Saturday, July 10, 2010

Gambar bertanda hak milik sendiri


Kali ni saya nak tunjukkan cara saya membuat watermark untuk gambar-gambar di blog Shazika Shahrim ni. Terlintas nak letak watermark bila lihat ramai yang gambar-gambar kena cilok, entry pon kena cilok jugak. So, i asked Kutin Yaya how to make watermark. Dia suh saya buat pakai photoscape je.



Siapa yang tak ada photoscape sila download sekarang.





Lepas tu open photoscape dan pilih gambar yang kamu nak watermark. Tengok box kat bawah gambar, klik kat object dan klik pada T. (Rujuk gambarajah)



Selepas itu, text box akan pop-up.





Taip perkataan apa yang kamu mahu. Seperti contoh: ShazikaShahrim. Pilih warna font yang kamu nak, dan adjust dia punyer opacity.




Inilah hasilnya. Saya tahu kamu ada cara yang lain untuk buat watermark. Saya tahu buat pakai photoscape je. Okey, selamat mencuba.



Thursday, July 8, 2010

Intai mak ngah berak


Terkejut aku bila tengok keywords kat nuffnang. Dah lama aku tak ushar. Memang hal ni anoyying gilerr dowh..







Manusia mana la yang sangap sangat nak intai mak ngah berak tu. Tup tup termasuk kat blog aku. Hadoiii. Kesian mak ngah. Taik mak ngah pon ko nak ushar ke.



Pasal seluar dalam dan baju dalam tu aku pernah cerita kat blog. Tapi pasal mak ngah berak tu sapo nak jawab ni hah?



Wednesday, July 7, 2010

Kota Keriangan


Tercapai juga hasrat ke Genting Highland bersama kawan-kawan. Sabtu lepas kami ber-enam ke sana melalui pakej yang saya ceritakan sebelum ini. Siapa kata Genting dah tak sejuk? Sejuk la bagi orang yang tak banyak lemak macam saya ni. Siap pakai 4 lapis baju lagi.





Pertama kali menjejakkan kaki di sini. Kami bertolak pukul 8 pagi sampai Genting lebih kurang pukul 9.20 pagi. Keadaan masih berkabus.






Game pertama yang kami main. Seronok jugak naik gajah. Kasi warming up dulu sebelum pergi ke game yang lagi mencabar giler.










Kat pintu gerbang Dinosaurland. Masuk sana tak ada apa sangat. Ada dinosaur je la. Sesuai untuk tangkap gambar. Dua orang omputih dalam gambar nak interprame sama.







Jadi orang pertama nak naik Corkscrew. Beratur jadi perkara biasa untuk main game. Kami sanggup tunggu 1 jam sebelum game ni bukak balik pukul 1.30 petang lepas rehat.






Sementara menunggu kami jamu makan roti sandwich buatan sendiri. Harga makanan kat sini mahal sebab tu bawak makanan siap-siap dari hostel.






Kau tengok muka sorang-sorang. Ruby sorang je beraksi macam dah tau jek kamera kat belah situ siap boleh senyum lagi. Aku kat tepi dari awal lagi duk tutup mata pegang kuat-kuat sambil mengucap.



Harga gambar Rm30. Kalau rasa tercuit hati nak belilah. Dah muka aku tak nampak aku tak belilah. Agak-agak kalo aku pandang kamera macam mana heh wajah indah aku? Heheh













Kan dah kata tadi kena tunggu lama nak main game. Amboi kak, menunggu sampai tertido ke?





Kutip duit nak masuk Snow World. Harga dewasa RM19, kanak-kanak RM17. Suhu semasa kami masuk mencecah -5. Sejuk sampai kebas tangan.







Dan last sekali aku taruk gambar isteri kedua Bung Mokhtar, Zizie Ezette. Putih giler, dalam tv nampak gemuk tapi sebenarnya kurus je. Wangi plak tu.


Okey. Selesai sudah plan ke Genting Highland. Next trip maybe ke Langkawi.






Sunday, July 4, 2010

Perempuan dan bola sepak



Tak ramai perempuan yang minat bola dan tak ramai lelaki yang tak minat bola. Saya sokong pasukan yang ada pemain comel dan hensem macam Kaka, Torres dan Cristiano Ronaldo. Tapi malangnya pasukan yang saya sokong dua-dua dah kalah. Lain kali jangan masukkan pemain hensem tak pasal-pasal kalah.



Pasukan yang jadi feveret semua pon kalah Argentina yang menjadi buah mulut semua dan dijangka akan masuk final pon dah kalah teruk semalam 4-0 dengan Jerman. Semakin buntu saya nak sokong yang mana. Kesian Maradona menangis semalam.



Okey. Yang tinggal harapan adalah Sepanyol. Tapi peluang yang tipis saya berikan pada Sepanyol sebab rasanya tak la hebat sangat.



Kita tunggu dan lihat, siapa bakal ke final dan menjadi juara. Hoyeh.


Friday, July 2, 2010

Go Genting


Tak sampai seminggu pulang ke maktab mulakan semester baru, saya dan kawan-kawan plan bercuti hujung minggu ke Genting Highland. Sebenarnya dari semester lepas lagi bercadang nak ke Genting tapi selalu je cancel. So, sementara masih free tanpa assignment dari lecturer kami pergi awal-awal.



Semalam ke KL Sentral untuk cari tiket bas sekali dengan pakej.






See. Rm41 je termasuk tiket pergi dan balik sekali dengan main-main. Kami pergi 6 orang. Bas pukul 8 pagi dan pulang pukul 8 malam.





Ceceh. Saja nak tayang tiket. Ini kali pertama saya akan ke Genting. Terasa sedikit eksited. Simpati ngan Cek We tak dapat pergi sekali sebab nak hantar adik dia masuk U.






Ehemmmm.. Apa tengok-tengok. Nak ikut kami ke Genting sabtu ni? Jom la. Bas akan naik sampai ke atas sebab bermula 30 Jun perkhidmatan cable car dihentikan sekejap. Merangkak la bas tu nak naik sampai atas.