Thursday, April 16, 2009

ada tak mesin transfer lemak??


aku terlalu kurus
bukan anaroxia okey
bukan bulimia
bukan ambil dadah, oh no!
aku dah makan banyak
tapi dia keluar balik
tak tahu apa cara lagi

kawan-kawan ada pernah tanya
"tak de ke mesin transfer lemak?"

aku tak nak lemak
beaku nak risi sedikit je

sekarang terlalu kurus
kalau kurus tinggi tak pe
boleh jadi model :)
tapi kurus pendek
oppss, sederhana je


teman..
help me please
tell me the way

macam mana nak tambah berat badan?

Wednesday, April 15, 2009

wasiat sebelum aku meninggal.......

Entry bergambar ni aku buatkan khas untuk tatapan semua especially classmate aku sebelum aku meninggalkan kolej matrikulasi pahang.Dengan perasaan suram bercampur seram mengetuk-ngetuk keyboard di tengah malam sepi macam ni ada feel la sikit nak jiwang karut. Aku harap ada la classmate aku yang datang singgah lepak-lepak kat laman aku ni.

Ni semua budak-budak pratikum 1F06.

Buat Lina, aku akan rindu meseg dari mu yang selalu muncul time2 maghrib sementara menanti azan berkumandang. Lisa, azie tak marah Lisa la pasal Fudael torres tu. Cuma azi malu + frust sedikit menonggeng je sebab pergi cerita kat lisa pasal dia. Pesanan buat lisa, jangan mersekutu dengan G-hahaha untuk pekena azi lagi. Sekeh korang kalau buat lagi. Suhada and fakhriah, teruskan usaha anda untuk berjaya. Jangan lupa aku yang comey ni(T__T)

Sara,Diela and Sha: aku paling banyak spend masa ngan kalian. Walaupon kadang2 aku tak join korang bercerita pasal jejaka2 cina kat Kempah, aku doakan kalian dapat la lelaki idaman yang chineese look.Sha, lepas ni ko tak leh la nak marah-marah aku ponteng kelas lagi. Diela: jangan buat muka garang sangat. Selalu senyum okey.Sara plak keep secret yek pe aku cerita kat mu

Natrah: azi harap lepas ni natrah akan terus bertudung. Natrah cantik pakai tudung. Harap keluar rumah jangan buka yek. Fatin: aku minta maaf pasal malam tu aku Tanya pasal mu ngan zarif. Amat menyesal sebab malu depan zarif dan yang lain2. Nanti-nanti kita plan pergi pasar malam kat taman safiah murni

Gambar ni bukan nak menimbulkan kontroversi. Puan maznah, maaf yek aku bagi nama puan maznah kat ko. Mesti ko akan merindui panggilan aku kan. Akram, setia pada 1 gadis je taw. Kepada awek akram, sory yek aku publish pic ni. Tingkatkan kontroversi kurangkan prestasi.

Mr hie: adinda minta maaf yek kalau ada tersalah dengan beta. You are the superb sis in kempah. Cayalah mr. Hie. Nanti jumpa kat ganu jangan buat tak kenal pulak.g-hahaha: jangan bersekutu dengan lisa nak pekena aku. Lagi satu jangan nak kata sape-sape yang aku minat tu sedara atau jiran sekampung atau teman sepermainan atau mu penah couple nagn budak tu okey. Fariz: nanti study kat mana-mana jangan nak buat bising masa lecture.Cui ting and kyle: study study jugak tapi jangan lupa aku okey

Maaf sebab aku terpaksa combine pic. Malas nak upload banyak-banyak. Jadi foto gallery pulak laman aku ni karang.

Ni pasal budak-budak laki. Aku tak de sangat gambar korang. So, yang ni macam stail aku taruk je kat kat sini.

Aku nak gitau yang aku geram pasal korang ponteng kelas, kami yang pergi kelas yang kena marah ngan cikgu. Kalo ikut hati nak aje aku join korang ponteng secara berjamaah. Syuk, kau ketua yang ber’daddy’ kasi. Nizam, baju ko selalu iron macam orang pejabat. Dulu aku ingat ko ni cikgu,sorry. Nugget, tenkiu for being partner lab aku selama 1 sem. Asyran, aku tahu ko pandai, so keep it up jangan ponteng kelas. Zarif, malu ngan ko sebab terlepas cakap malam tu. Sebenarnya bukan aku yang minat ko. Itu orang lain tapi secret lor.

Syed, nanti tak leh tengok dah la laki2 bawa fail bunga-bunga kaler pink. benda yang di'aim' kalau ko maasuk kelas. Hazim dengan arman, aku tak tahu sangat cerita pasal korang sebab korang di selubungi misteri.

Yang tu je kata-kata aku buat korang. Kalau ada apa-apa yang tak berpuas hati sila komen kat site ni atau kat kedai kopi aku. Kalau nak direct terus kola tau meseg .Okey

p/s: jemput aku ke majlis kawen korang nanti.

Tuesday, April 14, 2009

Sorry aku belum cinta kau

oh really DAMN!!

aku dah naik muak dengan perangai kau
dah banyak kali aku bukakan hatiku untuk kau bertahta
ternyata kau sungguh arrogant

dah banyak kali aku cuba mendapatkan kau
tapi ternyata kau belum dapat menerima aku
baiklah, aku pasrah
mungkian semua ni ada hikmahnya

namun......

rakan-rakan aku dah mula happy dengan kewujudan kau
yang sungguh memilukan aku
mereka memberi semangat untuk aku
bukakan ruang hatiku untuk kau


baiklah aku akan cuba
tapi kau jangan mengada-ngada lagi okey

nanti aku nak jumpa kau lagi sekali
aku harap semuanya berjalan lancar

korang semua..
nantikan kemunculan aku bersama si dia

Saturday, April 11, 2009

Anak Dara Dah Tak Laku Ke??

