Sunday, June 26, 2016

Memori ramadhan

Assalamualaikum...

Tahun ni masuk tahun kedua aku di LJ. Walaupon zaman maktab dah lama berlalu.. tapi masihs egar diingatan macam mana keadaan dan situasi sambut ramadhan di maktab bersama kawan kawan junior dan senior.. part yang tak leh nak move on adalah bila tiba waktu berbuka posa dan teraweh.

Kat sini bila masuk jer waktu berbuka aku cuma minum air dan makan kurma.. sama macam masa berbuka di surau maktab.. lepas solat maghrib baru kami makan nasi.. yang ni aku masih amalkan bila di LJ..

Cuma part paling aku sedih bila tadarus sorang sorang. Dulu sementara tunggu nak masuk wasuk waktu isyak kami akan tadarus ikut kumpulan usrah..khatam quran beramai ramai.. bila sorang sorang ni kena kuat semangat nak ngaji sendiri. Kenkadang ada ayat yang aku konpius cara bacaan dia pastu tatau nak tanya sapa..

Lagi 1 yang paling sedih bila time teraweh.. pernah satu malam aku balik dari kelas malam sains tahun 6..aku melintasi umah cikgu cikgu lelaki islam.. terdengar dorang teraweh berjemaah.. sayu je hati rasa bila mengenangkan kena teraweh sendirian dah 2 tahun.

Kalo bab sahur pulak alhamdulillah tuhan kejutkan aku dan selalunya aku makan kurma ngan air kosong je sahur. Teringat dulu kat maktab time sahur jiran jiran bilik sebelah mai ketuk pintu suruh bangun sahur..pastu berjumpa ngan jiran jiran di water cooler untuk ambil air panas buat milo atau shake herbalife..


Kenangan jer semua tu... harap dapat jumpa lagi ramadhan tahun depan.. insha allah...jika dipanjangkan usia.

Thursday, June 9, 2016

Dohnut

Assalamualaikum...

Harini dah masuk hari keempat bulan puasa. Untuk juadah kuih berbuka tadi aku try buat donut hasil resepi daripada kakros. Happy giler hakak rasa bila cobaan membuat kali ni berjaya.. yahooo..!!!

Pehal aku happy sangat??

Citer dia macam ni. Semasa eksperimen melihat mikroorganisma bernafas untuk topik sains tahun 6.. aku ajak la murid murid buat donut hasil resepi melalui goolgle jer. Sebelum tu aku ada jugak tanya kakros camne nak buat. Memandangkan aku bawak murid murid buat masa waktu sekolah.. so tak dapatlah kakros tunjuk ajar.


Nak dijadikan konklusi..adunan yang aku buat tak naik naik. Camne nak tengok mikroorganisma bernafas. Dah tak naik satu hal. Aku bantai buat jugak adunan tu membentuk donut dan goreng. Keras giler oiii sampai anak murid aku sendiri komplen.


Ticer tak pandai buat donut latu.

Sentap ticer okey. Hahahaha.. hasil siasatan aku melalui step step masa buat donut tu maybe sebab yis tu mati  kena air terlampau suam..sebab mustahil la kan tak naik langsung.


So tadi aku buat balik pakai bahan bahan yang sama macam aku buat sebelum ni. Alangkah gumbiranya bila lihat doh aku mengembang.!




Gebu gebas uolssss..

Thanks kakros ajarkan buat donut. Ni antara resepi yang aku belajar dari LJ. Practice make perfect. Right?? Hehehe..



Wednesday, June 1, 2016

Ada aku kesah?


Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita di laman blog yang makin sendu ni. Jangan ingat blog ni akan terus sepi. Aku akan usaha jugak share something ngan kamu pape yang aku rasa bermanfaat untuk di share. Insha allah..

Orite guysss... kali ni nak share 1 buku best untuk.motivasi kendiri yang makin lemau. Hahahahha.. jenis aku bila aku rasa down aku lebih suka lepak dalam bilik sambil baca buku motivasi.

Buku kali ni opkos hasil tulisan motivator kesukaan aku tak lain dan tak bukaann...tadaaaa!!!dr.hmTuah. hehehe..



Tajuk buku : Ada Aku Kesah?
Penulis : Dr. HM Tuah Islandar alhaj
Terbitan : Karangkraf
Harga : RM12.90

Melalui buku ni macam maca ilmu kita boleh dapat bukan saja pasal motivasi. Bila baca buku ni aki rasa macam penulis tu tengah bercakap ngan kita. Bacaan santai jer. Ayat tak perlu gramatis sangat dan bunga bunga.

Salah satu ilmu aku dapat.. untuk mengelakkan diri daripada terkena sihir atau santau selalulah amalkan baca surah al-falak. Bila aku chek terjemahan surah ni haa aa lah ada diceritakan tentang tu.

Dan aku jugak kagum ngan kisah sepasang suami isteri yang dah tua datang pesta buku borong banyak buku untuk dibaca oleg mereka. Bukan untuk anak cucu. Sampai ke tua suka membaca woo..amaze.

So, apa tunggu lagi.. Pi beli lekaih buku ni dan buku buku karya beliau. Murah ja mampu milik. Tak rugi kalo korang baca.


"Orang yang banyak musafir jiwanya tidak miskin-dr.Tuah"