat duk menjerit. Hingaq..



Okey. Ni lagu yang saya pernah nyanyi masa karoke jamban. Dari sinar mata- BPR


*
Keunggulan cinta dari sinar mata
Yang bergelora
Hati ditaman berbunga
Satu impian satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya
Satu rahsia


Engkau di mataku adalah cahaya
Perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi
Lama kucari
Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu


Datang hampir senja sedang aku
Merangkak dan kehausan cinta itu
Kau hulur tangan mu
Membawa ku ke atas semula
Berdoalah aku kesyukuran
Tercantum cinta jadi satu
Biar ku tebus segalanya
Agar di teman cinta yang suci itu



Di rumah sedang dalam mood preparation untuk raya. Rumah dalam proses mengecat, langsir raya pon dalam proses dijahit, ayah terima banyak tempahan buat baju melayu, emak terima tempahan jahit manik sambil tolong mak long ambil tempahan kuih raya. Hey, baju raya saya dah siap. Yeay (!)

7 comments:

cikNiarun said...

wah..rawks ar kamu.aku kalo karok lagu jiwang2 je..lagu azie..lagu nurul..lagu shima..anis suraya..hahahah~


sedangkan lam fon and mp3 sume lagu korea and english..hakhak

linda musee said...

best nye dapat balik rumahh. huu homesick jugak neh T_T
lagu dari sinar mata tu best woo. hiks =)
dah mood preparation raya ? waa best gila kot. tak dapat nak merasa jugak. adoi.

Anonymous said...

patut la semalam dekat PD hujan lebat. :P

hans said...

hahahahaha
lagu tu dulu aku minat gila nyanyi

P/S : Milah Hot Tapi Aku Lagi Hot!

Guru said...

oo ayah shazika boleh jahit baju melayu ya...?

mak pun pandai jahit manik...? shazika pandai jahit?

terbaru dari saya :
mengidamkan menantu

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

wa tegar band Bumiputra Rockers..


layan...

shazika said...

nurain: kau geng tangkap leleh ah ni. eh, lagu azie tu aku yg nyanyi hehe
linda musee: knp ko x raya ke linda?
maisyara: oishhh..sampai pd hujan..ish3
kl citizen: sy tau pakai baju yg dijahit je kak. hehehe =P
alvin: wa tegar lagu zaman 90-an..yeyeh