Hai anak2 dara sekalian..

Eh, sebelum tu aku ada 1 persoalan nak tanya. Betul ke lelaki muda zaman sekarang suka pada janda atau wanita yang lebih berusia dari dorang ?? anak dara yang bergetah (euww) macam aku sekarang dorang dah tak pandang ke?? Cop cop cop, aku berbicara pasal wanita berusia dan anak dara yek. Bukan pasal perempuan yang dah hilang dara bagi maruah kat lelaki .

Lecturer: janda sekarang laku la kan. Lelaki muda ramai kawen ngan janda sekarang.
Aku: #@$$%*&##??

Mula-mula aku pending jugak dengan kata-kata lecturer aku tu. Untuk kepastian aku google cari cerita pasal ni. OMG betul la apa yang lecturer aku bagitahu tu.
Memang sudah menjadi trend kot apabila ramai wanita masa kini lebih menyukai lelaki yang lebih muda daripada mereka. Lihat sahaja contoh Rita Rudaini dan Rosnah Mat Aris, suami mereka muda trang tang tang. Aduhai.. kan dah melepas semua yang minat Aidil zaquan. Aku mengaku yang aku salah seorang peminat dia. Tapi itu dulu ye. Zaman hingusan dan kebudak-budakan. Aku siap ada gambar dia dengan kembar dia lagi kat atas meja aku dalam kelas 5 Oxford. Tapi lepas tu minat hanya hilang macam tu jek. Sekarang dah tak minat yek. Please take note. Okey berbalik pada cerita asal.

Pastu yang perempuan muda pula minat pada lelaki tua. Apa dah jadi ni akak-akak, makcik-makcik sekalian. Tapi golongan ni ramai di kategorikan sebagai pisau cukur katiak masam. 

LOL jangan marah ea. Aku tak tuju atau terjah kat sesiapa. Tak pasal-pasal kena gam. Fenomena lelaki kahwin muda tu biasa la kan. Lelaki boleh kahwin sampai 4. Tapi tak kan la semata-mata nak kahwin dengan si cantik jelita persis shazika dan secomel shazika kau sanggup ceraikan bini kau.

yang aku tahu, perempuan elok cari pasangan yang lebih tua dari diorang sebab lelaki ni lambat matang. woit lelaki! bukan aku yang kata. aku cuma petik kata-kata orang jek. so, gadis manis sekalian, yang mana satu pilihan jantung hati limpa dan paru-paru kalian??

JEJAKA OR JEJAKU??

Sesungguhnya kecantikan hanya sementara, yang kekal adalah kasih sayang dalam hati setiap pasangan.

Tuesday, April 7, 2009

HARI NI AKAK JEBON LARI DALAM HUJAN


salam buat semua..macamana dengan cuti hujung minggu anda?? kelmarin aku bersama-sama dengan roomate dan jiran roomate mengadakan jamuan gedik santai bertempat di cameron highland. on silap. aku tipu je. lokasi peranginan yang menarik di belakang blok c2. acara di mulakan dengan membuat persiapan untuk bersantai..check it out...
began with membeli barangan makanan. nak bersantai kena ada pengunyah mulut. tak kan nak sembang kosong je. baik sembang kat kedai kopi aku kat tepi ni..(rujuk sidebar bahagian kanan anda)
sosej masak dalam tin. biasalah budak hostel mana boleh masak and for sure tak boleh bawa alatan dapur masuk bilik. yang ni pon kami guna heater secara sembunyi2..weh, jangan bagitau felo kami yekk..shhhHH
and then cari tapak yang memenuhi kepuasan dari segi semua aspek..camana yang dikatakan dari semua aspek?? kat depan kami tu surau,(baik kan kami) bahagian kanan padang budak2 laki tengah kejar bola..kat bahagian kiri blok c2, dan kat belakang tasik tapi tak de air..bagus kan port kami pilih..
ni lah roomate aku. diorang semua ada facebook. aku sorang je tak punyai facebook. nanti kalau korang rasa berkenan nak cari jodoh boleh la pergi melawat fb diorang. except aku okey.
yang ni semua jiran roomate. untuk pengetahuan kalian yang bertudung hitam tu la budak histeria bilik depan yang aku story kat kalian masa malam earth hour.

makan makan makan ...

opocot terjatuh pulak..sila makan dengan berhati2 jika tak mahu pic anda di snap oleh theng theng
yasmin..!!jangan tutup mulut masa posing depan kamera..
hey yasmin..!! jangan tutup mata masa pose depan kamera..


hmmmm..okey lah tu yasmin..

selepas itu kami adakan acara sukaneka..jom main semua. permainannya mudah sahaja. semua boleh take part. lets start da game dude..


teka-teki untuk hari ini..siapakah calon pemenang American Next Top Model edisi ke-15??okey kita bagi clue untuk permudahkan kalian membuat andaian..
baiklah kita buka sikit lagi peluang untuk anda..ha.!! tak dapat gambaran lagi..

lagi sikit...

opppss...pertandingan terpaksa di batalkan kerana juri bertauliah telah menarik diri. kita tunggu untuk teka-teki yang akan datang. stay tune everybody..relex duluuu

Nah..! hadiah sukaneka buat kalian yang ambil bahagian..thanks for joining us

masa tengah2 syok bersantai, tiba-tiba hujan turun. kelam kabut kami lari, so tak sempat nak snap pic masa tengah hujan.

~the end~