Saturday, April 10, 2010

Hellen Keller: Buta, bisu dan tuli



Apa kamu rasa kalau kalau kamu lahir kat dunia ni kamu tak boleh mendengar, tak dapat melihat pastu tak boleh bercakap? Ha, rasa apa sekarang? Kosong je kan. Gelap. Oleh sebab saya menuntut di maktab yang bernama Ilmu Khas saya nak kongsi sebuah cerita benar memang benar benar berlaku kepada seorang budak yang menjadi buta, tuli dan pekak sejak kecil lagi. Pernah dengar kisah Hellen Keller? Atau pernah tengok cerita yang Ambitabh Bachan berlakon dengan Rani Murkejee dalam cerita Black? Ha, tak pernah? Baiklah, meh nak cerita kat kamu semua.


Kisah ini tentang Hellen Adam Keller yang dilahirkan normal tapi semasa berusia 19 bulan dia diserang suatu penyakit misteri dan telah membuatkan Hellen menjadi buta dan pekak. hellen membesar dalam keadaan yang gelap dan sunyi. Dia tak dapat melihat dan dan tak dapat dengar pon apa-apa berlaku di sekelilingnya. Sebab tu Hellen menjadi agresif, ganas dan penuh dengan sifat marah. Hellen tak tahu apa-apa.



Pastu bila usia Hellen 6 tahun mak Hellen pon dapat inspirasi dari sebuah buku ' Catatan Amerika' dan bertemu dengan Alexander Graham Bell yang ketika tu sedang membuat kajian tentang kanak-kanak buta dan tuli. Bell menyarankan maknya pergi ke institut Perkins untuk membantu masalah Hellen. Institut Perkins rekemen Anne Sullivan untuk jadi guru Hellen. Sullivan ni dulu pon dia pernah buta tapi dah dapat melihat setelah 2 kali buat operation. Sullivan sangat berusaha mengajar Hellen untuk faham banyak perkara. Tapi tak tahu nak ajar macam mana sebab Hellen ni dah la buta, pastu tak boleh mendengar pulak tu. Benda pertama yang Hellen belajar dan tahu adalah AIR. Air yang mengalir atas sebelah tangan dia, dan Sullivan eja perkataan air atas tangan yang satu lagi. Itu lah cara Hellen belajar. selepas je tahu cara tu, banyak sangat benda yang Hellen nak tahu dan akan minta Sullivan eja kat atas tangan dia.



Selepas itu, Hellen mula belajar bercakap dengan menggunakan kaedah Tadoma, dan mula menguasai tulisan Braille dalam 5 bahasa: Inggeris, Perancis, Jerman, Yunani dan Latin. Wohaaa. Orang yang normal macam saya ni pon tak mampu nak kuasai bahasa lain. Semasa Hellen berumur 24 tahun dia menjadi orang buta pertama yang lulus dari universiti. Hellen menjadi penceramah dan penulis buku yang terkenal di dunia. Hellen mendirikan hellen Keller International untuk mencegah lebih banyak masalah buta dan tuli ni. Bayangkan seorang yang dunianya gelap dan sunyi boleh menjadi aktivis yang terkenal. Tabah sangat Hellen ni untuk berjaya dalam hidup dia.


Jadi kamu semua syukurlah sekarang ni kamu boleh lagi membaca kisah Hellen yang saya nak kongsikan kat belog ni, boleh mendengar dan masih boleh bercakap. Kalau lah Allah tarik nikmat yang kita ada sekarang ni mampukah kita nak jadi setabah Hellen Keller? apa-apa pon lu pikir lah sendiri. Chiaoo..



Wednesday, April 7, 2010

Opss..Dengar sini semua orang-oraang kampung!!



Oleh sebab saya pon rasa url blog HULAHOOP tak sesuai ngan tajuk belog dan identiti blog, saya pon dah tukar url. Penat pikir apa yang sesuai. SO, terjah la lagi sekali. Sorry Joo awak masuk tak dapat tadi kan. Okey, Let's HULAHOOP everybody...gelek lagi gelek lagii..




Monday, April 5, 2010

Mempersembahkan Hulahoop **again




Salam semua..saya nak perkenalkan sekali lagi belog English saya. HULAHOOP. Sudi-sudi lah mai ber-hulahoop ngan saya di sana. Tapi tapi tapi kamu disarankan untuk berbahasa omputih yek kat area Hulahoop. Alah, setakat yes no alright pon okey la tu kan. Apalagi, jom ah terjah.



Sunday, April 4, 2010

Nanti saya juga akan menempuhinya

Hari Jumaat hari tu, saya dan beberapa pelajar perempuan kelas saya dihalau oleh Puan keluar dari kelas sebab datang lambat. Semasa saya sampai ke kelas Puan dah ada, budak lelaki semua dah ada dalam kelas, budak perempuan ada beberapa orang je. Saya tengok jam, alamak dah pukul 8.04am. Tapi masih ada lagi yang lambat dari saya. Puan memang marah sangat-sangat. Bila semua dah sampai, Puan suruh kami keluar. Kami semua (yang datang lambat) sangat takut terus keluar. Kesian kawan-kawan yang datang awal kena dengar Puan marah. Saya sangat rasa bersalah sebab datang lambat menyebabkan Puan marah.



Lepas waktu kelas tamat petang tu, saya dengan seorang kawan pergi berjumpa Puan. Kami minta maaf. Puan menasihati kami, sebagai bakal guru kami tak boleh berperangai macam tu. Kena ada disiplin. Memang sebelum sebelum ni kami pernah datang lambat tapi Puan tak marah, cuma perhatikan je. Masih sabar. Tapi bila Puan asyik memerhati dengan mata sahaja dan bersabar dalam hati tanpa bersuara kami lagilah buat. So, Kami perlu ditegur.



Puan cakap, nanti bila kami dah jadi pendidik kami akan tempuhi benda yang sama. Berhadapan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah, kaki ponteng, pelajar datang lambat, buat bising masa kelas, pelajar nakal, kaki buli, tak siapkan kerja sekolah. Takkan saya nak tengok je dan biarkan budak-budak tu buat masalah tanpa tegur. Tindakan Puan pada hari tu adalah betul. Jika Puan tak marah tak nasihat kami mungkin sampai bila-bila pon kami akan berperangai macam tu. Baiklah, demi bakal anak anak didik saya pada masa hadapan, saya akan datang awal ke kelas. Oh! esok ke kelas sebelum pukul 8.00 pagi. Ingat ye kawan-kawan




Thursday, April 1, 2010

Belum selesai


Saya dan kawan-kawan sedang bertungkus lumus berhempas pulas bertarung tenaga menyiapkan asignment hingga ke detik-detik terakhir. Esok kena submit. Tinggal lagi 3 asignment menanti.




Semua pakat bukak lappy muka bertungkus lumus mulus buat kerja. Kelas jadi seperti kerja kat pejabat pulak. Okey. Semua berusaha dengan gigih. Kami plan lepas setle asignment kami nak holiday kat Genting. Oh yeah!